Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mengidam. Show all posts
Showing posts with label Mengidam. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Celoteh Yana : Part 153 - Jeruk MAMAN

Assalamualaikum,









(gambar GOOGLE ye)



Rasa nya ramai yang kenal dan pernah 
dengar jeruk maman ni, adalah salah satu makanan 
feveret Yana jugak. Kena pulak bulan2 puasa ni kan.. 
Tadi terbaca KAK MIMY HAMID up cerita pasal 
tempoyak daun, sedap jugak tuh ! 


Jeruk maman ni senang je nak buat nya, 
daun maman tadi di bersihkan, petik daun2 nya 
macam kita petik daun bayam tu ah, pastu gaul kan 
dengan garam kasar, agak2 lah kuantiti nya, siap gaul 
masukkan dalam balang @ bekas macam kita isi 
kuih raya (tengok gambar), masukkan air masak sejuk 
(bukan suam atau panas ye) sampai 
tengkuk bekas, masukkan cili api untuk pedas, 
dan masukkan nasi sejuk kalau nak rasa dia masam2 
bila dah siap,. Simpan dalam peti ais lepas 3 hari 
dah boleh makan.. Makan dengan ikan bakar kosong 
(tanpa garam kunyit) peerrrgghhh terangkat ! 
orang dulu2 memang pandai cipta makanan2 macam ni kan. 
Jimat kos pulak tu..


Yana balik nanti nak pergi rumah mak ambik 
sebekas jeruk maman ni sebab tadi balik tengahari 
singgah rumah mak ternampak dah maman ni dalam 
peti ais, cuma saja je tanya mak untuk kepastian 
dan minta izin nak sikit.. uuuiiihh dah menjejeh air 
liur teringatkan waktu berbuka ni nanti !

Wednesday, July 17, 2013

LESS WORD : Appam





Benda ni nama nya APPAM. 
Makanan masyarakat India.. 
Rasa nya ada di jual kat kedai yang 
menjual Tosai ..
Dulu masa Yana kecik2, ayah setiap pagi 
belikan appam ni
buat bekal pergi rumah babysitter. 
Takdelah kecik sangat,, dalam umur
9-10 tahun camtu. Biasa nya disertakan dengan 
kuah kelapa yang warna putih tu.
Siapa yang pernah makan mesti tahu macam 
mana rasa nya..
Sedap nyaaaaaaa... Ingat malan ni nak ajak 
En.Suami pergi cari lah. Kalau dia balik cepatlah.
Kalau tak minta dia bungkus kan aje.. 
Kalau tak dapat ni, dapat tosai pun jadi lah. 
Janji nak kuah kelapa tu !





Selamat berbuka semua, Ramadhan ke 8 :)

Tuesday, June 11, 2013

Celoteh Yana : Part 158 - Dugaan Pasti Kan Mendatang..... Dia Kembali !

Assalamualaikum,




Amacam tajuk? Entah hape2 je dugaan nya kan... 
Dugaan ni hah ! Yang bawah ni !!! 


RAJA SEGALA BUAH -DURIAN-


Sangat tempting hokey ! Sekarang dah masuk musim dia, 
dah start dah sana sini berlonggok.. Gambar ni di ambil dari FB sepupu yang ada banyak pokok durian belakang rumah dia.. 
dekat area Batu Berendam, Melaka.
Dan dia mempromote sedara mara kengkawan dia makan 
durian free.. Adoi sapa tak suka ni rugi weh ! 
mat saleh pun suka (ada yang tak suka jugak busuk 
kata nya). Tapi alangkah rugi nya rasa sebab tengah 
membuyung ni nak makan banyak2 macam masa 
bujang2 dulu adalah TIDAK DI IZINKAN takut 
effect pada kandungan. Sedih2 , tapi dalam pada 
sedih2 minggu lepas dah habis 6 ulas ! hehee.. 
jadi lah buat lepas gian. Eh, itu minggu lepas 
punya cerita.. Minggu ni kot ada lagi, boleh lagi 
kot 6-10 ulas. hehee. Sebenar nya kan, dari tahun lepas 
Yana dah pantang makan durian ni. Sebab takut 
panas nak mandong susah. Kira musim tahun lepas 
memang tak makan langsung ! Tapi musim ni tak kira ! 
Mesti mauuuuuu ! 'dak kecik' pun macam okay je 
rilek je pas makan. Takde apa kot.. 
Janji tak fikir bukan2, semua pun kita makan ye dak. 
Dahla semalam duk perabih koktel dalam tin tu, 
kan ada campur2 buah betik,nenas,ceri,nata de coco 
dalam tu. ooohhh dia punya selera sampai 
ulang 3 kali makan. Last2 malam tadi perut berangin je, 
buang angin panjang nya 1 gabak keretapi.. 
hahaa, cite tak senonoh betul. 





Okeh2, pada penggemar durian, 
RAJA BUAH KINI KEMBALI !!!

Thursday, May 9, 2013

Celoteh Yana : Part 143 - Bukan Lagi Kesukaan

Assalamualaikum,




Sebelum manodng kan 'dak kecik', Yana sukaaaaaaa makanan western, KFC, McD.. Asal terfikir je, lunch nanti pergi makan. Urm nyum2. Walaupun masa ramai yang boikot mcD tu, saya tetap setia pergi sana. Western food pun selalu jugak makan dengan family in law sebab mak mertua sukaaaa sangat dengan chicken chop. Dalam sebulan tu kadang2 ada lah dekat 2 x pergi makan.

Alkisah semenjak masuk je bulan ke 4 ni, LANGSUNG tak boleh tengok @ makan makanan ni. Mesti keluar balik ! Rugi betul.. 'Dak kecik' ni ikut selera bapak dia kot, suka sangat makan lauk2 kampung.
Tapi yang paling dia adore sekali, masakan nenda dia, iaitu emak Yana. Amboi setiap hari duk terbayang apa lah mak masak kat rumah tu, selalu teringin makan masakan mak. Suka jugak request2 menu hehe.
Yang terbaru minta mak masakkan daging masak kicap, sayur kobis masak lemak + sambal belacan. Perrggghhh makan sampai senak perut ! Kalau boleh nak ulang 2,3 kali makan tapi biasa lah teringin orang mandong ni dapat makan sekali je pun dah cukup kan..

Akan datang, nak pergi Melaka pulak cari Coconut Shake Pantai Klebang punya ! hehehe.. haritu dah request kat En.Suami, mungkin bulan 6 nak ke sana.. Tunggu yek :)



(TERGODA TAK???)

Monday, April 22, 2013

Celoteh Yana : Part 134 - Sedap nya !

Assalamualaikum,



Minggu lepas hari Khamis 18.4 half day appointment kat KK, petang tu memang takde update konon nya sibuk kerja.. Jumaat saja2 ambik cuti..Malas bebenor rasa nya nak kerja sekarang ni. Bosan dengan persekitaran tempat kerja yang hambar ni. Hurm, memang dah cadang nak berhenti lepas bersalin, nak pindah rumah lagi, elok kot cari yang dekat2 dengan rumah tu nanti.. perancangan semua tu. 



Dan hari yang sama cek up tu, 2,3hari memang dah mengidam sangat nak makan buah ni..STOBERI, dari Korea kata nya.Beli kat Mydin je, RM 15.99 dapat dalam 20 biji. Puas jugak makan sorang2.. 
Seronok rasa nya nak lagi, haritu En.Suami cari kan tak jumpa, dia beli air Nestle Bliss tu.. Tak sedap tak tekak sebab air yogurt ni kembang2 kat tekak.. Dapat yang masam2 manis ni lega sangat ! Ni pun terliur teringat nak beli lagi nanti.. Kat Giant ada kot :)







Friday, March 1, 2013

Celoteh Yana : Part 112 - Cer Teka ?

Assalamualaikum,








Cer teka pe benda ni?? 

Ni salah satu CRAVING masa kini..

Rasa macam seminggu sekali mesti nak makan dia..

Tapi sejak mandong ni, taknak sos putih tu. Nama dia TarTar sos.

Boleh request, SPECIAL MADE FOR YOU :)

Seronok sebab baru lepas layan benda ni... Letak sos cili banyak2

dan ngap !!

p/s : Teka tanpa hadiah ye.. suka2 je 

Monday, February 25, 2013

Celoteh Yana : Part 110 - OldTown Ipoh HorFun









OldTown Ipoh HorFun 

hanya ni lah yang tekak rasa paling sedap sekarang ni, 
makan panas2 letak cili kicap tu, 
berdesiiiinnngggg telinga tapi PUAS! 

Bila makan nasi berlauk tak lalu, 
dimuntahkan semula otak hanya teringat benda ni. 
Adoi, kena mandrem agak nya. 
Kalau boleh tiap malam nak makan. 
Sampai En.Suami kata, "anak memilih ikut ibu dia" 
kalau ikut dia, semua pun makan.. 
Hek eleh, perasan. Dia pun choosy jugak sometimes. 

Aaaaahhh, kalau lah ada tukang masak benda ni 
kat rumah, hari2 makan pun tak jemu. 
Nasib baik OldTown tak jauh, kat Sri Gombak je. 
Tapi kalau ikut pe'el 'dak kecik' ni, 
jam tu dia nak tak dapat mula lah beraaannngggiiin 
je perut ni. Bila dah dapat, duduk baik2 je. 
Tidur pun lena. 


Haiz, ini kah nama nya mengidam?? 
Atau mengade ngade je? 

Nasib lah En.Suami nak layan, 
kalau tak pregnant, bila ajak je makan luar, 
penatlah, lain kali lah, tak larat lah.. 
Sekarang, ajak je, OK jom.Siaplah.. 


Weee, indah nya dunia. Terima kasih Allah swt 
bagi nikmat ni, rasa dihargai :)

Thursday, October 25, 2012

Celoteh Yana : Part 70 - Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Assalamualaikum,








Layan lagu ni, sebab tetiba rasa macam 
megidam pulak nak pakai telefon pintar aka smart phone.

Seronok tengok dah ramai yang ada, 
rasa jeles jugak. Entah kenapa. Tiba2, 

So, dah tanya kat En.Suami, mintak dia sebijik. 
Tinggal lagi berbelah bagi nak yang mana satu..

Samada 




SAMSUNG GALAXY S III yang 
kebabom cantik, hebat dan meletupss tu





atau 


IPHONE 4 S yang smart cutting nya






Koman2 pun, Galaxy Note..



Nak mintak hadiah anniversary kot, 
sebab belum dapat lagi kan.. 
Agak2 melampau tak hadiah nya?? hehee







Wednesday, July 11, 2012

Celoteh Yana : Part 26 - Mengidam?

Assalamualaikum,





Minggu lepas Yana mengidam nak makan
cendol dengan rojak.. Sebenar nya dah lama
mengidam. Tapi bukan mengidam sebab mengandung,
sebab teringin jerrrr :)




So, masa lunch, kebetulan masa tu lunch
sorang dan malas balik rumah, apa lagi,
singgah lah sekejap.. 
Tak jauh pun dari ofis Yana, dalam
5minit je bawak kereta.. 





Yana makan cendol biasa je, :)
sedap, sejuk je lalu kat tekak 
(Ampun maaf, kalau ada sesiapa yang
sedang mengandung / puasa, kot2 terliur)





Kalau dah pekena cendol, tak sah kalau
tak pekena rojak kan ? Perrrgghh, dia
punya rojak, MELETUP ! 
Aik, bukan meletup macam bom, meletup 
sebab SEDAAAAAPPPP ! 
The best rojak Yana pernah makan. 
(taktau lah pada orang lain)



Ye, rojak MAMAK ... Rojak kuih,
dalam nya isi kuih goreng (mamak style), 
tauhu goreng, telur rebus, cekodok tepung, 
timun hiris dan sengkuang hiris.. 
Sambal dia pulak cukup rasa, pedas 
manis masin seimbang.. Sedap sangat, 
sampai masa taip ni pun Yana boleh 
terasa rasa kat tekak merembes air liur.. 
(Ampun maaf lagi sekali.. hehe) 




Tapi serius, SEDAP BETUL ! Tengok gambar >.<









TERLIUR kan.... =)


Kalau ada yang berkenan / TER mengidam, 
nak jejugak rojak Uncle ni, bolehla datang ke :-


TAMAN SRI GOMBAK, BATU CAVES..

Lokasinya depan kedai SENG HING 
(menjual alatan elektrik tu)


Dibuka setiap hari, dari jam 11pagi - 6petang.
Kalau habis awal, tutup awal ye.. 


kalau dia sakit / ada hal, pun dia tutup.. 
Harap2 tak ada lah orang yang kempunan ye :)


Sekian :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm