Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Klinik Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Klinik Kesihatan. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

Celoteh Yana : Part 162 - Kencing Tak Kotor Lagi .. Yeay !

Assalamualaikum,




Alhamdulillah, harini menginjak usia 36 minggu 'dak kecik' dalam perut ibu dia.. Insyaallah sampai masa nanti keluarlah dia. Harini seperti di ceritakan ada cek up (dah mula seminggu sekali cek KK), dan minggu lepas pasal kencing kotor tu ramai yang cakap minum air banyak2 and bagi tips macam2. Terima kasih ! Dan alhamdulillah jugak, harini cek urine lagi dah takde kencing kotor... selamat dari kena bebel dengan doktor & kena makan ubat lagi. Tak sedap pun air ubat untuk lawas kan kencing tu, masam2 payau macam air kelapa. Seronok dah tak payah minum... heeeee.


Okay tu je nak cerita, nak upload gambar kemain susah sebab kena guna card reader yang dah tak berapa betul tu. Harap2 dapat hadiah henpon canggih dari En.Suami sempena kelahiran anak kami nanti. Senang sikit nak up cerita bergambar kan :) *hint*hint*

Thursday, August 29, 2013

Celoteh Yana : Part 159 - Kencing Kotor Ni !

Assalamualaikum,



Hiyark ! Baca tajuk pun dah tahu apa benda nya kan... 
Hurm, pagi tadi ada cek up LAST untuk batch 2 minggu 
sekali kat KKIA. Dan ingatkan takde masalah pape 
macam selalu, RUPA NYA kena urine infection. 
Cis, apa kono tah. Kata nya sebab kurang minum airrrrrr.. 
Ye, saya memang KURANG minum air pun. 
Sebab malas nak ulang alik ke tandas, yelah dah 
hujung2 mandong ni kan lagi kerap lah nak kencing 
sebab kepala baby dah turun ke bawah dan 
selalu tekan pundi kencing kita. Urm, malam tadi 
pun ada minum air teh ais, dan dari jam 
11 malam - 7 pagi ada dekat 10 kali pergi tandas. 
Hamek ko ! Langsung tak lena tidurrrrr... 


Kata misi, kena minum air masak banyak2, 
begitu juga kata doktor.. Ada bakteria dalam air 
kencing tadi. Doktor bagi ubat lawas kan kencing, 
dan datang semula minggu depan. Ye, minggu depan 
dah bermula sesi cek up SATU MINGGU SEKALI ! 
Fedap ooohh ! Ikutkan hati memang dah malas sangat 
nak berulang ke KKIA tu, sebab nak kena bangun 
awal pagi pastu menunggu giliran. Kadang2 datang 
awal pun tak semesti nya boleh siap awal. 


So, dapat lah ubat seperti dalam gambar di bawah,, 
kena minum 3 x sehari sebelum makan.. maybe 
setengah jam sebelum makan kot. Dan ulangan 
cek up pada 5.9.2013 Khamis depan... Hurm, 
harap2 masa tu takde apa dah sebab kalau masih 
kotor kena jumpa doktor pakar kat hospital 
Selayang pulak. Lagi leceh sebab sana biasa nya 
tunggu paling cepat dapat masuk 2 jam ! 
Doakan kitorang okeh :)



(gambar google jek)


TIPS DARI DOKTOR : 
Ambil air kencing yang tengah2 sebab yang 
 banyak bakteria....
Take note ibu2 sekalian :)

Tuesday, July 16, 2013

Celoteh Yana : Part 147 - Baby Kicking !

Assalamualaikum,







(Hoi, seram nih !! ) haha


Di kala usia kandungan 28 minggu, ibu2 hamil 
lagi mengandong dah kena kira sehari sekurang 
kurang nya 10 tendangan dari janin yang dikandung. 
Tendangan yang kuat lah. 


Tapi macam Yana 
konfius jugak sebab nak kena tendangan yang 
kuat macam mana? Sebab ada yang kuat sangat, 
ada yang sedang2, ada yang perlahan. Tapi masih 
di kira sebagai tendangan. Dan ada hari yang 
awal dalam pukul 3 camtu dah dapat 10 x tendangan, 
ada hari pukul 9 malam baru cukup. 


Macam 'dak kecik' sejak puasa ni dia kurang aktif, 
dia aktif petang2 lepas Yana balik kerja dalam 
jam 5.30 camtu. Sejak 2,3 hari ni pulak dia aktif 
tak kira masa, macam semalam seharian dia aktif. 
Berhenti pun sekejap2 je. Alhamdulillah lah kan.. 
Hari ni, dia banyak pusing2 gerak2 kan badan dia. 
Dan sejak masuk minggu ke 28 ni, dia banyak duduk 
betul2 bawah dada.. Kadang2 jadi senak sebab rasa 
penuh je dia keraskan badan kat situ. 
Lagi2 lepas berbuka. Memang duduk macam mana 
pun jadi tak selesa. Baring lagi lah tak selesa, 
sebab lepas makan berbaring tak elok pulak. 


Nak pulak Yana baca kat mana ntah artikel sorang 
doktor ni kata masa mengandung ni, sistem 
penghadaman ibu jadi lemah. Makanan lambat tercerna. 
Sebab tu selalu rasa senak, kena pedi ulu hati. 


Persoalan nya sekarang, macam mana korang kira ek? 
Lagi satu leceh nak kena tanda buku setiap kali tendang,. 
Yana selalu hafal jelah berapa kali cukup 10 pastu 
baru tanda. Takpun malam sebelum tidur baru tanda. 

Friday, May 17, 2013

Celoteh Yana : Part 147 - Bahu Yang 'Cedera'

Assalamualaikum,




Akibat suntikan ATT semalam, bahu kiri 'cedera' hingga hari ini. Masih terasa sakit nya.
Betullah kata nurse, akan rasa lenguh lepas cucuk. 
Tapi takdelah sangka lenguh camni. Ni bukan lenguh 
biasa2 yang kita sapu2 minytak angin urut2 sikit dah okay, 
ni rasa dia macam ada orang penumbuk dekat bahu tu 
sekuat hati dia. Malam tadi nak tidur tak selesa langsung mengiring ke kanan je. Hari ni sakit nya terasa lagi2 
masa buat pergerakan bahu kiri. Macam nak angkat 
barang ke, hatta sehelai kertas pun sakit. 

So, di isytiharkan bahu kiri ku 'cedera' dan direhatkan. 
Apapun syukur,diberi perluang merasai semua ni, 
demi 'dak kecik' pengikat kasih Yana & En.Suami..



:: pada yang request gambar perut mandong, nanti lah ye..
 tunggu besar lagi. sekarang masih kecik lagi :) ::

Thursday, May 16, 2013

Celoteh Yana : Part 146 - Suntikan Kancing Gigi

Assalamualaikum,


Kembali bersiaran.. Pagi ni cek up macam biasa lah. 
Ambik berat, darah dan rutin lain.

Minggu : 20
Berat : 63 kg 
Tekanan darah : 12.1
Degupan jantung janin : 139/min

Dan juga kena suntikan ATT buat pertama kali nya.. Sebab misi kata dah rasa baby bergerak so dah boleh dapat suntikan ni. 2nd dose pada next cek up, 13.6.2013.



Meh kita baca serba sikit apa sebenar nya kancing gigi ni.




Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasmin, neurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan.[1] Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan.[2] Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.
Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.
Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantungdan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Tanda dan simptom

Penyakit kancing gigi menjejaskan otot rangka, sejenis otot striated digunakan bagi pergerakan sedar. Jenis otot striated lain, kardiak atau otot jantung, tidak boleh mengalami tetanized kerana ciri-ciri eletrik dalamannya. Kadar kematian dilaporkan berbeza antara 40% hingga 78%. Pada tahun kebelakangan, sekitar 11% kes tetanus dilaporkan menyebabkan kematian. Kadar kematian yang tinggi adalah pada orang yang tidak menerima pelalian dan mereka yang berusia melebihi 60 tahun.[2]
Tempoh pengeraman/inkubasi tetanus mungkin sehingga beberapa bulan, tetapi biasanya sekitar 8 hari.[4][5] Secara umum, lebih jauh tempat luka dari sistem saraf pusat, lebih lama tempoh pengeramannya. Lebih singkat tempoh pengeraman, lebih teruk simptomnya.[6] Bagi kancing gigi pada bayi baru lahir/neonatal, simptom biasanya muncul sekitar 4 hingga 14 hari selepas kelahiran, purata sekitar 7 hari. Berdasarkan jumpaan klinikal, empat bentuk kancing gigi berlainan telah digambarkan.

Pencegahan

Tidak sebagaimana penyakit berjangkit yang lain, sembuh dari tetanus didapati secara semulajadi tidak biasanya menyebabkan pelalian pada tetanus. Ini disebabkan kekuatan melampai toksin tetanospasmin; dos tetanospasmin yang membawa maut juga tidak mencukupi bagi tindak balas imunisasi.
Kancing gigi boleh dicegah dengan pelalian dengan tetanus toxoid.[7] Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit ("Centers for Disease Control and Prevention - CDC") mencadangkan bahawa orang dewasa menerima suntikan penguat pelalian setiap sepuluh tahun, dan amalan penjagaan piwaian bagi kebanyakan tempat adalah bagi memberikan penguat kepada sebarang pesakit yang tidak pasti bila dia menerima pelalian terakhir, atau jika dia di bawah 3 jangka hayat dos pelalian. Bagaimanapun, pelalian mungkin tidak menghalang potensi kes Kancing gigiyang membawa maut dari luka semasa, kerana ia mampu mengambil sehingga dua minggu bagi antibodi Kancing gigiuntuk terbentuk.[8] Bagi kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun, pelalian Kancing gigisering kali diberikan sebagai pelalian gabungan, vaksin DPT/DTaP, yang juga termasuk pelalian terhadap difteria‎ dan pertussis. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak melebihi tujuh tahun, vaksin Td (kancing gigi dan difteria‎) atau Tdap (kancing gigi ("tetanus"), difteria‎, dan acellular pertussis) biasanya digunakan.









Friday, March 29, 2013

Celoteh Yana : Part 126 : MGTT Test

Assalamualaikum,



Pagi ni, dah selesai test nan satu ni. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar, takde sesi muntah memuntah kan semasa proses berlangsung. Yana dah sampai klinik jam 7.30 letak buku pink siap2 dalam bakul, tunggu kul 8 baru start .. Nasib baik datang awal, dapat ambil darah & minum air gula pun awal. Phew, air gula tu takdelah manis melenting macam yang Yana selalu dengar and baca tu. Manis dia macam kan kita nak buat air teh'o tapi sebelum letak teh.. Kira boleh minum sekali teguklah. Dan lepas 2jam tunggu, darah di ambil kali ke dua, amboi sampai 2kali cucuk sebab cucukan pertama nurse tak jumpa uratnya. Padahal jarum dah masuk dah ni, darah tak keluar pulak. Terpaksa cabut dan cucuk tempat lain pulak. Lepas cucuk boleh balik, hehee.. Alangkah bertuah nya otw balik boleh pulak muntah. Nasib baik ada standby plastik. Kira kebanyakan air gula tadi keluar lah, dah kata perut kosong kan. Terbatuk sekali je, meluru isi perut ni nak keluar. Tapi result nya belum dapat lagi. Entah bila, nurse tak cakap pun. Dia akan call kot. So, tunggu jela ye. Harap2 okay2 saja :)

Wednesday, March 20, 2013

Celoteh Yana : Part 122 - Buku Merah @ Buku Pink?

Assalamualaikum,



Semalam Yana cuti, gi klinik... Bukak buku merah, er buku pink.. Mana satu ek? Tak kisah lah, janji dah bukak. Nurse pun puji sebab gigi cantik takde masalah.. Eh, silap2. Nurse puji sebab bukak buku awal sebelum 12 minggu. Ceh, padahal gi bukak sebab teringat Mrs Lurve cakap elok bukak awal sebab dah ada 2x sejarah 'tot' kan.. Sekarang sebut 'tot' je sebab taknak cakap2 lagi, terus pandang depan dan jaga 'dak kecik' seada nya. 

Alhamdulillah, dah masuk 12 minggu lebih dah. Kira 3bulan lah kan. Kejap je kan. Dalam pada hari2 intai kat pantyliner kot ada bleeding ke tak, wek sana wek sini, dah 3bulan rupa nya. 6bulan lagi perjalanan 'dak kecik' ni pastu boleh jumpa sayang pelok cium dia. 

Semalam En.Suami eksaited sebab dia tak pergi klinik sekali, kerja.. Malam sebelum tidur, dia bukak Utube, tengok video scan 12minggu. Dan video mengandung 9bulan tu lah, dari telur, ke janin, ke manusia.. Alhamdulillah jugak sebab En.Suami pun sangat2 menantikan 'dak kecik'. Yelah, ada setengah orang tak kisah pun, sedih kan kalau camtu. 

Tapi semalam cek tu, HB tinggi. 14.1. memang la range OK nye antara 11-16 tapi tinggi lah kan. Sebelum Yana test ada sorang pompuan tu, HB dia 11.3 kot, nurse siap puji bagus HB awak. So, Yana pun expect akan dengar nurse cakap camtu.. Hampeh ! huhu.. stress kot sebab duk fikirkan kerja kat ofis ni kena submit deadline harini. Bos pulak tak faham2 bahasa, geram! Memula ingat nak hafday je, last2 cuti terus.. Padan muka dia, call Yana tak jawab. Dahla susah nak cuti, alang2 ada alasan ni kita gunakan lah kan. 

LAGI satu, Yana kena MINUM AIR GULA 29.3 ni! Doktor kata sebab ada sejarah 'tot' 2x kan... Sob2, harap2 masa tu boleh habiskan tanpa muntah .. Takut lah. Kawan2 ada idea tak cane nak jadi steady pada hari berkenaan??? 

Oh ye, semalam dapat Obimin stok sebulan. Sekarang memang dorang bagi Obimin je kot kalau HB ok, takyah makan ubat banyak2 tu kan. Tapi Obimin pun besau ! 


p/s : Saja je bebel kat sini sebab mama nya Ufairah (Fifi) asyikla komen. Rindu sangat lah tu... hahaha

Monday, March 4, 2013

Celoteh Yana : Part 113 - Makan Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,


Hai sejak2 akhir ni asyik lah buh gambar makanan.. nak wat camne, idea nak tulis takdak. Makan pun tak selera mana pun. Semalam En.Suami belanja Tutti Frutti, Rm 12 jugak kena. Alih2, masuk ke lubang tandas jugak. Apa boleh buat, tak kena selera nya. 

Harini teringin makan benda alah ni, walau pun tau ada bahan2 dalam nya tak boleh makan. Tapi kita kuis2 lah mana boleh makan, mana tak boleh makan kan. Pandai2 nak adjust orang kata. 





Ni hah benda nya, ROJAK BUAH. Tapi tak letak kacang2 tu. Tak suka. Dah dapat sepinggan tadi. Rasa nya? Cukup lah membuatkan saya menghabiskan apa2 yang patut. Bahan2 dalam nya, nenas, jambu batu, timun, belimbing, betik muda, mangga dan sengkuang. Yang tak dimakan cuma nenas dan betik muda tu. Yang lain habis ! OOhhh puas hati sekarang. 

Malam ni ada appointment dekat klinik untuk cek keadaan tumbesaran 'dak kecik'. Entah apa lah khabar dia kan, ingat nak pergi semalam tup2 doktor takde. Memang jodoh kami bertemu harini je. Dalam hati ni risaaaauuu je. Nak tau keadaan dia. Dupdap dupdap jantung berdegup (jantung saya ler tuh).

Kawan2 doakan yang baik2 ye. Yelah, dengan ketidakselesaan perut dan ketiadaseleraan makan 1bulan lebih yang ditanggung, mesti lah nak feedback positif. 1st trimester ni memang MENCABAR ! Okeh, esok update lagi ye, tunggu keputusan malam ni. 

Tuesday, May 29, 2012

Kehamilan Kedua : Episod 4 (Klinik Kesihatan & Molar Pregnancy)

(update 25.4.2012)




Asalamualaikum semua, 
Pada tarikh ni la Yana decide nak gi wat cek
up kandungan yang sepatutnya dah lebih
kurang 5minggu kot masa ni, pergilah Yana
terkedek2 sorang2 ke klinik tu.
Dengan harapan kalau scan boleh nampak baby dah? :)



So, pagi tu tak ramai orang sangat.. Yana dah siap2 register
isi buku nurse panggil cek tu cek ini, tunggu la nak masuk bilik doktor..Yelah sebab LMP tak dapat detect,
so dorang cakap biar doktor scan dan estimate je senang.. 



Ni gambar buku pink saya :)





Dapat masuk bilik doktor, doktor pun tanya lah
pasal kandungan yang sulung tu..
explain sikit2, dia kata baru je kahwin, rileks la dulu ..
Ni cepat sangat awak conceive..
(Dalam hati Yana, eh Allah yang nak bagi.. kita terima jelah)



Dia suruh baring lah macam biasa,
nak scan katanya nak tengok dah berapa minggu.



Scan punya scan tak nampak jugak,
tapi ada satu kemusykilan, 
kata doktor..



"SAYA RASA KANDUNGAN AWAK NI : MOLAR PREGNANCY"




Gulp !! Ya Allah dugaan apa kah ini...



MOLAR PREGNANCY :
Ialah kandungan anggur yang mana bila kita scan
akan nampak hanyalah bulatan2 kecil macam gugusan
anggur.. Jika tak dibuang, akan terjadinya kanser.
Terhasilnya kandungan anggur ni disebabkan janin yang tidak membentuk dengan normal.




Ni gambar hasil scan tu :(






Doktor tanya , ada rasa sakit tak dekat
bahagian rahim? Atau perut..
Saya jawab takde.. Sebab memang takde sakit pun..
(kecuali mild cramping yang Yana assume rahim
tengah nak mengembang tu..)



Doktor "Awak sepatutnya jarakkan
kehamilan pertama dan kedua ni, paling tidak 3bulan"
Awak baru je kahwin, tak sampai
setahun pun.. Tak payahla rushing2,
biar rahim awak sehat dulu..
Takpelah, saya bagi awak surat refer
hospital, dan biar doktor pakar je yang
konfirmkan dengan awak
sebab kami pun tak berapa pasti lagi,
tapi memang nampak macam MOLAR PREGNANCY ...



Yana "Urm, oklah doktor.. 
So saya kena pergi hospital harini??"



Doktor "Ya, nah ni surat awak bawa ke
klinik pakar hospital, nanti dekat sana awak boleh
dapat tahu lebih lanjut ok"



Yana "okay..."



Ya Allah, sambil drive ke hospital, macam2 
Yana fikirkan,. sampai tak concentrate nak 
tengok jalan raya pun tak de mood.. 



Apakah kandungan kali ni seperti yang doktor 
tu cakapkan? Apakah rahim aku akan dibedah
dan kandungan tu dikeluarkan??
Apakah aku akan kena kanser....



Taaaappppiii, hati Yana ni kuat sangat mengatakan
kandungan ni BUKAN molar pregnancy..



Semuanya bergantung pada cek up
dengan pakar nanti..



Nantikan episod seterusnya....

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm