Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 18, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Set Bersalin & Virgin Coconut Oil

Assalamualaikum,




Card reader ada masalah, rasa bengang macam nak buang dalam laut nasib baik takde laut kat sini.. Alih2 buang dia dalam laci je ! Geram sebab langsung tak connect dengan komputer. Dah lah haritu rosakkan memori kad telepon saya, terus gambar2 semua blank hilang .. Jadi gambar2 dalam entri ni adalah gambar dari mr Google ye. 



1) SET BERSALIN 

Yana sebelum ni ada lah dilema blur2 nak pilih set bersalin apa, tengok ramai buh review kata Tanamera baguslah, best lah, Nona Roguy lah, Sendayu Tinggi lah, bla bla bla.. Tapi dalam pada review tu, terkenan jugakla dengan salah satu produk di atas. Tapi memikirkan harga nya, range dalam 3-4ratus satu set, rasa terkedu jugak sebab yelah nanti bersalin dengan bil hospital, makanan2 dalam pantang, upah orang mengurut, barang2 yang tetiba diperlukan untuk di beli rasa macam eh baiklah jimat je kat set pantang ni. Dalam pada mencari, Yana tanya mak dulu dia pakai set bersalin yang mana. Kata nya Set Bersalin Afiat je. Yana tengok mak pun sihat je alhamdulillah, Yana pun mula lah review pasal set ni. Harga nya pun takdelah mahal dalam RM 89.90. Berpatutan lah dengan produk nya. Yelah produk orang kampung je, dah lama di pasaran + barang2 nya pun takdelah gah macam brand2 lain di atas tapi boleh lah ramai kot yang pakai zaman mak2 kita kan. Apa salah nya mengikut tradisi. hehee.. 
Tapi Yana ada jugak terjumpa pasal set bersalin HPA. harga pun lebih kurang Afiat tapi dah nama nak jugak mengikut tradisi Yana order Set Bersalin Afiat dengan YAKINJAYA ENTERPRISE ni.. (KLIK)


Owner nya bernama KI, Yana sebelum ni banyak kali jugak order barang dengan dia.. Sebab barang2 dia MURAAAAAHHH dari pasaran dan barang kedai online lain. Macam set Afiat ni, Yana dapat harga RM 80 je tau ! harga kedai RM 89.90 tu lah. Pastu beli barang RM 100 ke atas dia akan bagi diskaun lagio, bila dah total kan harga barang tu contoh nya : beli 2 set Afiat RM 80 + kos pos RM 6 : RM 166 dia akan minta bayaran RM 165 je. Kos pos dia pun murah tau.. Yana punya kos pos 3 barang : RM 4 je. POSLAJU pulak tu.. bukan pos lain2. Dan alhamdulillah, kelmarin settle bayaran hariniYana dah dapat Set bersalin ni. Dah bukak pembalut nya pun, ambik2 bau... heeee, wangi je rasa nya. Sebab kami anak beranak memang membesar dengan barang2 Afiat ni. Minyak sapu Afiat yang warna hijau tu selalu ada je stok kat rumah mak. Kalau lenguh2 ke, sengal2 badan ke, sapu je minyak ni. Bauan dia tu sebenar nya yang menenangkan langsung menghilangkan lenguh2 tadi. Cewah, boleh jadi duta Afiat dah ! 
Dalam set bersalin ni ada 10 barang iaitu :-





Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malamUntukmembantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskanbadan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan talipusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalindiminum 2 kali sehariuntukmerangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untukmenambahkan tenagamelancarkan perjalanan darah dan mengecutkantisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badandan khasiatnya sama seperti mandi lulur.

Okeh, nanti dah tiba masa guna nya, Yana bagi review k.


2) VIRGIN COCONUT OIL



Vco ni ramai yang tahu kegunaan nya kan.. Dah famous pun. Yana saja beli sebab kata nya boleh mencantikkan kulit, dan bagus untuk ibu hamil. Yana beli 2 botol, satu untuk Yana satu untuk En.Suami sebab dia ada masalah jerawat yang tak henti. Kot dengan izin Allah swt boleh kurang @ hilang jerawat2 dia tu, Yana jugak seronok sebab kesian dengan dia tak habis2 stress dengan masalah tu. Banyak kali tukar produk pembersih muka, semua nya keluarkan hasil yang sama. Jerawat masih ada. Harap2 guna VCO ni dapat membantu dia sedikit sebanyak. Pun Yana beli dengan Yakin Jaya Enterprise (KLIK) harga RM 36 untuk 1 botol. Harga pasaran RM 39.90 tak silap. Alhamdulillah, jimat banyak juga beli dengan YJE ni. Ada yang dapat result kulit cantik lepas 2 minggu makan VCO ni, Yana pun akan update juga nanti ye. Saja nak share testimoni dengan korang. hehe


YJE jugak ada bagi Yana 3 botol Caviar Essence PERCUMA kata nya suruh Yana cuba pakai.. macam serum muka. Gambar nya takde sebab masalah card reader tu lah. Kot nanti Yana pakai okay, Yana share kan testimoni dengan gambar essence tu sekali okay.





7 comments:

Fifi Nadhrah said...

fifi dulu bersalin cume makan jamu kampung je.. satu tin RM25 kot.. tahan dekat setangah tahun.. minyak pulak..minyak angin pembarut.. besar botol kicap RM8.. tu je.. hihi..

memule dulu egt nak beli yang setset kat atas yana cakap tu.. tgk harge macam membazir pulak.. last2 pakai yang kg punye.. rm28 je..

e.t.t.y said...

yana, rasanyakan kalau beli set bersailn tu, mcm tak habis je. so better beli supplement je. macam shaklee ada set berpantang. bukan apa, kita dulu beli yg jamu homemade, pun tak habis sebab baby jaundice. shaklee ni even baby jaundice pun kita boleh makan, plus supplement utk menyusu gak.

cuba yana cari alternatif lain untuk param pilis sume tu.

bukan apa, mcm membazir beratus ratus, tp end up tak makan.

kita cakap based pada pengalaman berpantang umar raihan dulu...

vco pulak, mmg best. boleh letak kt kulit anak. kalau boleh jangan letak losyen yg johnson, pureen tu. jangan sesekali!! nk letak pun, sila lah beli sebamed atau organik punya...kulit baby fragile sgt tau. masa tu lah kena ruam susu bagai. baby oil jonshon pun tak elok. better letak je vco ni. umar pun pakai vco je. kalau ruam naik, memang bau minyak kelapa je lah...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Fifi : lagi pandai jimat! hehee

Etty : terima kasih kak Etty bg pandangan. Tapi set Afiat ni Yana dah beli. Dan ada jugak baca review pasal baby jaundice so tak boleh makan jamu etc. Yana ada juga teringat pasal Shaklee tu, insyaallah nanti nak beli jugak. okay, akan guna VCO sebagai losen incase baby kena ruam :)

Nurul Aziz said...

Dulu beli set bersalin nona roguy rm300++ camtu, tapi membazir. sebab tak guna pun. just makan phytonatal (untuk elak sembelit), pastu minyak herbanika dengan krim apa ntah.. untuk letak kat perut sebelum pakai bengkung. yang untuk mandi ke apa lulur ke semua tu.. adala kot 2 3 kali guna. pastu malas. sayang je duit bila fikir-fikir balik. tapi tulah excited nak membeli je lebih.


yang macam pilis ke param tak pernah pakai. guna minyak herbanika tu je.. tapi mcm teringin gak, nantila anak seterusnya huhu..

Fifi Nadhrah said...

hahaha.. yang penting serasi yana.. kalau serasi.. elok.. pakai la..

Unknown said...

Memang bagus kalau Yana rajin nak minum air rebusan semua tu :)
Bagi yg tak lalu mmg elok amik jenis pil, mudah & cepat.

Kejap je dah dekat nak bersalin kan.. Semoga semuanya berjalan lancar ye, saya pulak yg tak sabar ni..hehe

dalila said...

mcm nk try set afiat ni..nk terjah blog YJE tu..tq dear..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm