Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kerenah Anak. Show all posts
Showing posts with label Kerenah Anak. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Celoteh Yana : Part 206 - Kuasa Cottonbud ^.^

Assalamualaikum...


Semalam saja je lepas Yana mandi petang , keluarkan pek cottonbud nak korek telinga yg basah.. yela tak selesa bila rasa berair je dalam telinga tu. Datang lak Syahir nak gak suh korek telinga dia. Siap cakap nak pastu tunjuk cottonbud.
Padahal baru je korek telinga dia minggu lepas. Tak elok korek selalu sebenar nya kan ..


So kita tak korek dalam pun, just gesel2 and pusing kan cottonbud tu kat hujung2 lubang telinga dia supaya dia khayal. Hasilnya ........ sangat memuaskan ! Hahaha

Waktu ni syahir memang dah mengantuk.. dah mandi dah minum susu.  Alasan dia jela mintak korek telinga tu haha..
macam2 pe el dia ni ^.^



Saturday, September 6, 2014

Celoteh Yana : Part 201 - Syahir Demam, Mandi Swimming Pool & Ambil Darah

Assalamualaikum....


Syahir start demam minggu ke 3 raya.. hari Khamis. Demam hari pertama suhu bawah 38.4 d.c , masuk hari kedua dah naik sampai 39.5 d.c. bawak klinik kena masuk ubat suppository (melalui dubur tu) sebab tinggi sangat dan dapat ubat demam, antibiotik sebab anak tekak dah nampak bengkak.


Dia pun tak lalu makan, buatkan bubur baru nak jamah. Nasi macam selalu dia makan habis semua di luah balik.
Alhamdulillah baik demam hari Sabtu, Ahad jalan raya rumah NekNyah.
Pagi Isnin naik bintik2 kecik macam ruam start dari dada, melarat sampai kepala n perut. Bawa klinik doc kata bukan campak, ruam ni memang akan keluar lepas baik demam sebab masa demam suhu tinggi so balik bagi air kelapa dua tiga sudu. Alhamdulillah lusa dah takde bintik.




Minggu lepas, cuti sempena Merdeka..
Hari Sabtu & Ahad En.Suami kena kerja jadi kami berdua duduk rumah aje..
Hari Isnin baru berjalan. Bawak Syahir (yang selsema) mandi manda kat kolam budak KLCC. Seronok dia, elok je merangkak pergi tempat lebih dalam. Air dah takat dagu sampai terminum la dia tak heran.. redah jugak nak kejar kawan2 yang ramai mandi manda.
Mandi dalam sejam pastu naik, bilas kami jalan2 masuk KLCC.
Dah boring kami balik ...




Hari ni (Sabtu) Syahir demam semula start pagi Jumaat. Tapi tak panas sangat macam demam tiga minggu lepas. Tapi kami bawa ke hospital sebab demam berulang takut kena denggi, kawasan rumah kami ada 29 kes denggi. Risau ! Masa ambil darah, Syahir berani betul. Langsung tak nangis. Merengek sikit je masa nak cucuk jarum. Dah la mula tangan kanan tak dapat, pindah tangan kiri baru dapat. Sian anak ibu !



Alhamdulillah takde denggi..hanya jangkitan kuman tapi kena repeat datang lepas 2hari kalau masih demam. Doakan Syahir cepat sembuh ye. Sekarang memang musim demam kan, baik kanak2 atau orang dewasa.

Tuesday, July 15, 2014

Celoteh Yana : Part 198 - Macam2 Kerenah Syahir

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Kurang dua minggu dah raya..  macam mana persiapan semua? Mesti tengah sakan shopping lagi kan. Nak2 yang ada anak kecik.. selagi ada duit tak puas round kedai.


Bulan puasa kali ni kurang mencabar sebab Yana dah tak keja kan. Duduk rumah dengan Syahir yang baru lasak sikit ni masih lagi cukup tenaga. Tahun depan tatau la pulak kan. Haha.


Syahir dah start nak belajat jalan, tolak kerusi meja makan tawaf ruang tamu. Tak kurang jugak panjat sana sini.
Seronok tengok dia membesar depan mata. Alhamdulillah Allah swt bagi peluang jaga anak sendiri.


Antara aktiviti Syahir kat rumah :-


Tolong 'kemas' rak ibu..


Belek2 oven ibu..


Mensopankan diri main toys


Cubaan menjadi plumber ..


Ha.. tu la antara kerja dia kat rumah. 
Sambil explore sambil belajar. Asalkan tak bahaya ibu okay je..


SELAMAT BERPUASA & BERBUKA
KAWAN- KAWAN..



Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm