Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Celoteh Yana : Part 171 - Cerita Bersalin Saya

Assalamualaikum...
(Entri ditulis hari sabtu 29.9 .. akibat beberapa
masalah tak dapat di elak terpaksa tunda
dan sambung publish harini - rabu 2.10)



alhamdulillah yana & baby sihat je...
terima kasih atas ucapan tahniah kalian.


yana dah balik ke rumah semalam (jumaat) setelah 
5 hari berkampung kat hospital. Lega rasa nya dah tengok
rumah.. yana pantang kat rumah mak. Alhamdulillah beruntung 
masih ada mak kan.. pada yang dah takde mak mesti sedih kalau
kena berpantang sendiri. Kalau ada ibu mertua pun okay juga cuma
taklah sama macam mak sendiri..


okay.. mula cerita bersalin ye. 


Pagi 23.9 yana pergi klinik kesihatan dulu untuk cek dan dapat kam
surat rujuk doktor untuk bersalin. Selesai urusan dapat surat dalam
jam 2.30 sebab ramai orang dan terpaksa tunggu lepas lunch time baru
doktor free. Lepas dapat yana dan suami terus bergegas ke hospital.
masa tu eksaited sb dah bayang anak yang comel bakal 
dilahirkan tanpa memikirkan apa2 perkara buruk..


sampai hospital urusan daftar masuk semua yana dapat katil
dalam jam 6 ptg.. petang tu doc cek bukaan bawah. Dah 2cm kata nya.
tnggu la esok pagi kata nya masuk ubat induce. Esok pagi jam 7,
Doc datang seluk lagi. Bukaan 3cm makna nya ada progress so tak
payah masuk ubat ikut cara normal. Tunggu labour room kosong dorang
akan tolak yana masuk... dapat labour room jam 6 padi esok nya
25.9.2013. Nurse masukkan ubat berak kat bontot pastu suruh breakfast.
Lepas tu terus dorang tolak yana ke labour room.


dalam labour room, doc cek lagi bukaan. Masih 3cm
jadi mereka pecahkan air ketuban. Dan masukkan ubat induce
melalui air ke tangan. Yana masih boleh bergelak ketawa dengan suami
sampai jam 8pagi dah terasa sakit senggugut sikit.
jam 11.30 doc cek bukaan baru 4cm. Ubat induce di percepatkan..
sakit kian terasa pada jam 1 ptg.. perut memulas mulas..
jam 3.30 doc cek bukaan baru 6cm , ubat dicepatkan lagi
yana dah minta 1 suntikan pethadine untuk kurangkan sakit. Padahal
tak rasa kurang pun.. makin sakit ada la kesan induce..


jam 6ptg bukaan 6cm yana dah tak bertenaga langsung kesan ubat
dan kesakitan yang ada. Hanya allah yang tau.. jam 7 malam doc cek bukaan
8cm dia minta tunggu lagi padahal yana dah macam separuh sedar tahan sakit
jam 8mlm bukaan 9cm mereka suruh teran sebab jantung anak dah tak
menentu. Suami di sebelah meleleh air mata dah tengok isteri dia mengerang
macam dah hujung nyawa. Silih ganti mak yana dan suami temankan.


yana cuba teran sekuat hati tak berjaya.. kata mereka baby masih tingfi
belum turun laluan sepatut nya. Di paksa lagi teran teran dan teran..
sampai kena marah sebab kata mereka yana tak teran betul2 dan
tak dengr arahan.  bebel2 sorang nurse perempuan kat situ
macam kan kita ni taknak anak kita lahir..walhal menanggung
sakit separuh nyawa.


jam 8.30 mereka dapati baby langsung tak bergerak ke bawah
dan masih tinggi mereka suggest untuk bedah. Yana memang 10 minit
sebelum tu dah merengek minta suami bedah je sebab tak tahan
sangat sakit nya.. lepas tu doc setuju melihat keadaan genting
dorang siapkan yana untuk operation. Masa tu sakit menggila suami
kat sbelah dah pujuk supaya kuat takut kehilangan yana..


masuk OT doc cuba vakum pulak.. di sedut sedut nya dari lubang bawah
tu sampai yana rasa ya allah besar nya ujian untuk aku.. dalam hati
asyik berdoa supaya di permudahkan... istighfar banyak2 walaupon sakit menggila.
di sedut tak turun jugak yana di bedah. Lepas cucuk je ubat bius spinal nama nya
yana terus rasa lega. Sambil baring perut di bedah di godek godek ye terasa kiri
ke kanan perut di tolak. Terus terbayang video yang yana tengok..m
Senyum yana dengar suara baby nangis.. ya allah dah keluar anak aku.
lega rasa nya penderitaan tadi berakhir..
tak sampai 30mnt kot nurse datang tunjukkan baby.. yana ucap
assalamualaikum dan kiss baby.. pastu nurse tunjuk jantina nya.
dan dia di bawa pergi.. siap perut dijahit baby keluar dulu dan yana
dikuarantin untuk pemantauan kesan bius dalam sejam.


jam 12.30 yana dapat duduk di katil semula dan baby di serahkan.
masa tu belum terasa sakit operate sebab bius masih ada..
Tapi dapat tengok baby semua sakit hilang... esok pagi
baru tau. Ha azab juga nak jaga sakit operate
.. hehe... apapun syukur semua nya selamat walaupon yana
terpaksa lalui 2 pengalaman.. cuba bersalin normal setelah di induce
dan di bedah.. demi mu anak



Kami discharge pada 28.9 jumaat....




NAMA DIBERI : 
MUHAMMAD SYAHIR  NAQIUDDIN
BIN MOHD SYUAIB


Kesimpulan nya 13jam dalam labour room masih
belum bersalin dan 1 jam dalam OT selesai semua nya


Nantikan cerita Syahir masuk wad nicu hari lahir ke 6 
akibat demam kuning... 

Thursday, September 26, 2013

Celoteh Yana : Part 170 - Alhamdulillah.. lahir sudah hero kami ;)

Assalamualaikum....









Inilah Hero kami... 'dak kecik' yang selama ni
diceritakan dan dinantikan.

alhamdulillah..
jantina : lelaki
D.o.b : 25.9.2013
P.o.b : hospital selayang
T.o.b : 9.38 malam
berat : 3.10 kg

SECARA CEASEREAN..!

Kisah kelahiran, kita cerita kemudian ye


Monday, July 8, 2013

Celoteh Yana : Part 171 - Pejam Celik Pejam Celik

Assalamualaikum,




Tadi kat FB ada sepupu dekat yang kahwin tahun yang sama, keguguran tahun yang sama & juga sekarang mandong sama2 muatnaik status pasal dia kena diabetes. Yana tinggal komen dia tinggal 10 minggu je lagi untuk kurangkan makanan manis, pas pantang dah boleh start balik. Tak sedar diri sendiri pun tinggal 12-13 minggu je. Kalau di ikutkan Pejam Celik Pejam Celik ni, sekeeeeejjjaaapp je lagi tau. Yelah dah lepas 1st trimester yang menakutkan tu, dan 2nd trimester yang dalam mode biasakan diri & alhamdulillah, masuk trimester ke 3 sekarang ni. 


Ikut kiraan hari, KURANG dari 100 hari lagi tau... Dok baca pengalaman orang lain bersalin, terus rasa nervous dan rasa nya minggu ni atau minggu depan kena finalise barang2 keperluan melahirkan & sesudah melahirkan bagi 'dak kecik' ngan ibu dia ni. Nak taknak memang dalam bulan puasa. Weh sekarang memang rasa tak larat lah, nak plak sekarang uterus tengah nak mengembang agak nya.. Sakit weh lagi2 bila 'dak kecik' tekan2 kawasan ari2 tu. Tapi ini lah kelebihan orang perempuan kan.. Allah swt bagi keistimewaan ni hanya untuk orang perempuan. Sakit2 tapi dapat pahala :)


Tunggu seminggu dua lagi nak basuh barang2 yang dah dibeli.. nak plak dah masuk 30 minggu tu. Ntah larat ke tak nak basuh beria.. ntah masuk mesin? Eh sayanglah kan baju budak2 kalau masuk mesin cepat betul herot berot nya nanti dah tak lawa. Errr, mintak En.Suami buatkan kot. Insyaallah.. Selagi terdaya, Yana buat lah mana yang boleh. Kalau dia taknak tolong ke buat lambat2 ke, keluarkan ayat ni "amboi, sedap sama2, sakit susah orang tanggung sorang" boleh? hehee.. dalam nada melawak lah apa salah nya kan :)



Thursday, June 13, 2013

Celoteh Yana : Part 160 - Minggu Ke 24

Assalamualaikum,



Pagi ni ada cek up kat klinik kesihatan.. 
Masuk minggu ke 24 dah.
Ada sikit info nak kongsi.



MINGGU KE 24,
janin bersaiz sebiji BETIK, 
paru-paru nya sudah bersedia untuk 
hidup di luar rahim sekira nya kecemasan berlaku 
walaupun masih belum matang.


TENTANG SI IBU
Jangan panik sekira nya ada perkara aneh berlaku
di sekitar rahim atau perut. Memandangkan janin masih
mempunyai ruang untuk bergerak, janin akan bergerak aktif. 
Anda boleh melihat perut yang bergelombang, atau bergetar.
Pada masa ini juga, uterus akan berkembang, jadi akan 
terasa sakit seperti mahu bersalin. Ini dipanggil
"kontraksi palsu" atau bahasa saintifik nya
"Braxton Hicks".. Jangan khuatir, kerana uterus kita
sedang berlatih untuk kelahiran yang akan datang.
Pedih ulu hati, ketidakhadaman, kesukaran untuk tidur
adalah perkara biasa yang akan di alami bermula
semakin kerap minggu ini. Begitu juga dengan sakit belakang.



(di terjemah dari BabyZone's)


Wednesday, May 15, 2013

INFO : CARA BERSIHKAN URI BAYI (UNTUK BAKAL BAPA)

Assalamualaikum,


Rasa nya yang pernah melahirkan / menimang cahaya mata dah tahu cara nak bersihkan uri ni.. Tapi Yana tetap share untuk yang bakal pertama kali / yang dah lupa cara nya. Ilmu untuk dikongsi ye dak? :)



CARA MENGURUSKAN URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Wednesday, October 31, 2012

LESS WORD : Happy Birthday To ME :)






Ye, tanggal 31 bulan 10 tahun 1988 
ialah hari saya dilahirkan..
Dan hari ni genaplah umur Yana 24tahun.
Setahun selepas menjadi isteri orang.
Doakan Yana terus panjang umur, 
di murahkan rezeki dari segi harta dunia dan akhirat.
Di kurniakan anak2 yang soleh dan solehah... Insyaallah.


p/s: Tadi mak bagi ucapan "Semoga dikurniakan anak tahun ni"
eh, buat anak tahun ni, tahun depan keluar.. hahaha..kelakar lah mak ni.
Pagi2 lagi En.Suami, mak ayah dan adik beradik dah wish. Alhamdulillah...


Tuesday, October 16, 2012

Celoteh Yana : Part 67 - Birthday En.Suami

Assalamualaikum,






Inilah birthday boy, semalam 15.10.2012..

Selamat Hari Lahir Sayang.. 
Semoga Dipanjangkan Umur, Murah Rezeki, 
Dikurniakan Kesihatan, Kasih Sayang Dan 
Kejujuran Berpanjangan. Harap2 Umur Baru 
Akan Memberi Lebih Banyak Keceriaan 
Dalam Hidup Awak.. Terima Kasih Kerana 
Menjadi Suami Yang Baik, Yang Selalu Berusaha 
Sediakan Segalanya Yang Terbaik Untuk Isteri Awak.
Insyaallah, Tahun Depan Kalau Allah swt Izinkan,
Kita Sambut Dengan Anak pulak :)




(tak ada sambutan besar-besaran pun, 
Yana just beli kek Secret Recipe sepotong, 
dan minta dia tiupkan lilin nan sebatang... 
jadilah kan, asalkan dia tersenyum seronok ! :))

Tuesday, July 10, 2012

INFO : Fakta Tentang Kelahiran

Assalamualaikum...



10 fakta tentang kelahiran yg kita patut tahu...







1. Hanya 5% bayi yang lahir ...pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. 


Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.




2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari 


saiz normal untuk menampung kandungannya.




3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.



4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal 


selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.




5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum 

proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya 

apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.




6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. 

Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang 

bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.




7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, 


tercatatlah pahala jihad baginya.




8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, 


terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.




9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.



10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.





Jadi, kepada para ibu.. bersyukur lah kerana kita dikurniakan
pahala dan hikmah yang sangat banyak semasa melahirkan ! 

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm