Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy Sickness. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy Sickness. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Celoteh Yana : Part 167 - Dia Dah Muncul !

Assalamualaikum,




Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan pertama 
mandong ni, makcik STRESSmak stretchmark tak 
menunjukkan diri dia di kawasan perut Yana yang 
dah semakin membesar ni, yang langsung tak di sapu
 losen atau apa2 krim cegah stretchmark yang berlambak 
di jual kat pasaran tu. 
(mintak2 dia takkan muncul langsung !!)


TAPI, kalau abdomen line yang biasa nya muncul 
dekat tengah2 perut, garisan melintang dari tengah 
perut sampai miss V tu memang ada. Dan Yana a
da tanya dekat mak, is it normal and she say yes.. 
Kebanyakan orang akan dapat line tu, yang mana akan 
hilang lepas kita melahirkan @ lepas pantang. 
Itu membuatkan Yana lega, sebab yelah taknak lah 
nanti nak wat tiger show depan En.Suami ada plak 
line tengah tu kan, walau takde stretchmark tu. hehee.. 

(ABDOMEN LINE ni lah, tapi ini bukan perut saya :))


BAGAIMANA PUN !! stretchmark huduh ni 
memuncul kan diri dia di kawasan payudara, pinggul & 
 yang mana sangat menyakitkan mata yang memandang ! 
Tak banyak tapi still boleh nampak...! Sigh, adakah 
dia akan menghilangkan diri juga selepas melahirkan 
@ kena jugak sapu losen2 yang di jual di pasaran ? 
I'm in dilemma.. Sebab memang malasssss sangat 
nak sapu2 losen segala. Dulu masa bujang bercinta 
rajin lah, nak kua dating je sapu losen penuh 1 badan. 
La ni, kalau berlosen pun tunggu mood mari. 
Haiz, dah la baru2 ni kena tegur dengan En.Suami 
yang buat muka terkejut sambil cakap ni 
"eh, apa kat 'pinggul' u tu ?" 
DAMN ! terus jawab dengan muka sedih 
"oh ini stretchmark, memang akan ada kalau mandong" 
sambil hati terasa down gila & maki makcik 
stretchmark dalam hati !


Errr, cuma dah google sana sini... 
Baaaaannnnnyyyyaaaakkkk produk anti stretchmark 
di jual di pasaran. macam2 brand. Dan ada yang 
kata sesuai pakai brand A, beli brand B takde kesan, 
brand C mahal tapi tak selesa bila sapu rasa melekit segala.. 
Urm jom tengok apa brand yang ada, dan share review korang.. Thanks ! :)



Bio Oil


Pureen Lotion




Cocoa Butter Formula


Tuesday, April 23, 2013

Celoteh Yana : Part 135 - Bila Petang.....

Assalamualaikum,



Bila petang je, masuk jam 3 camtu perut 
mula rasa sebu, berangin.. Macam tak makan lagi. 
Bukan lapar. Tapi macam kosong. Biasa nya Yana 
akan kunyah biskut je, yang biasa nya 
TAK MEMBANTU pun sebab jam 6 - 7petang 
nanti mesti tambah sebu perut ni akhir kata nya 
akan muntah juga. Muntah yang kebanyakan nya 
hanya angin, dan membuatkan kepala ni sakitttt sangat ! 
Maghrib tu, mandi mesti tampal koyok pastu. 
Memang takleh masuk pape makanan dah. 
Mesti akan muntah lagi. Jalan akhir nya, 
masuk tidur, kadang2 ignore je rasa sakit tu. 
Buat2 tengok tv and layan anak buah. 
Ada juga muntah2 kosong, hanya air liur yang pahit2 tu.. 
Errrrr memang kembang tekak di buat nya. 

Maaf ah pada yang tengah minum petang, 
saya hanya menceritakan kisah diri ini. 
Harap2 segala sickness ni akan berakhir cepat 
dan 'dak kecik' membesar dengan sihat.



Sekian 

Monday, March 18, 2013

Celoteh Yana : Part 121 - Up Sikit Sikit

Assalamualaikum,



Harini nak update sikit2 je sebab tak larat lah..

Pagi ini : makan nasi lemak lauk sambal sotong + telur goreng (nafsu kah??)


Tengahari : makan nasi goreng kampung 
(dah dekat sebulan makan menu ni, TANPA JEMU setiap hari, sampai kan hari ahad pun minta En.Suami pergi kedai mamak ni dan beli dari dia saja. Taknak kedai lain)


Semalam : Bangun pagi subuh, tidur semula, 
bangun jam 8.30 pagi pergi kedai beli nasi lemak (lagi) makan2, tidur semula sampai jam 4 petang. (Sampai En.Suami tanya "u tak rasa pening ke, sakit kepala ke tidur lama2?")


Sekarang : Tekak dan perut tak berapa nak selesa, macam ada ura2 nak muntahkan nasi goreng kampung tadi, kepala tingtong rasa macam nak fly, dan mood entah kemana. 


Konklusi nya ::: sekarang ni asal batuk je nak keluar isi perut. 
Rasa macam nak pinjam poket Doraemon dan pergi ke masa depan di mana dah rasa okay, no more muntah2 and paling penting boleh shopping barang baby ! Tak sabar :)


Doraemon : okeh2, sekejap ye..saya keluarkan mesin masa !

Thursday, March 7, 2013

Celoteh Yana : Part 116 - 'Sickness'

Assalamualaikum,


Bila bercakap tentang mengandung dan sickness nya, ada yang dapat waktu pagi, petang or malam. Ada yang tak tentu. Anytime kena. Macam muntah2, pening, kembung perut..

Yana sebelum mandong ni, ada mintak pada Allah swt kalau diberi peluang mandong, NAAAAAKKK muntah2. Sekarang hamik ko ! Sepanjang masa muntah je, makan je muntah tak makan pun muntah.

Kadang2 rasa tak larat, bila perut kosong kepala mula lah pening. Pernah sekali tengah berdiri dalam bilik rasa macam terawang awang. Rasa terbuai2 ..eh berdiri ke tak aku ni. Terus duduk sebab taknak lah tetiba pitam terhantuk ke terhentak ke..lain plak jadi nya nanti kan.

Nasi jangan cakaplah, memang dia taknak langsung ! kalau makan nasi alamat nya 2-3 hari lah perut ni meragam. Makan apa pun tak kena, duduk ke baring ke semua jadi salah. Orang kata kalau ada tanda2 ni, baby sihat dan hormon kita tengah menyesuaikan diri.

Harap2 sickness and the geng ni hilangla bila habis trimestes 1 ni.. kerja rumah sussaaaaaaahhhh nak buat and siapkan. nasib la En.Suami memahami. Dan nasiblah Yana tak moody dengan dia, kan ada setengah orang dengan suami pun asyik tak kena, ada je salah dia nak marah2. Kalau kena kat kitorang camtu, alamat nya ada yang merajuk tido luar.. hehe. eh, taknak cakap besar nanti Allah swt dengar, terus dia bagi. Taknak.. tak suke tido sorang. Bantal polok free sapa taknak kan.

Okay lah, cukupla bebel. Nak balik dah ni... Tata

Monday, March 4, 2013

Celoteh Yana : Part 113 - Makan Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,


Hai sejak2 akhir ni asyik lah buh gambar makanan.. nak wat camne, idea nak tulis takdak. Makan pun tak selera mana pun. Semalam En.Suami belanja Tutti Frutti, Rm 12 jugak kena. Alih2, masuk ke lubang tandas jugak. Apa boleh buat, tak kena selera nya. 

Harini teringin makan benda alah ni, walau pun tau ada bahan2 dalam nya tak boleh makan. Tapi kita kuis2 lah mana boleh makan, mana tak boleh makan kan. Pandai2 nak adjust orang kata. 





Ni hah benda nya, ROJAK BUAH. Tapi tak letak kacang2 tu. Tak suka. Dah dapat sepinggan tadi. Rasa nya? Cukup lah membuatkan saya menghabiskan apa2 yang patut. Bahan2 dalam nya, nenas, jambu batu, timun, belimbing, betik muda, mangga dan sengkuang. Yang tak dimakan cuma nenas dan betik muda tu. Yang lain habis ! OOhhh puas hati sekarang. 

Malam ni ada appointment dekat klinik untuk cek keadaan tumbesaran 'dak kecik'. Entah apa lah khabar dia kan, ingat nak pergi semalam tup2 doktor takde. Memang jodoh kami bertemu harini je. Dalam hati ni risaaaauuu je. Nak tau keadaan dia. Dupdap dupdap jantung berdegup (jantung saya ler tuh).

Kawan2 doakan yang baik2 ye. Yelah, dengan ketidakselesaan perut dan ketiadaseleraan makan 1bulan lebih yang ditanggung, mesti lah nak feedback positif. 1st trimester ni memang MENCABAR ! Okeh, esok update lagi ye, tunggu keputusan malam ni. 

Tuesday, February 19, 2013

Celoteh Yana : Part 107 - Womb Service

Assalamualaikum,





Seorang ibu takkan pernah menolak permintaan anak nya 
walaupun yang sebenarnya berkorban ialah bapa nya :)

Buat masa ni, Yana takde craving pape lagi. 
Selera makan totally down ! Makan 2,3 sudu dah muak, 
terus pass bagi En.Suami, sampai dia marah 
sebab makan sikit, pastu lemah. Dia risau sangat. 
Even Yana dah cakap, this is normal situation 
pun dia masih risau..Yelah, 1st time kan. 
Terkazut lah member pahal bini aku yang 
kuat makan ni jadi camni, hahaha.. 

Esok dah masuk 8minggu. How time flies.. 
Diharapkan fasa 'melemahkan' ni, 
berakhir dengan smooth. Minggu depan 
nak scan lagi, tengok heartbeat dak kecik ni. 
Entah apa dia buat kat dalam tu.. 
Sangat2 berdoa dia sihat. No complication at all 


Mungkin boleh nampak dia melambai ?? :)


Wednesday, February 13, 2013

Celoteh Yana : Part 105 - Minggu Ini

Assalamualaikum,


Yana masih bercuti sampai Ahad ni. Isnin masuk kerja semula.. Pada yang dah masuk kerja, selamat bekerja.

Masuk minggu ni, Isnin hari tu perut dah start kembung.. Macam berangin je. Makan ke tak makan ke samaaaaa je rasa nya. Ada masa nya rasa nak muntah tapi tak keluar. Sendawa jangan cakap lah, kuat macam orang laki sampai En.Suami pun terkejut. Makanan masam2 tak boleh masuk langsung macam mayonis, sambal masam2 pedas, dll memang terus loya pastu. Masak lagi lah, memang TAK dah.

Hatta bau ayam goreng pun dah pening kepala.. Sekarang minyak cap kapak ialah best friend.
Pergi klinik dengan En.Suami kelmarin, masih nampak kantung dan dia membesar ikut kiraan LMP.
Doktor kata normal bila rasa kembung perut "thats a good sign kata nya"

Alhamdulillah, harap2 baby ni sihat2 je. Selalu imagine ada kembar kat dalam :) selagi tak nampak, boleh berharap kan ? >.<

Okaylah, sekian saja dari diri ini..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm