Sunday, April 24, 2016

CINCIN EMAS 916 TERPAKAI UNTUK DIJUAL

Assalamualaikum..



Yana nak jual cincin ni, sebab dah tak pakai..
Nak ambil barang lain pulak.
Jangan risau ini emas tulen, Yana tak jual emas tiruan ye




HARGA TERMASUK PENGHANTARAN
Siapa berminat boleh contact Yana
📱014 621 3262
📱014 621 3262

Atau kalau nak tengok cincin baru / barang kemas lain boleh add
Facebook Yana : Diyana Rosdi StokisPowergold
Instagram Yana : DiyanaRosdi_StokisPowergold

Emas terpakai pun Yana beli, nak TRADR IN pun boleh ye.. Whatsapp je 😊😊

Sunday, December 13, 2015

Celoteh Yana : Part 222 - Well Done Syahir !!

Assalamualaikum,,,




Merenung kembali saat kali pertama ajar Syahir free diapers, memang sangat mencabar rasa nya.
Masa tu dia pandai cakap nak kencing @ berak.. dan tak berjaya train dia. sebab ibu tak sabarrrr, and stress sebab tak habis dengan kerja mencuci mengemas mengemop & membasuh. Mana tak nya, masa dia terbocor tu lah anak asuh menangis, masa kita nak tunggu dia kecning dalam bilik air tu lah anak asuh nak susu.. memang tak terkejar rasa nya.


So bulan ni free sangat sebab anak asuh 2 orang anak cikgu so cuti sekolah memang tak datang, yang sorang lagi ikut mak nye outstation 2 minggu. memang perfect timing la orang kata.


Yana mula dengan bantuan POTTY TRAINING PANTS yang beli haritu .. Kan ada corak2, suka lah Syahir. First pakai corak crab kat belakang, and setiap 15-30 minit Yana bawak ke toilet. Tak jadi, dia terberak dalam seluar crab :(
Takpe, kita cuba dengan seluar gambar tractor pulak.. Tak berjaya jugak, sebab dia taknak kencing di tandas, maybe tak konfiden lagi jadi Terkencing pulak sebelah langsir, langsung kena mendobi langsir :( :( :(
Lepas tu pakai kan dia seluar pendek biasa je, dan tak lama tu dia menyusu & tidur.. Yana lapikkan dengan tikar getah baby2 tu. Alhamdulillah, dia tak kencing dalam tidurr !!! Happy sangat sebab biasa nya dia memang ada kencing dalam tidur. Dan alhamdulillah juga Syahir dah pandai kencing kat lantai tandass -.-



Malam tu Yana siap2kan tilam tempat tidur dia, lapikkan untuk mengelakkan kena dobi tilam pulak .
And ALHAMDULILLAH LAGI Syahir langsung tak kencing dalam tidur !!! SYUKUUURRRR SANGAT RASA NYA. Harap berterusan lah, ni dah malam ketiga. Malam kedua pun sama tak kencing dalam tidur...


Cuma nya Syahir tak nak kencing kat toilet luar macam kedai @ mall.. Dia tak konfiden @ tak selesa la kot. Takpe la nak janji kat rumah awak nak kencing tandas. Dalam masa 3hari ni Syahir baru pakai pampers 2 keping daripada 24 keping (sehari 8keping) . Jimat banyak kan ??
Ada 2 pack lagi tu belum bukak, Yana ingat nak dermakan pada yang kurang berkemampuan tapi baba nye kata biar dia betul2 pandai dulu dan konfirm tak pakai baru nak derma ke apa


Okeh, nanti pape Yana update lagi ok

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm