Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 31, 2013

Celoteh Yana : Part 155 - Bakal Di Paksa Bersalin ?

Assalamualaikum,




Pagi ni Yana ada cek up dengan Hospital Selayang, 
dorang nak follow up pasal kes bleeding duduk wad ritu. Appointment sepatut nya 23 hari bulan haritu, 
tapi dah terlupa tunda ke hari ni. 


Phew, berjanggut tunggu tadi ! Datang 8.30 pagi, 
nombor kena panggil 11.30 pagi, mengantuk, penat, 
bosan semua adalah.. Rasa macam nak balik je. 
Tapi kalau balik kena set appointment lain nak cuti 
lagi aahhh malas ! Sebab cek dengan pakar, so setiap 
orang dia cek ambil masa 5-10 minit. Bayangkan 
nombor Yana tadi 0051, nombor yang dipanggil masa 
Yana baru sampai tu 0004. Kematu bontot menunggu saja. 


Bila dah masuk, doktor scan baby semua okay.. 
Tapi kata nya TAK BOLEH POST DATED dari 
due date yang tertulis kat buku merah. 
EDD : 23.9.2013... Kalau 22.9 tak sakit, takde tanda, 
23 haribulan sila datang ke hospital kita paksa bersalin. 
GULP ! Disebabkan ada kes bleeding tu lah. 
Yana memang doa sangat2 taknak paksa2 ni, biar
 baby keluar awal sikit pun takpela. Masa tu pun 
baby dah 37-38 minggu. Takde lah premature pun. 
Tapi kalau takdir Allah swt nak kena induce jugak, 
harap nya dapat bersalin pada 24.9 tu.. 
Sebab itu tarikh pernikahan Yana & En.Suami :) 
Kira hadiah ulangtahun ke 2 lah untuk kitorang kan.. 
Apapun kena tunggu jela masa nya tiba.
 I'm sooo nervous sebab induce macam sakit 
jeee tengok akak2 katil depan aritu siap 
ada yang terjerit jerit.. 

Monday, July 29, 2013

Celoteh Yana : Part 154 - 4D Scan @ Klinik Fauziah Ampang (Dr Jezzlyn)

Assalamualaikum,




Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke 20. 
Semoga kita semua terus diberkati Allah swt.
Seronok bercuti 4 hari dari Khamis lepas bawa ke Ahad.
Yana dan 'dak kecik' sihat, juga alhamdulillah.


Sabtu lepas berkesempatan buat 4D scan dengan Klinik Fauziah, Dr Jezzlyn yang famous tu. Berkat Ramadhan dan jugak rezeki 'dak kecik' agak nya. Ikutkan Yana pernah call diorang untuk set appointment tapi diorang kata dah fully book. Entah macam mana 2 minggu sebelum dapat appointment tu tergerak hati nak cek lagi sekali page appointment online tu, dapat pulak hari Sabtu. Petang. Memang cun sangat ! :) 


Dan alhamdulillah, Yana dan En.Suami dapat tengok muka 'dak kecik' yang semakin chubby (siap double chin) dan konfirmkan jantina nya. Eksaited betul kan masa buat scan tu, yang pernah buat tahu lah betapa seronok nya. Tapi tali pusat 'dak kecik' duduk betul2 depan muka dia, dia pun puuullluuuttt je malas nak alihkan tali pusat tu, Doktor kacau2 dia wat derk je. Susah nak dapat full muka dia dah nak dekat2 habis sesi baru dapat yang angle yang betul2 cantik. Yang kelakar nya muka dia siap
berkerut kerut masa kami sama2 kacau dia suruh berganjak sikit, gerak pun gerak kan tangan je. Memang sikit sangat. Nasib baik dia bagi kerjasama jugak akhir2 tu, dan tak sorok kemaluan dia..



Dan insyaallah konfirm anak kami LELAKI... 
Memang tepat naluri Yana selama ni. Sebab memang dari start dia 3 bulan haritu Yana asyik beli baju lelaki je, dan memang selalu berdoa supaya anak ni lelaki. Yana memang berhajat biarlah anak sulung lelaki. Tapi kalau dia perempuan pun, alhamdulillah juga. Dah kata anak sendiri kan.. 




Nah, sini Yana tepekkan sekeping gambar 'dak kecik'
 untuk tatapan kawan2 B.U.M.P.... Terima kasih atas 
doa kalian, lepas ni kita tunggu jelah 'dak kecik' ni 
melihat dunia baru kita masukkan gambar sebenar dia. 




(Ramai yang kata ikut muka En.Suami, tapi elok anak lelaki ikut muka mak kan.. Baru sejukkk rumah tangga, takpe, ada masa sebulan lebih lagi untuk 'dak kecik' ikut muka ibu dia :))




Kos untuk scan 4D ni ialah RM 120, dapat sekeping
gambar 4R, dan sekeping CD ada lebih kurang 35 gambar
dan 7-8 video 10-15 saat setiap video.

Friday, July 26, 2013

Celoteh Yana : Part 151 - Kawan2, Nak Alamat :)

Assalamualaikum,




Pada para sahabat blog 
BilaUptTestMulaPositif.blogspot.com, 
Yana sebagai tuan punya selaku penulis blog 
ni berbesar hati andai kawan2 dapat EMAILKAN 
pada Yana alamat rumah masing2.. Sebab nya Yana 
nak kirim kan kad raya nanti :)


Boleh emailkan ke : yanapinggiran@yahoo.com.my



TERIMA KASIH, pada yang sudi .. 
Siapa2 pun boleh ye.. tak de pengecualian :)

Wednesday, July 24, 2013

Celoteh Yana : Part 153 - Jeruk MAMAN

Assalamualaikum,









(gambar GOOGLE ye)



Rasa nya ramai yang kenal dan pernah 
dengar jeruk maman ni, adalah salah satu makanan 
feveret Yana jugak. Kena pulak bulan2 puasa ni kan.. 
Tadi terbaca KAK MIMY HAMID up cerita pasal 
tempoyak daun, sedap jugak tuh ! 


Jeruk maman ni senang je nak buat nya, 
daun maman tadi di bersihkan, petik daun2 nya 
macam kita petik daun bayam tu ah, pastu gaul kan 
dengan garam kasar, agak2 lah kuantiti nya, siap gaul 
masukkan dalam balang @ bekas macam kita isi 
kuih raya (tengok gambar), masukkan air masak sejuk 
(bukan suam atau panas ye) sampai 
tengkuk bekas, masukkan cili api untuk pedas, 
dan masukkan nasi sejuk kalau nak rasa dia masam2 
bila dah siap,. Simpan dalam peti ais lepas 3 hari 
dah boleh makan.. Makan dengan ikan bakar kosong 
(tanpa garam kunyit) peerrrgghhh terangkat ! 
orang dulu2 memang pandai cipta makanan2 macam ni kan. 
Jimat kos pulak tu..


Yana balik nanti nak pergi rumah mak ambik 
sebekas jeruk maman ni sebab tadi balik tengahari 
singgah rumah mak ternampak dah maman ni dalam 
peti ais, cuma saja je tanya mak untuk kepastian 
dan minta izin nak sikit.. uuuiiihh dah menjejeh air 
liur teringatkan waktu berbuka ni nanti !

Tuesday, July 23, 2013

Celoteh Yana : Part 152 - Kurang Kalsium Agak nya

Assalamualaikum,




Alhamdulillah, nak masuk minggu ke 30 minggu ni.. 
'dak kecik' pun sihat walafiat je, aktif hatta di bulan puasa. 
Sama2 eksaited dekat waktu nak berbuka. 


Cuma nya, Yana dah mula rasa sakit gigi. 
Lagi2 kawasan gigi geraham. Mesti sebab 'dak kecik' 
dah mula tarik banyak2 kalsium dari ibu dia ni. 
Rasa nya nak kena beli lah apa2 jenis susu untuk 
topup kalsium ni. Stok susu kambing ada kat rumah, 
tapi manis pulak. Jenama Yusmira tak salah, ada 
banyak lagi dalam 2 papan lagi sebelum ni beli 
borong kirim dengan Kila kawan blogger jugak. 
Tapi sejak mandong memang takde selera nak 
minum susu pun, asal minum je muntah. Sampai
sekarang, tapi kalau dah macam ni memang 
kena minum balik lah kan..


Rasa nya habiskan yang tu jelah kot, campur air 
masak ke atau 1 sachet tu buat 2 cawan : 2 kali minum. 
Hurm, tak seronoklah gini asal kemam mulut je, 
sakit gusi tu.. 




Friday, July 19, 2013

Celoteh Yana : Part 150 - Abby Abadi Dah Menikah !

Assalamulaikum,





Yana bukan suka sangat pasal gosip2 atau cerita artis. 
Tapi yang ni Yana tertarik nak share kan..
Yelah benda baik di bulan baik kan. 

Ye, Abby Abadi dah menikah dengan seorang 
pemuda bernama MOHD FARHAN 12 hari yang 
lalu kata nya .. Jom sama2 kita doakan yang terbaik 
untuk Abby Abadi dan suami. Semoga jodohnya kali ni 
panjang dan di rahmati Allah swt.



Celoteh Yana : Part 149 - Resepi Air Sedap Lagi Menyihatkan



Assalamualaikum,




4 AIR ISTIMEWA YANG SIHAT

Air masak yang di campur dengan buah-buahan 
macam di atas dapat membantu mengekalkan kesihatan 
kerana membantu membuang toksin dalam badan. 
Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan 
dahulu 20 minit sebelum minum. 


Jom buat sendiri:


1) Teh hijau, pudina, limau nipis

Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, 
sakit kepala, pernafasan



2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, 
kesihatan kardiovaskular, menyeimbangkan 
gula dalam darah


3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, 
mengawal selera makan, pencernaan


4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, 
pedih ulu hati





Minuman di atas hendaklah di minum pada 
suhu bilik untuk tempoh 48 jam. 
Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru. 
Cer try buat 1 ok...








Thursday, July 18, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Set Bersalin & Virgin Coconut Oil

Assalamualaikum,




Card reader ada masalah, rasa bengang macam nak buang dalam laut nasib baik takde laut kat sini.. Alih2 buang dia dalam laci je ! Geram sebab langsung tak connect dengan komputer. Dah lah haritu rosakkan memori kad telepon saya, terus gambar2 semua blank hilang .. Jadi gambar2 dalam entri ni adalah gambar dari mr Google ye. 



1) SET BERSALIN 

Yana sebelum ni ada lah dilema blur2 nak pilih set bersalin apa, tengok ramai buh review kata Tanamera baguslah, best lah, Nona Roguy lah, Sendayu Tinggi lah, bla bla bla.. Tapi dalam pada review tu, terkenan jugakla dengan salah satu produk di atas. Tapi memikirkan harga nya, range dalam 3-4ratus satu set, rasa terkedu jugak sebab yelah nanti bersalin dengan bil hospital, makanan2 dalam pantang, upah orang mengurut, barang2 yang tetiba diperlukan untuk di beli rasa macam eh baiklah jimat je kat set pantang ni. Dalam pada mencari, Yana tanya mak dulu dia pakai set bersalin yang mana. Kata nya Set Bersalin Afiat je. Yana tengok mak pun sihat je alhamdulillah, Yana pun mula lah review pasal set ni. Harga nya pun takdelah mahal dalam RM 89.90. Berpatutan lah dengan produk nya. Yelah produk orang kampung je, dah lama di pasaran + barang2 nya pun takdelah gah macam brand2 lain di atas tapi boleh lah ramai kot yang pakai zaman mak2 kita kan. Apa salah nya mengikut tradisi. hehee.. 
Tapi Yana ada jugak terjumpa pasal set bersalin HPA. harga pun lebih kurang Afiat tapi dah nama nak jugak mengikut tradisi Yana order Set Bersalin Afiat dengan YAKINJAYA ENTERPRISE ni.. (KLIK)


Owner nya bernama KI, Yana sebelum ni banyak kali jugak order barang dengan dia.. Sebab barang2 dia MURAAAAAHHH dari pasaran dan barang kedai online lain. Macam set Afiat ni, Yana dapat harga RM 80 je tau ! harga kedai RM 89.90 tu lah. Pastu beli barang RM 100 ke atas dia akan bagi diskaun lagio, bila dah total kan harga barang tu contoh nya : beli 2 set Afiat RM 80 + kos pos RM 6 : RM 166 dia akan minta bayaran RM 165 je. Kos pos dia pun murah tau.. Yana punya kos pos 3 barang : RM 4 je. POSLAJU pulak tu.. bukan pos lain2. Dan alhamdulillah, kelmarin settle bayaran hariniYana dah dapat Set bersalin ni. Dah bukak pembalut nya pun, ambik2 bau... heeee, wangi je rasa nya. Sebab kami anak beranak memang membesar dengan barang2 Afiat ni. Minyak sapu Afiat yang warna hijau tu selalu ada je stok kat rumah mak. Kalau lenguh2 ke, sengal2 badan ke, sapu je minyak ni. Bauan dia tu sebenar nya yang menenangkan langsung menghilangkan lenguh2 tadi. Cewah, boleh jadi duta Afiat dah ! 
Dalam set bersalin ni ada 10 barang iaitu :-





Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malamUntukmembantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskanbadan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan talipusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalindiminum 2 kali sehariuntukmerangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untukmenambahkan tenagamelancarkan perjalanan darah dan mengecutkantisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badandan khasiatnya sama seperti mandi lulur.

Okeh, nanti dah tiba masa guna nya, Yana bagi review k.


2) VIRGIN COCONUT OIL



Vco ni ramai yang tahu kegunaan nya kan.. Dah famous pun. Yana saja beli sebab kata nya boleh mencantikkan kulit, dan bagus untuk ibu hamil. Yana beli 2 botol, satu untuk Yana satu untuk En.Suami sebab dia ada masalah jerawat yang tak henti. Kot dengan izin Allah swt boleh kurang @ hilang jerawat2 dia tu, Yana jugak seronok sebab kesian dengan dia tak habis2 stress dengan masalah tu. Banyak kali tukar produk pembersih muka, semua nya keluarkan hasil yang sama. Jerawat masih ada. Harap2 guna VCO ni dapat membantu dia sedikit sebanyak. Pun Yana beli dengan Yakin Jaya Enterprise (KLIK) harga RM 36 untuk 1 botol. Harga pasaran RM 39.90 tak silap. Alhamdulillah, jimat banyak juga beli dengan YJE ni. Ada yang dapat result kulit cantik lepas 2 minggu makan VCO ni, Yana pun akan update juga nanti ye. Saja nak share testimoni dengan korang. hehe


YJE jugak ada bagi Yana 3 botol Caviar Essence PERCUMA kata nya suruh Yana cuba pakai.. macam serum muka. Gambar nya takde sebab masalah card reader tu lah. Kot nanti Yana pakai okay, Yana share kan testimoni dengan gambar essence tu sekali okay.





INFO : CARA TANGANI ANAK DEMAM, BATUK & SELSEMA

TIPS ATASI ANAK DEMAM, BATOK & SELESEMA





•Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.


•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.


•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)


•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.


•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.






TAPI , KALAU DEMAM BERLARUTAN TERUS BAWA KE KLINIK @ HOSPITAL UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT YE

Wednesday, July 17, 2013

LESS WORD : Appam





Benda ni nama nya APPAM. 
Makanan masyarakat India.. 
Rasa nya ada di jual kat kedai yang 
menjual Tosai ..
Dulu masa Yana kecik2, ayah setiap pagi 
belikan appam ni
buat bekal pergi rumah babysitter. 
Takdelah kecik sangat,, dalam umur
9-10 tahun camtu. Biasa nya disertakan dengan 
kuah kelapa yang warna putih tu.
Siapa yang pernah makan mesti tahu macam 
mana rasa nya..
Sedap nyaaaaaaa... Ingat malan ni nak ajak 
En.Suami pergi cari lah. Kalau dia balik cepatlah.
Kalau tak minta dia bungkus kan aje.. 
Kalau tak dapat ni, dapat tosai pun jadi lah. 
Janji nak kuah kelapa tu !





Selamat berbuka semua, Ramadhan ke 8 :)

Tuesday, July 16, 2013

Celoteh Yana : Part 147 - Baby Kicking !

Assalamualaikum,







(Hoi, seram nih !! ) haha


Di kala usia kandungan 28 minggu, ibu2 hamil 
lagi mengandong dah kena kira sehari sekurang 
kurang nya 10 tendangan dari janin yang dikandung. 
Tendangan yang kuat lah. 


Tapi macam Yana 
konfius jugak sebab nak kena tendangan yang 
kuat macam mana? Sebab ada yang kuat sangat, 
ada yang sedang2, ada yang perlahan. Tapi masih 
di kira sebagai tendangan. Dan ada hari yang 
awal dalam pukul 3 camtu dah dapat 10 x tendangan, 
ada hari pukul 9 malam baru cukup. 


Macam 'dak kecik' sejak puasa ni dia kurang aktif, 
dia aktif petang2 lepas Yana balik kerja dalam 
jam 5.30 camtu. Sejak 2,3 hari ni pulak dia aktif 
tak kira masa, macam semalam seharian dia aktif. 
Berhenti pun sekejap2 je. Alhamdulillah lah kan.. 
Hari ni, dia banyak pusing2 gerak2 kan badan dia. 
Dan sejak masuk minggu ke 28 ni, dia banyak duduk 
betul2 bawah dada.. Kadang2 jadi senak sebab rasa 
penuh je dia keraskan badan kat situ. 
Lagi2 lepas berbuka. Memang duduk macam mana 
pun jadi tak selesa. Baring lagi lah tak selesa, 
sebab lepas makan berbaring tak elok pulak. 


Nak pulak Yana baca kat mana ntah artikel sorang 
doktor ni kata masa mengandung ni, sistem 
penghadaman ibu jadi lemah. Makanan lambat tercerna. 
Sebab tu selalu rasa senak, kena pedi ulu hati. 


Persoalan nya sekarang, macam mana korang kira ek? 
Lagi satu leceh nak kena tanda buku setiap kali tendang,. 
Yana selalu hafal jelah berapa kali cukup 10 pastu 
baru tanda. Takpun malam sebelum tidur baru tanda. 

Monday, July 15, 2013

Celoteh Yana : Part 175 - Puasa Ke 6

Assalamualaikum,



Diam2 dah masuk puasa hari ke 6, selama Isnin sampai Jumaat ritu buka puasa kat rumah mertua je, rindu sangat masakan emak & suasana berbuka kat rumah mak maka berangkatlah saya & En.Suami ke sana pada hari Sabtu. Yana awal2 pagi lagi dah pergi sebab mak ajak pergi pasar basah kat Selayang. En.Suami kerja.. So, balik pasar dalam jam 10 pagi terus tolong2 mak siang ikan, ayam, siput semua lah.. + sayur2. Petang tu kami berbuka ikan duri masak asam pedas, siput sedut masak lemak, sayur bayam tumis. Yana makan sampai senak perut ! hahaha.. mana tak nya lauk je dah penuh pinggan. Sampai tenggelam nasi, hehe. Semua nampak dan berbau sedap haruslah ambik serba sikit semua jenis. Pastu dengan desert lagi, buah lagi.. Phew ! Solat haritu kena duduk atas kerusi je sebab tak larat sangat nak turun naik ... lol !


Esoknya (Ahad), Yana tolong masakkan ayam masak kicap, mak panaskan lauk siput & ikan duri tu, goreng telur pastu su'un masak lemak putih. Tapi kami adik beradik tuju lauk ayam kicap dengan su'un tu je, sebab semalam dah makan lauk dua tu, so mak ayah je yg makan lauk tu (teringat iklan sayang buang makanan yang tengah hangat kat TV sekarang ni).. Ibu bapa mesti dulu kan anak2 nya kan.. Sedih :(


En.Suami plak memang tak pernah dapat lagi buka sama2 kami, baik hari bekerja mahupun hari cuti. Sebab Ahad pun kena kerja. Bawak bos nya tetiba kata nak ke Muar, pagi Ahad tu call suruh standby jam 4 petang nak ke Muar ada dinner. Dah nama pun tugas, Yana relakan dia pergi. Sambil tu syukur sebab ada rezeki lebih kami nak raya ni, rezeki 'dak kecik' jugak .. Ha ! Lupa nak cakap, hari Sabtu tu Yana sempat bawak adik2 pergi beli baju2 kasual raya ni, singgah Jaya Jusco ternampak stroller ada discount. Barang2 lain pun ada gak, tapi hati duk teringat je dekat stroller tu sebab asalnya harga dia RM 2++ dekat RM 300 jugak tapi bila dah discount haruslah separuh dari tu kan. Dah gtau kat En.Suami, nanti nak ajak dia tengok.  Sale nya sampai 7@8 Aug nanti. Sesiapa yang masih mencari barang2 baby, bolehla singgah. Parkson pun buat sale, baju seluar budak2 berjenama KIKO,POLO semua ada sale, dari 20-70%. Jenguk lah tau.. 


Takde gambar makanan, hatta gambar shoppingan .. Saja je bebel 

Sunday, July 14, 2013

INFO : MERAWAT JAUNDIS @ MASALAH KUNING PADA BAYI BARU LAHIR

(sticky post 1minggu, scroll bawah untuk post baru ye :))




Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.


NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)


BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.



:: Alhamdulillah, Ramadhan Al Mubarak semakin menghampiri.. 
Kurma, madu, buah tin & susu kambing
sangat mudah didapati. Jom kita amalkan ::






Friday, July 12, 2013

Celoteh Yana : Part 174 - Pasal Scan 4d Lagi

Assalamualaikum,




Yana dah survey2 tempat nak buat scan 4d ni. 
Ada 2 klinik dekat area rumah,
1 klinik Fadzilah nama dia, cas RM 160 camtu 
detail scan dapat CD tapi bulan ni dia buat 
1 hari je 20/7/2012 pagi sampai jam 1 petang camtu. 
1 lagi klinik Mediviron cas RM 90 dapat gambar 
sekeping je buat hari biasa sampai jam 6 petang saja. 


Tanya klinik Jezzlyn yang famous kat Ampang
tu dah Fully book bulan ni, tanya klinik Pakar 
Wanita Medina cas RM 150 ke atas tapi buat 
sebelum jam 6 petang saja. Lepas raya baru buat 
sampai jam 10 malam. Tanya punya tanya.. 
Semua nya tak menepati ciri2 yang yana nak.. 
Paling utama sebab nya En.Suami tak dapat join, 
yelah kalau dia buat hari biasa @ siang hari je dah 
tentu lah Yana kena gi sorang2 kan. Tak best lah.. 
nak jugak gi ngan En.Suami biar dia sama2 happy 
tengok anak dia. Memang ada sesetengah tempat bagi 
CD tapi feel tu lain dari tengok depan2. 


Kalau nak tunggu lepas rasa boleh jugak sebulan 
lagi tapi.. masa tu kan dah 8 bulan, masih ada ruang 
ke untuk scan dapat gambar @ posisi baby yang 
cantik. Kot lah dah sempit ke, kurang air ketuban ke.. 


Dalam dilema sungguh, apa pendapat korang?

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm