Assalamualaikum.... semua,
Lama nya tak jenguk blog.. Sejak Ngasuh ni memang banyak masa habis dekat budak2 je, ada masa free belek FB & whatsapp. Blog dah tak singgah. Macam2 cerita kawan2, ada yang dah mengandung, dah bersalin & ada jugak yang dah semakin berjaya dalam hidup. Alhamdulillah.
Kami? Masih macam ni juga, Syahir masih anak bujang ibu dia. Belum ada adik, belum ada tanda pun. hehe. Actually Yana masih tunggu period datang sebab lepas ambik suntikan perancang start Syahir umur 2 bulan, suntikan kali ke3 tu dah tak period (bulan 7) sampai sekarang. Yana dah stop perancang tu bulan 12 haritu yang terakhir. Ada jugak try makan Maajun dua bulan lepas, tapi tak jugaaaakkk period. Kawan suggest pergi klinik ambik ubat turun haid tapi tak pergi lagi sebab kekangan masa. Insha Allah nak pergi jugak dalam masa terdekat sebab rasa macam tak lengkap la tak de period. Sebagai perempuan seronok tau bila datang bulan sebab menandakan kita subur. Korang ada tips lain tak?? Atau pun apa2 produk korang pernah try yang lancarkan period
Dan teringin jugak nak mengandung lagi,, Seronok tengok kawan2 sebaya dah tambah ahli keluarga.
Terbaru ni Syahir demam, batuk & selsema tiga serangkai.. Bawak jugak pergi hospital malam kelmarin dapat ubat 3-4 botol jenuh nakbagi dia makan sebab dia dah pandai menolak sekarang. Tapi kesian kat dia bila makan ke minum susu ke mesti muntah sebab perut & badan tak sedap. Tu bawak jugak pergi hospital sebab ubat klinik sebelum tu tak jalan. Sekarang dah nampak okay sikit.. Dah tak demam. CUma masih ada batuk & selesema. Harap cepat lah sembuh tu.. Dia makin kurus sekarang taknak makan sangat, makan pilih2, ayam suka.. ikan kurang. Daging Yana jarang masak untuk dia sebab dia nanti poo dia keras. Tapi memang banyak bagi dia makan smoothie buah (buat sendiri) & buah segar. Tolong dia lawas sikit kan di samping dapat khasiat buah2 tu.
Showing posts with label Period. Show all posts
Showing posts with label Period. Show all posts
Monday, June 22, 2015
Monday, December 17, 2012
Celoteh Yana : Part 80 - PMS, PMS
Assalamualaikum,,
Semalam Cik P datang melawat lagi..
Alhamdulillah, cycle kembali seperti biasa.
Walaupon tak teratur, bulan lepas 40hari,
bulan ni 38 je..Takpe, janji dia datang.
Dan harapan tetap ada untuk 2013.
Bila ada Cik P, bestfriend dia pun metsi ada,
siapa lagi kalau bukan cik PMS tu.
Nakal sangat harini dari pagi tadi buat Yana
rasa macam nak guling2 atas karpet, tonggeng2
dalam bilik air dan lari laju2 kat padang.
Sebab sakit sangat ! GGGrrrrrr, nak je makan
pil pink tu sekarang. Yelah, Yana dah lama
kot tak rasa PMS... Disebabkan 2x pregnant tu,
and ketidakstabilan hormon dalam badan takde
lah PMS kan. Bulan lepas tak plak rasa camni.
Takpelah, fikir positif ...
Err, korang ada tips tak nak kurangkan PMS?
Buat masa ni, Yana sapu minyak angin je..
Mula2 okaylah, bila dah habis je kuasa minyak tu,
mula lah sakit balik..
Mood harini : NAK MARAH ORANG =(
(sorry,gambar sensored, google punya =) )
phew, nasib baik dah booking siap2 makcik urut malam ni !
Thursday, October 4, 2012
Celoteh Yana : Part 64 - Tanya Sama Doktor
Assalamualaikum,
Kalau ikutkan, Yana dah dekat 3 bulan
tak period. Sangat risau HORMON punya
pasal lah apa lagi.
Last sekali datang masa bulan June hari tu,
tu pun sebab makan Biodex.
Bila dah stop Biodex, tak period dah.
Haiss.. Tapi sejak Yana makan
Alhamdulillah, period dah datang :)
Setelah lama ku menunggu.
Masa hari pertama Yana minum pati delima,
rasa nya masam ! Dah lama2 okay lah jugak,
masih masam lagi..hehee.
MENARIK NYA,
hari ke 4-5 minum pati tu, Yana rasa SENGAL2
KAT BAHAGIAN ARI2 sebelah kiri.
Orang kata nak OVULATE.. Atau telur nak keluar.
Maksud nya kalau tak di senyawakan,
akan keluarlah sebagai period.
Kalau disenyawakan, jadilah baby...
Tapi Yana wat tak tahu jelah kan,
dua hari jugakla rasa sengal2 sikit.
Mungkin juga Pati Delima ni bantu
betulkan balik apa yang tak betul dalam
rahim Yana ni. Dan hari ke 8 dah mula
keluar brown spot..Sampai hari ke 10
iaitu 30.9 darah merah keluar..
Seronok sangat rasa nya sebab takdelah rasa
stress je tak period2 kan. Dan bila dah
period mula lah nak merancang, untuk baby..
dan Yana dalam dilema,
pasal pernah 2x gugur, pastu ini 1st period
lepas 3bulan tak period. So Yana email
DR SUHAIMI tanya dia pasal ni
saya dah keguguran 2x tahun ni, terakhir awal bulan 5.
Selepas tu period bulan 6, lepas tu sampai hujung bulan 9 tak period.
30.9 baru datang balik, itu pun sebab minum PATI DELIMA.
Sekarang, perlu ke saya tunggu 3X PERIOD atau tak perlu kalau nak hamil semula? Atau boleh terus mencuba lepas darah kering? Mohon bantuan doktor jawab kan.
Alhamdulillah, doktor tak sibuk, dia balas email Yana
Tidak perlu tunggu. Bolih saje pregnant kalau dah bersedia. Pregnant saje terus jumpa pakar untuk bantuan untuk mengurangkan risisko miscarriage .
Jadi apa pendapat kawan2 ?
Boleh kah Yana mencuba SEJURUS
habis period??? heheee (soalan gatal ni)
Tuesday, June 19, 2012
Celoteh Yana : Part 13 - Double Happiness !!
Assalamualaikum,
tadi Yana happy sebab dapat earnings dari Nuffnang tu,
sekarang happy lagi, sebab CIK P sudah mai !!
Alhamdulillah, hormon Yana dah back to normal :)
Syukur sangat2 !
Dan Yana tak rasa senggugut macam selalu la..
Adakah kesan dari pengambilan
BIODEX TIGHT LA'HONEY??
kalau ye, alhamdulillah, lagi sekali.
p/s: Tak sabar tunggu period ke-3 ..
hehe, period 1 pun belum habis, dah tunggu period ke 3.
Thursday, June 14, 2012
Celoteh Yana : Part 9 - Menunggu Cik P
Assalamualaikum,
Di kira kira di bilang bilang, hari ni dah
masuk hari ke 35 selepas keguguran dan ialah
hari ke 25 selepas habis darah "nifas"...
Cik Period belum muncul2 lagi, cuma harini,
saat entri ni di tulis, rasa sikit2 cramp macam selalu
(efek sebelum period), dan cirit birit..
Yana biasa ada 2 simptom ni, tup2 petang or
malam mesti "dia" datang :)
Harap2lah dia akan muncul secepat mungkin,
baru Yana rasa lega sikit .. Bukan risau sebab
dah ter"lanjur" dengan En.Suami,
tapi risau kalau dia tak datang lagi,
makna nya hormon masih belum elok..
Kalau dah datang, cantik lah tu kan :)
Selagi belum datang, macam ni lah Yana
punya ekspresi kalau kawan2 nak tau :-
bagai menunggu dipinang orang ..hehee
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)
1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)
2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)
"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)
NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)
DEC : 16.12.2012
3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm




