Thursday, September 26, 2013

Celoteh Yana : Part 170 - Alhamdulillah.. lahir sudah hero kami ;)

Assalamualaikum....









Inilah Hero kami... 'dak kecik' yang selama ni
diceritakan dan dinantikan.

alhamdulillah..
jantina : lelaki
D.o.b : 25.9.2013
P.o.b : hospital selayang
T.o.b : 9.38 malam
berat : 3.10 kg

SECARA CEASEREAN..!

Kisah kelahiran, kita cerita kemudian ye


Tuesday, September 24, 2013

Celoteh Yana : Part 169 - Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Assalamualaikum...





Harini ulangtahun perkahwinan Kami 
yang ke 2... Alhamdulillah masih bersama.
dan istimewa nya Yana berada di hospital
menunggu masa melahirkan zuriat pertama kami..
insyaallah di izinkan Allah swt lahirlah dia pada
hari bersejarah ni dan berkongsi tarikh..


Terima kasih pada kawan2 yang tak putus bagi
kata semangat.. jasa mu dikenang.



nota kaki : jam 11.30 malam tadi dah
keluar tanda, lendir campur darah tu.
Baru rasa mild cramp n sakit pinggang
nanti yana update lg... 

Monday, September 23, 2013

Celoteh Yana : Part 168 - Hari Yang Telah Tiba

Assalamualaikum...



susah nya nak blogwalking guna fon..
sangat rindu kan komputer ofis yang banyak
berjasa dalam urusan berblog. Boleh je blogwalking
Guna fon tapi tak sepantas dan sehebat komputer.
Tapi insyaallah jangan risau.. yana selalu jenguk blog
korang walau tak tinggal komen. 






Dan ini lah beg kami... beg yang akan di bawa bersama
hari ni. Ye. Hari yang telah tiba. Hari yang kami semua 
tunggu kan. Hari yang bakal mencipta sejarah baru dalam hidup
kami.. samada yana akan melahirkan harini..esok atau bila tiba 
masa nya yana akan update kemudian..


Pagi ni yana akan pergi klinik ibu and anak dulu untuk
final cek up dan dapatkan surat refer untuk ke hospital.
pastu baru ke hospital terus ke wad bersalin untuk
proses selanjutnya..


semoga doa mujarab kalian akan membantu
permudahkan urusan yana kali ni...


Insyaallah....


nota bergambar : kaki yang tembam buat diriku terkejut.. hihi

Wednesday, September 18, 2013

Celoteh Yana : Part 167 - Dilema.. Menyerah @ Tunggu

Assalamualaikum...




kawan2... 

esok genap 38minggu 'dak kecik' duk dalam perut ibu dia ni..
alhamdulillah sihat je. Pergerakan pun ok. 
Cuma nya.. due date yang hospital bagi 23.9 ni masa tu 
baby dah 38m 4h. Kalau ikut scan due date dalam 
4.10 nanti. Tapi sebab ada case bleeding haritu,
Doktor dah cakap awal2 jangan postdated dari 23.9 
tu... maksud nya kalau 22 tak sakit dan takde tanda, 
Kena menyerah diri. Dan di induce. Masalah nya
kalau induce tak bersalin jugak kena operate kan.
itu yang menjadi dilema sekarang.
kalau boleh taknak la operate kan... 
 Tapi kalau dah doktor kata itu yang terbaik,
Dia lagi pakar dalam hal ni kan... 
nampak gaya 'dak kecik' pun sronok je duduk
dalam perut tak de tanda pun macam beria nak 
keluar.. ya allah semoga semua nya dipermudahkan.


harap2 baby bagi hint nak keluar minggu ni jugak...
atau pun kena induce tu terbukak la jalan..

Saturday, September 14, 2013

Celoteh Yana : Part 166 - Akar Fatimah Saya ;)

Assalamualaikum.. (entri ditulis hari Sabtu)





Ni lah akar fatimah saya.. dapat dari kawan mak. 
Rupa nya boleh kongsi ... terima kasih pada 
kak Emme yang pelawa nak bagi pinjam
akar fatimah dia.. 


Akar ni dah selamat di rendam petang tadi..
dalam 30minit dah mengembang macam 
dalam gambar. Rasa nya dia akan kembang lagi 
kan sebab Yana pernah nampak ada 
yang lagi kembang dari ni.


Mak kata rendamkan dalam sebotol air mineral..
so nanti dah kembang camni mintak suami 
bacakan Al Fatihah 7x baru pindah masuk 
dalam botol dan minum sampai habis.
Bukan minum sekali gus tau.. sikit2 la macam
minum air biasa. 


Harap nya proses bersalin Yana nanti dipermudahkan.
Semudah kembang nya akar ni semoga mudahla
jalan bersalin buka nanti.. Insyaallah.


Minggu ni last Yana kerja.. Kalau 23.9 ni tak
bersalin jugak kena la serah diri. 


Friday, September 13, 2013

Celoteh Yana : Part 165 - Akar Fatimah & Air Selusuh

Assalamualaikum,





Akar Fatimah... hurm, dengar nya siapa yang dah dekat nak bersalin bila di rendam akar ni akan kembang sekembang nya. Yana takde beli lagi pun, taktau nak beli ke tak ek? Dia boleh pakai berulang kali kan. Mesti seronok kan kalau rendam2 tengok2 dah kembang maksud nya dah dekat nak bersalin at least boleh standy. Tapi jangan pulak percaya sangat sebab ini kan kuasa Allah swt. 


Air selusuh pulak dengar nya elok air bacaan ayat2 Quran oleh suami, yang mana lebih mujarab kesan nya.. Tapi ada je orang yang minta dari orang2 yang lebih berpengalaman macam ustaz @ ustazah ataupun bidan2. Terpulang pada masing2 kan..

Wednesday, September 11, 2013

Celoteh Yana : Part 164 - Perut Dah Turun..

Assalamualaikum,




hurm, sejak 2 menjak ni ramai yang tegur perut ni dah nampak turun nya. Dari mak, mertua, kawan hatta makcik kat kedai makan. Terharu mereka prihatin. Agak nya sebab tengok makyong ni jalan pun dah terhuyung hayang.. hehee..


Malam tadi tengah sedap tidur, tetiba En.Suami mintak selimut, Yana kalihkan badan je ke kanan, tetiba macam rasa cramp kat area ari2 tu. Cakap ngan En.Suami, perut orang sakit... Dia yang mamai2 terus separuh segar tanya macam2. Yana balas bukan sakit nak bersalin lagi cuma macam kejang je, dia tarik macam kejang kaki. memang sakit sampai En.Suami dengar Yana mengerang macam menangis.. Pastu bila dah rasa okay, sambung tidur balik. Alhamdulillah, lepas tu takde pape sampai sekarang. 


Kawan2 saing Yana semua dah selamat bersalin.. Ada yang bersalin 36w 5d, ada yang 37w.. Semua awal2 belaka.. 'dak kecik' ni je belum tau bila. nebes sangat dah ni.. huhuu. Dan insyaallah minggu ni terakhir kerja lepas tu cuti rehat dah. Memang tak larat dah sebenar nya nak kerja lagi2 bila time drive nak pergi atau balik kerja, 'dak kecik' suka sangat mengeras. Nak kata eksaited naik kereta ke, takut ke.. En.Suami kata sebab dia gayat.. huhuu. Tapi memang kadang2 tu boleh buat Yana berhenti tepi jalan nak pujuk dia jangan keras2. 


Mengakhiri entri, sekeping gambar perut 
makyong yang menunggu hari.....







Monday, September 9, 2013

Celoteh Yana : Part 163 - Yeah Dah Dapat !!

Assalamualaikum...



Pada yang mengetahui.. sesi membodek untuk fon baru telah berjaya !
Ni adalah post pertama dari fon tu yang jugak membuatkan jari
jemari ku kebasss.. praktisss make perfect kan ;)


So.ni lah baby baru ..


Takdela mahal mcm uols punya.. 
bolehla kan dari takde

Thursday, September 5, 2013

Celoteh Yana : Part 162 - Kencing Tak Kotor Lagi .. Yeay !

Assalamualaikum,




Alhamdulillah, harini menginjak usia 36 minggu 'dak kecik' dalam perut ibu dia.. Insyaallah sampai masa nanti keluarlah dia. Harini seperti di ceritakan ada cek up (dah mula seminggu sekali cek KK), dan minggu lepas pasal kencing kotor tu ramai yang cakap minum air banyak2 and bagi tips macam2. Terima kasih ! Dan alhamdulillah jugak, harini cek urine lagi dah takde kencing kotor... selamat dari kena bebel dengan doktor & kena makan ubat lagi. Tak sedap pun air ubat untuk lawas kan kencing tu, masam2 payau macam air kelapa. Seronok dah tak payah minum... heeeee.


Okay tu je nak cerita, nak upload gambar kemain susah sebab kena guna card reader yang dah tak berapa betul tu. Harap2 dapat hadiah henpon canggih dari En.Suami sempena kelahiran anak kami nanti. Senang sikit nak up cerita bergambar kan :) *hint*hint*

Wednesday, September 4, 2013

Celoteh Yana : Part 161 - Celup Tangan Dalam Air Panas Buktikan Tak Curang !

Assalamualaikum,




Tajuk taknak kalah kan.. Ni lah yang terjadi pada seorang menantu perempuan di Sibu, Sarawak yang nak buktikan pada ibu mertua nya yang dia tak berlaku curang. Tak pasal2 cacat dah tangan dia..
Meh baca cerita lanjut......

Sibu, 4 September : Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Akibatnya, wanita berusia 21 tahun itu melecur teruk di tangan kanan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku di rumahnya di Lanang, di sini,  jam 7 malam Jumaat lalu.

Wanita itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dan geram dengan tuduhan ibu mentuanya biarpun dia sudah berulang kali menafikan tuduhan itu. 

“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.


MANGSA menunjukkan kecederaan dialami di tangan kanannya

“Sebaliknya, ibu mentua menyuruh saya mencelupkan tangan dalam air mendidih untuk membuktikan saya tidak bersalah,” katanya sambil mendakwa ibunya menuduh dia curang selepas terpengaruh  fitnah disebarkan pihak lain.




Kesian dia kan... 

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm