Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Celoteh Yana : Part 168 - Hari Yang Telah Tiba

Assalamualaikum...



susah nya nak blogwalking guna fon..
sangat rindu kan komputer ofis yang banyak
berjasa dalam urusan berblog. Boleh je blogwalking
Guna fon tapi tak sepantas dan sehebat komputer.
Tapi insyaallah jangan risau.. yana selalu jenguk blog
korang walau tak tinggal komen. 






Dan ini lah beg kami... beg yang akan di bawa bersama
hari ni. Ye. Hari yang telah tiba. Hari yang kami semua 
tunggu kan. Hari yang bakal mencipta sejarah baru dalam hidup
kami.. samada yana akan melahirkan harini..esok atau bila tiba 
masa nya yana akan update kemudian..


Pagi ni yana akan pergi klinik ibu and anak dulu untuk
final cek up dan dapatkan surat refer untuk ke hospital.
pastu baru ke hospital terus ke wad bersalin untuk
proses selanjutnya..


semoga doa mujarab kalian akan membantu
permudahkan urusan yana kali ni...


Insyaallah....


nota bergambar : kaki yang tembam buat diriku terkejut.. hihi

Monday, March 4, 2013

Celoteh Yana : Part 113 - Makan Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,


Hai sejak2 akhir ni asyik lah buh gambar makanan.. nak wat camne, idea nak tulis takdak. Makan pun tak selera mana pun. Semalam En.Suami belanja Tutti Frutti, Rm 12 jugak kena. Alih2, masuk ke lubang tandas jugak. Apa boleh buat, tak kena selera nya. 

Harini teringin makan benda alah ni, walau pun tau ada bahan2 dalam nya tak boleh makan. Tapi kita kuis2 lah mana boleh makan, mana tak boleh makan kan. Pandai2 nak adjust orang kata. 





Ni hah benda nya, ROJAK BUAH. Tapi tak letak kacang2 tu. Tak suka. Dah dapat sepinggan tadi. Rasa nya? Cukup lah membuatkan saya menghabiskan apa2 yang patut. Bahan2 dalam nya, nenas, jambu batu, timun, belimbing, betik muda, mangga dan sengkuang. Yang tak dimakan cuma nenas dan betik muda tu. Yang lain habis ! OOhhh puas hati sekarang. 

Malam ni ada appointment dekat klinik untuk cek keadaan tumbesaran 'dak kecik'. Entah apa lah khabar dia kan, ingat nak pergi semalam tup2 doktor takde. Memang jodoh kami bertemu harini je. Dalam hati ni risaaaauuu je. Nak tau keadaan dia. Dupdap dupdap jantung berdegup (jantung saya ler tuh).

Kawan2 doakan yang baik2 ye. Yelah, dengan ketidakselesaan perut dan ketiadaseleraan makan 1bulan lebih yang ditanggung, mesti lah nak feedback positif. 1st trimester ni memang MENCABAR ! Okeh, esok update lagi ye, tunggu keputusan malam ni. 

Thursday, January 31, 2013

LESS WORD : Allah swt Maha Mendengar





Alhamdulillah, 

Allah swt Maha Mendengar, Maha Pengasih & Maha Penyayang..

Memberikan Yana & En.Suami 'rezeki' ini untuk KETIGA kali nya.

Sudah 5 minggu umur nya.. 

Insyaallah sebelum raya cina, kami akan 
buat ultrasound. Dan Yana akan ceritakan lebih lanjut tentang perjalanan TTC kali ini.. 

Terima kasih semua pada yang mendoakan.

Semoga anak ini anak yang sihat, dan akan
membesar dengan baik dalam perut saya..
sehinggalah selamat dilahirkan.

Friday, August 17, 2012

Celoteh Yana : Part 53 - Salam Takziah

Assalamualaikum, 


Di kala umat Islam sedang membuat 
persiapan akhir untuk menyambut 
bulan Syawal sehari lagi, ada insan yang berduka, 
kehilangan cahaya mata yang di kasihi..




Anak RINI AF telah meninggal dunia 
tengah hari tadi, di hospital Kajang.




Baca berita lanjut kat sini : Anak RINI AF meninggal dunia


Sama2 kita sedekahkan ALFATIHAH 

Saturday, July 14, 2012

Celoteh Yana : Part 29 - Doa Untuk Anak Cerdik & Pandai

Assalamualaikum,



Pada ibu/mama/ummi/mummy & 
ayah/abah/papa/daddy/abi diluar sana, 
bacakan doa dibawah lebih afdhal 
selepas solat atau pada bila2 masa untuk anak2 anda..











Semoga anak2 kita nanti akan menjadi anak yang soleh, dan solehah. Mampu menjadi insan berguna ..


Amin ...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm