Assalamualaikum,
Pagi ni ada cek up kat klinik kesihatan..
Masuk minggu ke 24 dah.
Ada sikit info nak kongsi.
MINGGU KE 24,
janin bersaiz sebiji BETIK,
paru-paru nya sudah bersedia untuk
hidup di luar rahim sekira nya kecemasan berlaku
walaupun masih belum matang.
TENTANG SI IBU
Jangan panik sekira nya ada perkara aneh berlaku
di sekitar rahim atau perut. Memandangkan janin masih
mempunyai ruang untuk bergerak, janin akan bergerak aktif.
Anda boleh melihat perut yang bergelombang, atau bergetar.
Pada masa ini juga, uterus akan berkembang, jadi akan
terasa sakit seperti mahu bersalin. Ini dipanggil
"kontraksi palsu" atau bahasa saintifik nya
"Braxton Hicks".. Jangan khuatir, kerana uterus kita
sedang berlatih untuk kelahiran yang akan datang.
Pedih ulu hati, ketidakhadaman, kesukaran untuk tidur
adalah perkara biasa yang akan di alami bermula
semakin kerap minggu ini. Begitu juga dengan sakit belakang.
(di terjemah dari BabyZone's)
7 comments:
Minggu ke 24? Sama lah kita.
sronok rase prgerakan bby kan=)sakit
blakang 2 nrmal....
6 bulan sudah..rindu pulak moment masa preggy dulu..kena tendang2 dgn baby
ada 3bulan lebih lagi... weee.. pasni mesti rindu dengan baby masa dalam perut kan..
moga sihat2 semuanya.mmg best kan tgk size baby.heee
bestnyerrr yana..semoga bby membesar dgn sehat.
semoge selamat sampai melahirkan..
Post a Comment