Tuesday, August 28, 2012

Celoteh Yana : Part 55 - Majlis Bertunang

Assalamualaikum, 



Semalam kan Yana dah janji nak update 
tapi tak berkesempatan. 
Kerja kat ofis banyak, yelah baru naik cuti kan, 
pastu rushing pulak nak balik rumah sebab 
malam semalam sepupu rapat Yana bertunang. 



Konon nya nak merisik aje, 
tapi setelah perbincangan orang tua tua di 
buat malam sebelum nya, mereka sepakat menunangkan 
sepupu saya ni terus. 



Nak di jadikan cerita, 
ada sikit kekecohan berlaku, 
bukan bergaduh pun.. 
Kira macam perdebatan mulut antara 
keluarga pihak lelaki dan 
perempuan (sebelah kami).. 



Sebab keluarga pihak lelaki minta 
PERCEPATKAN pernikahan, menurut bapa pihak lelaki, 
anak nya yang juga lelaki sebelum ni juga 
bernikah awal untuk mengelakkan fitnah. 
Yelah, nanti nak keluar berdua beli barang lah, 
beli cincin lah, isi borang kawin lah.. 
Korang faham2 lah kan. 


Jadi untuk mengelakkan masalah2 ni, 
pihak lelaki mencadangkan NIKAH AWAL. 
Dengar nya macam nak menikah LA TU JUGAK ! 
hehee, tapi pihak kami yang di wakili datuk saudara kami, 
menolak dengan cara baik. Menggunakan ayat2 
berhemah, supaya tetamu tidak berkecil 
hati atau terasa. 



Dan alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. 
Mereka selamat ditunangkan, 
ikatan maksimum ialah 1 TAHUN, 
andai mahu / boleh di percepatkan 
mereka akan berbincang semula. 



Dan semalam Yana kena jadi 'gadis kamera terjun' 
sebab dah ada Black Maria kan.. hehee, 
tu yang tak sempat2 nak update cerita raya 
dan percutian tu, gambar semua dah transfer ke laptop.




takpelah, jom kita tengok sikit2 gambar. 
Kot2 korang kenal ke .. ;)



(Keluarga kedua belah pihak)
Yang baju hitam tu lah "tunangan" dia :)



('Pengantin' bersama adik beradik)
 



(Cincin merisik dan bertunang) 




(Yana dengan 'pengantin')



Cerita pasal 'pengantin lama' malam ni Yana buat ek, 
sok2 kita Auto Publish je.. hehee, dasar malas kan :)


Salam sayang, Yana 

Monday, August 27, 2012

Celoteh Yana : Part 54 - Salam Aidilfitri

Assalamualaikum,


Sementelah kita masih dalam bulan Syawal ni kan, kita bersalam Aidilfitri dulu.

Apa pun, Syawal kali ni sangat meriah.. Mana tak meriah kan, siap pergi bercuti lagi..

Belum pernah Yana buat .. sebelum ni kan beraya dengan family, kali ni beraya dengan En.Suami bolehla plan sakan kan.. Kalau ikutkan family, memang beraya rumah ke rumah jelah. Takde nye sampai ke pulau tu.

Nanti Yana sambung cerita ek, nak buat kerja dulu :)

Friday, August 17, 2012

Celoteh Yana : Part 53 - Salam Takziah

Assalamualaikum, 


Di kala umat Islam sedang membuat 
persiapan akhir untuk menyambut 
bulan Syawal sehari lagi, ada insan yang berduka, 
kehilangan cahaya mata yang di kasihi..




Anak RINI AF telah meninggal dunia 
tengah hari tadi, di hospital Kajang.




Baca berita lanjut kat sini : Anak RINI AF meninggal dunia


Sama2 kita sedekahkan ALFATIHAH 

Celoteh Yana : Part 52 - SELAMAT HARI RAYA

(auto publish post)






Assalamualaikum,


(sumber : google)



Semoga perjalanan balik kampung kawan2 , 
selamat dan dirahmati Allah swt.
Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, 
atau perlakuan.


p/s: Harini atau esok mungkin Ramadhan terakhir, 
sama2 lah kita banyakkan ibadah sebelum 
banyakkan menjamu makanan :)

Thursday, August 16, 2012

INFO : PERKARA YANG PERLU DI AMALKAN IBU BAPA

Assalamualaikum,,




Amalkan..ada kebaikan disebaliknya... UTK SUAMI khasnya

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun 
kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru 


kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. 


Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan 


kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur 


itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.



4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita 


akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, 


misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Wednesday, August 15, 2012

Celoteh Yana : Part 51 - Cinta Hati no2 :)

Assalamualaikum, 




heeeeeeeeeeeee, 
seronok tak hengat senyum lebar sampai telinga !!



Yana dah dapat cinta hati baru, 
En.Suami hadiahkan. 

Errr, belum anniversary tapi dah dapat hadiah ye ?



Iyeeeee, sebab bini dia ni asyiklah ber'zikir' 
nakkan benda tuh ! hahaha sampai termimpi lah !
Apa bendalah yang Yana dapat tu kan??


Ni ha !!! Cinta hati no 2 sudah berada di tangan !! :)
Buat sementara ni NI LAH CINTA HATI NO 2 
saya sebab belum ada baby kan, 
dah ada nanti dia jatuh tempat ke 3 :) :) :) 
Tempat pertama mestilah En.Suami kan..
Tapi tempat TERAGUNG ialah keluarga Yana ! 













Nama dia BLACK MARIA ! heheee


Pasni BLACK MARIA @ BM akan berkhidmat 
nak sampaikan gambar2 
cantik kat korang >.< 


suka tak? 
suka tak?? 
heheeee...



Punya lah seronok dapat tengok BM 
buat pertama kali malam tadi, 
rasa nak nangis sebab impian 
Yana selama dari awal tahun hari tu dah tercapai !!! 


huuuuuuuuu, best2 sebab akhirnya BM 
dah berada dalam tangan ! 
Raya ni, honeymoon kali ni sarat lah 
gambar letop2 kan !! Cewah .. 
letop2 kalau ada skill , kalau takde, 
hancussss... hehehe



Lepas ni, semua gambar kena lah letak WATERMARK. 
Yelah, penat2 kita klik sana sini, 
sedap2 orang label gambar dia tak seronok ah kan ! 



Belum habis belek lagi....  
Satgi lunch time nak terus pergi kedai 
aksesori tengok ada apa2 tak yang boleh 
di tambah nak 'vogue' kan Black Maria nihhh !! 
heheee... (duit lagi... phewwww)



Chop2, Yana beli 2nd hand je,, 
dari trusted seller. 

Dapat RM 1050 heeeeeeee :)
(orang simpan duit nak raya, aku sibuk nak beli kamera)

Lagi satu website ni, trusted jugak :
http://shashinki.com/shop/




Best kan rege dia, tapi takdak memory card 
dengan warranty.. Tak kisah la nanti beli 
lah memory card baru kan :)

Warranty pun takpelah, sebab nama pun 2nd hand, 
TAPI KUALITI DIA RATING 9/10 tau.. 
masih SOLID, macam anak dara ! 


dapat beg, cleaning kit, charger, 
UV filter ngan user manual. Basic punya lah.. 
Strap pun original Nikon. 
Tapi semalam dah usha2 strap berwarna warni
kat online shop tu.. 
Takpe2, nanti kita mekap kan dia. 



Okaylah, sekian je nak berceloteh. Babai :)



p/s : sebelum beli, walaupun dah konfiden dengan 
penjual tu, CEK CEK DAN CEK barangan anda!
Pastikan sebelum anda pass duit pada orang tu,
barang adalah BAIK ! 
Bawa lah orang yang pandai dalam selok belok
barangan tu, tak kira barang apa pun, ini 
memudahkan urusan anda :)

INFO : PERKEMBANGAN BAYI BARU DILAHIRKAN

Tangan dan kaki masih melengkuk 

Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia limaatau enam bulan. 

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan tangannya, masih dominan. 

Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan -- dibalut selamat dalam selimutnya. 

Dikuasai oleh kelaparannya 

Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam. Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi. 

Menangis bentuk komunikasi utama 

Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti -- atau apa yang kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif. 

Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda. 

Dia hanya melihat wajah anda 

Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih, dan mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 12 inci/30 sentimeter. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu. Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya. 

Pembelajaran bermula dengan serta-merta 

Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga aktifnya. 

Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti memerhatikan anda. 

Bermain dengan bayi baru lahir anda 

Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa. Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja. 

Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring. Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat atau lima bulan. 

Adakah bayi saya berkembang secara normal? 

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu. 




Sumber : BabyCenter

Tuesday, August 14, 2012

Celoteh Yana : Part 50 - Mimpi

Assalamualaikum,



Malam tadi tidur jam 11.. 
Masa tu memang dah mengantuk sangat, 
sampai En.Suami kat sebelah pun Yana dah tak ingat. 
Hanya ingatkan bantal.. huhu. 
Dah lena sangat, sampai termimpi. 
Mimpi yang indah tapi ending tak indah.


Yana mimpikan yang Yana dah pregnant semula. 
Tapi dalam mimpi tu macam dah preggy 4-5 bulan 
sebab dah boleh nampak baby bump. 
Masa tu, dapat tengok ahli keluarga 
Yana semua happy, termasuk mak yang tersenyum je.. 
Yelah, seronokkan nak dapat cucu. 


Masa tu hari raya, suasana raya lah.. 
Kitorang se family kat rumah .. 
Yana tengah berdiri sambil tengok perut, 
membulat je cantik.. :) :)



Tetiba Yana rasa sakit perut cam senggugut 
tapi mild contraction lah.. Yana dah panik, 
Yana terus pergi tandas dan bukak panties, 
tengok2 ada kesan darah ! 
sama macam yang terjadi 2X sebelum ni 
(tanda2 keguguran).. 
Yana dah takut, sedih macam2 perasaan yang ada. 
Tetiba Yana rasa nak teran, 
dan ada darah menitik keluar dari arah faraj. 
Yana jadi tambah takut, bila nampak ada cebisan2 
daging dekat kawasan faraj tu beserta darah ! 



Yana sedih, menangis ! Tapi lepas tu, 
Yana terus berdiri, pakai semula panties 
dan tenangkan perasaan. 
Yana jalan keluar dari tandas, 
dan buat macam takde pape berlaku. 
Walaupun hati masih risau tentang apa yang jadi tadi. 
Dalam pada Yana blur2 tu, Yana terjaga dari tidur !
(apa punya mimpi lah kan, jalan cerita tak siap)


Ending nya takde keguguran berlaku tapi ada bleeding !! 


Mungkin sejak akhir2 ni Yana selalu 
fikirkan tentang perkara ni, 
iaitu Yana nak hamil semula tapi takut kejadian berulang.. 
Yana trauma. 

Dekat ofis Yana ni, ada seorang kawan lelaki. 
Cina, 4tahun kahwin, 
isteri dia pun dah 2 kali keguguran. 
Pagi ni, dia tanya 

Yana, "u tak mau baby lagi ke?" 

Yana jawab, "mau, tapi saya takut" 

Yana tanya dia, "isteri u macam mana, dah mula ke TTC" 

Dia jawab, "still try.."


Yana tanya dia tak jumpa doktor ke 
sebab takut kalau kali ke3 tak jadi jugak, 
ada masalah lain. 


Dia kata "DOKTOR MINTA SAYA TRY 5-6 KALI, 
BELUM JADI JUGAK BARU JUMPA DIA LAGI" 


Wat The Fish? 5-6kali?? 
Gila ke apa doktor tu? 
Ingat orang suka ke seronok ke nak 
pregnant dan gugur sampai 5-6kali?? 
hurm, tak bertauliah langsung jawapan dia kan.. 


p/s : bulan depan dah boleh mula TTC, 
Ya Allah, berilah aku peluang......

Celoteh Yana : Part 49 - Keputihan

Assalamualaikum,




Masalah keputihan selalu mengganggu orang perempuan kan. 
Suka sangat bakteria tu dengan Miss V. 
Yelah, kawasan lembap lagi harum tu.. hahaa.. 


Sapa2 ada masalah keputihan, meh sini Yana kongsi tips / petua camne nak hilangkan nya.. Insyaallah dengan izin Allah swt 
boleh hilang, paling tidak pun kita usaha dulu kan.


Kalau tak boleh hilang jugak, 
JUMPA LAH DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN. 

kot2 lah ada masalah lain, orang perempuan ni aset dia SATU je, RAHIM .. Kalau takde rahim, dalam erti kata lain 'dah dibuang', orang laki / suami akan rasa kosong.. Kosong ape? Hurm, macam tak sedap dahla bila bersama. Takde grip dan lemah je, dah takde kemutan. . Masya allah, minta dijauhkan.. 


Okay, jom cuba petua ni.



KAEDAH 1:
1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.


gambar daun pegaga untuk masalah keputihan
Gambar hiasan - Mang Andri (Flickr)


2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.




KAEDAH 2:
1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

gambar daun sirih untuk masalah keputihan
Gambar hiasan - Id.Wikipedia.Org


2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.





TAPI ...

Kalau nak Miss V elok je molek takde keputihan, sambil kita cuba petua kat atas ni.. kita pun kena lah jaga dia elok2. Ni panduan nya :


~ Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.

~ Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit memasing.

~ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

~ Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.

~ Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.



Okay, siap.. ! SELAMAT MENCUBA.. Kalau berkesan, kongsi2 lah ye.

Monday, August 13, 2012

INFO : KEHAMILAN LUAR RAHIM

Apakah itu kehamilan di luar rahim? 

Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopicbermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya. 

Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku? 

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid. 

Mengapakah kehamilan di luar rahim berlaku? 

Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim. 

Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim? 

Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:
  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia(chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.

  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.

  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).

  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.

  • Jika anda merokok.

  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim? 

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguranseperti senggugut dan keluar sedikit darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

Pendarahan faraj yang tidak normal
Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun").

Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut
Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor.

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:
  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.

  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.

  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.

  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya syak bahawa saya hamil di luar rahim? 

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika tiub anda telah pecah, anda perlu terus dibedah, tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang.

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan, serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja samada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan samada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana ia merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim.

Doktor akan menjalankan pemeriksaan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadang-kala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.

Jika doktor mengesyaki kehamilan di luar rahim tetapi belum dipastikan melalui pemeriksaan ultrabunyi, anda perlu menjalani pemeriksaan laparoskopi. Ia dilakukan dengan cara memasukkan sejenis alat pemerhati kecil ke dalam perut melalui satu potongan kecil untuk memeriksa tiub-tiub anda. 

Bagaimanakah kehamilan di luar rahim dirawat? 

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk memotong tiub falopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Tiub tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana:
  • pembedahan ini lebih cepat;

  • kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini;

  • anda tidak perlu tinggal lama di hospital;

  • kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Jika tiub anda telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini merupakan cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang.

Samada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada:
  • tahap kerosakan tiub tersebut;

  • tahap kesihatan tiub falopio yang satu lagi;

  • keinginan anda untuk hamil lagi.

Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes di mana tiub tersebut dapat diselamatkan (kira-kira 4 peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan 8 peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya.

Metotreksat kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap yang rendah, dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.

Dalam kes-kes tertentu di mana kehamilan di luar rahim telah dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau "tunggu dan lihat". Ini kerana, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes di mana tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah. Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes-kes tersebut. 

Adakah kehamilan di luar rahim akan menjejaskan kesuburan? 

Jawapannya ialah ya, ia mungkin berlaku.

Jika tiub-tiub falopio anda tidak rosak selepas kehamilan di luar rahim, maka kebarangkalian untuk anda hamil lagi adalah sama. Jika satu daripadanya telah pecah atau rosak teruk, kebarangkalian untuk hamil adalah kurang, terutamanya jika tiub yang satu lagi itu turut terjejas akibat PID atau endometriosis. Dalam kes ini, samada lebih sukar untuk hamil tetapi masih boleh, bergantung kepada kes anda sendiri.

Kira-kira 65 peratus wanita yang mengalaminya akan hamil lagi dalam masa 18 bulan selepas kehamilan di luar rahim, tetapi jika kedua-dua tiub falopio anda rosak atau pecah, anda mungkin perlu menimbangkan untuk melakukan rawatan IVF

Apakah kebarangkalian untuk mengalami kehamilan di luar rahim lagi? 

Terdapat kira-kira 10 hingga 15 peratus risiko untuk mengalaminya lagi. Walau bagaimanapun, risikonya sukar dianggarkan kerana perbezaan dalam situasi individu-individu itu sendiri dan tahap kerosakan yang telah berlaku.

Anda patut membuat temu janji susulan dan meminta nasihat yang jelas mengenai masa depan kehamilan anda daripada pakar obstetrik.

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kehamilan di luar rahim daripada berulang di masa hadapan. Namun, jika ianya berlaku akibat jangkitan klamidia, anda boleh mengambil antibiotik untuk merawatnya dan dengan itu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk ke atas tiub anda.

Apabila anda telah hamil sekali lagi, jumpalah doktor anda secepat mungkin. 

Berapa lamakah saya harus menunggu sebelum mencuba lagi? 

Mereka yang telah menjalani laparoskopi biasanya perlu menunggu tiga hingga empat bulan sebelum mencuba untuk hamil lagi.

Jika anda telah menjalani pembedahan terbuka, lebih baik jika anda menunggu enam bulan untuk membolehkan luka anda sembuh sepenuhnya.




Sumber : BabyCenter

Sunday, August 12, 2012

INFO : KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Apakah itu diabetis gestasi? 

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan? 

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya? 

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi? 

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;

  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;

  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;

  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);

  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat? 

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman? 

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

Apabila anda berada bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran. 

Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan? 

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan .

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal. 

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi? 

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi, akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi. 

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil? 

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. (Baca dengan lebih lanjut mengenai diabetis dan kehamilan). 




Sumber : BabyCenter

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm