Monday, December 31, 2012

Celoteh Yana : Part 86 : Line Yang Kabur

Assalamualaikum,


Hari Jumaat lepas, Yana terasa sangat2 
nak "pee on stick"... ntah napa. saja2 suka2. 
Mengenangkan ada balance 5 stick dalam laci ofis, 
Yana amik satu dan gegas2 masuk toilet. 


Lepas 5minit, nampak ada 2 line.. 
which 1 pekat (C line) dan 1 cair (T line).. 
Dalam hati dah debar2..
Uiks, baru masuk cycle day ke 14 ke 13 takkan 
dah conceive. next cycle hari 39 / 38. 
memang bulan ni ada usaha lebih sikit. 
Sebab nak jugak2 baby 2013 kan.. 


So dah syok2 sendiri, senyum2 tengok 
stick sambil consume 'masih awal' lagi..
sebab tu line kabur.
Belek2 tak jemu... 
Tiba2, teringat nak baca balik paket stik tu. 

Ditulis LH Test Strip/ OPK Test .. 
Terus rasa keliru..

Pastu teringat, eh kalau untuk pregnancy, 
HSG Test strip nama dia.. !!
Dah salah sangka lah ni.. huhuhuuu


Alaaaaaa, baru je nak feeling2 dah positif kan. 
hehee.. Tapi takpe, since dah nak dekat Ovulate ni, 
boleh lah BD sungguh2. Harap2 sangat ada 
rezeki tahun 2013 yang mendatang ni. 

Sebab Yana dah plan dengan En.Suami, 
nak baby, nak beli rumah, nak beli kereta etc.. 
Macam2 plan ada. Tinggal nak laksana dan 
di tentukan oleh Allah swt je. 

Insyaallah kan, 
ada rezeki tak kemana. 
Doakan Yana tau ! 

Friday, December 28, 2012

Celoteh Yana : Part 85 - Random

1) FAKTA ATAU MITOS ?
= Makanan segera boleh jejaskan kesuburan

= Perencah keropok Mamee Monster boleh menyebabkan otak lembap untuk kanak2?




2) CARA MELEGAKAN KEPUTIHAN, BERKESAN ATAU TIDAK ?
= Mencuci vagina dengan air garam suam

= Makan / minum yogurt




3) MAHAL ATAU BERPATUTAN ?
= Semangkuk sup maggi kari : RM 4

= 2 botol mineral botol besar 1.5l : RM 3




4) ANDA PERCAYA ?
= Iklan sabun pencuci yang menggunakan ayat melariskan jualan "HANYA RENDAM, TAK PERLU SENTAL, KOTORAN HILANG SENDIRI"

= Manusia bermula dari monyet pada zaman kejadian awal.. kata pakar sains




5) BERITA TERBARU
= Seorang remaja 16tahun terbunuh, selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki nya merempuh belakang sebuah kereta di Melaka. Motosikal tersebut adalah hadiah dari bapa nya, sempena kejayaan arwah mendapat lesen memandu motor. Takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa... sumber : Kosmo

= Khairul Fahmi Che Mat telah selamat di ijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Leuniey. Tahniah.

Celoteh Yana : Part 84 - 25 perkara yang berubah selepas memiliki anak


25 Perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak
25 Perkara yang berubah
Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak
1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak
5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. :(
6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ;)
7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p
10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak
11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan.
13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan.
15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya.
16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita – senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya.
17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami
situasi mereka.
18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ♥
21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu.
22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
23. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku
24. Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat taknak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki.. Kalau diberi lagi jangan ditolak.. :) Mungkin sebab terlalu sakit, maka terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan.. )
25. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


(sumber : Facebook)

Thursday, December 27, 2012

Celoteh Yana : Part 83 - Kasih Ibu Tidak Terbalas

Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara­ kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Senyum...



(sumber : Facebook)

LESS WORD : Fill 'in' The Air :)

(sumber : Facebook)

Monday, December 24, 2012

Celoteh Yana : Part 82 - Jangan Pernah Kau Tangiskan

Assalamualaikum,


To all TTCians...

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Walau Sudah Perih Jerih Kau Lalui..
Walau Sudah Pedih Hati Menerima..
Walau Sudah Sakit Jiwa Menanti..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Sukarnya Melalui Hari Hari Mendatang..
Sukarnya Melalui Tembok Dugaan..
Sukarnya Menempuhi Segala Tohmahan..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Setiap Waktu Kau Usahakan..
Setiap Saat Kau Mendoakan..
Setiap Saat Kau Bertawakkal..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Takdir Dirimu Telah Ditentukan..
Perjalanan Hidupmu Berlainan..
Hingga Ragamu Kecelaruan..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Ujian Tuhan Untuk Hamba nya..
Supaya Kita Lebih Tabah..
Supaya Kita Selalu Dekat..
Supaya Kita Selalu Beringat..

Ketidakhadiran Zuriat Untuk Mu.. Adalah Suatu Perjalanan Mendekatkan Diri Mu Dengan Tuhan.
Berdoalah Lebih Banyak Selepas Berusaha, Insyaallah Suatu Hari Masa nya Akan Tiba.

Friday, December 21, 2012

Celoteh Yana : Part 81 - Fifi Tiez & Veelara

Assalamualaikum,,



Sorry kawan2, semalam tak dapat online. 
Komputer rosak teruk dari pagi lepas jam 3 baru betul, 
langsung TAK DAPAT ONLINE apatah lagi berblogging. 
Boss pun stay kat ofis sampai JAM 5 !! 
Grrr, susah nak bermesra ngan korang.




Okay, nampak nya contest tak dapat sambutan. 
Tapi sebab Fifi Tiez dan join & pouch pun ada 2 bijik, 
so SATU untuk Fifi, SATU untuk Vee, 
sebab dia cakap nak join kan. 
Kira berminat jugak dia nak pouch tu. 
Jangan marah Fifi, penat awak buat entri.. hehee





DI UMUMKAN, Fifi & Vee adalah 
bakal pemilik baru pouch gedempol tu.... !!!



aaarrrhhh, nak tulis panjang2 pun takde mood. 
Sebab harini dah Jumaat kan, 
mood dah tukar mood malas, 

so pemenang2 SILA tinggalkan ALAMAT dan 
nombor telefon anda di email saya 
: yanapinggiran@yahoo.com.my 
untuk sesi penerimaan hadiah (by pos ye :) )




SEKIAN, TAHNIAH ! 

Thursday, December 20, 2012

CONTEST : 2 BIJI POUCH GEDEMPOL UNTUK DIMENANGI !

**sticky post** scroll down for new entry

(TARIKH TUTUP UPDATE : 20/12/2012 12pm)

Assalamualaikum,





Yana ada extra 2 biji pouch gedempol yang cantik.. 
Dan ia sedang mencari tuan baru.
Mungkin kah anda salah seorang dari pada nya ?? 
Cepat join contest Yana yang senang sangat ni ..



1) Copy paste header blog bilaupttestmulapositif.blogspot.com
di atas beserta link sekali

2) Buat 1 entri kenapa anda harus menang dan 
dapatkan pouch ni

3) Tag 10 orang kawan dalam entri anda, 
dengan niat mengajak mereka join contest ni.
Contoh : http://fifitiez.blogspot.com/ @ THE TIEZ FAMILY


ITU SAJA ! Mudah sangat kan..

Okay, contest di buka tepat jam 
2 petang 14.12.2012 hari ini di tutup 
pada 20.12.2012 Selasa pada 
jam 12 tengah hari juga. 
Hadiah akan di poskan pada keesokan hari nya
iaitu 21.12.2012.


Sila tinggalkan link contest anda untuk Yana jenguk !



SELAMAT BERJAYA :)

Monday, December 17, 2012

Celoteh Yana : Part 80 - PMS, PMS

Assalamualaikum,,



Semalam Cik P datang melawat lagi.. 
Alhamdulillah, cycle kembali seperti biasa. 
Walaupon tak teratur, bulan lepas 40hari, 
bulan ni 38 je..Takpe, janji dia datang. 
Dan harapan tetap ada untuk 2013. 


Bila ada Cik P, bestfriend dia pun metsi ada, 
siapa lagi kalau bukan cik PMS tu. 
Nakal sangat harini dari pagi tadi buat Yana 
rasa macam nak guling2 atas karpet, tonggeng2 
dalam bilik air dan lari laju2 kat padang. 
Sebab sakit sangat ! GGGrrrrrr, nak je makan 
pil pink tu sekarang. Yelah, Yana dah lama 
kot tak rasa PMS... Disebabkan 2x pregnant tu, 
and ketidakstabilan hormon dalam badan takde 
lah PMS kan. Bulan lepas tak plak rasa camni.
 Takpelah, fikir positif ... 


Err, korang ada tips tak nak kurangkan PMS? 
Buat masa ni, Yana sapu minyak angin je.. 
Mula2 okaylah, bila dah habis je kuasa minyak tu, 
mula lah sakit balik..

Mood harini : NAK MARAH ORANG =(


(sorry,gambar sensored, google punya =) )


phew, nasib baik dah booking siap2 makcik urut malam ni !

Friday, December 7, 2012

Celoteh Yana : Part 79 - Cukupkah Gaji RM1500??



Jangan kata yang dah berkahwin, yang bujang pun terkial2..
Lain lah duduk dengan mak bapak :)

Thursday, December 6, 2012

Celoteh Yana : Part 78 - Tips Perkahwinan

Tips Perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus:


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 



:: sila lah share :)

Wednesday, December 5, 2012

LESS WORD : VIRUS MENYERANG !

Assalamualaikum,,



Apasal ek, hampir kesemua blog yang 
Yana bukak nak blogwalking, semua menunjukkan 
image yang sama..GOOGLE ada masalah ke???

Owner2 blog kena cuba betulkan 
(kalau ada cara nya).. 



(contoh)
kasihaleeya.blogspot.com dapat virus dari proudduck.com
dakpink.blogspot.com dapat dari redmummy.com





ke blog saya pun sama kena??


APA MASALAH NYE NI, VIRUS JAHAT ! !

Tuesday, December 4, 2012

Celoteh Yana - Part 77 : Spagetti Bolognaise

Assalamualaikum,


Semalam Yana masak Spagetti Bolognaise 
(betul ke eja ni?) kuah Prego.






Nak resipi ke? Ambillah kalau nak :)

1) Spagetti San Remo - sepaket direbus 
dengan air secukup nya, tambah garam sikit 
dan minyak supaya spageti tak melekat bila 
dah tos. Nak tukar minyak dengan butter pun boleh.


2) Bawang besar - 1 labu dipotong kecil
3) Bawang putih - 3 ulas dipotong kecil
4) Cili merah / cili boh - ikut suka nak pedas mana
5) Cendawan butang - 7-8 biji dihiris sederhana
6) Sosej ayam / daging - 4 batang dihiris sederhana
7) Daging hancur - setengah paket
8) Sos Prego - sebotol besar
9) Garam & Butter secukup nya

**Bahan 2,3,4 nak blend sekali pun boleh.

CARA NYA :
Panaskan kuali / periuk, masukkan butter 2 sudu besar, 
Tumis kan bahan 2,3,4 dahulu sampai naik bau, 
masukkan daging hancur, separuh botol Prego, 
kemudian masukkan cendawan, sosej, 
garam secukupnya. Masak sampai mendidih, 
masukkan sikit air (ikut suka nak cair atau tak)... 


Siap masak, spageti yang ditos kan tadi 
letakkan dalam pinggan, cedukkan kuah tadi 
ke atas nya dan SIAP, wallah senang sangat, 
sedap pun sedap :)



Anak buah pun suka, tapi dia makan dengan 
kicap 4-5 helai jelah.. 


Monday, December 3, 2012

Celoteh Yana : Part 76 - POSITIF

Assalamualaikum,




Kan seronok kalau UPT test yang 
POSITIF instead of OPK test




Takpe, kalau ada rezeki tak kemana kan :)




Susah nau nak dapat EWCM tu kan.. 
Untunglah siapa yang dapat

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm