Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts
Showing posts with label Rumah Kami. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Celoteh Yana : Part 192 - Kembali Bersiaran

Assalamualaikum...


Hampir 3 bulan tak menulis.. banyak yang dah berlaku. Syahir dah 8 bulan, kami dah pindah masuk rumah dan bisnes tart nenas masih berjalan.


Rindu pada semua.. dah lama tak blogwalking. Semua sihat ke?


Alhamdulillah kehidupan di rumah sendiri lebih baik. Kami tiga beranak dapat menjalani hidup ikut cara kami.
Syahir bertambah lasak. Dah pandai memanjat tebing sofa. Belum lagi merangkak baru nak cuba2. Gigi dah tumbuh 8 batang. Selera makan dah macam2. Dah cuba ikan n ayam, daging je belum. Tak mau dah cerelac, baru sesuap dah muntah kalau nasi butir okay je. Orang dah de banyak gigi katakan...


Gambar terbaru Syahir



Gambar ruang tamu kami, sebelum dan selepas












Simple je.. tapi selesa la untuk kami anak beranak. Mana yang penting je dulu. Hiasan2 kecik tu kemudian tambah. Yang penting dapur berasap hehe..


Ok kawan... jumpa lagi !


# nak order tart nenas, bolela whatssap no Yana 014 621 3262 #







Friday, June 7, 2013

Celoteh Yana : Part 155 - Kisah Beli Rumah

Assalamualaikum,




Bape hari dah tak update.. Taktau apa nak 
di bebelkan, di samping sibuk dengan kerja kat ofis ni. 
Yelah makin lama makin banyak benda nak di siapkan 
sebelum cuti bersalin yang dah makin dekat 
(3bln ++ je lagi). 


Dan alhamdulillah, proses pembelian rumah ni sangat 
mudah (ye mudahla kalau dah standby duit nya + 
takde masalah menimpa). Rezeki anak ni. 
Kami dah tandatangan surat perjanjian loan awal 
minggu haritu, malam ni bayar insuran tahun pertama 
berjumlah 1.5K ++ dan insyaallah minggu depan kami 
akan jumpa peguam yang menguruskan S&P agreement 
rumah ni pulak. 


Semalam dapat quote harga dari ejen, 
kena standby dalam RM 2,3k ++ untuk bayaran peguam ni. 
Dan insyaallah seminggu lepas tu, akan jumpa peguam 
bank pulak untuk urusan loan. Bayaran di 
kenakan RM 3,2k ++ .. Uish semua duit tu. Sekarang 
memang tengah jimat cerrrrmmmaaaatt sangat2. 
Nak beli lebih2 sangat pun takut. Padahal bergelora ni 
hati nak beli itu ini. Takpe, lepas 2 bayaran ni tinggal 
lagi bayaran lebihan untuk deposit rumah tu, RM 5k. 
yang ni kami dah bersetuju dengan owner kami akan 
buat bayaran ni hanya lepas keluar duit KWSP. 
harap2 urusan dengan KWSP mudah juga 
macam urusan2 lain. Lepas setel semua bayaran2 ni, 
kami dah tak pening lagi kot. Tinggal nak bayar 
jumlah2 kecil je macam fees kebakaran, maintenance etc.


Loan mungkin start bayar dalam masa 2,3 bulan lagi. 
tak tahu lah. bergantung pada bila pihak bank akan 
bayar pada owner lah. Kiraan2 ni semua untuk loan 
berjumlah RM 78k ++ .

Monday, June 3, 2013

Celoteh Yana : Part 154 - IKEA Damansara :)

Assalamualaikum,




Semalam, Ahad petang lepas balik dari kenduri 
dekat Sentul (Rumah Tamu Datin Halijah) dalam jam 6 
Yana dan En.Suami keluar jalan2 ke IKEA. Semangat 
nak survey2 barang2 untuk rumah nanti. cewah, 
mentang2 loan dah lulus... hehe. Yelah, rumah sendiri kan, 
mesti lah nak berhias. Duduk rumah orang terhad hias 
bilik je. Macam2 kami tengok dari ruang tamu, dapur, 
sampai bilik tidur. Dan rasa nya seronok sebab IKEA 
memang kena dengan selera kami. Pilihan banyak, 
pastu ada contoh2 yang boleh dijadikan inspirasi untuk 
semua orang. . Macam2 pattern ada. Tinggal sediakan 
duit nya aje. Pastu harga  nye pun berpatutan lah untuk 
orang2 baru nak berumah macam kami. Ramai jugak 
orang kat sana semalam, yelah dah gaji kan :)


Alang2 dah jumpa cermin, moh kita bergambar !
buat kenangan ...





Wednesday, May 29, 2013

Celoteh Yana : Part 152 - Wonderful Feeling

Assalamualaikum,




Heeeee, thanks ya pada yang bagi info masing2 
pasal pam susu tu. Urm masih fikir lagi nak Medela
@ Avent. Masih stick dengan manual sebab bajet la ofkos. 
Cuma yang mana 1 belum finalise lagi. 
Ada yang cakap boleh sewa, kat mana ye nak sewa? 
Nak jugak review.. 


Dan alhamdulillah, loan rumah kami dah di luluskan.. 
Ada 2 bank yang luluskan, yang mana 1 bagi 85% 
1 lagi 90%. kalau boleh memang nak ambil 90% tu 
terus setuju tapi nak kena kaji sedalam nya dulu 
T & C nya kan. Takmau main seluk je. tanggungjawab 
long term ni. dapat loan max 40 tahun. 
Dan insyaallah nak bayar lebih sikit takpe asalkan 
dapat kurangkan faedah & tahun bayaran nya nanti. 
Rezeki 'dak kecik' ni.. Nampak di permudahkan 
je semua nya.. Harap2 terus mudah sampai dapat 
 milik rumah tu nanti. Minggu depan baru nak sign LOA.


Buat masa ni, lepak2 dulu kat ofis ni sambil 
rasa 'dak kecik' menendang ke boxing dalam ni...

Monday, January 14, 2013

Celoteh Yana : Part 94 - Minta TIPS please :)

Assalamualaikum,



Dear friends, Yana nak beli rumah.. 
Bawah 100k untuk permulaan. 


Nak minta tips dari kawan2 yang pernah beli. 
Apa2 tips yang berkenaan, asalkan tak lari topik 


Dan kalau dapat suggest mana2 rumha pun boleh jugak. 

Area Selayang, Kepong, Damansara, Wangsa Maju, Melati, Setapak, Lembah Klang. 




Terima kasih ye, really appreciate it :)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm