Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

Celoteh Yana : Part 215 - Syahir Jalan2 Port Dickson

Assalamualaikum,



Bila nak pergi bercuti kena fikir tempat apa yang sesuai bawa anak kecik, kena fikirkan keselesaaan dan keselamatan anak. Kalau anak umur 12tahun ke bawah ni memang tempa2 yang sesuai ialah taman permainan, padang yang luas atau pun kawasan yang sesuai.


Kadang2 bula hujung minggu je memang pening nak pergi mana,end up kita pergi taman jela Syahir. Bawak bola sebijik atau pun bawak je dia pergi sana mesti ada macam2 benda dia bole main & tengok. Destinasi kegemaran kitorang dan paling dekat tentu la Taman Layang2, Kepong.


Tapi haritu kitorang lajak jauh sikit, sementelah Syahir dah besar sikit ni saja bawak dia mandi swimming pool & laut pulak, so ke PD lah kita. Kitorang pergi dengan family belah suami. 3 bijik kereta, sewa satu apartment 3 bilik dekat COCOBAY CONDO, PD. 1 malam berharga RM 180 cek in jam 2 ptg cek out jam 12tghri. Tapi kami extend masa cek out ke jam 6 ptg kena tambah RM 60 total nya RM 240. Apartment nya ok la, menghadap swimming pool memang senang & seronok la kan. Bukak sliding door jalan kaki sikit dah bole terjun. Cuma apartment ni tak bole masak ye. Ada satu lagi apartment kami biasa duduk di PD ialah KEMANG INDAH APARTMENT. Yang ni boleh masak. Tapi saja kami cuba COCOBAY pulak nak merasa.


Syahir dapat masuk swimming pool tak nak dah pakai pelampung sebab kaki dia boleh jejak dasar kolam tu. Kedalaman nya cuma 0.45m, berapa kali tenggelam timbul tak serik. Ntah banyak mana dah minum air kolam tu.. selamba je main air lagi. Kami yang risau.


Petang sikit kami jalan tepi pantai, tak jauh pun dari kawasan apartment. Kena naik kereta dalam 5minit dah sampai. Tepi pantai tu kan ada dataran, kat situ ada orang meniaga mainan kanak2, baju seluar pelampung macam2 lah. Syahir lagi berminat dengan kereta mainan yang bole sewa tu, dengan kuda2 yang bawak pelancing round dataran tu. Naik kereta kuda satu round RM 25 kau. . tak mampu mak. huhu. naik kat Titiwangsa baru RM 1 sorang dik. Tapi yela kawasan tarikan pelancong memang mahal sikit kan. Tapi macam mahal sangat rasa nya. Kereta mainan tu standard la sewa nya RM 5/10minit. Syahir bergaya atas motor mainan je, ibu tak belanja pun ssebba Syahir tak pandai lagi nak tekan minyak dan kawal sendiri.







Yang sronok nya jalan2 kat PD ni sekarang kerap dah bole nampak kapal terbang lalu atas kepala sejak KLIA2 dah bukak.. Mungkin laluan nya kat situ. kalau MAS terbang tinggi sikit nampak kecik je, AIRASIA punya nampak besar. Memang happy Syahir dapat tengok setipa 3minit tunjuk kapal terbang lintas atas kepala dia 

Monday, March 16, 2015

Celoteh Yana : Part 213 - Bawak Syahir Jalan2 ICT

Assalamualaikum...



Syahir ni memang suka tengok lampu, bunga api.. So haritu kitorang decide bawak dia pergi tengok lampu dekat ICT, Shah Alam. Memang suka la dia dapat tengok banyak lampu, padahal masa tu jam dah pukul 11 lebih. Mata dia pun dah kuyu masa perjalanan. Sampai je ICT terus segar mata dia.


ICT sekarang dah besar, last kitorang pergi masa dia baru bukak. Tahun 2011 kot? Memang dah banyak yang berubah... Dulu mana ada parking area, kitorang parking dekat kawasan berpasir tu je. Dulu mana ada kedai makan banyak macam sekarang, ada macam2 restoran. Ada macam2 jenis permainan & tempat boleh jalan. Dah maju. Tambah lagi dah ada tempat mandi tu kan.


Dapat la bawak Syahir naik train budak tu, tapi Yana la kena teman dia naik sebab kecik lagi kan tak selamat kalau naik sorang. Sekali naik RM 5. Dekat 5 round. Bolehla kan yang tu je sesuai dia nak main, besar sikit lagi sok kita main banyak lagi.




Friday, November 28, 2014

Celoteh Yana : Part 209 - Ekspo Baby Midvalley 21-23.11.2014

Assalamualaikum...



Ekspo baby midvalley baru2 ni Yana pergi hari Jumaat, 21hb. Pergi n Syahir & adik perempuan. Kitorang sampai awal dalam 9.45 pg sebab keluar rumah jam 9 pg semata taknak berebut dengan orang lain. So sempat la capture & rasa moment beratur depan pintu besar hall :)


Alhamdulillah dapat grab Pampers Day Pant PetPet offer 4pack @ rm120. Memang murah rasa nya sebab biasa beli kat Manjaku pun biasa dapat rm35.90, Econsave rm34.90 ..  kalau Tesco rm38.90. Sekarang memang Syahir pakai pants je.. senang nak pakaikan sebab dia semakin aktif. Itupon bkejar jugak nak pakaikan.
Dan jugak belikan Syahir susu Enfalac A+ step 3 tu 600g rm42. Tak offer sgt pun saja je belikan Syahir sebab bercawan2 dia minum sample.. huhu



Lepastu ada la beli sikit2 baju budak brand Tollyjoy buat meniaga online.. 
Booth paling havic hari tu ialah Tommee Tippee sebab mmg sale habis. Murah2 semuanya.. sale smpi 80%.
Kitorang selesai shopping, lepak foodcourt isi perut dan terus balik. 




Saturday, September 6, 2014

Celoteh Yana : Part 201 - Syahir Demam, Mandi Swimming Pool & Ambil Darah

Assalamualaikum....


Syahir start demam minggu ke 3 raya.. hari Khamis. Demam hari pertama suhu bawah 38.4 d.c , masuk hari kedua dah naik sampai 39.5 d.c. bawak klinik kena masuk ubat suppository (melalui dubur tu) sebab tinggi sangat dan dapat ubat demam, antibiotik sebab anak tekak dah nampak bengkak.


Dia pun tak lalu makan, buatkan bubur baru nak jamah. Nasi macam selalu dia makan habis semua di luah balik.
Alhamdulillah baik demam hari Sabtu, Ahad jalan raya rumah NekNyah.
Pagi Isnin naik bintik2 kecik macam ruam start dari dada, melarat sampai kepala n perut. Bawa klinik doc kata bukan campak, ruam ni memang akan keluar lepas baik demam sebab masa demam suhu tinggi so balik bagi air kelapa dua tiga sudu. Alhamdulillah lusa dah takde bintik.




Minggu lepas, cuti sempena Merdeka..
Hari Sabtu & Ahad En.Suami kena kerja jadi kami berdua duduk rumah aje..
Hari Isnin baru berjalan. Bawak Syahir (yang selsema) mandi manda kat kolam budak KLCC. Seronok dia, elok je merangkak pergi tempat lebih dalam. Air dah takat dagu sampai terminum la dia tak heran.. redah jugak nak kejar kawan2 yang ramai mandi manda.
Mandi dalam sejam pastu naik, bilas kami jalan2 masuk KLCC.
Dah boring kami balik ...




Hari ni (Sabtu) Syahir demam semula start pagi Jumaat. Tapi tak panas sangat macam demam tiga minggu lepas. Tapi kami bawa ke hospital sebab demam berulang takut kena denggi, kawasan rumah kami ada 29 kes denggi. Risau ! Masa ambil darah, Syahir berani betul. Langsung tak nangis. Merengek sikit je masa nak cucuk jarum. Dah la mula tangan kanan tak dapat, pindah tangan kiri baru dapat. Sian anak ibu !



Alhamdulillah takde denggi..hanya jangkitan kuman tapi kena repeat datang lepas 2hari kalau masih demam. Doakan Syahir cepat sembuh ye. Sekarang memang musim demam kan, baik kanak2 atau orang dewasa.

Friday, June 6, 2014

Celoteh Yana : Part 194 - Syahir Naik Genting

Assalamualaikum..



Semalam baba Syahir cuti lagi.. Yana saja ajak bawak Syahir naik Genting. Jalan2 amik angin sejuk.


Kitorang direct naik atas, tak naik cable car. Yana sejak dah beranak ni seriau sikit nak naik benda2 gitu.


Sekarang cuaca dah tak menentu, Genting pon dah tak sesejuk dan sekabus dulu. Lepas hujan baru berkabus. Taman tema luar dah tarah habis, kosong sebab dorang kan nak upgrade taman tema high class macam USS tu. Macam2 ada, kos bajet nya 5 billion. Korang imagine jela apa yang bole jadi dengan duit sebanyak tu kan. Kan dah banyak saingan Genting ni, Legoland, I city dll. Peralatan dia pun dah nampak tua sangat. Elokla di upgrade. Lebih menarik dan selamat.
Mungkin harga tiket akan lebih mahal?? ^.^


Bawak adik2 sekali sempena
Cuti sekolah

Syahir bergambar depan
SnowWorld

Adik2 masuk SnowWorld
Kami tunggu luar 


Sebelum balik kami singgah makan KFC, bukak bekal nasi goreng ngan nugget ayam bawak dari rumah isi perut dulu. Dah kenyang sambung jalan area mesin game. Dalam jam 3.30 kami gerak turun, sampai rumah jam 5 petang. Alhamdulillah, percutian pendek tapi happy sebab tercapai gak impian nak bawak Syahir gi sana tengok2 lampu semua. Insyaallah Syahir besar sikit pergi lagi so dia bole main.



Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm