Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Dilema Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum,




Tengok tajuk pun dah tahu rasa tentang apa topik kita hari ni.. Zaman sekarang ni RAMAI ibu2 dalam dunia ni bekerja. Demi menambah keselesaan diri sendiri dan membantu keluarga. Macam Yana sendiri pun, masih bekerja, dan pernah terfikir untuk berhenti kerja selepas melahirkan. Ewah, anak baru nak masuk sorang dah nak jadi suri rumah.. Apa salah nya kan, kalau suami mampu, dan mengizinkan ibu2 ni duduk di rumah mendidik anak boleh je. Janji persetujuan di buat kedua belah pihak. Jangan lah isteri beria nak berhenti padahal tau suami tak boleh support sorang2. Semua benda mahal sekarang, bila ada anak macam2 kena titik beratkan. Pampers, susu, keperluan lain2. 

Yana dalam dilema juga, pasal kami bercadang nak beli rumah di kawasan Damansara. Dan sekarang Yana bekerja di Batu Caves. En.Suami pulak bekerja di Tropicana. Kawasan tu memang dekat dengan tempat kerja dia. Kedua ibu bapa kami tinggal juga di kawasan Batu Caves. Alhamdulillah, loan kami tiada masalah, sekarang tunggu bank proses sikit lagi sebelum kami setuju dengan T&C semua. Insyaallah kalau jadi, awal tahun depan kami nak masuk. Tahun ni rasa nya tak kot sebab dengan Yana nak bersalin lagi, fikir faktor kerja lagi etc..

Yang jadi dilema ialah, pada tahun depan bila kami pindah masuk rumah tu. Yana dah tentu2 kena cari kerja di kawasan sekitar, atas faktor elak jem, senang nak balik kalau ada apa2 hal dengan anak (mungkin hantar ke pengasuh kalau Yana terus kerja). Lainlah kalau tak bekerja, kerja dari rumah ke..
Dan tau jelah, sekarang ni nak cari pengasuh / taska yang betul2 jaga anak kita seikhlas hati bukan senang. Setiap hari baca kes2 anak2 kecik yang cenggitu cenggini. Risau jugak sebenar nya.. 

Kalau bos sekarang, dia ada bagi pilihan samada Yana nak terus kerja @ berhenti. Sebab dia faham keadaan ibu2 ni. Dia ada jugak cadangkan Yana kerja dari rumah, freelance. tak terikat waktu kerja. 
Cuma macam leceh pulak kalau nak bawak dokumen semua balik rumah. Dah jadi 'rumahku, ofisku' pulak. hehe. Dia pun ada terfikir nak pindah ofis, tapi kat kawasan Ukay Height sana. Lagi lah jauh dari Damansara tuh. Jem lagi. 

Benda2 camni kena fikir dan bincang betul2, dengan En.Suami & juga dengan bos. Sementara ni, Yana masih survey bisnes apa yang buat dari rumah, insyaallah. Kan berniaga ni digalakkan.



Thursday, March 14, 2013

Celoteh Yana : Part 119 - Memeningkan

Assalamualaikum,




Setiap tahun Yana akan berdepan dengan 
masalah income tax company. 
Yang menyakitkan hati, bos letakkan semua beban 
kat bahu saya, hanya tau bagi arahan ..

Profit sekian2, tapi hanya nak bayar sekian2.. 


Eh, rasa macam menyusahkan pun ada 
setiap tahun alami benda yang sama. 

Sesiapa ada masalah yang sama? 
Atau pernah dengar kes camni.. Meh kongsi.
Pening lah layan benda ni sorang2. 


Memang dah target nak berhenti lepas melahirkan. 
Tak sanggup dah lah kerja kat sini, 
semakin menyesakkan otak.

Tuesday, January 29, 2013

Celoteh Yana : Part 99 - Bertemu Semula

Assalamualaikum,


amboi, panjang nya cuti .... kan, sampai rasa 
harini takde mud nak masuk keja. 
tapi nak gaji jalan jugak? voleh? haha, 
boleh kalau kerja dengan suami sendiri.


Hurm, cuti panjang ada yang bawa diri, 
pergi berjalan merata tempat. Ada yang 
rehat2 kat rumah je (saya ler tew).. Harini, 
kena refresh otak masuk kerja sebab dah beku kan.. 
Nak menaip ni pun malas2 je, takde idea. 
Tu yang bebel kosong ni. 


Okaylah, nanti kita tune mood, 
dah okay kita sembang lagi.. 


SELAMAT BEKERJA :)
(nasib baik harini Selasa, esok Rabu, lusa Khamis, 
dan Jumaat CUTI LAGI !! )

Friday, August 10, 2012

Celoteh Yana : Part 47 - Tawaran Kerja

Assalamualaikum,



Siapa yang dapat tawaran kerja? Bukan Yana, tapi En.Suami. 
Yana masih kekal di takuk yang sama, 
dan ada berkira2 nak angkat kaki tahun depan 
(kita tengok camne nanti..hehe)..
En.Suami dapat tawaran kerja lain, dalam masa 
yang sama dapat tawaran kenaikan gaji. 
Okay Yana detail kan serba sedikit, kelebihan dan 
kelemahan tawaran berdua ni :-

TEMPAT A (tempat lama)
KELEBIHAN
1) bekerja dengan sebuah family, yang mana BOS 
adalah subjek UTAMA, kadang2 kena bekerja untuk 
isteri, anak menantu dan cucu bos tadi.

2) Gaji adalah lingkungan 1.7K ++ - 2K 
(termasuk OT, elaun dan duit poket)

3) Tempat kerja lebih kurang 40 minit perjalanan.

4) Skop kerja utama : bawa BOS jumpa kawan, 
pergi bersenam, makan2, jalan2, pejabat etc.. 
Bawa ahli keluarga bos (waktu lain) pergi jalan, 
hantar cucu bos ke sekolah, tuisyen, makan2 etc..

5) OT sejam adalah RM 5, tiada life insuran, 
tiada klinik panel, tiada syarikat sebenar. 
Hanya berdasarkan alamat rumah, dan nama syarikat yang di daftarkan untuk perniagaan sewa menyewa kan hartanah




TEMPAT B (tempat baru)
KELEBIHAN
1) bekerja dengan sebuah family juga, yang mana 
ANAK BOS adalah subjek UTAMA, 
kadang2 kena bekerja untuk bos, isteri, dan ibu mertua.

2) Gaji adalah lingkungan 1.9K ++ - 2.5K ++ 
(termasuk OT, elaun dan duit poket) 

3) Tempat kerja lebih kurang 30 minit perjalanan.

4) Skop kerja utama : hantar dan jemput 
anak BOS ke/dari sekolah, bawa isteri/ ibu BOS ke 
tempat mereka mahu, kadangkala outstation dengan 
bos ke beberapa tempat dalam Malaysia beserta elaun dan penginapan.

5) OT sejam adalah RM 10, ada life insuran, 
ada klinik panel, sebuah syarikat besar membekalkan ayam.




KALAU KORANG LAH KAN, yang mana satu korang pilih? 
Untuk jangka masa panjang..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm