Assalamualaikum,
Alhamdulillah, harini menginjak usia 36 minggu 'dak kecik' dalam perut ibu dia.. Insyaallah sampai masa nanti keluarlah dia. Harini seperti di ceritakan ada cek up (dah mula seminggu sekali cek KK), dan minggu lepas pasal kencing kotor tu ramai yang cakap minum air banyak2 and bagi tips macam2. Terima kasih ! Dan alhamdulillah jugak, harini cek urine lagi dah takde kencing kotor... selamat dari kena bebel dengan doktor & kena makan ubat lagi. Tak sedap pun air ubat untuk lawas kan kencing tu, masam2 payau macam air kelapa. Seronok dah tak payah minum... heeeee.
Okay tu je nak cerita, nak upload gambar kemain susah sebab kena guna card reader yang dah tak berapa betul tu. Harap2 dapat hadiah henpon canggih dari En.Suami sempena kelahiran anak kami nanti. Senang sikit nak up cerita bergambar kan :) *hint*hint*
