Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Badanku. Show all posts
Showing posts with label Badanku. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Celoteh Yana : Part 80 - PMS, PMS

Assalamualaikum,,



Semalam Cik P datang melawat lagi.. 
Alhamdulillah, cycle kembali seperti biasa. 
Walaupon tak teratur, bulan lepas 40hari, 
bulan ni 38 je..Takpe, janji dia datang. 
Dan harapan tetap ada untuk 2013. 


Bila ada Cik P, bestfriend dia pun metsi ada, 
siapa lagi kalau bukan cik PMS tu. 
Nakal sangat harini dari pagi tadi buat Yana 
rasa macam nak guling2 atas karpet, tonggeng2 
dalam bilik air dan lari laju2 kat padang. 
Sebab sakit sangat ! GGGrrrrrr, nak je makan 
pil pink tu sekarang. Yelah, Yana dah lama 
kot tak rasa PMS... Disebabkan 2x pregnant tu, 
and ketidakstabilan hormon dalam badan takde 
lah PMS kan. Bulan lepas tak plak rasa camni.
 Takpelah, fikir positif ... 


Err, korang ada tips tak nak kurangkan PMS? 
Buat masa ni, Yana sapu minyak angin je.. 
Mula2 okaylah, bila dah habis je kuasa minyak tu, 
mula lah sakit balik..

Mood harini : NAK MARAH ORANG =(


(sorry,gambar sensored, google punya =) )


phew, nasib baik dah booking siap2 makcik urut malam ni !

Wednesday, November 7, 2012

Celoteh Yana : Part 74 - Saya Ingat Saya Kuat

Assalamualaikum,



Saya ingat saya kuat. Rupa nya tak berapa kuat. 
Saya jadi marah, menyampah dan sakit hati. 
Sebab apa?
Sebab ada junior saya dah pregnant dan 

tunjukkan gambar scan dia, 

THE BABY LOOKS VERY HEALTHY !

Aaaaaaahhh, saya terus remove FEED 
dia dari Facebook saya, dengan harapan 
saya tak akan baca / lihat apa2 lagi. 
Kalau terjumpa tepi jalan, 
saya akan buat macam biasa. 

Saya insan lemah ! Fine rezeki dia,,,,,,,,,,
Haizzzz, 
tak mampu bersabar dan redha
dengan ketentuan Allah swt. 


Tapi takpe, sebab saya sekarang 
tengah follow ATKINS diet. 
Nak selim melim dulu sebelum bersedia 
MENJADI GEMUK (sebab selera makan 
untuk baby dalam perut sekali..hehehe)

TARGET SAYA ??

45KG instead of 60.1KG ...




JOM FOLLOW :)

Wednesday, June 20, 2012

Celoteh Yana : Part 14 - Bengkung Dah Sampai :)

Assalamualaikum,




Kan Yana ada order bengkung dari kedai
Mama N Damia ni, jadi harini dah sampai lah bengkung tu..
Alhamdulillah, selamat sampai dalam keadaan baik sekali.




Ha, ni lah rupa nya bengkung yang di pek
cantik untuk di poskan kepada Yana.
Terima kasih pada kak Sharifah. 
Memang best service ! 
(rekemen kengkawan beli juga :))



Yang best lagi, bila disertakan pamplet
panduan / tip semasa berpantang untuk 
kaum wanita gunakan menambah ilmu.. 
Ada macam2 isi kandungan pamplet ni, 
termasuk tip penyusuan, cara penjagaan 
bayi dan resipi untuk berpantang. 
Memang bagus dan lengkap, walaupun 
tak tebal. Serba sedikit membantu lah kan .




 TERBAIK dan TERKEJUT sekali
sebab Yana dapat resit dari MyBengkung ni
menyatakan ada diskaun 10% lagi !! 
Dan Kak Sharifah menyerta kan bersama
duit RM5 sebagai baki pulangan.. 
Wah, seronok kan ada diskaun2 ni.
Orang perempuan memang suka ! 

(maaf gambar tak jelas, ambil pakai HP je)





Jadi, Yana perlu kan 2 barang
lagi untuk memulakan "ekspedisi" Yana nanti.. 

Insyaallah petang ni jugak Yana pergi cari..
hehee tak sabar ! 




Tuesday, June 19, 2012

Celoteh Yana : Part 11 - Tak Seronot !

Assalamualaikum, 




aik, apa yang tak seronot tu??

Yana tak seronok sebenar nya..
seronot tu bahasa melawak je..



Tak seronok sebab TERASA DIRI ini
sudah meNEMBAM !! aaaaaaahhhh
tak suka keadaan dan perasaan ini.. 
Apakah keadaan ini normal bagi 
wanita / perempuan yang telah berkahwin.. 
"body" dah kekurangan shape 
kata orang 
(tak banyak pun, tapi sikit pun adalah
amat menyedihkan hati sebab selalu
TERTENGOK GAMBAR ZAMAN MUDA
MUDI pakai seluar saiz 27..)



Semalam saja bertanya pada mak,
ada lagi tak barut bengkung dia yang
lama tu.. Dia cakap dah takde tak ingat letak di mana... 



Ooooohh, Yana berazam nak dapatkan
shape tu semula, sebab tak 
SOKA perut terasa BUNCHit !! 
eeee, sedih !! bila jalan terasa gegar



Kawan2 ada petua tak? Dalam fikiran Yana
nak pakai bengkung je..
Selain perlu kawal NAFSU MAKAN
yang bermaharaja ni...



oooh, mai shape !! :(

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm