Friday, May 31, 2013

Celoteh Yana : Part 153 - Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum,




Bercakap pasal ibu, emak, mama @ umi... 
Pertama sekali Yana nak ucapkan TAKZIAH pada 
kak Aty (blog : Aku Bukan Bidadari) yang telah 
kehilangan ibu nya pada 28 May 2013. 
AL FATIHAH untuk arwah Mak Ijan 
(nama panggilan kak Aty untuk ibu nya dalam blog). 
Walaupun Yana tak kenal kak Aty secara personally, 
Yana syukur yang kak Aty sempat berbakti pada 
ibu nya di saat2 akhir hidup arwah. Kita hanya 
mampu mendoakan kesihatan arwah tapi 
Allah swt lebih menyayangi dia. 
Insyaallah besar ganjaran seorang anak yang 
berbakti pada orang tua mereka, tidak kira bila. 


"SEORANG IBU MAMPU MELAHIR, MEMBESAR DAN MEMBAHAGIKAN KASIH SAYANG KEPADA SERAMAI MUNGKIN ANAK, TAKKAN SEORANG ANAK TAK MAMPU BERBAKTI UNTUK SEORANG IBU " 
(jangan di lupa ayah yang membanting tulang 
mencari rezeki memberi kita kehidupan)



Dan pagi ni, Yana dapat mesej dari Mak. 
Minta datang ke rumah dia. Rumah kami dekat, 
takde masalah nak datang... Mak tak beritahu 
sebab apa minta datang, Yana call mak tak berjawab. 
Mungkin mak cuti @ kerja... Cuba call rumah, 
adik jawab. Kata nya mak dah pergi kerja.. Saja tanya 
mak masak apa? (Mak memang rajin masak breakfast, 
untuk anak2) Adik jawab.. MEE GORENG, 
PATUT LAH TELEFON KAU. 
MEH DATANG AMBIK ! hehehe.. adik tahu2 je, 
tujuan mak suruh Yana datang rumah tu, Suruh ambik 
mee goreng rupa nya. Mak tau anak dia ni laju je datang 
ada mee goreng hasil tangan mak. Cecepat siap laju2 
drive pergi rumah mak dan bungkus sebekas sampai 
opis baca doa makan, dan NGAP! 
Alhamdulillah, dah kenyang pun.


Ni lah rupa mee goreng dari Mak 
(kalau yang teringin boleh order kat kedai mamak ye :) )




TERIMA KASIH MAK !!

Wednesday, May 29, 2013

Celoteh Yana : Part 152 - Wonderful Feeling

Assalamualaikum,




Heeeee, thanks ya pada yang bagi info masing2 
pasal pam susu tu. Urm masih fikir lagi nak Medela
@ Avent. Masih stick dengan manual sebab bajet la ofkos. 
Cuma yang mana 1 belum finalise lagi. 
Ada yang cakap boleh sewa, kat mana ye nak sewa? 
Nak jugak review.. 


Dan alhamdulillah, loan rumah kami dah di luluskan.. 
Ada 2 bank yang luluskan, yang mana 1 bagi 85% 
1 lagi 90%. kalau boleh memang nak ambil 90% tu 
terus setuju tapi nak kena kaji sedalam nya dulu 
T & C nya kan. Takmau main seluk je. tanggungjawab 
long term ni. dapat loan max 40 tahun. 
Dan insyaallah nak bayar lebih sikit takpe asalkan 
dapat kurangkan faedah & tahun bayaran nya nanti. 
Rezeki 'dak kecik' ni.. Nampak di permudahkan 
je semua nya.. Harap2 terus mudah sampai dapat 
 milik rumah tu nanti. Minggu depan baru nak sign LOA.


Buat masa ni, lepak2 dulu kat ofis ni sambil 
rasa 'dak kecik' menendang ke boxing dalam ni...

Tuesday, May 28, 2013

Celoteh Yana : Part 151 - Medela Harmony @ Avent Manual?

Assalamualaikum,,






Medela Harmony




Avent Manual


Nak minta pendapat kawan2.. 
Yana nak cari pam susu tapi masih berbagi memilih 
antara 2 brand ni. Dah review, dua2 ada review yang 
baik. Kalau kawan2 ada pendapat, mohon kongsi. 


Thanks :)

Monday, May 27, 2013

Celoteh Yana : Part 150 - Di Usia Mu 5 bulan @ 20 minggu & Tragis Hari Kenduri

Assalamualaikum,






Dah masuk bulan ke 5 baru ambil gambar, 
sebab apa? hehee.. sebab baru nampak ke'tonjolan'nya..
Alhamdulillah, harini dah minggu ke 21 pun. 
Ni gambar minggu lepas. Balik dari kerja sesaja snap untuk kenangan. 

Ada kisah tragis Sabtu baru ni, 
Yana nak pergi kenduri kahwin sepupu dengan 
mak & adik2. Semangat lah gosok sepasang baju 
kurung moden berwarna biru laut. Dalam hati 
duk cakap insyaallah muat lagi ni. Sesampai rumah mak, 
mandi2, sampai masa sarungkan baju. 
Masa sarung kain, ALAMAK tak boleh kancing kat 
pinggang, kancing lah atas perut betul2 bawah dada. 
Dah singkat pulak kain nya. Takpe lah, pakai stokin 
satgi takdelah ketara nampak kaki (cakap dalam hati).. 
Part sarung baju, sangkut ketat kat dada, paksa jugak masuk. NGAM2 !! Tang perut MENONJOL HABIS !
 turun bawah wat muka nak nangis kat mak, 
sambil cakap "MAK KETAAAAATTTT !!" 
habis semua orang tergamam, macam nak gelak pun ada. 

Yana terus naik atas balik berdiri depan cermin 
sambil pusing depan belakang rasa macam nangka 
disarung kain! Terus mak pun gopoh gapah cari baju 
maternity dia dulu, bagi Yana pakai. eeee, besar jugak. 
Yana pakai dah macam budak kecik pakai baju mak dia.. 
terus semua gelak2, sebab kejarkan masa nak pergi 
kenduri dengan huru hara cari baju apa nak pakai. 
Mak cari 2,3 pasang baju dia yang dia rasa sesuai. 
Semua tak sesuai last2 mintak jubah dia je, 
besar juga tapi memikirkan jubah memang kena 
pakai longgar2 redha jelah. takkan taknak pergi 
kenduri pulak kan.. Dalam kereta sepanjang 
perjalanan gelak ketawa teringat kisah tadi.. 

Esoknya, mak & adik pergi cari baju raya diorang,
balik2 mak hulur 1 beg plastik FIRSTLADY, 
ada sehelai baju maxi untuk anak nya ini. 
Terima kasih mak ! hehehe..



SIAPA ADA PENGALAMAN MACAM NI??
Angkat tangannn ! :)

Thursday, May 23, 2013

Celoteh Yana : Part 149 - BABY BULLET MURAH !

Assalamualaikum,




Tadi sambil jalan2 kat Groupon.my, 
ternampak baby bullet ni .. Memang sesuai di beli 
untuk mereka2 yang dalam persediaan nak bagi 
anak 6m makan solid food. 


MURAH babe ! RM 99 untuk 20pcs item ! 
Pernah baca kat blog MekChu dia beli RM 138 untuk 
16 pcs item je ! Pun dia beli kat Milkadeal. 
TERMASUK DELIVERY ke Semenanjung. 
Sabah Sarawak kalu kena tanya Groupon. 
Warranty 3 bulan.




SUDAH BANYAK MURAH oooh !
cepat beli, dalam masa 5hari je deal ni buka tau !

Ini link Groupon.my untuk Baby Bullet deal (KLIK)




Package includes
  • 1 x batch bowl
  • 1 x batch bowl lid
  • 1 x power base
  • 1 x baby blend blade
  • 1x milling blade
  • 1 x easy pop batch tray
  • 1 x easy pop batch tray lid
  • 6 x date dial storage cups
  • 1 x spatula
  • 1 x short cup
  • 1 x re-sealable lid
  • 1 x tip proof tray
  • 1 x user manual and cookbook
  • 1 x pocket nutritionist booklet
  • 1 x bag


Tuesday, May 21, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Dilema Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum,




Tengok tajuk pun dah tahu rasa tentang apa topik kita hari ni.. Zaman sekarang ni RAMAI ibu2 dalam dunia ni bekerja. Demi menambah keselesaan diri sendiri dan membantu keluarga. Macam Yana sendiri pun, masih bekerja, dan pernah terfikir untuk berhenti kerja selepas melahirkan. Ewah, anak baru nak masuk sorang dah nak jadi suri rumah.. Apa salah nya kan, kalau suami mampu, dan mengizinkan ibu2 ni duduk di rumah mendidik anak boleh je. Janji persetujuan di buat kedua belah pihak. Jangan lah isteri beria nak berhenti padahal tau suami tak boleh support sorang2. Semua benda mahal sekarang, bila ada anak macam2 kena titik beratkan. Pampers, susu, keperluan lain2. 

Yana dalam dilema juga, pasal kami bercadang nak beli rumah di kawasan Damansara. Dan sekarang Yana bekerja di Batu Caves. En.Suami pulak bekerja di Tropicana. Kawasan tu memang dekat dengan tempat kerja dia. Kedua ibu bapa kami tinggal juga di kawasan Batu Caves. Alhamdulillah, loan kami tiada masalah, sekarang tunggu bank proses sikit lagi sebelum kami setuju dengan T&C semua. Insyaallah kalau jadi, awal tahun depan kami nak masuk. Tahun ni rasa nya tak kot sebab dengan Yana nak bersalin lagi, fikir faktor kerja lagi etc..

Yang jadi dilema ialah, pada tahun depan bila kami pindah masuk rumah tu. Yana dah tentu2 kena cari kerja di kawasan sekitar, atas faktor elak jem, senang nak balik kalau ada apa2 hal dengan anak (mungkin hantar ke pengasuh kalau Yana terus kerja). Lainlah kalau tak bekerja, kerja dari rumah ke..
Dan tau jelah, sekarang ni nak cari pengasuh / taska yang betul2 jaga anak kita seikhlas hati bukan senang. Setiap hari baca kes2 anak2 kecik yang cenggitu cenggini. Risau jugak sebenar nya.. 

Kalau bos sekarang, dia ada bagi pilihan samada Yana nak terus kerja @ berhenti. Sebab dia faham keadaan ibu2 ni. Dia ada jugak cadangkan Yana kerja dari rumah, freelance. tak terikat waktu kerja. 
Cuma macam leceh pulak kalau nak bawak dokumen semua balik rumah. Dah jadi 'rumahku, ofisku' pulak. hehe. Dia pun ada terfikir nak pindah ofis, tapi kat kawasan Ukay Height sana. Lagi lah jauh dari Damansara tuh. Jem lagi. 

Benda2 camni kena fikir dan bincang betul2, dengan En.Suami & juga dengan bos. Sementara ni, Yana masih survey bisnes apa yang buat dari rumah, insyaallah. Kan berniaga ni digalakkan.



Friday, May 17, 2013

Celoteh Yana : Part 147 - Bahu Yang 'Cedera'

Assalamualaikum,




Akibat suntikan ATT semalam, bahu kiri 'cedera' hingga hari ini. Masih terasa sakit nya.
Betullah kata nurse, akan rasa lenguh lepas cucuk. 
Tapi takdelah sangka lenguh camni. Ni bukan lenguh 
biasa2 yang kita sapu2 minytak angin urut2 sikit dah okay, 
ni rasa dia macam ada orang penumbuk dekat bahu tu 
sekuat hati dia. Malam tadi nak tidur tak selesa langsung mengiring ke kanan je. Hari ni sakit nya terasa lagi2 
masa buat pergerakan bahu kiri. Macam nak angkat 
barang ke, hatta sehelai kertas pun sakit. 

So, di isytiharkan bahu kiri ku 'cedera' dan direhatkan. 
Apapun syukur,diberi perluang merasai semua ni, 
demi 'dak kecik' pengikat kasih Yana & En.Suami..



:: pada yang request gambar perut mandong, nanti lah ye..
 tunggu besar lagi. sekarang masih kecik lagi :) ::

Thursday, May 16, 2013

Celoteh Yana : Part 146 - Suntikan Kancing Gigi

Assalamualaikum,


Kembali bersiaran.. Pagi ni cek up macam biasa lah. 
Ambik berat, darah dan rutin lain.

Minggu : 20
Berat : 63 kg 
Tekanan darah : 12.1
Degupan jantung janin : 139/min

Dan juga kena suntikan ATT buat pertama kali nya.. Sebab misi kata dah rasa baby bergerak so dah boleh dapat suntikan ni. 2nd dose pada next cek up, 13.6.2013.



Meh kita baca serba sikit apa sebenar nya kancing gigi ni.




Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasminneurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan.[1] Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan.[2] Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.
Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.
Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantungdan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Tanda dan simptom

Penyakit kancing gigi menjejaskan otot rangka, sejenis otot striated digunakan bagi pergerakan sedar. Jenis otot striated lain, kardiak atau otot jantung, tidak boleh mengalami tetanized kerana ciri-ciri eletrik dalamannya. Kadar kematian dilaporkan berbeza antara 40% hingga 78%. Pada tahun kebelakangan, sekitar 11% kes tetanus dilaporkan menyebabkan kematian. Kadar kematian yang tinggi adalah pada orang yang tidak menerima pelalian dan mereka yang berusia melebihi 60 tahun.[2]
Tempoh pengeraman/inkubasi tetanus mungkin sehingga beberapa bulan, tetapi biasanya sekitar 8 hari.[4][5] Secara umum, lebih jauh tempat luka dari sistem saraf pusat, lebih lama tempoh pengeramannya. Lebih singkat tempoh pengeraman, lebih teruk simptomnya.[6] Bagi kancing gigi pada bayi baru lahir/neonatal, simptom biasanya muncul sekitar 4 hingga 14 hari selepas kelahiran, purata sekitar 7 hari. Berdasarkan jumpaan klinikal, empat bentuk kancing gigi berlainan telah digambarkan.

Pencegahan

Tidak sebagaimana penyakit berjangkit yang lain, sembuh dari tetanus didapati secara semulajadi tidak biasanya menyebabkan pelalian pada tetanus. Ini disebabkan kekuatan melampai toksin tetanospasmin; dos tetanospasmin yang membawa maut juga tidak mencukupi bagi tindak balas imunisasi.
Kancing gigi boleh dicegah dengan pelalian dengan tetanus toxoid.[7] Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit ("Centers for Disease Control and Prevention - CDC") mencadangkan bahawa orang dewasa menerima suntikan penguat pelalian setiap sepuluh tahun, dan amalan penjagaan piwaian bagi kebanyakan tempat adalah bagi memberikan penguat kepada sebarang pesakit yang tidak pasti bila dia menerima pelalian terakhir, atau jika dia di bawah 3 jangka hayat dos pelalian. Bagaimanapun, pelalian mungkin tidak menghalang potensi kes Kancing gigiyang membawa maut dari luka semasa, kerana ia mampu mengambil sehingga dua minggu bagi antibodi Kancing gigiuntuk terbentuk.[8] Bagi kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun, pelalian Kancing gigisering kali diberikan sebagai pelalian gabungan, vaksin DPT/DTaP, yang juga termasuk pelalian terhadap difteria‎ dan pertussis. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak melebihi tujuh tahun, vaksin Td (kancing gigi dan difteria‎) atau Tdap (kancing gigi ("tetanus"), difteria‎, dan acellular pertussis) biasanya digunakan.









Celoteh Yana : Part 145 - Pagi Ini Ada Cek Up

Assalamualaikum,




Phew, diam2, dah masuk bulan ke 5 ooh bawak 'dak kecik' dalam perut ni. Kalau selalu berjalan memang sakit ari2 di buatnya. Penat kaki takyah cakap lah. Pergi eskpo hari tu, balik je sampai rumah terus rasa lemah tulang temulang. Kalau di kira kan ada balance lagi 4 bulan je nak bawak 'dak kecik' dalam perut lepas tu insyaallah dia lahir melihat dunia. Sekejap je lagi kan. Tapi kalau kira minggu ada 20 minggu lagi, laaaaammmmaaaaa lagi tuh ! hehee. 

So hari ni adalah cek up yang ke 4 dekat klinik kerajaan. Harap2 semua nya baik2 je. Berat tak naik banyak pun. Selalu timbang kat rumah. sekilo dua je naik. Taktau lah esok lusa tulat sampai bersalin macam mana plak kan. Tapi sekarang sikit stress sebab muka dah membulat pakai tudung pun rasa ketat je, nasib lah pakai tudung sarung. kalau bawal segala memang malas, nak pin2 kan. Kalau nak berjimba kadang2 tu ada lah jugak pakai. Kalau nak cepat memang sarung jadi pilihan.

Ikut kata babycenter.com, 'dak kecik' sekarang bersaiz sebijik tomato yang ranum. Sila imejin.


:: ini adalah schedule entri di tulis semalam, saat ini Yana masih di KKIA ::

Wednesday, May 15, 2013

INFO : CARA BERSIHKAN URI BAYI (UNTUK BAKAL BAPA)

Assalamualaikum,


Rasa nya yang pernah melahirkan / menimang cahaya mata dah tahu cara nak bersihkan uri ni.. Tapi Yana tetap share untuk yang bakal pertama kali / yang dah lupa cara nya. Ilmu untuk dikongsi ye dak? :)



CARA MENGURUSKAN URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Monday, May 13, 2013

Celoteh Yana : Part 144 - Ekspo Mom & Baby Mid Valley 10-12 May 2013

Assalamualaikum,



Memang Yana dah plan nak pergi ekspo ni, ikut hati nak pergi hari Jumaat tapi tak dapat sebab ada family trip ke Cameron. Kami 2 malam di sana bergerak Khamis jam 8 malam. Sabtu malam baru sampai KL memang tak larat badan lemau sangat tau jelah perjalanan kat sana macam mana kan. Jalan ular, bengkang bengkok. Muntah jugak dalam kereta, pening ! So, tunda pergi ekspo hari Ahad.
Masya allah, ramai orang! Berhimpit himpit bersesak sesak. Ramai yang bawak stroller yang buatkan jalan sempit bertambah sempit. Pulak tu berhenti tengah2 jalan. Ibu2 mengandung pun ramai, comei2 je tengok dorang bawak perut hehee...

Yana target nak beli barang2 kering je, macam mitten, booties, napkin, towel, selimut, pampers etc..
So jom tengok listing & berapa kos nya (gambar 1 pun tak de sebab tak dan nak ambik2 gambar terus shopping balik rumah terus simpan elok2 penat tengok bilik bersepah penuh barang)

1) Tuala kecil : RM 1.50 x 2 : RM 3
2) Tuala besar : RM 12 (2 helai)
3) Selimut : RM 20 x 2 : RM 40
4) Maternity pad : RM 17
5) Bip : RM 10 (3 helai)
6) Pampers Babylove NB 48pcs : RM 15 x 2 : RM 30
7) Pampers Petpet S 64pcs : RM 25
8) Bantal menyusu : RM 63
9) Sarung bantal menyusu : RM 15
10) Set tilam : RM 36.90
11) Bra menyusu KellyMom : RM 20 x 3 : RM 60
12) Set 3 in 1 topi mitten booties Babylove : RM 10
13) Set 3 in 1 topi mitten booties Pureen : RM 8
14) Set mitten booties Pureen : RM 5 x 4 : RM 20
15) Set mitten booties kartun Pureen : RM 8
16) Pureen wet tissue : RM 18 x 2 : RM 36
17) Barut : RM 5 x 4 : RM 20
18) Autumz breastmilk storage plastik : RM 9 x 3 : RM 27
19) Tikar getah : RM 15

TOTAL : RM 435.90

Tapi harga nampak nya tak jauh beza dengan kedai.. baju2 murah la nampak nya. Tapi sebab 'dak kecik' dah banyak baju, kita beli benda lain lah..
Banyak lagi kena beli, duit2 cepatlah di kau muncul...

:: Pening fikirkan pump apa yang sesuai, manual / eletrik.. Dan jugak set bersalin.. kena fikir dari sekarang ::

Thursday, May 9, 2013

Celoteh Yana : Part 143 - Bukan Lagi Kesukaan

Assalamualaikum,




Sebelum manodng kan 'dak kecik', Yana sukaaaaaaa makanan western, KFC, McD.. Asal terfikir je, lunch nanti pergi makan. Urm nyum2. Walaupun masa ramai yang boikot mcD tu, saya tetap setia pergi sana. Western food pun selalu jugak makan dengan family in law sebab mak mertua sukaaaa sangat dengan chicken chop. Dalam sebulan tu kadang2 ada lah dekat 2 x pergi makan.

Alkisah semenjak masuk je bulan ke 4 ni, LANGSUNG tak boleh tengok @ makan makanan ni. Mesti keluar balik ! Rugi betul.. 'Dak kecik' ni ikut selera bapak dia kot, suka sangat makan lauk2 kampung.
Tapi yang paling dia adore sekali, masakan nenda dia, iaitu emak Yana. Amboi setiap hari duk terbayang apa lah mak masak kat rumah tu, selalu teringin makan masakan mak. Suka jugak request2 menu hehe.
Yang terbaru minta mak masakkan daging masak kicap, sayur kobis masak lemak + sambal belacan. Perrggghhh makan sampai senak perut ! Kalau boleh nak ulang 2,3 kali makan tapi biasa lah teringin orang mandong ni dapat makan sekali je pun dah cukup kan..

Akan datang, nak pergi Melaka pulak cari Coconut Shake Pantai Klebang punya ! hehehe.. haritu dah request kat En.Suami, mungkin bulan 6 nak ke sana.. Tunggu yek :)



(TERGODA TAK???)

Tuesday, May 7, 2013

LESS WORD : TERHARU


Monday, May 6, 2013

Celoteh Yana : Part 142 - Takziah untuk Puan Erina, Mama Aqil Hamzah

Assalamualaikum,




Walaupun Yana tak pernah kenal blogger Erina ni, 
tapi blogger2 lain ada update pasal arwah terutama 
kak Mimy Hamid yang update pasal dia melawat arwah 
di hospital dan menyampaikan sumbangan baru2 ni. 
Dan pagi ni Yana dapat berita pemergian arwah adik 
Aqil Hamzah melalui rakan2 blogger juga. 


Arwah dijangkiti virus Streptococcus @ demam berdarah. 
Dah 2 minggu di ICU HKL. Pergi menghadap pencipta 
nya pada 4 May.Sama2 lah kita sedekahkan AL FATIHAH 
untuk arwah adik Aqil Hamzah.

Friday, May 3, 2013

CONTEST : Saya Nak Chocolate Fountain FREE dari SheLovesChocolate !!

Assalamualaikum,,




(blog Eida dah di lock, so print screen saja)

LINK KE CONTEST 



hehehe.. tengok tajuk pun dah tau kan... 

Yana nak join contest ni sebab nak FREE lah, 
chocolate fountain tu untuk satu (1) hari.

Owner SheLovesChocolate ni ialah Puan Eida 
owner blog GEDIK (haha, rasa macam bersalah taip macam ni)


Senang sangat join contest ni, cara nya seperti di bawah :-



Nak join? Simple !
3. Buat simple entry dengan tajuk "Saya nak Chocolate Fountain FREE!!" , 
masukkan banner dan linkkan ke entry ini..
4. Drop komen kat entry ini dengan meninggalkan details seperti berikut;
a) Nama & URL Blog  (senang ai nak check nnti)
b) Nama FB  (senang ai nak check nnti)

Celoteh Yana : Part 141 - Musim Pilihan Raya & Selamat Mengundi !

Assalamualaikum,




Ahad ni 5 May ialah hari mengundi, yang mana semua orang tau hari tu lah kita PERLU memilih siapa yang bakal mentadbir kerajaan selepas ni. Pilihan di tangan masing2, hak masing2. Tak kira parti mana, cuma ingat jangan terlalu taksub sampai nak bergaduh sesama Islam. Yang penting cari ilmu & saham banyak2 untuk akhirat nanti, bukan untuk dunia je. 

Yana memang tak ambil tahu pasal politik, dengar sikit2 tu ada lah.. Bila wakil rakyat datang taman, kita pun jenguk2 lah. Tapi nak jadi orang2 kuat berkempen, memang taknak sebab banyak lagi hal perlu di buat. hehee.. 

So, pada yang dah gerak balik kampung hati2 di jalan raya, semoga selamat sampai.. Pada semua, SELAMAT MENGUNDI .. 1 undi anda, bakal menentukan masa depan kita.


p/s : Ramai yang komen Yana beli 30 pasang baju 'dak kecik' banyak,, hehe.. Actually Yana beli campur2, sampai 6 bulan punya boleh pakai. Bukan terhad new born je. Tapi tak tau lah kalau 'dak kecik' bakal membesar bagai johan bila dah lahir nanti.. hehehee

Thursday, May 2, 2013

Celoteh Yana : Part 140 - Dah Terasa

Assalamualaikum,



Terima kasih pada yang tinggal komen entri jantina 'dak kecik' tu.

Tapi ni nak cerita pasal lain..Akhir akhir ni, nak tidur memang senang. Kalau mata dah kuyu, letak kepala tak sampai 5 minit boleh lelap. Cuma posisi tidur tu ada kala nya mengganggu .. Sejak bulan ke 3 haritu tidur mengiring je. Tidur terlentang tak selesa melainkan sekejap2. Sebab perut dah mula rasa sengal2, kadang2 mengeras, pinggang pun dah mula rasa sakit. Time bekerja memang kebanyakan masa duduk je, lagi lah rasa tak selesa. Banyak berjalan pun nak kemana je, masa lunch jelah kot ada pergi bank, pejabat pos etc.

Sambil taip ni pun rasa sakit kat pinggang, tapi normal lah kan.. Dugaan mengandung ni macam2. Allah swt nak bagi, sabar jelah. Kalau berjalan banyak, macam jalan2 hari minggu pergi mall ke, uptown ke selalu je 'dak kecik' ni mengeras kat dalam. Wat ibu dia rasa senak, balik rumah terus cari katil je. memang camtu eh? Kalau travel jauh pun camtu. . tapi semalam kelakar, 'dak kecik' dah pandai nak WeChat jugak. hehe, En.Suami duk WeChat dengan mak & family dia. dalam pada kami gelak2 balas2 WeChat tu, 'dak kecik' macam tendang2 kat dalam. Yana gitau En.Suami, terus dia diam tak gerak dah. huhuu, malu ler tuh sibuk lagi hal dunia. Tunggu lahir dulu ye sayang ;)

:: @ 17 minggu perut Yana kecik je, macam buncit kekenyangan .. kalau 'dak kecik' mengeras, nampak la belah kiri lebih bonjol dari kanan. bila perut start membesar ek? ::


Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm