Assalamualaikum,
Pagi ni, dah selesai test nan satu ni. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar, takde sesi muntah memuntah kan semasa proses berlangsung. Yana dah sampai klinik jam 7.30 letak buku pink siap2 dalam bakul, tunggu kul 8 baru start .. Nasib baik datang awal, dapat ambil darah & minum air gula pun awal. Phew, air gula tu takdelah manis melenting macam yang Yana selalu dengar and baca tu. Manis dia macam kan kita nak buat air teh'o tapi sebelum letak teh.. Kira boleh minum sekali teguklah. Dan lepas 2jam tunggu, darah di ambil kali ke dua, amboi sampai 2kali cucuk sebab cucukan pertama nurse tak jumpa uratnya. Padahal jarum dah masuk dah ni, darah tak keluar pulak. Terpaksa cabut dan cucuk tempat lain pulak. Lepas cucuk boleh balik, hehee.. Alangkah bertuah nya otw balik boleh pulak muntah. Nasib baik ada standby plastik. Kira kebanyakan air gula tadi keluar lah, dah kata perut kosong kan. Terbatuk sekali je, meluru isi perut ni nak keluar. Tapi result nya belum dapat lagi. Entah bila, nurse tak cakap pun. Dia akan call kot. So, tunggu jela ye. Harap2 okay2 saja :)