Assalamualaikum...
Ahad 27.10.2013, tengah malam.. badan Yana panas sangat. suhu 40.5C, kepala berdenyut, badan sakit2, menggigil. Malam tu mak jaga kan Syahir. Yana tak larat langsung....
Esok nya demam sedikit kebah, suhu turun 39.5C Yana dah hilang selera makan.. makan 2,3 suap pastu rasa nak termuntah. hanya banyak minum air. ..
Demam berlanjutan kebah siang hari tapi panas semula waktu malam selama 3-4hari. Yana pergi klinik doctor beri antiobiotik dan ubat demam. Punca demam? TAK DIKETAHUI.. Wallahualam
Khamis 31.10.2013, tengah malam kepala Syahir mula panas.. Yana letakkan cool fever. Yana ambil suhu nya 40C, Yana basah kan kepala nya dengan air sapukan pada muka badan dan kaki. Syahir tertidur.. Tapi asyik bangun merengek tak selesa dalam pada Yana tepuk2 kedua2 anak mata Syahir ke kiri je dan badan dia sedikit senget. Yana cepat2 angkat dukung dia dan dodoi2 kan masih sama ! Yana dah takut ! Dia macam kejang ! Yana bacakan surah Kursi tiupkan di ubun nya dan raupkan ke muka nya ulang sebanyak 2 kali baru Syahir kembali normal. Hanya Allah swt yang tahu perasaan Yana masa tu. Jantung berdegup laju macam nak terkeluar dari tempat nya. Bersyukur Allah swt masih beri peluang pada kami. Langsung dah tak boleh tidur lepas tu. Esoknya bawa Syahir ke klinik doctor beri ubat demam, etc kata nya suhu kalau terlalu tinggi ada kemungkinan boleh kena sawan tarik tu. Tak boleh bayangkan apa akan terjadi kalau terusan dia kena tarik tu.
Bab susu badan, sejak Yana demam hilang terus selera makan tu susu pun sedih2 je keluar.
Harini sekali pam sebelah kanan dapat 20ml je, sebelah kiri kering terus. So, Syahir dah minum susu formula kebanyakan masa dia. maafkan ibu sayang...



