Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Online Shop Murah. Show all posts
Showing posts with label Online Shop Murah. Show all posts

Thursday, July 18, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Set Bersalin & Virgin Coconut Oil

Assalamualaikum,




Card reader ada masalah, rasa bengang macam nak buang dalam laut nasib baik takde laut kat sini.. Alih2 buang dia dalam laci je ! Geram sebab langsung tak connect dengan komputer. Dah lah haritu rosakkan memori kad telepon saya, terus gambar2 semua blank hilang .. Jadi gambar2 dalam entri ni adalah gambar dari mr Google ye. 



1) SET BERSALIN 

Yana sebelum ni ada lah dilema blur2 nak pilih set bersalin apa, tengok ramai buh review kata Tanamera baguslah, best lah, Nona Roguy lah, Sendayu Tinggi lah, bla bla bla.. Tapi dalam pada review tu, terkenan jugakla dengan salah satu produk di atas. Tapi memikirkan harga nya, range dalam 3-4ratus satu set, rasa terkedu jugak sebab yelah nanti bersalin dengan bil hospital, makanan2 dalam pantang, upah orang mengurut, barang2 yang tetiba diperlukan untuk di beli rasa macam eh baiklah jimat je kat set pantang ni. Dalam pada mencari, Yana tanya mak dulu dia pakai set bersalin yang mana. Kata nya Set Bersalin Afiat je. Yana tengok mak pun sihat je alhamdulillah, Yana pun mula lah review pasal set ni. Harga nya pun takdelah mahal dalam RM 89.90. Berpatutan lah dengan produk nya. Yelah produk orang kampung je, dah lama di pasaran + barang2 nya pun takdelah gah macam brand2 lain di atas tapi boleh lah ramai kot yang pakai zaman mak2 kita kan. Apa salah nya mengikut tradisi. hehee.. 
Tapi Yana ada jugak terjumpa pasal set bersalin HPA. harga pun lebih kurang Afiat tapi dah nama nak jugak mengikut tradisi Yana order Set Bersalin Afiat dengan YAKINJAYA ENTERPRISE ni.. (KLIK)


Owner nya bernama KI, Yana sebelum ni banyak kali jugak order barang dengan dia.. Sebab barang2 dia MURAAAAAHHH dari pasaran dan barang kedai online lain. Macam set Afiat ni, Yana dapat harga RM 80 je tau ! harga kedai RM 89.90 tu lah. Pastu beli barang RM 100 ke atas dia akan bagi diskaun lagio, bila dah total kan harga barang tu contoh nya : beli 2 set Afiat RM 80 + kos pos RM 6 : RM 166 dia akan minta bayaran RM 165 je. Kos pos dia pun murah tau.. Yana punya kos pos 3 barang : RM 4 je. POSLAJU pulak tu.. bukan pos lain2. Dan alhamdulillah, kelmarin settle bayaran hariniYana dah dapat Set bersalin ni. Dah bukak pembalut nya pun, ambik2 bau... heeee, wangi je rasa nya. Sebab kami anak beranak memang membesar dengan barang2 Afiat ni. Minyak sapu Afiat yang warna hijau tu selalu ada je stok kat rumah mak. Kalau lenguh2 ke, sengal2 badan ke, sapu je minyak ni. Bauan dia tu sebenar nya yang menenangkan langsung menghilangkan lenguh2 tadi. Cewah, boleh jadi duta Afiat dah ! 
Dalam set bersalin ni ada 10 barang iaitu :-





Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam. Untukmembantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskanbadan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan talipusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untukmerangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untukmenambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkantisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badandan khasiatnya sama seperti mandi lulur.

Okeh, nanti dah tiba masa guna nya, Yana bagi review k.


2) VIRGIN COCONUT OIL



Vco ni ramai yang tahu kegunaan nya kan.. Dah famous pun. Yana saja beli sebab kata nya boleh mencantikkan kulit, dan bagus untuk ibu hamil. Yana beli 2 botol, satu untuk Yana satu untuk En.Suami sebab dia ada masalah jerawat yang tak henti. Kot dengan izin Allah swt boleh kurang @ hilang jerawat2 dia tu, Yana jugak seronok sebab kesian dengan dia tak habis2 stress dengan masalah tu. Banyak kali tukar produk pembersih muka, semua nya keluarkan hasil yang sama. Jerawat masih ada. Harap2 guna VCO ni dapat membantu dia sedikit sebanyak. Pun Yana beli dengan Yakin Jaya Enterprise (KLIK) harga RM 36 untuk 1 botol. Harga pasaran RM 39.90 tak silap. Alhamdulillah, jimat banyak juga beli dengan YJE ni. Ada yang dapat result kulit cantik lepas 2 minggu makan VCO ni, Yana pun akan update juga nanti ye. Saja nak share testimoni dengan korang. hehe


YJE jugak ada bagi Yana 3 botol Caviar Essence PERCUMA kata nya suruh Yana cuba pakai.. macam serum muka. Gambar nya takde sebab masalah card reader tu lah. Kot nanti Yana pakai okay, Yana share kan testimoni dengan gambar essence tu sekali okay.





Wednesday, July 10, 2013

Celoteh Yana : Part 172 - Sudah Konfirm !

Assalamualaikum,




Kawan2 yang pernah baca entri ni : 
mesti tahu Yana mencari pam susu apa yang bakal 
di gunakan selepas melahirkan 'dak kecik' nanti. 
Dalam dilema masa tu nak pilih Medela @ Avent. 
Dua2 nya ada review yang bagus - pro & cons, 
terima kasih pada yang bagi review dan juga 
hasil pembacaan Yana di blog2 lain. Ada orang 
pakai pam mahal tapi rezeki susu nya kurang dari 
yang pakai pam murah. Semua nya bergantung 
pada rezeki anak tu sendiri dan kuasa Allah swt. 


So, Yana dah memutus kan pilih Medela Harmony. 
Yana pilih Medela Harmony Sealed, 
Sebelum ni pernah tanya Kina MHS ni, masa tu 
Kina ada beritahu yang coming few months 
dia akan buat pakej pam sekali bag + pek ais + botol. 
So Yana decide untuk tunggu jelah sebab 'dak kecik' pun insyaallah lahir bulan 9 @ 10 kan. 
Dan alhamdulillah, dah selesai deal dengan Kina dan 
Yana rasa berbaloi sangat beli sebab harga nya 
murah SEPARUH dari kebanyakan harga online 
shop lain. 


Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh Kina 
(barang adalah pre order ye) :-








Harga seperti yang tertera dalam gambar ye, 
TERMASUK KOS POS !
(selagi Kina tak umum nak ubah)
Cuma, Pakej C disebabkan masalah kos pos 
yang tinggi Kina hanya buat COD.
Tempat nya di mana, kena tanya Kina sendiri. 
Kina tinggal di Kuantan, Pahang 
ye untuk yang belum tahu. 


Kena baca betul2 ye apa yang tertera dalam pakej 
tu sebab Pakej A & B berbeza dari segi 
JENIS BAG yang ditawarkan. 
Kina akan bagi link untuk jenis2 bag yang ada, 
memang rambang mata sampai Yana sendiri tersalah 
pilih sebab mula2 nak Pakej A, dah pilih2 bag nya 
Kina cakap Yana dalam Pakej B. 

Kalau Pakej A, 
jenis bag nya Fun Foldaway berharga RM 19.90 
tapi Pakej B & C, jenis bag nya Posh berharga RM 55.90. 


Alhamdulillah, selesai 1 lagi barang untuk 
'dak kecik' dan ibu nya..
Harap2 rezeki 'dak kecik' akan mencukupi 
sehingga umur nya 2 tahun 
Insyaallah, ..
Kalau takde, terpaksa bagi FM pun FM lah, 
janji 'dak kecik' 
membesar dengan sihat wal afiat.
Yana tak pernah pandang rendah pun pada ibu2 yang 
beri anak nya FM, sebab masing2 ada sebab tersendiri.. 
Hatta Yana pun anak susuan FM. 

Kita sebagai ibu memang nak yang terbaik untuk 
anak2 kalau boleh nak ikut perintah Allah swt dan 
dapat pahala mudah. Tapi kalau dah tertulis takde
 rezeki anak tu dengan susu ibu nya, kita ikhtiar cara 
lain pulak ye.. Jangan paksa diri & biar anak
menangis kelaparan dek kerana ego nak jugak BF :)


Okay, pada yang berminat nak membeli dengan Kina 
boleh pergi kedai online Kina 
deal sendiri dengan Kina ye :)

Wednesday, June 26, 2013

Celoteh Yana : Part 165 - Terapi Diri

Assalamualaikum,




Sebagai membalas ketidak adaan mood semalam,, 
harini Yana telah menjalani satu terapi. 
Dimana terapi ni selalu nya berkesan untuk 
para wanita, sedunia.


TERAPI MEMBELI BELAH... 


Terapi ni boleh di buat bila2 masa, andai ada 
kesempatan sila lah ke pusat beli belah berdekatan anda, 
kalau tak sila lah guna kan kelebihan internet 
buat pembelian melalui ONLINE :)







Ni antara hasil 'rembatan' untuk hari ni, harap akan 
ada lagi untuk hari esok.. hehe.. tanpa sedar, jumlah 
angka dalam akaun semakin berkurangan. Pedulikkan. 
Janji terapi ini sangat membantu saya senyum 
kembali. hehehee  


Kenapa pilih design sama? Yelah, dah nama pun 
'mak yong' kena lah pilih design ala2 kembang camni 
jugak wat masa ni. Lagipun pas bersalin boleh 
pakai lagi dan sesuai untuk orang bertudung kan. 


Pada yang berkenan nak intai2 kedai online ni, 
Murah2 dia jual, Yana dah banyak kali beli dengan
dia, material pun sedap pakai.. Tapi make sure
korang tengok ukuran betul2 ye. Nanti dah beli
tak ngam dah rugiiii :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm