Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 27, 2013

Celoteh Yana : Part 111 - Boringlah

Assalamualaikum,



1) Dear Fifi Nadhrah : hehehe.. harini tak makan HorFun ler. Esok2 ler pulak.

2) Boring ler kerja, hari2 buat benda yang sama. Kerja tempat lama hari2 buat benda lain2. Kira berkembang lah sikit otak. Boleh jalan2, kawan2 ramai, persekitaran pun best je. Dah lah sekarang ni bos asyik tekan tu tekan ni.. Naik gaji nye tiga angka je, tapi expecting macam naik empat angka. tiga angka tu pun yang paling busuk sekali.. hahaha. Kadang2 geram pun ada. Dahla dengan perut yang meragam 2,3hari ni makan serba tak kena, minum pun tak kena.. Rasa macam nak tujal2 je bos tu. Ceh macam berani. Tu yang takde benda nak celoteh kat sini. Kalau la En.Suami gaji lima angka, hui esok jugak resign. Tapi masih di empat angka ni, bersabar jelah. Nangis sorang =(


p/s : eh,mee MAGGI boleh makan tak? 

Monday, February 25, 2013

Celoteh Yana : Part 110 - OldTown Ipoh HorFun









OldTown Ipoh HorFun 

hanya ni lah yang tekak rasa paling sedap sekarang ni, 
makan panas2 letak cili kicap tu, 
berdesiiiinnngggg telinga tapi PUAS! 

Bila makan nasi berlauk tak lalu, 
dimuntahkan semula otak hanya teringat benda ni. 
Adoi, kena mandrem agak nya. 
Kalau boleh tiap malam nak makan. 
Sampai En.Suami kata, "anak memilih ikut ibu dia" 
kalau ikut dia, semua pun makan.. 
Hek eleh, perasan. Dia pun choosy jugak sometimes. 

Aaaaahhh, kalau lah ada tukang masak benda ni 
kat rumah, hari2 makan pun tak jemu. 
Nasib baik OldTown tak jauh, kat Sri Gombak je. 
Tapi kalau ikut pe'el 'dak kecik' ni, 
jam tu dia nak tak dapat mula lah beraaannngggiiin 
je perut ni. Bila dah dapat, duduk baik2 je. 
Tidur pun lena. 


Haiz, ini kah nama nya mengidam?? 
Atau mengade ngade je? 

Nasib lah En.Suami nak layan, 
kalau tak pregnant, bila ajak je makan luar, 
penatlah, lain kali lah, tak larat lah.. 
Sekarang, ajak je, OK jom.Siaplah.. 


Weee, indah nya dunia. Terima kasih Allah swt 
bagi nikmat ni, rasa dihargai :)

Friday, February 22, 2013

Celoteh Yana : Part 109 - Gambar Pertama Mu :)


Assalamualaikum,










Gambar pertama 'dak kenit' , 7minggu 4hari. 
Alhamdulillah, dah ada degup jantung. 

Semoga 'dak kenit' terus membesar 
dengan sihat & kuat, macam ibu dia ni :)

Tuesday, February 19, 2013

Celoteh Yana : Part 108 - Lauk Berpantang

Assalamualaikum,


Baru lepas baca entri Mama Kasih's (Fillanie), tentang entri berpantang. Yang mana WAJIB bagi semua kaum Hawa yang melahirkan anak / keguguran. Berpantang ni bagus, untuk kebaikan badan kita jugak yelah nak pakai sampai akhir hayat. So, takkan kita nak biar badan kita sakit2 sebelum waktu nya kan. Melainkan Allah swt turunkan penyakit untuk menguji itu lain cerita. Jadi, selagi boleh jaga kita jaga.

Kalau pasal pantang, Yana suka ! Sebab apa? Sebab masa tu lah dapat rehat puas2, pakai baju tebal2, stokin & jalan lemah gemalai. Perlahan2. Makan sedap2. Tak sedap ke lauk orang berpantang?? Sedap lah.. Ikan singgang, sup sayur, ikan bilis tumis halia & lada hitam, macam2 lah yang boleh dimakan sebenar nya. Masa Yana pantang gugur aritu memang takde amik gambar apa pun. Sebab teruja kan, lauk dah ada depan mata makan dengan nasi panas2, kunyah2 halia dengan lada hitam tu, rasa panas je dalam badan. Best tau, sebab bila kita melahirkan ni, badan kita akan jadi sejuk sebab urat2 yang kembang. So, dengan makan benda2 camni sekurang nya dapat panaskan badan kita. Mungkin ada yang suka cara moden, tak jaga makan, etc tapi tak kisah. Ikut lah pada badan masing2. Kalau okay, teruskan lah.

Kat sini Yana pernah share RESIPI LAUK ORANG BERPANTANG. Semua mudah2, even ibu2 yang tengah berpantang tu boleh masak sendiri, sekadar campak2 je bahan yang ada. Suami lagi lah senang. Tengok resipi, kopek sana kopek sini masuk periuk, bukak api nah tunggu je. Dah didih masak isi tu, hidanglah pada isteri. Tak susah. Janji ada hati nak buat. Kalau dapat mak sendiri jaga lagi seronok, request je. Asalkan sesuai untuk orang berpantang, konfirm dapat. Kalau mertua sporting, mintak jelah :)

Ni nak tepek sikit gambar lauk berpantang Yana ambik dari Google. UUuuiiihh, sedapnya. Meleleh ai lior ni



Daging masak lada hitam kaw2 ! Sluurrrppp



Sup Ikan



Ikan Bilis Lada Hitam Tumis Kering2 
(MY FAVOURITE!!)



 Sup Ikan Haruan Dengan Halia
(INI SEDAP!!)



Singgang Ikan 



Tapi masa pregnant tak boleh kan makan lauk2 ni?? 
sebab lada hitam panas takut effect plak.
Huih sabar2... 




Celoteh Yana : Part 107 - Womb Service

Assalamualaikum,





Seorang ibu takkan pernah menolak permintaan anak nya 
walaupun yang sebenarnya berkorban ialah bapa nya :)

Buat masa ni, Yana takde craving pape lagi. 
Selera makan totally down ! Makan 2,3 sudu dah muak, 
terus pass bagi En.Suami, sampai dia marah 
sebab makan sikit, pastu lemah. Dia risau sangat. 
Even Yana dah cakap, this is normal situation 
pun dia masih risau..Yelah, 1st time kan. 
Terkazut lah member pahal bini aku yang 
kuat makan ni jadi camni, hahaha.. 

Esok dah masuk 8minggu. How time flies.. 
Diharapkan fasa 'melemahkan' ni, 
berakhir dengan smooth. Minggu depan 
nak scan lagi, tengok heartbeat dak kecik ni. 
Entah apa dia buat kat dalam tu.. 
Sangat2 berdoa dia sihat. No complication at all 


Mungkin boleh nampak dia melambai ?? :)


Monday, February 18, 2013

Celoteh Yana : Part 106 - Dear Friends

Assalamualaikum,



Dear friends,, semua pembaca blog Bila UptTest Mula Positif Yana nak ucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan korang semua. Jenguk blog ni & tinggalkan komen. Saya sangat menghargai nya.

Dan Yana juga ada singgah blog korang semua, walaupun selalu nya sebagai silent reader. Bukan apa, kadang2 tak tau nak komen apa. kalau ada idea nak komen, Yana komenlah. kalau tak komen tak bermakna Yana tak singgah ye.

Dan mungkin blog ni akan kurang ke 'udara'.. Takde feel nak menulis, tengok komputer pun rasa lemah je badan. Yang di imagine kan sekarang ialah 'sesi beramas mesra dengan bantal & katil'... Maafkan saya ye :)

Tapi insyaallah Yana akan singgah blog korang. Okaylah, taktau lah nak bebel apa lagi. semoga kita berjumpa lagi.



Wednesday, February 13, 2013

Celoteh Yana : Part 105 - Minggu Ini

Assalamualaikum,


Yana masih bercuti sampai Ahad ni. Isnin masuk kerja semula.. Pada yang dah masuk kerja, selamat bekerja.

Masuk minggu ni, Isnin hari tu perut dah start kembung.. Macam berangin je. Makan ke tak makan ke samaaaaa je rasa nya. Ada masa nya rasa nak muntah tapi tak keluar. Sendawa jangan cakap lah, kuat macam orang laki sampai En.Suami pun terkejut. Makanan masam2 tak boleh masuk langsung macam mayonis, sambal masam2 pedas, dll memang terus loya pastu. Masak lagi lah, memang TAK dah.

Hatta bau ayam goreng pun dah pening kepala.. Sekarang minyak cap kapak ialah best friend.
Pergi klinik dengan En.Suami kelmarin, masih nampak kantung dan dia membesar ikut kiraan LMP.
Doktor kata normal bila rasa kembung perut "thats a good sign kata nya"

Alhamdulillah, harap2 baby ni sihat2 je. Selalu imagine ada kembar kat dalam :) selagi tak nampak, boleh berharap kan ? >.<

Okaylah, sekian saja dari diri ini..

Friday, February 8, 2013

Celoteh Yana : Part 104 - Last Day Kerja

Assalamualaikum,


Harini Jumaat bersamaan 8.2.2013, bermakna hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang 1 minggu sempena Tahun Baru Cina. Cuti pergi mana? Duduk rehat2 kat rumah je kot, sebab kandungan masih awal kan. Takmau lasak2, travel2.. Beringat kes2 sebelum ni.

Selera makan? Pergh, pagi, tengahari, malam bantai makan nasi ! Semua nampak sedap, tapi lauk pilih2 jugakla. Bukan hantam jugak.. hehee. Tapi lepas makan je mesti perut rasa sebu. Tak selesa.

Yang tak best nya, Yana kan start makan kismis sejak hari ovulasi tu, tapi 2,3hari ni, setengah kotak pun tak mampu habiskan. Kalau paksa jugak makan, time kunyah tu rasa nak muntah. Lidah dan tekak takleh nak terima. Haiz, makanan menyihatkan pun taknak .. Tapi McD, KFC tu semua memang tak makan dah sebab junk food memang tak elok kan. 

Kalau bab tidur, jangan cakaplah. Pagi mengantuk, tengahari mengantuk, malam apatah lagi. Minggu ni sampai Ahad En.Suami outstation, awal lah Yana masuk bilik. Kul 10 malam dah tidur, kalau dia ada kul 12 belum tentu dapat lelap. 

Semalam pergi scan, alhamdulillah, dah nampak kantung berada di tempat nya, dalam rahim..
Baby nampak macam dot hitam tu lah.. Doktor tu cepat sangat scan nye.. Tak puas tengok lagi, eksaited sampai terlupa nak suruh dia printkan gambar. Nak wat kenangan. Tapi belum ada heartbeat lagi. Nak pergi scan balik lagi 2minggu dengan En.Suami insyaallah masa tu dah nampak heartbeat. Nak sama2 eksaited dengan En.Suami, yelah dia pun menantikan anak dia ni. 

Selalu tiap2 malam Yana cakap dengan baby, "Sayang, pegang ibu kuat2, 9bulan lagi kita jumpa"
Doa kat Allah swt supaya beri Yana peluang merasai pengalaman menjadi seorang ibu.. 

Yana harap baby kali ni kuat, macam Yana jugak.. Takkan berputus asa. 


Semoga Allah swt memanjangkan usia mu ...

Thursday, February 7, 2013

Celoteh Yana : Part 103 - Okeh, ini sangat OHSEM ! :)


Seronok nya semua berdandan, paling cute, mak dia tengah pregnant ..

Hidup ini indah kan, dalam banyak cara :)


p/s : Dalam 4hari akan menjadi 'single', En.Suami outstation.....

Wednesday, February 6, 2013

Celoteh Yana : Part 102 - Tak Ada Mood Lah

Assalamualaikum,



Harini dah start tak de mood lah nak kerja. Satu sebab mengenangkan cuti dah dekat, otak dah set cuti cuti cutiiiii... Kedua, hari2 tengok tempat, situasi yang sama pun jadi sebab. Boringlah kerja sorang2. Ye, SORANG! Tak ada orang langsung, hatta bos pun masuk 30m SEMINGGU. 30 minit tu mungkin 2 hari bahagi 2 : 15 minit sehari = 2kali seminggu masuk ofis. Kadang2, seminggu direct tak nampak dia. ramai yang kata seronok kerja camni, yelah seronok jugak bila takde orang awasi kita, CCTV pun takde TAPI bila dah selalu sangat kena tinggal, kena berdikari,,, fedup okeh! Nak minta dia staff lagi sorang pun macam tak sesuai je, sebab kerja memang seorang pun leh handle. Hurm, ntah lah.. Bosang dah ni. Blogwalking dah, FB dah tengok, tunggu masa nak kua lunch balik tido je ni.. Okaylah, nak cuba belek2 kertas atas meja ni. Kot ada kerja yang best nak buat.. (camtu plak ek?)


Tata

Monday, February 4, 2013

LESS WORD : YANG TERSURAT :)




Seminggu lagi kerja, pastu seminggu cuti.. YEAY ! :)

Friday, February 1, 2013

Celoteh Yana : Part 101 - Cerita TTC saya :)

Assalamualaikum,

Pertama Yana nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 atas doa kawan2. Yana terharu sebab Yana sebagai TTCians TAK PERNAH terfikir akan jadi TTCians. Yana selalu anggap yang kehamilan adalah MUDAH bagi Yana. Rupa nya tidak, Allah swt selalu menguji .. Allah swt turunkan rezeki 2x tapi di ambil semula, dan kini kali ke 3 yang mana Yana harap sangat akan berlaku keajaiban anak ini akan lahir sihat wal'afiat dan membesar jadi anak yang soleh / solehah. Yana juga meletakkan harapan, tapi masih terlalu awal untuk menentukan semua tu. Insyaallah dengan izin Allah swt juga. 

Dan Yana akan buat pemeriksaan selepas tahun baru cina, Yana & En.Suami akan terus pergi hospital sebab kalau ada apa2 masalah / ketidakpastian berlaku, sekurang nya Yana dah ada dengan pakar. Bukan nak mengharap perkara buruk, cuma kes Yana 2x sebelum ni membuatkan Yana nak ambil langkah berjaga-jaga. Jadi, harap nya tak adalah kes bleeding minggu ke6 lagi ye.. 
Serius, memang TRAUMA ! (tapi tak pernah menyesal)

Okay, tutup cerita sedih semua, buka buku baru lah ye :)

Yana just nak tuliskan serba ringkas pasal perjalanan TTC ..

Ini antara tanda2 yang Yana dapat detect

Seminggu selepas ovulasi  16.1.2013 :
sakit pinggang, suhu badan naik (buat BBT), payudara sakit, rasa berdenyut kawasan ari2

3hari sebelum period 21.1.2013 :
payudara dan puting jadi sangat sakiittt ! sampai suami terlanggar pun kena marah.
tanda2 di atas masih sama, tetiba teringin makan nasi (3hari berturut makan)

sehari sebelum due period 23.1.2013 :
suami teringin makan macam2, dia kata
"u pregnant ni, sebab sebelum2 ni pun selera makan orang naik bile u pregnant"
Yana ketawa2 jelah, cakap alhamdulillah kalau ada, tunggu je lah 2 minggu.

2hari selepas period delay 26.1.2013 :
Jam 10 malam lebih, rasa lapar, suruh suami belikan burger end up tak jadi, minta dia belikan
mihun ladna, masa makan rasa heaven sangat, sedap ! terngiang2 sampai sekarang.

6hari selepas period delay 30.1.203 :
Malam semalam masa tengok tv suami ada cakap "akak dulu kul 3pagi cari makan" elok plak 3.30pagi esok nya lepas bangun gi tandas, rasa lapar. terus pujuk cakap2 dengan baby, tunggu ye pagi subuh japgi kita makan.. dalam setengah jam juga baru boleh sambung tidur. bangun subuh dah siapkan air suami, kunyah lah biskut 2peket, sebagai menunaikan janji. cite kat suami, dia gelak2 je..

Tapi sekarang ni, Yana amalkan makan berat sebelum jam 8 malam je. Lepas 8 kalau lapar jugak lagi, Yana makan buah atau biskut je.. Dan sepanjang hari bermula nya OVULASI, Yana ikut sikit2 dari TIPS NAK HAMIL CEPAT yang Yana share ni, mungkin berkat usaha ni jugak. Yana cuma minum air epal, dan makan kismis.. En.Suami pulak Yana suruh dia kurangkan minum NESCAFE & makan asid folik setiap hari. Dan bersama pada minggu subur. Atas izin Allah swt juga semua ni terjadi. Yana ada juga bernazar sesuatu andai kata kandungan kali ni menjadi.

Sekarang Yana hanya perlu sabar dan doa banyak2 ...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm