Assalamualaikum,
Kawan2 yang pernah baca entri ni :
mesti tahu Yana mencari pam susu apa yang bakal
di gunakan selepas melahirkan 'dak kecik' nanti.
Dalam dilema masa tu nak pilih Medela @ Avent.
Dua2 nya ada review yang bagus - pro & cons,
terima kasih pada yang bagi review dan juga
hasil pembacaan Yana di blog2 lain. Ada orang
pakai pam mahal tapi rezeki susu nya kurang dari
yang pakai pam murah. Semua nya bergantung
pada rezeki anak tu sendiri dan kuasa Allah swt.
So, Yana dah memutus kan pilih Medela Harmony.
Yana pilih Medela Harmony Sealed,
beli dari blogger KINA (Mama Shahadah Cinta)
Sebelum ni pernah tanya Kina MHS ni, masa tu
Kina ada beritahu yang coming few months
dia akan buat pakej pam sekali bag + pek ais + botol.
So Yana decide untuk tunggu jelah sebab 'dak kecik' pun insyaallah lahir bulan 9 @ 10 kan.
Dan alhamdulillah, dah selesai deal dengan Kina dan
Yana rasa berbaloi sangat beli sebab harga nya
murah SEPARUH dari kebanyakan harga online
shop lain.
Berikut adalah pakej yang ditawarkan oleh Kina
(barang adalah pre order ye) :-
Harga seperti yang tertera dalam gambar ye,
TERMASUK KOS POS !
(selagi Kina tak umum nak ubah)
Cuma, Pakej C disebabkan masalah kos pos
yang tinggi Kina hanya buat COD.
Tempat nya di mana, kena tanya Kina sendiri.
Kina tinggal di Kuantan, Pahang
ye untuk yang belum tahu.
Kena baca betul2 ye apa yang tertera dalam pakej
tu sebab Pakej A & B berbeza dari segi
JENIS BAG yang ditawarkan.
Kina akan bagi link untuk jenis2 bag yang ada,
memang rambang mata sampai Yana sendiri tersalah
pilih sebab mula2 nak Pakej A, dah pilih2 bag nya
Kina cakap Yana dalam Pakej B.
Kalau Pakej A,
jenis bag nya Fun Foldaway berharga RM 19.90
tapi Pakej B & C, jenis bag nya Posh berharga RM 55.90.
Alhamdulillah, selesai 1 lagi barang untuk
'dak kecik' dan ibu nya..
Harap2 rezeki 'dak kecik' akan mencukupi
sehingga umur nya 2 tahun
Insyaallah, ..
Kalau takde, terpaksa bagi FM pun FM lah,
janji 'dak kecik'
membesar dengan sihat wal afiat.
Yana tak pernah pandang rendah pun pada ibu2 yang
beri anak nya FM, sebab masing2 ada sebab tersendiri..
Hatta Yana pun anak susuan FM.
Kita sebagai ibu memang nak yang terbaik untuk
anak2 kalau boleh nak ikut perintah Allah swt dan
dapat pahala mudah. Tapi kalau dah tertulis takde
rezeki anak tu dengan susu ibu nya, kita ikhtiar cara
lain pulak ye.. Jangan paksa diri & biar anak
menangis kelaparan dek kerana ego nak jugak BF :)
Okay, pada yang berminat nak membeli dengan Kina
boleh pergi kedai online Kina
deal sendiri dengan Kina ye :)
3 comments:
wow bestnya pakai medela
moga mencurah2 la susu utk baby nnt yer.. ;)
moga2 rezki tuk anak tu melimpah ruah..amiinn...yang penting usaha dan tawakal pada Allah..:)gud luck yana..
Post a Comment