Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Biodex. Show all posts
Showing posts with label Biodex. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Celoteh Yana : Part 28 - Update Biodex (4)

Assalamualaikum,



Yana nak update tentang Biodex... 


Buat masa ni Yana masih teruskan dengan 
makan Liquid Manja Prune. 
Dah masuk kotak ke 2, 
kotak pertama habis 3/7/2012 haritu. 
15/7/2012 ni akan habis kotak ke 2 ni, 
kena topup lagi kot.. 
Sebab Rasa nya sedap, macam sprulina pun ada. 
Dan Yana rasa sesuai dengan Yana, 
senang tidur (takdelah insomnia kan :)), 
buang air besar pun lawas, 
badan rasa bertenaga dan juga 
masalah keputihan TIADA ! 


Alhamdulillah, kalau tak sebelum ni 
asyik lah keputihan ada, sekejap banyak 
sekejap sikit. TAK SELESA. 
Sampaikan PANTYLINER adalah 
benda WAJIB ADA dalam almari Yana. .


Insyaallah, masuk kotak ke 3 nanti, 
Yana nak ambil Liquid Manja Prune + SupreMix pulak.
Dengar nya SupreMix ni selain dari bantu 
masalah dalaman, ia juga membekalkan 
tenaga yang lebih !
Makna nya bertambah la tenaga Yana 
nak puasa nanti kan :)



Kalau ada sesiapa berminat nak juga try 
produk BIODEX ni, boleh beli dari kawan Yana ni..

Namanya Abang Ki, Yana memang 
beli dengan dia je.. Tak beli dengan orang lain pun,.

Ni link kedai Abang Ki : Yakin Jaya Enterprise



Semoga ikhtiar Yana ni, 
Allah swt akan kurniakan zuriat yang 
sihat untuk Yana suatu hari nanti..
Berserta doa dari Yana, En.Suami dan kawan2 semua.. 


Amin...

Thursday, June 21, 2012

Celoteh Yana : Part 15 - Update Biodex (3)

Assalamualaikum, 



Harini ialah hari terakhir Yana ambil
Tight La Honey iaitu salah satu produk Biodex
yang Yana dah mula pada 2/6 haritu.. 
(refer sini untuk entry Biodex 1)



Hasil dari mengambil TLH selama 20 hari ni,
Yana dapati ada keluar nya cecair berwarna
coklat cair pada hari ke 4 hingga hari ke 11
(refer sini untuk entry Biodex 2),
tapi masuk hari ke 15 terdapat sedikit darah, 
yang mana keluar nya tak kerap, mungkin sehari 
dalam 2 x sahaja. Dan kuantiti nya sedikit. 
Cuma pada hari semalam, 
Yana dapati terdapat darah dalam kuantiti
yang lebih banyak, dan Yana rasa ia adalah period. 



Walau macam mana pun,
Yana takde rasa sakit di bahagian ari2.. 



Jadi Yana akan teruskan dengan
Liquid Manja Prune pada esok hari, 


Liquid Manja Prune ni juga fungsinya
membantu menguatkan rahim.



Yana akan amalkan LMP dalam 24 hari
(setiap pek dijual 12 sachet,
jadi Yana cadang ambil 2minggu
ikut kesesuaian badan),
barulah Yana akan bertukar kepada
Supremix dan susu IGC sehingga lah
Yana melahirkan.
(cewah, cakap macam dah pregnant je) ..



Okay, Yana harap kawan2 doakan yang
Biodex ni dapat membantu Yana ye :) 



Tuesday, June 12, 2012

Celoteh Yana : Part 8 - Update Biodex (2)

Assalamualaikum, 




Macam yang kawan2 tahu, Yana kan
dah ambil produk Biodex tu.. Cuma baru ambil 1 iaitu 
TIGHT LA'HONEY..




Fungsi nya, Yana nak bersihkan dulu
kawasan dalam faraj, buang lebihan / lendiran yang
tak sepatutnya ada kat dalam kawasan faraj,
supaya takdelah sesuatu kurang menyenangkan
keluar dari situ kan..




Nak update sikit setelah lebih malam saja, 
(dos yang disyorkan ambil 2sudu pagi dan malam), 
ana dapati ada cairan keluar dari faraj.. 



Lebih kurang macam dalam gambar
kat bawah ni rupanya :-





(draw image : panty liner dengan stain)


Stain berwarna coklat cair, 
dari hari ke 4 sampai sekarang..
Macam ni la setiap hari rupa dia, 
kuantit pun lebih kurang banyak ni..



Stain di bawah ni lebih banyak
terutama bila Yana bergerak aktif.. 
Mungkin lebih aktif kita bergerak
lebih banyak lelehan yang keluar.

Wallah hualam.







Yang pasti, Yana doa selalu supaya dengan
bantuan Biodex ni dan kuasa Allah swt, 
Yana akan dapat lahirkan
zuriat sendiri, semoga rahim Yana kuat dan
sihat macam ibu2 lain.. 


Kalau kawan2 ada pendapat nak share,
boleh kongsi sama2 ek ;)

Monday, June 11, 2012

Celoteh Yana : Part 7 - Biodex (1)

Assalamualaikum, 


Ramai yang dah tahu apa itu Biodex? Tapi biarlah Yana selitkan sikit supaya siapa yang tak tahu, boleh tahu..
Tak banyak pun sikit aje..



Biodex adalah sejenis ubatan yang diyakini boleh membantu ibu2 yang bermasalah seperti sukar hamil, mudah keguguran atau penyakit2 yang menghalang kesuburan dan juga terdapat produk untuk para suami..





Produk Biodex merupakan kombinasi herba seperti manjakani,

kacip fatimah, madu serta digabungkan dengan bahan lain 

seperti klorofil, spirulina, bijirin, perubatan sinseh, 

ayurveda dan perubatan Islam. 

Formula tersebut dibuat dalam bentuk pemakanan

dan minuman, perlu diambil setiap hari.


Rangkaian produk PKB terbukti berkesan untuk membantu 

meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, menstabilkan hormon, 

menguatkan rahim serta dan menurunkan berat badan. 

Produk bagi Program Kehamilan Biodex (PKB) ini perlu diambil 

dengan cara yang betul mengikut masalah anda hadapi. 

Lain orang lain punca masalah dan ada cara pengambilannya. 

Pastikan anda membeli dari Stokist yang boleh memberikan 

khidmat runding untuk memastikan wang yang anda keluarkan

tidak sia-sia tanpa nasihat yang betul.






Syikin sendiri telah menghadiri Seminar PKB

yang dianjurkan oleh pihak Biodex dan telah pelajari cara

 penggunaan PKB yang betul dan Insya Allah akan

memberikan panduan pada customer yang membeli dari Syikin





Sedikit Info tentang masalah mendapat zuriat.. 

Untuk pada yg telah berumahtangga lebih dari

setahun dan masih gagal mendapat zuriat, 

saya cadangkan anda membuat pemeriksaan

dari pakar sakit puan untuk memastikan tahap

kesuburan dan mengenalpasti punca anda belum hamil. 

Setelah masalah anda dikenalpasti, baru kita boleh cadangkan 

produk yg sesuai.



copypaste dari : biodex.blogspot.com





Macam Yana, sebab dah dua kali keguguran Yana terperdaya 
juga membeli produk Biodex ni, harga boleh tahan mahal nya..



Yana beli 
1) Tight La'Honey 

fungsinya -

Madu lebah asli dengan ekstrak herba yang berfungsi untuk
mencegah bau, mengawal lendir 
dan lelehan, membuang angin dalam perut, senggugut serta
menguatkan otot rahim.

Mencegah bau yang tidak diingini.
Mengawal lendir dan lelehan.

Membantu mencegah barah payudara dan barah rahim.


Menguatkan otot-otot rahim.


Membersihkan lelehan haid dan nifas.


Membuang angin dalam perut, senggugut serta sangat baik bagi

mereka yang mempunyai penyakit kelamin.

Sangat digalakkan pengambilannya bagi wanita yang mengalami
tempoh haid yang lama dan kitaran haid yang terlalu pendek. 





2) SupreMix

fungsinya -

Khasiat yang terbukti membantu mempercepatkan kehamilan.
Membantu meningkatkan penyerapan nutrien yang penting
Mengandungi kesemua enzim, mineral, zat dan vitamin yang 
diperlukan. 

Sumber Protein dan Vitamin E yang boleh mencegah risiko
keguguran kerana kelebihannya yang memelihara kesihatan
rahim dan plasenta.

Mengurangkan alahan, serta membantu pembentukan kulit bayi 
yang cantik,halus dan cerah. Membantu mengurangkan 
kesembapan kaki dan tangan serta mengawal berat badan di 
samping memelihara kandungan membesar mengikut jadual.

Membantu untuk meningkatkan kualiti
air mani bagi lelaki dan menguatkan sistem badan




3) Liquid Manja Prune

fungsinya -

Mengandungi Manjakani, Kurma, Spirulina, Prune dan Klorofil yang
membantu menguatkan imunisasi badan, menguatkan rahim dan
melancarkan peredaran darah. Sangat sesuai untuk yang sering
mengalami sengugut atau mudah keguguran.




Tapi, untuk menjimatkan kos,
Yana hanya cuba makan Tight La'Honey
dulu untuk membuang segala lebihan
lendir / darah / atau sebarang kotoran dari rahim. 
Yana start makan pada hari ke 22 selepas
pantang iaitu 2.6 haritu dan nampak nya setiap
hari bermula hari ke3 Yana makan TLH tu,
ada keluar macam pink spot, takde sakit pun,
rasa nya itulah lebihan darah yang dibersihkan
dari dinding rahim Yana. dan sepatutnya kena
makan 2x sehari, pagi dan malam tapi Yana
makan malam sahaja sebelum tido. 
Yang bagusnya, tido Yana jadi lebih
lena dari sebelum ni..


Untuk suami pula, Yana belikan 

SkyHerbs Honey

fungsinya -

Membantu meningkatkan kualiti sperma lelaki kerana
kandungan BioFlavonoid dan Saponins di dalam Skyherbs
melebihi Ginseng, Tongkat Ali, Ubi Jaga dan lain-lain herba.
Mampu membuka saluran darah hingga yang paling luas. 
(membantu zakar yang terdiri dari saluran rerambut darah yang kecil)




Yana plan habiskan dulu TLH ni, lepastu baru ambil

SupreMix dan 

Liquid Prune.

Insyaallah mana tahu kalau ada rezeki kan, rahim Yana kembali 

pulih dan kami dapat 

menimang anak tahun depan... hehee, 

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm