Monday, July 15, 2013

Celoteh Yana : Part 175 - Puasa Ke 6

Assalamualaikum,



Diam2 dah masuk puasa hari ke 6, selama Isnin sampai Jumaat ritu buka puasa kat rumah mertua je, rindu sangat masakan emak & suasana berbuka kat rumah mak maka berangkatlah saya & En.Suami ke sana pada hari Sabtu. Yana awal2 pagi lagi dah pergi sebab mak ajak pergi pasar basah kat Selayang. En.Suami kerja.. So, balik pasar dalam jam 10 pagi terus tolong2 mak siang ikan, ayam, siput semua lah.. + sayur2. Petang tu kami berbuka ikan duri masak asam pedas, siput sedut masak lemak, sayur bayam tumis. Yana makan sampai senak perut ! hahaha.. mana tak nya lauk je dah penuh pinggan. Sampai tenggelam nasi, hehe. Semua nampak dan berbau sedap haruslah ambik serba sikit semua jenis. Pastu dengan desert lagi, buah lagi.. Phew ! Solat haritu kena duduk atas kerusi je sebab tak larat sangat nak turun naik ... lol !


Esoknya (Ahad), Yana tolong masakkan ayam masak kicap, mak panaskan lauk siput & ikan duri tu, goreng telur pastu su'un masak lemak putih. Tapi kami adik beradik tuju lauk ayam kicap dengan su'un tu je, sebab semalam dah makan lauk dua tu, so mak ayah je yg makan lauk tu (teringat iklan sayang buang makanan yang tengah hangat kat TV sekarang ni).. Ibu bapa mesti dulu kan anak2 nya kan.. Sedih :(


En.Suami plak memang tak pernah dapat lagi buka sama2 kami, baik hari bekerja mahupun hari cuti. Sebab Ahad pun kena kerja. Bawak bos nya tetiba kata nak ke Muar, pagi Ahad tu call suruh standby jam 4 petang nak ke Muar ada dinner. Dah nama pun tugas, Yana relakan dia pergi. Sambil tu syukur sebab ada rezeki lebih kami nak raya ni, rezeki 'dak kecik' jugak .. Ha ! Lupa nak cakap, hari Sabtu tu Yana sempat bawak adik2 pergi beli baju2 kasual raya ni, singgah Jaya Jusco ternampak stroller ada discount. Barang2 lain pun ada gak, tapi hati duk teringat je dekat stroller tu sebab asalnya harga dia RM 2++ dekat RM 300 jugak tapi bila dah discount haruslah separuh dari tu kan. Dah gtau kat En.Suami, nanti nak ajak dia tengok.  Sale nya sampai 7@8 Aug nanti. Sesiapa yang masih mencari barang2 baby, bolehla singgah. Parkson pun buat sale, baju seluar budak2 berjenama KIKO,POLO semua ada sale, dari 20-70%. Jenguk lah tau.. 


Takde gambar makanan, hatta gambar shoppingan .. Saja je bebel 

8 comments:

Nina Aman said...

slmt berpuasa yana...mencabar x puasa time preggy?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Nina Aman : Sangat mencabar ! Alhamdulillah, dak kecik pandai bajet time.. nak dekat buka je dia lebih aktif, selebih nya dia gerak sedang2 je

Chekgu Azrine said...

selamat berbuka sis..hari ni masak apa??

- AZIE - said...

parkson ada wat sale...betul tue...boleh rambang mata shopping baju anak

Cik Puan Rara said...

hai yana! hehehe biasalah.dh sarat2 ni mst xlarat nk solat diri dh kan.xpe duduk pon.hmm rara pon xsbr nk g shopping raya next week ni.hehehe

Aty_Fared said...

waaahhh...mmng nk rembat selai 2 lg bj anak,,ley gi parkson nnti..:)

IntaNBerliaN said...

selamat berpuasa yana.. akak pun kalu mkn mesti semua lauk g ada nak rasa.. hihii

*nanti bg alamat dkt akak yer.. nak bg bookmarks raya

zarina_naniey@yahoo.com.my

thanks

Fifi Nadhrah said...

alhamdulillah.. masih boleh berpuase kan yana.. kuat ibu ni.. hihi.. lepas ni fifi nak terjah JJ la..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm