Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Produk Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Produk Kesihatan. Show all posts

Monday, December 16, 2013

IKLAN : DOUBLE STEM CELL

Assalamualaikum...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
DOUBLE STEM CELL
Produk ni boleh merawat 1001 satu penyakit.
tak kira lah penyakit dalaman atau luaran.
in shaa Allah boleh dengan i...zinNya.
 
 
 
Antara kebaikan pengambilan Double Stem Cell
untuk semua
(tidak kira lelaki atau wanita) :

 -Membantu mengurangkan kedutan pada kulit
terutama kulit muka.

 -Membantu menguatkan sendi dan tulang.

 -Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit.

 -Membantu bertindak sebagai anti penuaan dan
antioksidan untuk menjaga
kesihatan dan jantung. 

 -Mengurangkan risiko kanser.

 -Membantu menigkatkan daya penyerapan
kolagen oleh badan.

 -Membantu merangsang badan bagi
menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri.

 -Membantu menjadikan kulit gebu, halus,
licin, anjal dan menjaga kelembapan kulit agar
kulit sentiasa segar dan bermaya.

 -Melindungi kulit daripada terkena cahaya UV
berlebihan yang boleh merosakkan sel-sel kulit.

 -Membantu memejalkan (firming) payudara.

 -Amat sesuai untuk ibu selepas bersalin dan
berpantang kerana ia mampu merawat rahim
dengan mempercepatkan proses pengecutan rahim
serta mampu mempercepatkan lagi pemulihan
akibat luka bersalin.

 -Membantu mengetatkan Miss V kita,
malah mencantikkannya seperti anak dara.

 -Menambah rangsangan seksual suami isteri.

 -Membantu menyuburkan dan boleh
membantu proses mendapatkan zuriat
( Insya Allah dengan izin Allah SWT)

 -Kebaikan paling ketara ialah BEAUTY SKIN.
 ia membantu menghilang/memudarkan kesan
jerawat/jeragat, malah wajah akan lebih cerah,
berseri seri dan cantik.

 
 

 
TESTIMONI PENGGUNA :-


 
 
 
 
kalau berminat nak cuba,
boleh hubungi saya YATY di :-

SMS / TELEFON / WHATSAPP
no - 01118707308. 

 
 
 
Boleh juga menjana pendapatan sampingan
 
 

 


Thursday, July 18, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Set Bersalin & Virgin Coconut Oil

Assalamualaikum,




Card reader ada masalah, rasa bengang macam nak buang dalam laut nasib baik takde laut kat sini.. Alih2 buang dia dalam laci je ! Geram sebab langsung tak connect dengan komputer. Dah lah haritu rosakkan memori kad telepon saya, terus gambar2 semua blank hilang .. Jadi gambar2 dalam entri ni adalah gambar dari mr Google ye. 



1) SET BERSALIN 

Yana sebelum ni ada lah dilema blur2 nak pilih set bersalin apa, tengok ramai buh review kata Tanamera baguslah, best lah, Nona Roguy lah, Sendayu Tinggi lah, bla bla bla.. Tapi dalam pada review tu, terkenan jugakla dengan salah satu produk di atas. Tapi memikirkan harga nya, range dalam 3-4ratus satu set, rasa terkedu jugak sebab yelah nanti bersalin dengan bil hospital, makanan2 dalam pantang, upah orang mengurut, barang2 yang tetiba diperlukan untuk di beli rasa macam eh baiklah jimat je kat set pantang ni. Dalam pada mencari, Yana tanya mak dulu dia pakai set bersalin yang mana. Kata nya Set Bersalin Afiat je. Yana tengok mak pun sihat je alhamdulillah, Yana pun mula lah review pasal set ni. Harga nya pun takdelah mahal dalam RM 89.90. Berpatutan lah dengan produk nya. Yelah produk orang kampung je, dah lama di pasaran + barang2 nya pun takdelah gah macam brand2 lain di atas tapi boleh lah ramai kot yang pakai zaman mak2 kita kan. Apa salah nya mengikut tradisi. hehee.. 
Tapi Yana ada jugak terjumpa pasal set bersalin HPA. harga pun lebih kurang Afiat tapi dah nama nak jugak mengikut tradisi Yana order Set Bersalin Afiat dengan YAKINJAYA ENTERPRISE ni.. (KLIK)


Owner nya bernama KI, Yana sebelum ni banyak kali jugak order barang dengan dia.. Sebab barang2 dia MURAAAAAHHH dari pasaran dan barang kedai online lain. Macam set Afiat ni, Yana dapat harga RM 80 je tau ! harga kedai RM 89.90 tu lah. Pastu beli barang RM 100 ke atas dia akan bagi diskaun lagio, bila dah total kan harga barang tu contoh nya : beli 2 set Afiat RM 80 + kos pos RM 6 : RM 166 dia akan minta bayaran RM 165 je. Kos pos dia pun murah tau.. Yana punya kos pos 3 barang : RM 4 je. POSLAJU pulak tu.. bukan pos lain2. Dan alhamdulillah, kelmarin settle bayaran hariniYana dah dapat Set bersalin ni. Dah bukak pembalut nya pun, ambik2 bau... heeee, wangi je rasa nya. Sebab kami anak beranak memang membesar dengan barang2 Afiat ni. Minyak sapu Afiat yang warna hijau tu selalu ada je stok kat rumah mak. Kalau lenguh2 ke, sengal2 badan ke, sapu je minyak ni. Bauan dia tu sebenar nya yang menenangkan langsung menghilangkan lenguh2 tadi. Cewah, boleh jadi duta Afiat dah ! 
Dalam set bersalin ni ada 10 barang iaitu :-





Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam. Untukmembantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga.
Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan untuk memanaskanbadan selepas mandi.
Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.
Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan talipusat.
Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, untukmerangsang tenaga dan menguatkan badan.
Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.
Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untukmenambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkantisu vagina.
Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi untuk menyegarkan kulit badandan khasiatnya sama seperti mandi lulur.

Okeh, nanti dah tiba masa guna nya, Yana bagi review k.


2) VIRGIN COCONUT OIL



Vco ni ramai yang tahu kegunaan nya kan.. Dah famous pun. Yana saja beli sebab kata nya boleh mencantikkan kulit, dan bagus untuk ibu hamil. Yana beli 2 botol, satu untuk Yana satu untuk En.Suami sebab dia ada masalah jerawat yang tak henti. Kot dengan izin Allah swt boleh kurang @ hilang jerawat2 dia tu, Yana jugak seronok sebab kesian dengan dia tak habis2 stress dengan masalah tu. Banyak kali tukar produk pembersih muka, semua nya keluarkan hasil yang sama. Jerawat masih ada. Harap2 guna VCO ni dapat membantu dia sedikit sebanyak. Pun Yana beli dengan Yakin Jaya Enterprise (KLIK) harga RM 36 untuk 1 botol. Harga pasaran RM 39.90 tak silap. Alhamdulillah, jimat banyak juga beli dengan YJE ni. Ada yang dapat result kulit cantik lepas 2 minggu makan VCO ni, Yana pun akan update juga nanti ye. Saja nak share testimoni dengan korang. hehe


YJE jugak ada bagi Yana 3 botol Caviar Essence PERCUMA kata nya suruh Yana cuba pakai.. macam serum muka. Gambar nya takde sebab masalah card reader tu lah. Kot nanti Yana pakai okay, Yana share kan testimoni dengan gambar essence tu sekali okay.





Friday, July 5, 2013

Celoteh Yana : Part 170 - Suplemen Tambahan Untuk Perempuan Mengandung

Assalamualaikum,




Sejak keluar hospital, badan rasa penat lah. 
Macam tak cukup rehat pun ada tapi pelik pulak 
sebab kat hospital tu kerja nya makan tidur rehat aje. 
Tapi serius sekarang penat macam hari2 kerja kat 
sawah padi. Adakah ini sebab pembawaan budak? 
Yelah mana nak bawak budak, bawak badan mak 
budak yang semakin sihat...hehe. 


Masa korang 
mengandung kan, ada tak feeling2 camni? Kalau 
korang ada makan supplemen apa2 yang boleh 
bantu tambah tenaga apa kata korang 
share sikit. 



Thursday, October 4, 2012

Celoteh Yana : Part 64 - Tanya Sama Doktor

Assalamualaikum,



Kalau ikutkan, Yana dah dekat 3 bulan 
tak period. Sangat risau HORMON punya 
pasal lah apa lagi. 


Last sekali datang masa bulan June hari tu, 
tu pun sebab makan Biodex. 
Bila dah stop Biodex, tak period dah. 
Haiss.. Tapi sejak Yana makan 
Alhamdulillah, period dah datang :)


Setelah lama ku menunggu. 
Masa hari pertama Yana minum pati delima, 
rasa nya masam ! Dah lama2 okay lah jugak, 
masih masam lagi..hehee. 
MENARIK NYA, 
hari ke 4-5 minum pati tu, Yana rasa SENGAL2 
KAT BAHAGIAN ARI2 sebelah kiri. 
Orang kata nak OVULATE.. Atau telur nak keluar. 
Maksud nya kalau tak di senyawakan, 
akan keluarlah sebagai period. 
Kalau disenyawakan, jadilah baby... 
Tapi Yana wat tak tahu jelah kan, 
dua hari jugakla rasa sengal2 sikit. 
Mungkin juga Pati Delima ni bantu 
betulkan balik apa yang tak betul dalam 
rahim Yana ni. Dan hari ke 8 dah mula 
keluar brown spot..Sampai hari ke 10 
iaitu 30.9 darah merah keluar.. 
Seronok sangat rasa nya sebab takdelah rasa 
stress je tak period2 kan. Dan bila dah 
period mula lah nak merancang, untuk baby.. 



dan Yana dalam dilema, 
pasal pernah 2x gugur, pastu ini 1st period 
lepas 3bulan tak period. So Yana email 
DR SUHAIMI tanya dia pasal ni 


saya dah keguguran 2x tahun ni, terakhir awal bulan 5. 
Selepas tu period bulan 6, lepas tu sampai hujung bulan 9 tak period. 
30.9 baru datang balik, itu pun sebab minum PATI DELIMA. 
Sekarang, perlu ke saya tunggu 3X PERIOD atau tak perlu kalau nak hamil semula? Atau boleh terus mencuba lepas darah kering? Mohon bantuan doktor jawab kan. 


Alhamdulillah, doktor tak sibuk, dia balas email Yana 

Tidak perlu tunggu. Bolih saje pregnant kalau dah bersedia. Pregnant saje terus jumpa pakar untuk bantuan untuk mengurangkan risisko miscarriage .



Jadi apa pendapat kawan2 ? 
Boleh kah Yana mencuba SEJURUS 
habis period??? heheee (soalan gatal ni)




Tuesday, August 7, 2012

Celoteh Yana : Part 44 - PEMENANG Contest Ramadhan

Assalamualaikum, 


mula2 Yana nak minta maaf,, 
sebab contest Ramadhan berakhir pada 5/8/2012 AHAD p
ada 12 tengahari dan sepatut nya pemenang di umumkan 
pada 5 petang hari yang sama. 
Tapi Yana ada hal penting nak di buat pada hari tu, 
sampai terlupa langsung. 
Lepas tu semalam pulak hari cuti (Selangor-Nuzul Quran) 
lagi lah Yana tak online.. 


Tapi takpe, walau camana pun, 
pemenang tetap pemenang kan :)



Dan di sebabkan hanya SEORANG =(   
sahaja SAHABAT yang join CONTEST RAMADHAN ni, 
Yana memang tujukan hadiah ni KHAS untuk dia... 
Cerita dia pun best, 
Yana suka dan hargai usaha dia tulis cerita 
untuk join contest ni.. Walaupun hadiah nya tak seberapa ..



Terima kasih kak Aton :)



Kak Aton akan dapat :-



BIO PROTEIN SOY MILK produk Cosway
untuk kegunaan sendiri :)


Kids Box With Cover – Safari Friends (Green)
untuk baby HELENA ! :)



Insyaallah, ada rezeki lebih Yana buat contest lagi, 
untuk kawan2 ye..



PADA KAK ATON, 
sila hubungi Yana dengan meng email :- yanapinggiran@yahoo.com.my
untuk PENEBUSAN HADIAH ....

Sunday, August 5, 2012

CONTEST 1 : CONTEST RAMADHAN !! :)

(sticky post sampai 5.8.2012 : 12pm)
scroll lagi untuk entri baru




26.7.2012 : 5.05pm
# update terbaru : ada hadiah istimewa sudah ditambah ye..
# update terbaru 2 : entri dilanjutkan sehingga 5.8.2012






Assalamualaikum,


Yana nak buat contest sempena Ramadhan jugak lah.. 
sebab haritu ada beli 2 tin BIO PROTEIN 
ni dari Cosway, untuk mencantikkan kulit, 
nak diet konon nya.. Nak voge de vass 
minum soya bagai,.. 



TETAPI, setelah Yana 
minum lebih kurang 3x bancuhan, 
Yana dapati Yana ada ALLERGIC dengan SOYA !!!! 
eeeewww, tak suka betul sebab KEPUTIHAN 
datang dengan banyak nya, berketul2 !! 

Tak suka laaaa, sebab beli mahal tau, 
tak ingat dah harga berapa.. Tapi puluh2 jugak lah, 
jadi Yana nak hadiahkan pada SEORANG 
pembaca yang bertuah. Yelah daripada tak berminum, 
yang satu lagi tu dah bukak tu langsung jadi 
hiasan je kat dapur rumah mak Yana.. 
Nak buang sayaaaaannngggg...


Mak pun tak boleh minum sebab ada GOUT, 
kekacang kan diorang tak bolehhhhh.. 
Ayah dan adik beradik lain semua takmau. 
Hurm, jadi rezeki pembaca bertuah tu nanti lah kan :)

Okay, Yana tunjuk dulu apa benda nya dan 
macam mana rupa nya :-


BIO PROTEIN SOY MILK dari COSWAY


Satu Tin Saja, Masih BerSEAL .. Belum buka


High Protein, Low Fat, Sugar Free ! :)




Ni link produk dari Cosway : BIO PROTEIN SOY MILK







SATU LAGI HADIAH SUDAH DI TAMBAH :)



Kids Box With Cover – Safari Friends (Green)

Description : -
♥ Material : 150D Polyester With Print
♥ Durable, Stylish & Functional
♥ SIZE : 30L x 21W x 25H cm
♥ Excellent space solutions for clothes, linens, diapers stationery, 
electronic gadgets, CDs, toys, books & magazine.
♥ Suitable for nursery, school, bedroom, office, traveling & in car
♥ Brightens up room, making it more fun & exciting
♥ Foldable when not in use




PRODUK DARI KEDAI MyBabyStore FB













Cara nak join contest ni senang je :)


1) TULISKAN TAJUK ENTRI KORANG 
"CONTEST RAMADHAN : BIO MILK COSWAY"


2) COPY HEADER BLOG bilaupttestmulapositif DAN PASTE KAN PADA ENTRI TU BESERTA LINK BLOG NI YE 





3) TULISKAN SATU CERITA YANG PALING BEST PERNAH TERJADI DALAM HIDUP KORANG MASA BULAN RAMADHAN.. 


4) PUBLISHKAN ENTRI KORANG, DAN TINGGALKAN LINK BLOG KORANG DALAM KOTAK KOMEN KAT BAWAH.. senang je kan? Budak 7 tahun pun boleh buat dah :)





Okay cepat ye, contest dilanjutkan sehingga 
5/8/2012 jam 12 tengahari sahaja..
Dan pemenang akan di umumkan
pada hari yang sama, 
jam 5 petang !! 
(hadiah akan dipos pada keesokan harinya, 6/8/2012)

















SELAMAT BERJAYA >.<

p/s: Pastikan korang ada blog ye
(tak sabar nak baca cerita best2 korang)



Friday, July 13, 2012

Celoteh Yana : Part 28 - Update Biodex (4)

Assalamualaikum,



Yana nak update tentang Biodex... 


Buat masa ni Yana masih teruskan dengan 
makan Liquid Manja Prune. 
Dah masuk kotak ke 2, 
kotak pertama habis 3/7/2012 haritu. 
15/7/2012 ni akan habis kotak ke 2 ni, 
kena topup lagi kot.. 
Sebab Rasa nya sedap, macam sprulina pun ada. 
Dan Yana rasa sesuai dengan Yana, 
senang tidur (takdelah insomnia kan :)), 
buang air besar pun lawas, 
badan rasa bertenaga dan juga 
masalah keputihan TIADA ! 


Alhamdulillah, kalau tak sebelum ni 
asyik lah keputihan ada, sekejap banyak 
sekejap sikit. TAK SELESA. 
Sampaikan PANTYLINER adalah 
benda WAJIB ADA dalam almari Yana. .


Insyaallah, masuk kotak ke 3 nanti, 
Yana nak ambil Liquid Manja Prune + SupreMix pulak.
Dengar nya SupreMix ni selain dari bantu 
masalah dalaman, ia juga membekalkan 
tenaga yang lebih !
Makna nya bertambah la tenaga Yana 
nak puasa nanti kan :)



Kalau ada sesiapa berminat nak juga try 
produk BIODEX ni, boleh beli dari kawan Yana ni..

Namanya Abang Ki, Yana memang 
beli dengan dia je.. Tak beli dengan orang lain pun,.

Ni link kedai Abang Ki : Yakin Jaya Enterprise



Semoga ikhtiar Yana ni, 
Allah swt akan kurniakan zuriat yang 
sihat untuk Yana suatu hari nanti..
Berserta doa dari Yana, En.Suami dan kawan2 semua.. 


Amin...

Saturday, June 2, 2012

Celoteh Yana : Part 2 - Produk Kesihatan

Assalamualaikum, 


Yelah, kan Yana dah cakap nak rehatkan rahim
koman2 pun 3bulan tapi ni baru habis pantang 2
hari dah terasa nak preggy balik.. 
Seronok tau perasaan bakal menjadi ibu ni.. 
Betapa tak sabar nya Yana nak ada ank sendiri.. 
Sebab tak lama lagi (bulan 9) Yana dan En.Suami
akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama ..
kalau dapat hadiah UPT positif lagi memang best kan :)



Apapun sekarang Yana tengah plan nak start 
makan makanan kesihatan dulu, nak kasi rahim kuat,
tingkatkan kesuburan dan fizikal mental bersedia 
jadi masih survey produk yang nampak nya 
boleh membantu ramai orang, lagi2 yang pernah 
keguguran macam Yana... 


Produk apa? Produk ni untuk kesihatan dalaman,
menguatkan rahim, meningkatkan kesuburan, 
membantu kandungan supaya lebih sihat
dan kalau bertuah akan nampak effect luaran juga.. 
Macam kulit lebih licin, mulus dan bertenaga.
Kita takkan mudah letih yang mana produk ni
memberi tenaga lebih untuk melancarkan aktiviti seharian kita..


Setakat ni, Yana dah baca testimoni2 pengguna dia,
ramai yang kata insyaallah berkesan. 


Yang penting, kita tak menaruh 100% kepercayaan
pada produk semata mata tapi percaya pada kuasa
Allah swt yang lebih utama.



Nanti bila dah start, Yana beritahu ye produk apa.
Sebab Yana pun masih survey, belum beli lagi..
Kalau nak start konsume pun mungkin lepas
genap sebulan gugur iaitu 10.5.2012 ni..



Tengoklah macam mana nanti ok..
Buat masa ni, Yana dah start makan 
asid folik balik. Supaya kalau mengandung 
nanti, baby dah dapat kebaikan dari nya..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm