Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kurma. Show all posts
Showing posts with label Kurma. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

INFO : MERAWAT JAUNDIS @ MASALAH KUNING PADA BAYI BARU LAHIR

(sticky post 1minggu, scroll bawah untuk post baru ye :))




Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.


NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)


BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.



:: Alhamdulillah, Ramadhan Al Mubarak semakin menghampiri.. 
Kurma, madu, buah tin & susu kambing
sangat mudah didapati. Jom kita amalkan ::






Friday, July 20, 2012

Celoteh Yana : Part 34 - Ramadhan Al Mubarak =)

Assalamualaikum,


Sahabat sekalian, diam diam dah nak berpuasa ye.. Pada detik 12 malam ini, bermulalah perjalanan kita dalam bulan yang penuh berkat ni, iaitu bulan RAMADHAN. Alhamdulillah, Allah swt masih kurniakan kita kesihatan yang baik, mengizinkan kita meneruskan kehidupan dan menyambut sekali lagi bulan MULIA ini..

Jom kita sama2 penuhkan aktiviti di bulan berkat ini, dengan aktiviti baik dan mencari keredhaan Allah swt.

Ingat lagi tak niat puasa :



NIAT BERPUASA SELAMA SEBULAN


“Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi hazihissanati lillahi taala.”
Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.



NIAT BERPUASA HARIAN


“Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.


DOA BERBUKA PUASA :

"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin"

Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan kepada Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang




MAKANAN SUNNAH NABI saw :







Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan


Pokok kurma berasal dari Teluk Parsi namun 
banyak di tanam di China & US. Daun dan 
batang kurma pernah dijadikan atap dan bumbung 
semasa membina Masjid Madinah oleh Nabi Muhammad SAW.


Dari segi khasiat kurma kaya dengan tenaga, 
serat (potasium), vitamen dan mineral. 
Kandungan tenaga yang tinggi dapat mengembalikan 
paras gula rendah dalam darah kepada normal 
semasa berbuka. Amalkan 3 biji sahaja.



*MOH BERTARAWIKH
MALAM NI DAH START* :)

Thursday, July 5, 2012

INFO : Kurma, Kismis & Madu

Assalamualaikum, 






Khasiat Kurma, Kismis & Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam.





sumber : Blog Aidura


Tunggu apa lagi, jomla simpan stok kurma,
kismis dan madu di rumah :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm