Thursday, May 31, 2012

INFO : Berpantang Keguguran

Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu
Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah




Mengikut ilmu perbidanan Melayu,
keguguran ialah situasi yang dianggap lebih
serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang
gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang
 kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang
“angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’
‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’
akan sentiasa termendap di dalam urat saraf sehinggalah
ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia
dapat kembali sembuh.


Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun
melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. 
Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang 
selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan 
dengan sempurna.


Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri
dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih
tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan
menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan
keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. 
Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan
pencucian atau pembersihan rahim dilakukan 
dengan teliti dan sempurna.


Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang
kepada masalah angin merian yang berpunca daripada 
keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi,
toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. 
Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga 
terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang 
dilarang selepas berlakunya keguguran.


Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin
 adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. 
Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan 
badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. 
Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka 
tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi 
perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk 
menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak 
berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.


Ilmu penjagaan tentang keguguran telah ditelan zaman. 
Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan keguguran dapat 
mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” 
seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, 
ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.


Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit,
betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah. 



TEMPOH BERPANTANG KEGUGURAN

Jika keguguran berlaku pada usia
kandungan 4-5 bulan, ibu harus berpantang
makan dan jimak 40 hari,

Jika kandungan melebihi 6 bulan,
haruslah berpantang kedua nya
selama 44 hari..


PANTANG LARANG KEGUGURAN

1) Elakkan memakan makanan sejuk
seperti ais, labu, kangkung, kacang panjang, timun,
rebung, pucuk paku, pucuk ubi, buah buahan sejuk 
seperti ciku, langsat, betik, jambu, nangka, tembikai..

2) Jauhkan dari memakan ikan berbisa 
seperti ikan keli, ikan sembilang, ikan pari
dan lain2 ... Makanan laut juga patut dihindari.

3) Digalakkan minuman yang panas2 seperti 
air suam (banyakkan), milo kosong (menambah tenaga)..

4) Makan lah ikan haruan yang dibuat sup atau
disalai, kerana ia akan mempercepatkan 
proses penyembuhan luka2 dalaman rahim..

Wednesday, May 30, 2012

Kehamilan Kedua : Episod 8 (Selamat Tinggal Sayang)

(update 10.5.2012)



Assalamualaikum,

Masih lagi di hari yang sama dengan
entri Episod 7, cuma ni waktu malam.. 
Lepas En.Suami balik dari kerja..



En.Suami sampai rumah dalam jam
7petang, Yana sambut macam biasa...


Yana "B,...baby kita"

En.Suami "Takpelah, sabar ye...
dah takde rezeki.. Mana dia?"


Yana "tu, atas meja"
(sambil tunjuk ke arah bekas kecil)


En.Suami "bukak lah,
orang nak tengok.."
"urm, kesian nya baby kita..
Apalah kurang nya dia kan,
kenapa kita dah dua kali camni"



Yana "Entahla B, Allah swt nak uji kita lah tu, 
ak tengok sekuat mana iman kita"



En.Suami (sambil cium dahi Yana) 
"Takpela, sabar ok. Nanti kita cuba lagi, u rehatla dulu"



Yana "okay..."



Malam tu, kami tanamkan janin tu
di hadapan rumah, dengan bantuan bapa mertua.. 
Kami bacakan selawat dan Al Fatihah,
Yana sebagai ibu, doakan "anak" itu
akan tunggu Yana di syurga nanti..


Insyaallah.....


Sebelum tidur, kami sama2 tak banyak cakap..
Mungkin En.Suami sedang bersedih, apatah lagi saya..

Kehamilan Kedua : Episod 7 (Akhirnya)

(update 10.5.2012)




Pagi ini Yana bangun macam biasa,
darah masih ada...
Yana dah siapkan En.Suami untuk pergi bekerja,
Yana sambung tido.. Yana masih dalam MC.
sampai 15.5.2012, takde mood sepanjang pagi tu.
Perut dah okay, takde rasa senggugut..



Dalam 10 pagi, Yana bangun dan mandi, 
konon nya nak bersiap pergi klinik, nak cek 
kalau2 kandungan masih ada sebab dah bleeding 
teruk semalam, pad 3,4kali bertukar.. dah ke 
kedai cari barang keperluan sikit..Tapi mak mertua
advise tak paayh pergi klinik dulu sebab semalam 
baru je scan kandungan masih ada.


So Yana tak jadi ke klinik, cuma pergi kedai 
beli barang sikit dan balik rumah ibu bapa Yana.. 
Lepak2 dengan adik, main2 dengan kucing dan 
tertidur...sampai lebih kurang kul 2 lebih baru Yana 
balik ke rumah mertua semula. 


Kebetulan kakak ipar Yana balik makan
tengah hari dan jemput anak nya dari rumah 
babysitter untuk disusukan, Yana lepak sekali 
dengan dorang. Main2 dengan anak buah tu, nama nya Sara. Dukung dia, kelek sana sini sampai puas sampai 
kakak ipar tu nak masuk kerja semula.. Dekat jam 4 petang.. 


Tinggal lah Yana sorang, tetiba rasa sakit
senggugut tu datang balik.. Aaaahh, kenapa pulak ni,
tadi okay je dah benti.. Jalan masuk bilik tetiba, PLUP !! 
terasa 1 "benda" keluar dari celah kangkang 
(Yana tengah berdiri masa ni)... 
Yana tengok2, MASYA ALLAH, dah terkeluar janin
yang lebih kurang 5 minggu Yana kandungkan...
berbentuk segumpal darah berwarna merah kehitaman,
terdapat juga karung yang masih
melekat bersamanya... Perasaan yana masa tu??
Sedih hanya Allah swt yang tahu... 

Yana sms En.Suami 
"B.. anak kita dah takde, dia dah keluar"
(sambil Yana ceritakan tentang
cara keluarnya janin tu tadi)


En.Suami terus menelefon
"Yeke, takpelah takde rezeki kita"
"Habis u nak watpe tu??" 


"Entahla, kat rumah takde siapa pun.. 
Eeee, sedihnya orang"


"Dah dah, sabarlah ye.....
Orang pun sedih" (kata En.Suami)


"uuurrrmm, okaylah..
bye.assalamualaikum"



Talian telefon dimatikan, 
Saya basuh sikit2, dan letakkan atas tisu..
Saya belek, dah nampak bentuk mata,
kelihatan bulat membonjol berbentuk 
seperti kepala.. YA ALLAH, sesungguhnya 
aku benar2 terduga .. walaupun begitu, aku 
bersyukur ALLAH swt menarik semula 
"hambanya" dan Maha Mengetahui segala nya..


Inilah dia janin tu, mungkin "dia" tak sihat jadi
Allah swt tarik dia semula dan pasti akan beri
yang lebih baik kepada saya. 

(maaf, gambar terpaksa digelapkan)


Lebih kurang setengah jam saya belek,
nak dikuburkan pada fikiran saya. 
Tapi apa yang harus saya buat, apakah cara nya..
Dan prosedur nya,,
Saya terduduk sendiri..
Tiada siapa pada masa itu..


Lalu, saya cari sebuah bekas kecil,
saya balutkan "anak" ini dengan tisu kemas2,
saya masukkan ke dalam bekas tu, saya tutupkan
dan saya keluar ke depan rumah. 
Pada fikiran saya, harus dikuburkan 
secepat mungkin.. Tapi sedang saya masih 
duduk di hadapan rumah, mak mertua pun balik.
Cepat2 saya beritahu pada dia, yang saya
telah keguguran lagi,. "Anak" itu telah keluar.
Dia dengan nada kesal berkata 
"Takpelah, belum rezeki lagi"


Saya tanyakan, apa nak buat sekarang? 
Patut ke kita tanam?
Dia kata "Tunggulah Syuaib (En.Suami) 
balik nanti, dia pun mesti nak tengok. 
biar dia buat..


"urmm, betul jugak" 
(tak terfikir saya dalam kebingungan tentang
En.Suami sebagai bapa kepada "anak" itu)


Lepas tu, Yana masuk bilik letakkan
bekas kecil tadi kat atas meja, 


Ini bekas nya, 






Yana jerang air, sebab saat itu bermula
lah sesi "pantang" macam orang2 bersalin..
Ye, walaupun keguguran Yana mahu berpantang !
Orang kata berpantang ni membantu rahim 
kita cepat pulih, dan badan kita tak kan sakit2 
bila dah berusia nanti.. Yelah, kalau badan 
dah masuk angin, mesti sakit kan rasa sengal2...


Yana campurkan limau kasturi yang Yana
perah dalam air mandian tu, Yana bilas 
seluruh badan sebab masa pegang janin tu
tadi, bau dia hanyir satu macam.. 
Yana sental2 pun masih berbau.. 
Lepas mandi Yana sapu minyak panas
seluruh badan, pakai stokin dan bertungku
gunakan bantal elektrik tuamkan bahagian perut..


Yana ulang 2,3kali bertungku tu,
walaupun orang kata lebih afdhal pakai
batu sungai tapi dalam keadaan terdesak
macam ni, apa yang ada, kita guna kan aje.. 


Sambil2 baring tu, Yana telefon mak
Yana beritahu tentang janin tu..


Mak cakap "Takde rezeki lah tu,
hari tu kan mak dah cakap,
 jarakkan 3bulan.. tak nak dengar"


"Urmmm, mana lah kakYong tau,
tak period tau2 dah lekat..Rezeki..
Yelah lepas ni rehat lama sikit"


Sembang lagi dan lagi dalam 20 minit,
dan perbualan di matikan..


Yana nak berehat dulu, nak tidur... 



Sekian, berjumpa di episod seterusnya ye :)

Kehamilan Kedua : Episod 6 (Pendarahan)

(update 9.5.2012)



Assalamualaikum,


Harini ada appointment dengan klinik
pakar di hospital. Malam tadi sebelum tidur Yana
dah happy cerita dengan En.Suami
"kalau scan nanti dah nampak baby tu, orang suruh
doktor printkan ye, nanti baby kita camnilah agaknya
(sambil tunjuk gambar ultrasound orang lain -
google dari internet)"



En.Suami iye kan aje, sambil cakap jangan
eksaited sangat.. Tapi kalau boleh dia pun nak ikut, 
cuma kena kerja.. Kalau tak mesti boleh bergembira
bersama2 kan..



Pagi ni, Yana bangun nak solat Subuh,
masuk toilet nak terkencing.. Bukak je seluar, 



YA ALLAH !! DARAH !!!!



Ye, ada kesan darah cair dekat pantyliner, 
Yana rasa sedih sangat masa tu.. 
Lepaskan hajat sambil masuk balik dalam 
bilik kejutkan En.Suami, "B, ada darah............"



En.Suami dalam terpisat2 jawab 
"Yeke, tulah u, orang dah kata jangan lasak sangat"
Yana lagi sedih sebab memang ada rasa tak
sedap hati 2,3 hari sebelum tu, cuma Yana ignorekan aje.. 
Siap ada 1 malam tu termimpi, Yana dah
lahirkan baby tu, pegang dia gendong2 cium2 semua..



Tapi tetap Yana buat kerja macam biasa,
siapkan minum En.Suami, kemas beg baju dia, etc...
Dalam hati masih berdoa supaya Allah swt
kuatkan kandungan ni..



Dan lepas En.Suami pergi kerja Yana basuh
baju sidai dulu kemas bilik sikit2 dan
baru bersiap nak ke hospital..Appointment jam 10am. 
Masa tu jam dah 9.30 am.. Mandi pun belum..
Rasa macam taknak pergi hospital pun ada sebab
dapat rasa yang kandungan ni pun akan "pergi"
macam kandungan sulung tu,..


Tapi tabahkan hati lagi, sambil cakap takde pape..
Pikir positif habis ! 


Jemput adik ajak dia temankan,
pastu terus ke hospital..
sampai hospital jam dah 10.30am, yelah cari
parking kemain susah.. Last2 Yana park blok
depan kereta orang, lepaskan brek tangan.



Bergegas ke klinik pakar, dan register bayar
semua letak kad dekat kaunter O&G tu.. 
10minit tunggu, nama dipanggil amik berat cek tekanan darah semua, tunggu lagi.. 


Jam baru pukul 11am, nombor giliran lebih
kurang 20. Yana punya nombor 61, boleh agak
berapa lama tunggu?? huuhuuu, kata nak murah..
kenalah sabar kan. lagipun ada baiknya kita 
gunakan kemudahan2 yang ada kan. 
Pergi swasta memang cepat, tapi $$$ kena labur lebih ...
bukan lebih sikit, lebih banyak..
Apalah nak dibanding RM 5 kan, ....


Pendarahan masih berlaku, dalam masa
menunggu dekat 30 kali Yana ulang alik ke tandas..
1 sebab nak cek darah tu, 2 sebab nak terkucill...
dah la minum air banyak sebab nak aksi
penuh pundi kencing tengok2 nombor tak panggil2... 
Last2 buang ke tandas je.. hehee..


Dekat kul 2 nombor Yana dipanggil.. 
Masuklah kami 2 beradik dalam bilik doktor..
Ada sorang doktor Melayu, dan sorang
doktor Omputih. Halamak, kena speaking ke nanti??
Dia reti cakap Melayu tak ek?? 
Duh,, bantai lah..



Doktor Melayu " okay, report lepas cakap
awak refer dari KK, pasal molar pregnancy, tapi bukan molar,..
mungkin eraly pregnancy / ectopic..
so harini nak scan lagi nak tengok 
perkembangan janin kan?Husband tak datang ke?
Ni adik ke kawan?.. "


Yana "tak datang, kerja.. adik 
saya tapi eerr doktor, saya ada bleeding, 
pagi ni baru start"


Doktor Melayu "takpe,awak baring dulu"
"She was suspected as ectopic or
early pregnancy, but there's no pain, 
but today she start bleeding"
(explain kat doktor Omputih)


Doktor Omputih "Never mind, u can 
lay here first, let us check u okay" 


Doktor Omputih "ooh okay, Haniza 
please pass me the glove" 
(sambil tekan2 perut Yana)




Doktor Omputih "okay dear, now i 
can see there is a sac here" (sambil tunjuk skrin)
Nampak 1 bulatan kecil ... So cute, tiny dot ! 


Ni gambar nya :)
dah nampak ada "tiny dot" dalam bulatan tu.. 





Syukur ahamdulillah, maknanya
betullah early pregnancy.
Sebelum2 ni baby malu lah tu, nak tunjukkan diri..
Tapi Yana masih tak sedap hati pasal pendarahan tu.



Doktor Omputih "okay, as we can see, 
there is a sac and fetus inside.It was around 
4weeks and 2 days at 12.2mm size. This is not 
a normal growing size for a 4weeks fetus.. 
BUT we still have a chance, because there's a
 same cases i handled before.. I will give u next 
appointment so we can check if the fetus 
growing or not..Meanwhile, u continue 
folic acid and others medicine that the clinic provide u"


Doktor Melayu "okay, darah tu banyak ke sikit?"



Yana "urm,fresh blood..Tapi saya ada
bersama malam tadi.. does sex effect my pregnancy?"


Doktor Melayu "ohh patutla, sebenarnya kalau boleh
elakkan bersama sebelum kandungan berumur 
3bulan sebab awak dah ada history keguguran.
Air mani lelaki ni tajam, mungkin boleh mencederakan
kandungan awak tu.."



Doktor Omputih "Not at all, either sex /
exercise nothing can effect your pregnancy
except your uterus are not 
tough enough to hold the sac then it can be reason of why miscarriage happen"



yana "okay, jadi saya balikla ye..
terima kasih and thank you doktor"




Kami pun balik.. Darah masih keluar, kali ni dalam kuantiti yang lebih dari sebelum nya,...
Kami singgah makan, dan balik ke rumah 
ibu bapa saya.. Saya berehat, tengok tv baring2 
sampai jam 3lebih saya balik ke rumah mertua.. 
Sesampai saya di rumah, terus labuhkan badan ke katil.
Sambil fikiran terawang awangan, mempersoalkan 
kenapa saya yang dipilih menggalas tanggungjawab 
yang berat ni.. walaupun saya tahu berdosa 
mempersoalkan kerja Allah swt. Semua yang 
terjadi pada kita ada himah nya. Allah swt nak 
menguji kekuatan hambanya...



Tak sampai 30minit saya berbaring terasa 
cramp perut yang amat sangat !! 


YA ALLAH, adakah kejadian sama akan berulang.....??



Yana kuatkan semangat, bangun ke bilik air..
Tengok darah dah menitis2 masa Yana 
mencangkung, sedihnya hanya Allah swt yang
tahu, dengan rasa sakit perut yang
memulas lebih sakit dari senggugut....


Yana keluar bilik air, baring balik atas katil
sambil pegang2 perut, kalau boleh nak 
letak minyak panas ke apa ke kasi reda,
tapi takut kalau effect ke kandungan..


Tahan lebih kurang 2 jam jugakla macam tu,
sampai Yana tertidur sendiri..



En.Suami balik petang tu, Yana cerita
lah dari A-Z apa yang berlaku sepanjang hari
dan Yana cakap tak kisah kalau Allah swt
nak tarik balik "rezeki" ni, sebab 
"Dia" Maha Mengetahui..


En.Suami marah Yana cakap bukan2, 
kata nya doa je banyak2 supaya takde pape 
yang jadi.. Kalau asyik fikir negatif je 
memang akan jadi..


Tapi nak fikir positif macam mana kan,,
simptom2 utama keguguran Yana dah rasa,
sama macam keguguran sulung tu..
dah takde harapan rasa nya...




Dan, malam tu, Yana tak boleh tidur...
Setiap 1jam ke tandas, tengok kan darah tu..
Kot ada keluar bentuk2 janin ke, 
gumaplan darah ke.. Tapi takde...




Boleh ke kandungan ni diselamatkan? 
Hanya Allah swt yang tahu,..


Tuesday, May 29, 2012

Kehamilan Kedua : Episod 5 (Klinik Pakar Hospital)

(update 25.4.2012)




Assalamualaikum, episod lepas Yana dah
cerita pasal doktor kat Klinik Kesihatan tu detect
kandungan kedua Yana ni : Molar Pregnancy, 
dan di suruh refer ke hospital pula untuk pengesahan..


Yana pun masih tertanya2, terus pergi ke hospital..
dan beratur lah menunggu giliran lepas register 
dan amik nombor segala.. Sampai dalam kul 10.30am 
camtu, ingatkan boleh masuk jumpa doktor terus 
sebab dapat surat refer rupanya tidak sama sekali ! 
Harus menunggu giliran juga.. sama macam orang lain. 
Ciss, ada kes pun kena tunggu ke.. 


Sambil tunggu mesej2 dgn En.Suami, 
ceritakan serba sedikit pasal 
kes di KK tu.. Dia minta Yana sabar banyak2, 
dia pun sedih.. Tapi nak buat macam mana, 
kalau takde rezeki kan...


Sambil Yana tunggu, intai2 ada jugak 
kakak2 / makcik2 kat sebelah kot2 ada yang kenal 
bolehla ajak bersembang kan.. Tapi nan hado ! 
So melepet la sengsorang kat situ, sambil asyik 
ulang tengok jam, tengok nombor giliran.. 
Lambat je rasa nya masa berjalan.. Padahal hati 
ni dah tak sabar nak jumpa doktor..
Nak goncang2 kan bahu dia sambil 
cakap BETUL KE DOKTOR?? BETUL KE?? 
Pastu nangis teresak2 kat situ jugak.. 
sambil ditenangkan doktor .. Okay, tipu ! 
Mana berani nak wat camtu.. hehee..



Tunggu lagi.......... bila dah bosan sangat keluar
beli surat khabar, beli air, beli roti.. makan dulu. 
Lagipun memang kena minum air banyak
sebab nanti nak scan kan, pundi kencing kena
penuh baru rahim naik dan scan lebih jelas. 


Selepas 3 jam lebih menunggu, dalam
kul 2 camtu lah, akhirnya baru nombor Yana dipanggil.. 
Masuk dengan berdebar2, tok tok tok.
(bunyi ketuk pintu) 


"Hai doktor" (kelihatan seorang doktor Cina,
duduk di meja sambil tersenyum)



"Hai, masuklah"
Okay, u refer dari Klinik Kesihatan,
molar pregnancy..ada sakit bahagian bawah perut?



"Tak ada, sikit2 cramping je kadang2..
saya assume rahim tengah mengembang"



"okay takpe, kita scan ye"



Scan pun bermula.. 


"Urm, i tak nampak any sac here..
Mungkin ectopic pregnancy / early pregnancy..
Tapi konfirm bukan molar pregnancy !
Tapi u takde sakit, takde bleeding kan??"


"errr, takde pun,.. jadi memang konfirm
bukan molar pregnancy??"


"Ya, bukan ! "


ALHAMDULILLAH !! bukan molar rupanya..
tapi dah ectopic pulak.. Tapi rasa nya bukan jugak,
sebab memang takde sakit yang teruk ! 
Syukur sangat2, harap2 betullah doktor 
cakap tu EARLY PREGNANCY..



Saya taknak sakit, kena kimoterapi ke,
operate ke, makan ubat yang berbiji biji 
banyak nya... Uwekkk !!
Sedangkan makan ubat folic asid tu pun
saya macam nak taknak, fikirkan baby 
je saya makan, kalau tak jangan harap !!



"Okay, i bagi u appointment lagi 2minggu,
kita tengok samada u betul hamil / tak"

masa tu mungkin dah boleh nampak
sac dengan heartbeat sekali :)
Just continue makan folik asid ye..



"Okay doktor, thanks k"




Jadi, baliklah saya dengan hati yang gembira..
Sambil berharap sangat ianya early pregnancy... ;)

INFO : Molar Pregnancy @ Kandungan Anggur

Bahaya kandungan anggur
Oleh Dr. Suraya Arshad A.M.Z
Pakar Perunding Obatetrik & Ginekologi



MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu
kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu
mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil
kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti
gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. 
Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. 
Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan 
Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, 
di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.




Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan
wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas
Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar
kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?
Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan 
hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus 
melahirkan anak sehingga usia meningkat.
Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?




Ini adalah sebahagian daripada pandangan para
penyelidik tentang kandungan anggur.




JENIS KANDUNGAN ANGGUR


Complete hydatiform mole 
Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara
benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong
iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom 
sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX 
iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. 
Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi



Partial mole
Jenis ini jarang berlakuTisu embrio atau tisu janin
akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja.
Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah
usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang.
Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai 
pelbagai kecacatan (multiple anomalies).



Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan 
seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic 
villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.




MENGESAN KANDUNGAN ANGGUR

Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu
mengandung kandungan molar jika wanita tersebut
mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-

-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
Pendarahan faraj

Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga
90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus
berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur
tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini,
jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak
darah dan mungkin akan membawa maut-



-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. 
Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau 
eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-




- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti 
penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid 
menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak 
begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG 
(beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi 
pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh 
merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku 
maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.



- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya
yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala
seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada
wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah 
dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal 
atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. 
Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati 
dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan 
kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, 
struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan 
ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. 
Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. 
Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.
Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi 
bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.




snow storm appearance(ultrasound image)






RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan
kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum
pendarahan atau keguguran berlaku.



Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. 
Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut 
terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar 
tidak dikeluarkan sepenuhnya. 



Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja.
Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh 
menyebabkan kanser choriocarcinomaHampir 20 peratus 
daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.
Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan
normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim
terkecuali daripada kanser tersebut



Risiko kanser ini adalah lebih tinggi 
selepas kandungan molar.



Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani 
rawatan 
suction & curettage biasanya akan
menerima rawatan susulan
selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada
dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG.




Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau
setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.
Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan
dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan 
menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam 
tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon 
menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa 
yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan 
tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi 
akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.




Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk
kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal,
rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, 
bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.




Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap
wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu
tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan
molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan
dapat difahami bersama.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm