Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Celoteh Yana : Part 211 - Lori Terbalik Dalam Stor Barang Runcit

Assalamualaikum...




IBU MASAK, LORI SYAHIR TERBABAS ^.^


Konar lebih la Syahir ni ... 

Thursday, November 6, 2014

Celoteh Yana : Part 208 - Kami selepas setahun !

Assalamualaikum..



Gambar kiri dalam pantang, gambar kanan yg terbaru. Muka ibu dlm pantang sama je dgn tak pantang. Mata lobam gakkk ! Haha. Syahir dari kecik cenonet dah godang.. alhamdulillah. 


Semoga Allah swt panjang kan jodoh kami berdua hingga akhir hayat. Kalau boleh biarla sampai Syahir dah kerja, kawin n ada anak.. cewah jauh mengelamun. Amin amin amin.



Wednesday, November 5, 2014

Celoteh Yana : Part 206 - Kuasa Cottonbud ^.^

Assalamualaikum...


Semalam saja je lepas Yana mandi petang , keluarkan pek cottonbud nak korek telinga yg basah.. yela tak selesa bila rasa berair je dalam telinga tu. Datang lak Syahir nak gak suh korek telinga dia. Siap cakap nak pastu tunjuk cottonbud.
Padahal baru je korek telinga dia minggu lepas. Tak elok korek selalu sebenar nya kan ..


So kita tak korek dalam pun, just gesel2 and pusing kan cottonbud tu kat hujung2 lubang telinga dia supaya dia khayal. Hasilnya ........ sangat memuaskan ! Hahaha

Waktu ni syahir memang dah mengantuk.. dah mandi dah minum susu.  Alasan dia jela mintak korek telinga tu haha..
macam2 pe el dia ni ^.^



Friday, September 26, 2014

Celoteh Yana : Part 204 - Syahir Dah Setahun, Alhamdulillah

Assalamualaikum..



Alhamdulillah... dah setahun Muhammad Syahir Naqiuddin. Sekejap je masa berlalu. Pengalaman bersalin kan dia masih segar dalam ingatan. Ramai yang kata dah boleh tambah adik.. hehe. Apa ingat bagi adik macam beli gula2 kat kedai ke. Insyaallah sampai masa nanti beradik la dia.


Kepada anak ibu, ibu doakan Syahir jadi anak yang soleh, berguna dan membimbing adik2 bila ibu & baba dah takde nanti.

Tuesday, August 5, 2014

Celoteh Yana : Part 199 - Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum...


Dah seminggu lebih kita sambut Syawal, Alhamdulillah tahun ni kami dapat balik beraya kedua dua belah kampung.


Start bercuti hari Ahad last puasa, kami balik Perak (Ipoh & Kuala Kangsar) sebelah Yana, Rabu petang balik Damansara tinggal apa yang patut jalan semula nak balik Seremban pulak (Lenggeng) sebelah suami. En.Suami cuti seminggu puas la kami beraya..


Gambar tak banyak sebab tak pegang fon, dan pulak melayan tetamu. Bila dah malam penat tidur jela.. huhu.



Gambar raya pertama





Gambar Syahir raya kedua


Gambar jalan2 raya kat Seremban
(PALM MALL)
Siapa pernah pergi, sep !! 


Sampai rumah , Sabtu malam minggu esoknya kena masak sedara nak datang pulak.. takde rehat la kira nya.

Isnin semalam dah start mengasuh budak, Yana baru jaga sorang lelaki 3tahun. Awal tahun depan adik nya lepas pantang pulak masuk. 
Alhamdulillah rasa nya ni kerja paling mudah Yana boleh buat sambil jaga Syahir depan mata. 
Semoga Allah swt terus beri kekuatan




Tuesday, July 15, 2014

Celoteh Yana : Part 198 - Macam2 Kerenah Syahir

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Kurang dua minggu dah raya..  macam mana persiapan semua? Mesti tengah sakan shopping lagi kan. Nak2 yang ada anak kecik.. selagi ada duit tak puas round kedai.


Bulan puasa kali ni kurang mencabar sebab Yana dah tak keja kan. Duduk rumah dengan Syahir yang baru lasak sikit ni masih lagi cukup tenaga. Tahun depan tatau la pulak kan. Haha.


Syahir dah start nak belajat jalan, tolak kerusi meja makan tawaf ruang tamu. Tak kurang jugak panjat sana sini.
Seronok tengok dia membesar depan mata. Alhamdulillah Allah swt bagi peluang jaga anak sendiri.


Antara aktiviti Syahir kat rumah :-


Tolong 'kemas' rak ibu..


Belek2 oven ibu..


Mensopankan diri main toys


Cubaan menjadi plumber ..


Ha.. tu la antara kerja dia kat rumah. 
Sambil explore sambil belajar. Asalkan tak bahaya ibu okay je..


SELAMAT BERPUASA & BERBUKA
KAWAN- KAWAN..



Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm