Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Friday, May 3, 2013

CONTEST : Saya Nak Chocolate Fountain FREE dari SheLovesChocolate !!

Assalamualaikum,,




(blog Eida dah di lock, so print screen saja)

LINK KE CONTEST 



hehehe.. tengok tajuk pun dah tau kan... 

Yana nak join contest ni sebab nak FREE lah, 
chocolate fountain tu untuk satu (1) hari.

Owner SheLovesChocolate ni ialah Puan Eida 
owner blog GEDIK (haha, rasa macam bersalah taip macam ni)


Senang sangat join contest ni, cara nya seperti di bawah :-



Nak join? Simple !
3. Buat simple entry dengan tajuk "Saya nak Chocolate Fountain FREE!!" , 
masukkan banner dan linkkan ke entry ini..
4. Drop komen kat entry ini dengan meninggalkan details seperti berikut;
a) Nama & URL Blog  (senang ai nak check nnti)
b) Nama FB  (senang ai nak check nnti)

Wednesday, April 17, 2013

GIVE AWAY : Its Give Away Time by CREATIVE BY TWO

** sticky post sampai 1/5/2013**

Assalamualaikum,




Yana join give away ni setelah di tag oleh 2 
orang sahabat Kak Ieta (konspirasiteori) & 
Kak Ilyani (mrs engineer) :)

Give away ni akan jadi sticky post sampai 1 / 5 / 2013... 
Untuk entri baru kena scroll bawah ye 




KUFI ART PROMOTION POSTER >.<




3 hadiah yang disediakan, cantik2 !
tentu lah untuk mereka yang bertuah 
(harap boleh dapat salah satu :))




Ayatul Kursi Kufi Art + Green frame. Size : 34 x 44 cm




Kitchen Wall Art + Turquoise frame. Size : 34 x 44 cm




Bismillah Kufi Art +  Blue frame. Size : 25 x 34 cm




Yana nak tag 2 orang kawan juga 
1) FIFI TIEZ from The Tiez Family 
2) FIFI NADRAH from Share The Love


Senang sangat rasa nya join give away ni.. 
Ini cara2 nya..
  1. Follow Blog Creative By Two
  2. Make a post titled It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO. This entry should be the stickyposts on your blog until 1 May 2013.
  3. Place Kufi Art Promotion Poster in your entry.
  4. Tag two(2) of your blogger friends to join our GA.
  5. Leave a link of your blog entry in the comments section of this entry



Terima kasih pada owner give away 
dan sudi2 lah pilih saya ye :)




Friday, December 21, 2012

Celoteh Yana : Part 81 - Fifi Tiez & Veelara

Assalamualaikum,,



Sorry kawan2, semalam tak dapat online. 
Komputer rosak teruk dari pagi lepas jam 3 baru betul, 
langsung TAK DAPAT ONLINE apatah lagi berblogging. 
Boss pun stay kat ofis sampai JAM 5 !! 
Grrr, susah nak bermesra ngan korang.




Okay, nampak nya contest tak dapat sambutan. 
Tapi sebab Fifi Tiez dan join & pouch pun ada 2 bijik, 
so SATU untuk Fifi, SATU untuk Vee, 
sebab dia cakap nak join kan. 
Kira berminat jugak dia nak pouch tu. 
Jangan marah Fifi, penat awak buat entri.. hehee





DI UMUMKAN, Fifi & Vee adalah 
bakal pemilik baru pouch gedempol tu.... !!!



aaarrrhhh, nak tulis panjang2 pun takde mood. 
Sebab harini dah Jumaat kan, 
mood dah tukar mood malas, 

so pemenang2 SILA tinggalkan ALAMAT dan 
nombor telefon anda di email saya 
: yanapinggiran@yahoo.com.my 
untuk sesi penerimaan hadiah (by pos ye :) )




SEKIAN, TAHNIAH ! 

Thursday, December 20, 2012

CONTEST : 2 BIJI POUCH GEDEMPOL UNTUK DIMENANGI !

**sticky post** scroll down for new entry

(TARIKH TUTUP UPDATE : 20/12/2012 12pm)

Assalamualaikum,





Yana ada extra 2 biji pouch gedempol yang cantik.. 
Dan ia sedang mencari tuan baru.
Mungkin kah anda salah seorang dari pada nya ?? 
Cepat join contest Yana yang senang sangat ni ..



1) Copy paste header blog bilaupttestmulapositif.blogspot.com
di atas beserta link sekali

2) Buat 1 entri kenapa anda harus menang dan 
dapatkan pouch ni

3) Tag 10 orang kawan dalam entri anda, 
dengan niat mengajak mereka join contest ni.
Contoh : http://fifitiez.blogspot.com/ @ THE TIEZ FAMILY


ITU SAJA ! Mudah sangat kan..

Okay, contest di buka tepat jam 
2 petang 14.12.2012 hari ini di tutup 
pada 20.12.2012 Selasa pada 
jam 12 tengah hari juga. 
Hadiah akan di poskan pada keesokan hari nya
iaitu 21.12.2012.


Sila tinggalkan link contest anda untuk Yana jenguk !



SELAMAT BERJAYA :)

Monday, October 22, 2012

CONTEST : Pemenang CONTEST MAKAN2 DI GRAND PACIFIC HOTEL KL

Assalamualaikum,



Yana telah membuat cabutan undi sebanyak 3kali, 
cabutan yang terbanyak mendapat cabutan dan
di umum kan pemenang bagi 

CONTEST MAKAN2 DI 
GRAND PACIFIC HOTEL KL ialah, 








Ain, sila tinggalkan EMAIL dalam kotak komen ye ...

TAHNIAH !! :)

Boleh bawak Raees jalan2 







Friday, October 19, 2012

CONTEST : MAKAN2 DI GRAND PACIFIC HOTEL KL

Assalamualaikum semua,


Yana nak buat CONTEST lagi. 
Terbuka kepada semua, terutama nya yang
 tinggal dalam kawasan Kuala Lumpur & 
Selangor dan suka MAKAN !! :)


Okay macam ni, Yana ada extra 1 voucher 
makan2 SET di GRAND PACIFIC HOTEL KL. 

Korang boleh refer link ni ==> STREETDEAL Voucher
Dah nama nya pun extra, mari lah kita berkongsi sama2. 


1st sekali Yana nak bagitahu tentang 
tempat ni, lokasi sederet dengan Dynasty Hotel, 
hotel ni betul2 dekat corner. Yana nak cakap 
dari jalan mana ke jalan mana pun tak pandai. 
Korang boleh google. Yana dah pergi makan 
dengan family haritu, makanan sedap2 belaka. 



Dalam voucher ni, 
kita TAK BOLEH suka2 pilih menu. 
Refer details dibawah :-


Akan diberi 4 jenis hidangan : 
1) AIR = ice lemon tea / coffee / tea
2) SOUP OF THE DAY = hari tu kitorang 
dapat mushroom soup
3) MAIN DISH = PRAWN NOODLE / 
CHICKEN CHOP / PRAWN CHACHA / 
GRILLED FISH CAPERS
4) ICE CREAM = 1 scoop 

Semua hidangan main dish kami order 
KECUALI PRAWN CHACHA sebab 
macam tak menarik je, setakat makan udang. 
hehee.. Overall, makanan sedap, ice lemon tea 
dapat refill dan kami kekenyangan.


Kalau nak pergi lebih dari seorang, 
boleh pergi saja ke kafe dan bayar di sana. 
Murah saja, harga bermula RM 13 ++ seorang. 



Macam mana nak menang voucher ni??

Senang, korang tinggalkan link blog korang 
dan Yana akan buat cabutan bertuah. 
Macam Kak Ina (IntanBerlian) selalu buat tu. 
Tapi Yana sendiri cabut no tu.. hehee.



Contest mula dari harini 18.10.2012 3.40pm. 
Pemenang akan di umumkan pada hari Isnin 22.10.2012... 



NOTE : MAKANAN HALAL ! :)

VOUCHER VALID SAMPAI 
30th NOVEMBER 2012


List joiner 
1) http://akillaibrahim.blogspot.com
2) http://aeenfadzilah.blogspot.com
3) http://intanwandalaara.blogspot.com
4) http://ielahinagiku.blogspot.com










Wednesday, October 3, 2012

Celoteh Yana : Part 63 - Hadiah Dah Sampai :)

Assalamualaikum,



Pagi tadi, masa tengah blogwalking
ada sorang mamat poslaju datang ketuk pintu.. 
Dah dapat agak, mesti hadiah dah sampai :)


Hadiah apa? Hadiah menang contest 


Lepas je mamat poslaju tu keluar, 
tersenyum sendiri sambil belek depan 
belakang sampul tu.. hehee.. 
Tak sabar nak bukak ! Amik gunting, 
zaasss, dengan pantas nya mengoyakkan sampul.


Taraaaaaa ....






Dapat STOKIN gambar harimau (CUTE!!!!), 
pouch kecik logo KOREA dan 
of course KEYCHAIN KOREA...


waaaaaaa, SERONOK sangat ! 
Takyah gi Korea pun dapat hadiah Korea.. 
haha. Menguatkan semangatku nak 
menjejakkan kaki ke bumi Winter Sonata lah ! 
Insyaallah ada rezeki nanti nak pergi. 
Bawak baby sekali, macam Kak Aton bawak Helena :)


TERIMA KASIH KAK ATON
YANA SUKA SANGAT HADIAH TU,,,,
Semua cantik !! Sampai sekarang 
senyum sorang2.. sambil belek hadiah ... 
hehehee.. nanti ada buat contest 
lagi mesti Yana join ! 
(sapa2 ada buat contest, 
ajaklah saya..mesti saya join.hehe)




Friday, September 28, 2012

Celoteh Yana : Part 69 - YEAY MENANG CONTEST :)

Assalamualaikum,,,



Korang ingat lagi tak Yana ada join 
Yang ni .. contest pasal 

dan Yana dah menang ! hahaa.. 
ni link dia, kalau korang nak klik lah :)
menang tanpa bertanding !! sebab Yana sorang 
je join contest tu, Kak Aton kata ada kawan 
dia nak join tapi tak boleh sebab diorang 
dah tau dia nak pergi bercuti kat mana.. hehe.. 
tak kisahlah, janji dapat hadiah. 
Harap2 hadiah dari KOREA !! YEAY !! 

Dan Kak Aton jugakla yang menang hadiah 
CONTEST YANA sebelum ni, 
ala, yang menang bio-milk protein dari 
Cosway dengan kids box tu .. 
Kira bertukar2 hadiah lah.. 
Win - win situation kata orang :)


Seronok betul, rezeki hari Jumaat :)
dan broadband telah kembali pada asal, 
sebab dah masuk bil baru kan :)

Aaaa, seronok nya ! :)

Tuesday, September 18, 2012

CONTEST : "Macammana Nak Hilangkan Kejakunan Bila Naik Flight"

Assalamualaikum,



Yana nak join contest Kak Aton ni : blog As Sweet As Me.. 


Tajuk dia "Macammana Nak Hilangkan Kejakunan Bila Naik Flight" 


Yana teka Kak Aton nak pergi KOREA !! :)


Masa baru2 kahwin, Yana honeymoon pergi Phuket.. So mesti lah kena naik kapal terbang kan. 
Takkan nak naik kapal laut, tak sanggup nok ! Takkan jugak nak naik bas yang seharian baru boleh sampai sana.. Perjalanan kitorang masa tu lebih kurang 1jam 45 minit. Itu ada lah 1st time Yana naik kapal terbang, boleh dikatakan "naik jakun" jugakla.. Tapi control still control , sebab En.Suami pun 1st time naik.. 

So, nak tolong Kak Aton hilangkan jakun dia.. Yana suggest beberapa perkara. Memandangkan Kak Aton pergi sekeluarga, termasuk si bam bam Helena, adalah sangat berguna sekali.

Pertama, sehari sebelum naik kapal terbang, singgah farmasi, mintak ubat penenang.. Supaya dalam kapal terbang nanti, akak boleh tidur / bertenang dengan jaya nya ! :)

Kedua, hari menaiki kapal terbang, kamera sila simpan dalam luggage yang akan di simpan dalam perut kapal terbang, jangan bawa bersama supaya tak jakun nak amik gambar sana sini dekat airport nanti.
Kalau ada Hp kamera, buat2 lupa :)

Ketiga, bawak majalah atau novel, bila dah masuk dalam perut kapal terbang, cepat2 belek novel / majalah tadi, sibukkan2 diri, atau cubit2 manja Helena supaya dia nangis dan akak ada tugas nak diselesaikan (pujuk anak)

Keempat, 
Kak Aton tidurkan Helena siap2 dari rumah / sebelum perjalanan, dan kejutkan dia sebaik saja sampai airport. Lepas siap cek in, sementara nak tunggu boarding, tidurkan dia lagi. Supaya dia tak mengantuk dalam kapal terbang. Masuk je perut kapal terbang, dah dapat seat, sila kejutkan Helena dan bergurau dengan dia selama 6jam. Sampai kat Korea, dia nak tidur biarkan dia tidur.

Kelima, remind awal2 kat En.Hanafee, kalau Kak Aton jadi jakun jugak, cium pipi dia banyak2 sampai dia rimas! hahaha




Okay, tu je cara konon2 macam berguna Yana boleh share kan dengan akak ..



SELAMAT BERCUTI ! (please, saya nak menang pulak.. hehehehe)


Kalau korang nak join, sila ke blog kak Aton

dan ikut step2 di bawah.. senang je :)


Syarat2 penyertaan : 

1) Follow blog Kak Aton

2) Teka Kak Aton Nak Pegi Mana?

3) Buat entry mengenai "Macammana Nak Hilangkan Kejakunan Bila Naik Flight" dan

 linkkan lah cikit ke blog Kak Aton

4) Dah tu je..tarikt tamat adalah sekembalinya dia dr pegi bercuti pada 27 Sept 2012 pd pukul 12.00pm

5) 28 Sept 2012 dia akan umumkan pemenang InsyaAllah kalau takde apa aral melintang k.

6) Pemenang akan dapat hadiah misteri dari dia

7) Sekian Wasalam eh jap dia bg hint2 sikit :

- Waktu perjalanan lebih kurang 6 jam lebih dr KLIA
- Musim pada waktu ini katanya angin sepoi2 bahasa
- Dia tak sabar nak ambik gamba macam drama2 yang popular suatu ketika dahulu...Harap2 jadilah macam loving couple..hehe


Tuesday, August 7, 2012

Celoteh Yana : Part 44 - PEMENANG Contest Ramadhan

Assalamualaikum, 


mula2 Yana nak minta maaf,, 
sebab contest Ramadhan berakhir pada 5/8/2012 AHAD p
ada 12 tengahari dan sepatut nya pemenang di umumkan 
pada 5 petang hari yang sama. 
Tapi Yana ada hal penting nak di buat pada hari tu, 
sampai terlupa langsung. 
Lepas tu semalam pulak hari cuti (Selangor-Nuzul Quran) 
lagi lah Yana tak online.. 


Tapi takpe, walau camana pun, 
pemenang tetap pemenang kan :)



Dan di sebabkan hanya SEORANG =(   
sahaja SAHABAT yang join CONTEST RAMADHAN ni, 
Yana memang tujukan hadiah ni KHAS untuk dia... 
Cerita dia pun best, 
Yana suka dan hargai usaha dia tulis cerita 
untuk join contest ni.. Walaupun hadiah nya tak seberapa ..



Terima kasih kak Aton :)



Kak Aton akan dapat :-



BIO PROTEIN SOY MILK produk Cosway
untuk kegunaan sendiri :)


Kids Box With Cover – Safari Friends (Green)
untuk baby HELENA ! :)



Insyaallah, ada rezeki lebih Yana buat contest lagi, 
untuk kawan2 ye..



PADA KAK ATON, 
sila hubungi Yana dengan meng email :- yanapinggiran@yahoo.com.my
untuk PENEBUSAN HADIAH ....

Sunday, August 5, 2012

CONTEST 1 : CONTEST RAMADHAN !! :)

(sticky post sampai 5.8.2012 : 12pm)
scroll lagi untuk entri baru




26.7.2012 : 5.05pm
# update terbaru : ada hadiah istimewa sudah ditambah ye..
# update terbaru 2 : entri dilanjutkan sehingga 5.8.2012






Assalamualaikum,


Yana nak buat contest sempena Ramadhan jugak lah.. 
sebab haritu ada beli 2 tin BIO PROTEIN 
ni dari Cosway, untuk mencantikkan kulit, 
nak diet konon nya.. Nak voge de vass 
minum soya bagai,.. 



TETAPI, setelah Yana 
minum lebih kurang 3x bancuhan, 
Yana dapati Yana ada ALLERGIC dengan SOYA !!!! 
eeeewww, tak suka betul sebab KEPUTIHAN 
datang dengan banyak nya, berketul2 !! 

Tak suka laaaa, sebab beli mahal tau, 
tak ingat dah harga berapa.. Tapi puluh2 jugak lah, 
jadi Yana nak hadiahkan pada SEORANG 
pembaca yang bertuah. Yelah daripada tak berminum, 
yang satu lagi tu dah bukak tu langsung jadi 
hiasan je kat dapur rumah mak Yana.. 
Nak buang sayaaaaannngggg...


Mak pun tak boleh minum sebab ada GOUT, 
kekacang kan diorang tak bolehhhhh.. 
Ayah dan adik beradik lain semua takmau. 
Hurm, jadi rezeki pembaca bertuah tu nanti lah kan :)

Okay, Yana tunjuk dulu apa benda nya dan 
macam mana rupa nya :-


BIO PROTEIN SOY MILK dari COSWAY


Satu Tin Saja, Masih BerSEAL .. Belum buka


High Protein, Low Fat, Sugar Free ! :)




Ni link produk dari Cosway : BIO PROTEIN SOY MILK







SATU LAGI HADIAH SUDAH DI TAMBAH :)



Kids Box With Cover – Safari Friends (Green)

Description : -
♥ Material : 150D Polyester With Print
♥ Durable, Stylish & Functional
♥ SIZE : 30L x 21W x 25H cm
♥ Excellent space solutions for clothes, linens, diapers stationery, 
electronic gadgets, CDs, toys, books & magazine.
♥ Suitable for nursery, school, bedroom, office, traveling & in car
♥ Brightens up room, making it more fun & exciting
♥ Foldable when not in use




PRODUK DARI KEDAI MyBabyStore FB













Cara nak join contest ni senang je :)


1) TULISKAN TAJUK ENTRI KORANG 
"CONTEST RAMADHAN : BIO MILK COSWAY"


2) COPY HEADER BLOG bilaupttestmulapositif DAN PASTE KAN PADA ENTRI TU BESERTA LINK BLOG NI YE 





3) TULISKAN SATU CERITA YANG PALING BEST PERNAH TERJADI DALAM HIDUP KORANG MASA BULAN RAMADHAN.. 


4) PUBLISHKAN ENTRI KORANG, DAN TINGGALKAN LINK BLOG KORANG DALAM KOTAK KOMEN KAT BAWAH.. senang je kan? Budak 7 tahun pun boleh buat dah :)





Okay cepat ye, contest dilanjutkan sehingga 
5/8/2012 jam 12 tengahari sahaja..
Dan pemenang akan di umumkan
pada hari yang sama, 
jam 5 petang !! 
(hadiah akan dipos pada keesokan harinya, 6/8/2012)

















SELAMAT BERJAYA >.<

p/s: Pastikan korang ada blog ye
(tak sabar nak baca cerita best2 korang)



Thursday, August 2, 2012

Celoteh Yana : Part 41 - Hadiah Terbaru Contest Ramadhan

Assalamualaikum,



Yana dah update hadiah terbaru untuk 
Contest Ramadhan tu.. SILA KLIK SINI
nak tahu apa dia??


Ni dia :)





Haaaaa, mesti korang teruja nak mendapatkan nya.. 
Lagi2 yang dah ada anak tu.. 
Kalau takde anak lagi pun takpe, 
boleh je pakai, comel kan :)


So, cepat2 lah join. Bukan senang nak 
dapat hadiah free kan ?? 

Okay, good luck !! 

Tuesday, July 24, 2012

"AXE Anarchy Island Getaway"

AXE Anarchy Island Getaway


Dengar nama nye aje dah cukup membuatkan aku teruja !! Siapa taknak percutian percuma ke Pulau Carribean bersama insan tersayang ??? Ye, Nuffnang akan bagi pada 2 orang yang BERTUAH !! 

Nak join jugak :)



Aku punyai cara tersendiri untuk memikat wanita, dan aku dah aplikasi kan cara aku tu dekat isteri aku..
Dari hari pertama kitorang bercinta, sampai lah harini, kitorang dah jadi pasangan suami isteri. Kali pertama aku kenal dia, masa kitorang kecik lagi.. Sekolah rendah, kitorang naik bas yang sama .. Masa tu isteri aku nampak eksyen sangat, dia berdiri atas tangga bas, sambil pandang aku amcam nak telan. Bila masuk sekolah menengah, kebetulan masa tingkatan 4 kitorang dapat kelas sama.Tempat duduk dia belakang tempat aku.. Masa tu dia bercinta dengan orang lain, tapi aku selalu kacau dia.. Aku dapat rasa kan dia suka kat aku *blink blink*

Setiap hari aku suruh dia tolong bawak kan balik beg sekolah, aku pergi melepak dulu dengan kawan2. dan aku akan ambik beg tu kat rumah dia... walaupun dia marah, sebab terpaksa bawak beg aku, tapi sebenar nya dalam hati dia suka ! (Aku agak lah, sebab dia rela je kan?) Aku dapat rasa macam aku ada jodoh dengan dia .. Jenis aku pulak, kalau aku nak kan sesuatu memang aku akan usaha sampai dapat ! Hari demi hari berlalu, aku dah tak boleh tahan .. Aku memang betul2 dah suka kat dia, (masa ni dia dah putus dengan pakwe dia), suatu petang lepas balik dari sekolah.. masa tu aku ingat lagi, kat TV tengah mainkan 1 drama Mexico yang kitorang memang suka follow cerita tu.. Dia suruh kawan dia telefon aku sebab dia memang nak sangat luahkan isi hati  .. Dia suruh kawan dia cakap aku nak jadi pasangan aku ! Aku kata boleh .. Tapi aku nak cakap telefon dengan dia, so kawan dia pun pass line kat dia..
Dia : "hello"
Aku : "hello"
Dia : "urm, boleh ke?"
Aku : "boleh apa?"
Dia : "nak couple"
Aku : (sambil ketawa kecil) "boleeehhh"
Dia : (ketawa jugak, malu gila !) "okay, bye"

Terus aku letak gagang talifon, kan aku dah cakap ! Dia memang ada hati kat aku.. Sebab tu dia okay je kan bawak kan beg sekolah aku ! hahahaa
Besok nya, jumpa dekat sekolah dia dah tersipu sipu malu .. Bermula dari hari tu lah hubungan kitorang..
Kitorang jalani hari2 biasa macam budak sekolah lain, bila waktu balik dari sekolah, dia mintak aku hantar dia sampai rumah (aku dah ada motor dah masa ni).. Sampai dekat area rumah dia, dia turun motor dan nak tunjuk aku ni pakwe yang macho dan boleh jadi suami yang baik, sambil aku nak pikat lagi hati dia, aku suruh dia salam tangan aku, cium sekali.. Pergh, mithali dapat awek camni ! Aku dah cakap dalam hati, "boleh buat bini ni" ;)

Hubungan kami berjalan macam pasangan lain, dalam diam, aku jadi terlalu sayang pada dia.. Seminggu sebelum hari jadi aku, dia belikan aku t-shirt LEVI'S, dia naik bas dari rumah sampai Pertama Complex.
Dia bungkus cantik2 dalam kotak, aku letakkan surat cinta sekali gambar dia dalam kotak tu, kat belakang gambar tu dia tulis "Abang, semoga hubungan kita berkekalan selama-lama nya.. I LOVE U" Romantik jugak dia ni !
Pada hari jadi aku, dia berikan kotak tu pada aku, aku buka sambil tersenyum dan ucap terima kasih kat dia.. Gambar dia aku letak atas meja dalam bilik.. Surat cinta tu, aku cakap tunggu aku balik baru aku baca.. 

Kitorang dibuai perasaan yang indah, yelah orang bercinta kan.. Lebih kurang 4tahun bercinta, suatu hari, tak aku duga aku dapat tahu yang dia ada berkawan dengan lelaki lain ! Aku tak faham kenapa, aku jadi marah, sakit hati dan kecewa... yang teramat ! Aku tak dapat terima orang yang aku sayang bersama lelaki lain ! Aku nekad, aku memang betul2 sayang kan dia, dan aku nak dia jadi suri hati aku sorang je, aku nak dia dengan aku sorang je sampai mati ! Aku tanya pada dia, apakah dia masih sayangkan hubungan kami.. Dia jawab ye,, dan lelaki tu hanya kawan biasa.. Aku sedaya upaya nak tawan hati dia, aku belikan dia rantai silver berharga ratusan ringgit, aku bawak dia pergi shopping setiap kali aku dapat gaji, aku bawak dia pergi tempat makan yang dia nak, bercuti...pendek kata semua aku buat untuk dia.. Dia hanya perlu sebutkan je, aku akan usaha kan. Walaupun aku tak ada belanja untuk diri sendiri, yang penting aku dapat tawan hati dia.. AKU MESTI TAWAN HATI DIA !!

Aku sanggup menitiskan air mata sebab dia, ye, memang aku sayang dia.. Dan aku buat keputusan, aku kena lamar dia untuk menjadi milik aku selama nya.. Setelah 7tahun berkawan, duit simpanan aku pun dah cukup, aku hantar rombongan meminang dia.. Aku dan dia ditunangkan selama 6bulan, dan pada 24.9.2011 dia telah sah menjadi isteri aku ! Aku telah tawan hati dia untuk hidup bersama aku, selama - lamanya.. Aku bawak dia ber bulan madu ke Phuket, Thailand 4hari 3malam.. Kami sama2 menikmati saat tu.

Dan kini, aku masih tetap setia menawan hati isteri aku, setiap bulan aku serahkan tugas menjaga kewangan pada dia, aku buat dia tahu yang dia orang penting dalam hidup aku. Setiap kali ada duit lebih, aku akan bawa dia bercuti.. Aku akan suruh dia minta atau tentukan apa dia nak beli, .. Aku akan cuba penuhi setiap permintaan dia.

Dan kini, aku rasa aku layak memenangi percutian ke Pulau Carribean anjuran AXE dan Nuffnang sebab
aku nak bawak dia ke negara luar pulak. Menikmati suasana di tempat mat saleh,  pasti isteri aku mesti akan lebih gembira kalau dia tahu aku buat ni semata - mata untuk dia ... SEBAB AKU SAYANG SANGAT DEKAT DIA.




hasil nukilan : MOHD SYUAIB BIN ABDUL MALEK
(suami kepada NURDIYANA BINTI MOHD ROSDI)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm