Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Merancang. Show all posts
Showing posts with label Merancang. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Celoteh Yana : Part 171 - Pejam Celik Pejam Celik

Assalamualaikum,




Tadi kat FB ada sepupu dekat yang kahwin tahun yang sama, keguguran tahun yang sama & juga sekarang mandong sama2 muatnaik status pasal dia kena diabetes. Yana tinggal komen dia tinggal 10 minggu je lagi untuk kurangkan makanan manis, pas pantang dah boleh start balik. Tak sedar diri sendiri pun tinggal 12-13 minggu je. Kalau di ikutkan Pejam Celik Pejam Celik ni, sekeeeeejjjaaapp je lagi tau. Yelah dah lepas 1st trimester yang menakutkan tu, dan 2nd trimester yang dalam mode biasakan diri & alhamdulillah, masuk trimester ke 3 sekarang ni. 


Ikut kiraan hari, KURANG dari 100 hari lagi tau... Dok baca pengalaman orang lain bersalin, terus rasa nervous dan rasa nya minggu ni atau minggu depan kena finalise barang2 keperluan melahirkan & sesudah melahirkan bagi 'dak kecik' ngan ibu dia ni. Nak taknak memang dalam bulan puasa. Weh sekarang memang rasa tak larat lah, nak plak sekarang uterus tengah nak mengembang agak nya.. Sakit weh lagi2 bila 'dak kecik' tekan2 kawasan ari2 tu. Tapi ini lah kelebihan orang perempuan kan.. Allah swt bagi keistimewaan ni hanya untuk orang perempuan. Sakit2 tapi dapat pahala :)


Tunggu seminggu dua lagi nak basuh barang2 yang dah dibeli.. nak plak dah masuk 30 minggu tu. Ntah larat ke tak nak basuh beria.. ntah masuk mesin? Eh sayanglah kan baju budak2 kalau masuk mesin cepat betul herot berot nya nanti dah tak lawa. Errr, mintak En.Suami buatkan kot. Insyaallah.. Selagi terdaya, Yana buat lah mana yang boleh. Kalau dia taknak tolong ke buat lambat2 ke, keluarkan ayat ni "amboi, sedap sama2, sakit susah orang tanggung sorang" boleh? hehee.. dalam nada melawak lah apa salah nya kan :)



Monday, January 7, 2013

Celoteh Yana : Part 90 - Tips Nak Hamil Cepat

Assalamualaikum,



Yana dapat tips dari seorang kawan RatuHati.com dah TTC 3tahun. Pernah mengandung masa awal perkahwinan tapi gugur masa 12 minggu. Kali ni, dia amalkan petua ni 1st cycle dah lekat.

Meh tengok tips dia :-


~semasa period saya minum air+madu byk2 dan tamat genap pada 7 july 2012

dari segi kedoktoran (scientific) saya makan

1. clomid (pada hari ke-5 haid - hari ke-9)
2. folic acid (pada hari ke-6 hingga sekarang)
3. saya mencuba ujian kesuburan (OPK TEST) pada 12july sehingga 18julai) dan kesan positive pada hari ke 17.. (untuk cycle 31 hari)

dari segi keagamaan:-
1. solat 5waktu jgn tinggal
2.solat hajat setiap malam
3. sedekah walaupun beri coklat pada anak2 kecil
4.memberi susu kepada binatang dan berbicara dengannya spt doakan saya mengandung ya..

cara tradisional:-
1.minum air kunyit pada hari ke-8 hingga hari ke-10 (3hari berturut2) pada waktu pagi sebelum sarapan dan jgn mkn apa2 sehingga setengah jam..mmg pahit tapi tahan la sikit..

semasa ovulation:-
1. saya sakit di bawah perut (ari2) selama 3 hari iaitu pada 15-17july dan 17 july terbukti ovulation test saya positive

untuk mendapatkan ovulation yg baik saya cuba pemakanan tersebut:-
1. minum jus epal setiap hari
2.makan badam setiap hari 
3. makan kismis 5 biji setiap pagi
4. minum air + madu

selepas ovulation saya kekalkan

1.minum air + madu 
2. minum air epal
3. makan badam
4. makan kismis




Kawan2 TTCians, jom cuba tips ni.. Kot ada rezeki kan, usaha tangga kejayaan :)


sumber : http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,6235.0.html

Wednesday, October 10, 2012

Celoteh Yana : Part 65 - Dah Buat Keputusan

Assalamualaikum,


Yana dah fikir masak2. Yana kena stop TTC, 
bukan stop ML tau.. Stop buat baby je. 
Ikutkan harini CD 11, tinggal sehari dua je 
lagi untuk Ovulate. 


Sebab apa?

Pertama sebab, Yana nak jumpa 
doktor pakar dulu, sahkan keadaan kesihatan 
rahim badan dan lain2,Yana taknak terus2 
pregnant tapi nanti tak jadi jugak. Sekurang2 nya 
Yana ada buat check up dulu sebelum pregnant balik. 
Macam yang Mrs Lurve suggest :)
Bukan apa, Yana dah trauma, takut dan tak 
sanggup nak dengar lagi perkataan 
Dan fresh blood... Sangat trauma ! 
Insyaallah Yana akan pergi hospital Sabtu ni, 
untuk set appointment dengan pakar dan 
minta pendapat dia lebih lanjut. 
boleh je nak terus pregnant, pastu jumpa 
doktor pakar, tapi Yana rasa baiklah kita 
"sediakan payung sebelum hujan".

Kedua, En.Suami baru bertukar kerja bulan lepas, 
adi kewangan agak sedikit kelam kabut. 

Ketiga, tempat kerja Yana hanya Yana 
seorang bekerja sebagai admin, yang lain 
semua keluar ke site.
Jadi, kalau Yana disahkan pregnant, 
mungkin Yana nak ambil cuti 3bulan tanpa gaji. 
Yana nak cadangkan pada bos, kalau boleh 
ambil seorang admin baru, belajar kerja Yana, 
dan Yana boleh cuti senang hati. Kalau nak 
berhenti terus lepas tu pun dah tak payah fikir. 
Pandai2 lah dia.

Keempat, kami masih belum mempunyai rumah. 
Sekarang tinggal dengan mertua, 
Yana nak sediakan rumah yang selesa dulu, 
untuk kami anak beranak. 

Kelima dan seterus nya, masih berpusing 
dalam otak, tak tertulis.. heheee..

Jadi nya, Yana akan start TTC bulan 1 tahun depan. 
Kira baby 2013 lah :) Insyaallah.

Dan pada kawan2 yang TTC, good luck ! 
Yana selalu mendoakan kawan2. 
Terima kasih sebab selalu jadi kawan yang baik !

Thursday, October 4, 2012

Celoteh Yana : Part 64 - Tanya Sama Doktor

Assalamualaikum,



Kalau ikutkan, Yana dah dekat 3 bulan 
tak period. Sangat risau HORMON punya 
pasal lah apa lagi. 


Last sekali datang masa bulan June hari tu, 
tu pun sebab makan Biodex. 
Bila dah stop Biodex, tak period dah. 
Haiss.. Tapi sejak Yana makan 
Alhamdulillah, period dah datang :)


Setelah lama ku menunggu. 
Masa hari pertama Yana minum pati delima, 
rasa nya masam ! Dah lama2 okay lah jugak, 
masih masam lagi..hehee. 
MENARIK NYA, 
hari ke 4-5 minum pati tu, Yana rasa SENGAL2 
KAT BAHAGIAN ARI2 sebelah kiri. 
Orang kata nak OVULATE.. Atau telur nak keluar. 
Maksud nya kalau tak di senyawakan, 
akan keluarlah sebagai period. 
Kalau disenyawakan, jadilah baby... 
Tapi Yana wat tak tahu jelah kan, 
dua hari jugakla rasa sengal2 sikit. 
Mungkin juga Pati Delima ni bantu 
betulkan balik apa yang tak betul dalam 
rahim Yana ni. Dan hari ke 8 dah mula 
keluar brown spot..Sampai hari ke 10 
iaitu 30.9 darah merah keluar.. 
Seronok sangat rasa nya sebab takdelah rasa 
stress je tak period2 kan. Dan bila dah 
period mula lah nak merancang, untuk baby.. 



dan Yana dalam dilema, 
pasal pernah 2x gugur, pastu ini 1st period 
lepas 3bulan tak period. So Yana email 
DR SUHAIMI tanya dia pasal ni 


saya dah keguguran 2x tahun ni, terakhir awal bulan 5. 
Selepas tu period bulan 6, lepas tu sampai hujung bulan 9 tak period. 
30.9 baru datang balik, itu pun sebab minum PATI DELIMA. 
Sekarang, perlu ke saya tunggu 3X PERIOD atau tak perlu kalau nak hamil semula? Atau boleh terus mencuba lepas darah kering? Mohon bantuan doktor jawab kan. 


Alhamdulillah, doktor tak sibuk, dia balas email Yana 

Tidak perlu tunggu. Bolih saje pregnant kalau dah bersedia. Pregnant saje terus jumpa pakar untuk bantuan untuk mengurangkan risisko miscarriage .



Jadi apa pendapat kawan2 ? 
Boleh kah Yana mencuba SEJURUS 
habis period??? heheee (soalan gatal ni)




Tuesday, July 31, 2012

Celoteh Yana : Part 39 : Kehamilan Ketiga

Assalamualaikum,


Kalau di kira kira kan, di tolak tambah kan, 
dah nak masuk bulan ke3 Yana kehilangan 
"baby" ke2 Yana tu..
Hari keguguran yang ke2 tu boleh 
baca entri sini : AKHIRNYA .. (10.5.2012)


Jadi, 10.6 dikirakan sebulan berlalu, 
10.7 dua bulan berlalu, 10.8 tiga bulan bakal berlalu.. 
Tempoh "pantang bersama" bakal habis.. 
Ye, memang Yana dah bersedia nak mengandung balik, 
Yana dah ambil asid folik, dah turut program Biodex, 
tapi...... Yana masih ada perasaan takut ! 
Ye, takut untuk KEHILANGAN kali ke3 !!!



Perasaan bila dapat tahu kita mengandung 
adalah satu perasaan yang indah.. 
Perasaan yang tak ada kata2 boleh gambarkan, 
tak ada orang yang boleh merasa kan, 
sebab pengalaman masing2 adalah berlainan. 
Walaupun perjalanan kehamilan adalah sama, 
9 bulan seperti yang ditetapkan oleh Allah swt, 
mungkin ada yang lebih dan ada yang kurang 
sudah melahirkan.. Tapi bagi Yana, 
pengalaman DUA kali "kehilangan" 
membuatkan Yana serik pun ada, sedih, hiba, takut, 
sebab semua orang tahu, anak merupakan "hadiah" 
tidak ternilai dari Allah swt untuk pasangan yang 
telah berkahwin. 
Anak juga akan menjadi pengikat cinta antara 
suami dan isteri, anak juga yang akan menghiburkan 
hati ibu dan bapa nya dikala mereka gundah.. 
Anak juga lah yang akan mendoakan kedua 
orang tua nya di akhirat kelak.. 
Yana jadi tambah sedih setiap kali terbayang 
wajah mak, ayah dan adik beradik yang lain, 
yang mengharapkan si comel menghadirkan diri 
dalam hubungan sah kami ni.. 
Kadang2 terasa bila adik lelaki Yana yang rapat, 
cuba2 pegang perut Yana sambil kata "tak besar pun" .. 
mungkin dia pernah terdengar yang Yana 
mengandung sebelum ni, tapi dia tak tahu "anak buah"
dia tu dah tunggu ibu nya ni di syurga.... 
Yana hanya terseyum sambil kata "tahun depan besarlah".. 


Ye, Yana memang ada plan nak mula mengandung 
kalau bukan tahun ni, awal tahun depan... 
Kita merancang Allah swt menentukan.. 
Cuma masih ada perasaan TRAUMA yang 
sangat sukar Yana lupakan.. 
Mungkin juga Yana kena plan betul2, 
mungkin bila dapat tahu diri mengandung 
terus ambil MC tanpa gaji selama 3bulan supaya 
kandungan betul2 kuat, atau berhenti kerja 
sebelum bercadang untuk mengandung.. 
Semua ni Yana dah fikirkan, tapi macam mana nak ambil MC 3bulan sedangkan hanya Yana seorang bekerja di ofis ni.. Bagaimana nak berhenti kerja sedangkan 
banyak tanggungjawab harus di pikul?? 
Persoalan demi persoalan keluar dalam fikiran Yana, 
mungkin juga Yana hanya patut berserah pada Allah swt untuk menentukan perjalanan kehidupan kami. 
Melalui cara apa sekalipun.. 
Yana perlu berserah dan tawakkal.. 


Ada cerita ....
Baru2 ni, Yana berjumpa seorang kawan, 
yang membeli barangan kucing dari Yana.. 
khabar nya anak lelaki nya baru berkahwin Januari tahun ni.. 
Isterinya bunting pelamin.. 
Tapi selepas beberapa minggu mengandung, 
dia rasa sakit sangat pada kawasan ari2.. 
Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati dia 
HAMIL DI LUAR RAHIM : DI SALURAN TIUB FALLOPIO.. Dan saluran itu terpaksa di buang !! 
Ya Allah besar nya dugaan dia kan.. 
Baru berkahwin, didapati hamil terpaksa menerima 
berita DUKA pulak ! Kini tinggal satu tiub sahaja !

TETAPI... 
dengan kuasa Allah swt dia telah hamil semula ! 
Dan kini, kandungan dia telah pun berusia 3BULAN lebih.. Rezekiiii...Yana tumpang gembira.. 
Walau hanya mendengar cerita tu dari ibu mertua dia, 
Yana tetap dapat rasa kan betapa mereka sekeluarga 
bersyukur dengan kurniaan Allah swt tu.. 



Apa yang Yana harus lakukan?
Mencuba, dan berserah pada Allah swt??





HANYA ALLAH SWT YANG TAHU JAWAPAN NYA.....

Thursday, June 28, 2012

INFO : Kaedah Merancang Kehamilan

KAEDAH MERANCANG KEHAMILAN


Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut.

Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.



Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan
Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif
Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.




2. Suntikan Progestin dan Progesteron
Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.




3. Implan 'Norplant"
Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.




4. Alat Instrauterin (IUD)
Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
  • Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.




5. Span (Sponge)
Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.




6. Diafram
Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.




7. Penghalang serviks (Cervital Cap)
Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.




8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)
Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.




9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)
Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.




10. Azal (Withdrawal)
Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.




11. Pembedahan (Surgical Sterilization)
Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.




12. Kondom
Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.




13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)
Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.




Keberkesanan kaedah kontraseptif
Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta.




(sumber : Mengandung.com)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm