Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Berita Gembira. Show all posts
Showing posts with label Berita Gembira. Show all posts

Thursday, November 6, 2014

Celoteh Yana : Part 207 - ooh akaun nuffnang ku !

Assalamualaikum..



Setelah berblogging macam chipsmore hampir dua tiga tahun ni, baru kini seronok sikit tengok akaun nuffnang. Ala yang semua orang dah merasa cek hasil blogging ni, Yana je baru terhegeh2 nak tengok jumlah nya bertambah. Itu pun hasil sokongan kengkawan blog yang tak pernah jemu jenguk sini. Walau pon sebulan takde update, ada gak tu yang belek entri sama. Rindu la tew hehe..


Banyaaaaakkkk iklan tengah ongoing. Walaupon masuk nye sen2 je paling banyak ringgit2, syukur juga sebab ntah pape je yang di bebelkan kat sininpun orang datang baca. Dan jugak tolong klik iklan. Ke iklan nya memang menarik untuk di klik. Bak kata omputih "cant resist" .


Tu hah income Yana tak bole cash oit pun lagi.. tak sabo rasa nya nak merasa income pertama. Korang mesti dah merasa banyak kali and banyak jumlah nya kan? Mesti ada yang bole shopping sakan hanya dengan duit blogging je. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan bebel2 dapat duit. Ni juga yang tambah semangat nak bebel lagi.


Ok lah, nanti dah boleh cash out dapat cek nye baru cite lagi. Sekarang biar dia beranak-ranak dulu kat situ .. daaaa

Wednesday, October 2, 2013

Celoteh Yana : Part 171 - Cerita Bersalin Saya

Assalamualaikum...
(Entri ditulis hari sabtu 29.9 .. akibat beberapa
masalah tak dapat di elak terpaksa tunda
dan sambung publish harini - rabu 2.10)



alhamdulillah yana & baby sihat je...
terima kasih atas ucapan tahniah kalian.


yana dah balik ke rumah semalam (jumaat) setelah 
5 hari berkampung kat hospital. Lega rasa nya dah tengok
rumah.. yana pantang kat rumah mak. Alhamdulillah beruntung 
masih ada mak kan.. pada yang dah takde mak mesti sedih kalau
kena berpantang sendiri. Kalau ada ibu mertua pun okay juga cuma
taklah sama macam mak sendiri..


okay.. mula cerita bersalin ye. 


Pagi 23.9 yana pergi klinik kesihatan dulu untuk cek dan dapat kam
surat rujuk doktor untuk bersalin. Selesai urusan dapat surat dalam
jam 2.30 sebab ramai orang dan terpaksa tunggu lepas lunch time baru
doktor free. Lepas dapat yana dan suami terus bergegas ke hospital.
masa tu eksaited sb dah bayang anak yang comel bakal 
dilahirkan tanpa memikirkan apa2 perkara buruk..


sampai hospital urusan daftar masuk semua yana dapat katil
dalam jam 6 ptg.. petang tu doc cek bukaan bawah. Dah 2cm kata nya.
tnggu la esok pagi kata nya masuk ubat induce. Esok pagi jam 7,
Doc datang seluk lagi. Bukaan 3cm makna nya ada progress so tak
payah masuk ubat ikut cara normal. Tunggu labour room kosong dorang
akan tolak yana masuk... dapat labour room jam 6 padi esok nya
25.9.2013. Nurse masukkan ubat berak kat bontot pastu suruh breakfast.
Lepas tu terus dorang tolak yana ke labour room.


dalam labour room, doc cek lagi bukaan. Masih 3cm
jadi mereka pecahkan air ketuban. Dan masukkan ubat induce
melalui air ke tangan. Yana masih boleh bergelak ketawa dengan suami
sampai jam 8pagi dah terasa sakit senggugut sikit.
jam 11.30 doc cek bukaan baru 4cm. Ubat induce di percepatkan..
sakit kian terasa pada jam 1 ptg.. perut memulas mulas..
jam 3.30 doc cek bukaan baru 6cm , ubat dicepatkan lagi
yana dah minta 1 suntikan pethadine untuk kurangkan sakit. Padahal
tak rasa kurang pun.. makin sakit ada la kesan induce..


jam 6ptg bukaan 6cm yana dah tak bertenaga langsung kesan ubat
dan kesakitan yang ada. Hanya allah yang tau.. jam 7 malam doc cek bukaan
8cm dia minta tunggu lagi padahal yana dah macam separuh sedar tahan sakit
jam 8mlm bukaan 9cm mereka suruh teran sebab jantung anak dah tak
menentu. Suami di sebelah meleleh air mata dah tengok isteri dia mengerang
macam dah hujung nyawa. Silih ganti mak yana dan suami temankan.


yana cuba teran sekuat hati tak berjaya.. kata mereka baby masih tingfi
belum turun laluan sepatut nya. Di paksa lagi teran teran dan teran..
sampai kena marah sebab kata mereka yana tak teran betul2 dan
tak dengr arahan.  bebel2 sorang nurse perempuan kat situ
macam kan kita ni taknak anak kita lahir..walhal menanggung
sakit separuh nyawa.


jam 8.30 mereka dapati baby langsung tak bergerak ke bawah
dan masih tinggi mereka suggest untuk bedah. Yana memang 10 minit
sebelum tu dah merengek minta suami bedah je sebab tak tahan
sangat sakit nya.. lepas tu doc setuju melihat keadaan genting
dorang siapkan yana untuk operation. Masa tu sakit menggila suami
kat sbelah dah pujuk supaya kuat takut kehilangan yana..


masuk OT doc cuba vakum pulak.. di sedut sedut nya dari lubang bawah
tu sampai yana rasa ya allah besar nya ujian untuk aku.. dalam hati
asyik berdoa supaya di permudahkan... istighfar banyak2 walaupon sakit menggila.
di sedut tak turun jugak yana di bedah. Lepas cucuk je ubat bius spinal nama nya
yana terus rasa lega. Sambil baring perut di bedah di godek godek ye terasa kiri
ke kanan perut di tolak. Terus terbayang video yang yana tengok..m
Senyum yana dengar suara baby nangis.. ya allah dah keluar anak aku.
lega rasa nya penderitaan tadi berakhir..
tak sampai 30mnt kot nurse datang tunjukkan baby.. yana ucap
assalamualaikum dan kiss baby.. pastu nurse tunjuk jantina nya.
dan dia di bawa pergi.. siap perut dijahit baby keluar dulu dan yana
dikuarantin untuk pemantauan kesan bius dalam sejam.


jam 12.30 yana dapat duduk di katil semula dan baby di serahkan.
masa tu belum terasa sakit operate sebab bius masih ada..
Tapi dapat tengok baby semua sakit hilang... esok pagi
baru tau. Ha azab juga nak jaga sakit operate
.. hehe... apapun syukur semua nya selamat walaupon yana
terpaksa lalui 2 pengalaman.. cuba bersalin normal setelah di induce
dan di bedah.. demi mu anak



Kami discharge pada 28.9 jumaat....




NAMA DIBERI : 
MUHAMMAD SYAHIR  NAQIUDDIN
BIN MOHD SYUAIB


Kesimpulan nya 13jam dalam labour room masih
belum bersalin dan 1 jam dalam OT selesai semua nya


Nantikan cerita Syahir masuk wad nicu hari lahir ke 6 
akibat demam kuning... 

Thursday, September 26, 2013

Celoteh Yana : Part 170 - Alhamdulillah.. lahir sudah hero kami ;)

Assalamualaikum....









Inilah Hero kami... 'dak kecik' yang selama ni
diceritakan dan dinantikan.

alhamdulillah..
jantina : lelaki
D.o.b : 25.9.2013
P.o.b : hospital selayang
T.o.b : 9.38 malam
berat : 3.10 kg

SECARA CEASEREAN..!

Kisah kelahiran, kita cerita kemudian ye


Tuesday, September 24, 2013

Celoteh Yana : Part 169 - Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Assalamualaikum...





Harini ulangtahun perkahwinan Kami 
yang ke 2... Alhamdulillah masih bersama.
dan istimewa nya Yana berada di hospital
menunggu masa melahirkan zuriat pertama kami..
insyaallah di izinkan Allah swt lahirlah dia pada
hari bersejarah ni dan berkongsi tarikh..


Terima kasih pada kawan2 yang tak putus bagi
kata semangat.. jasa mu dikenang.



nota kaki : jam 11.30 malam tadi dah
keluar tanda, lendir campur darah tu.
Baru rasa mild cramp n sakit pinggang
nanti yana update lg... 

Tuesday, April 30, 2013

Celoteh Yana : Part 139 - Naluri Ibu Biasa nya Tahu

Assalamualaikum,




Yana & En.Suami memang ada buat monthly cek up dengan sebuah klinik swasta berdekatan rumah.. Tiap2 bulan sekali untuk scan & tengok perkembangan baby. Yelah dekat klinik gov mana ada scan selalu kan. Pertama kali daftar, pastu entah minggu berapa lagi taktahu lah. Rasa nya 2-3 kali je kot sepanjang mengandung. Tapi tiap kali scan tu memang details lah dia buat.. cuma takde 4d ye. kalau nak 4d tu, sila ke swasta. Bayaran pun berbeza setiap klinik.

So, dijadikan cerita appointment kitorang seterusnya ialah 1 Mei. Tapi plan nak balik kampung En.Suami hari tu, ibu 'dak kecik' ni memang tak sesabar nak tengok anak dia terus buat scan malam tadi. Tu pun lepas sesi berdebat dengan En.Suami, kata nya ikut tarikh jela postpone pun 1 hari je.. Eh, mana boleyh! Sehari bagaikan setahun menanti hokey :)

Dan alhamdulillah, 'dak kecik' sihat wal afiat.. membesar ikut minggu sepatut nya. Semalam Yana tengah lapar so dia pun aktif tendang2 dan lambai2. Doktor cuba2 jugak buat 4D nak tengok muka dia, tapi sebab dia kecik lagi & tangan tutup muka (malu ler tuh) tak nampak pun.. Takpe, dah 6-7 bulan nanti baru buat 4d betul2 ye anak.

Paling eksaited sekali, kitorang dah tahu jantina 'dak kecik'. Alhamdulillah lagi sekali, betul naluri ibu dia. Yana happy sangat sebab memang nak sangat tau jantina sekali dah tau, pastu ikut kehendak pulak lagila double eksaited. Tapi cover2 je depan doktor dengan En.Suami sebab nak suka sangat pun tak boleh lagi kena betul2 confirm masa wat 4D nanti. Harap2 kekal gitu lah ye anak.. 

Dah lah ibu mu ni tak sesabar, start 'dak kecik' 3bulan sampai sekarang ni dah dekat 30pasang baju di beli untuk dia. Mesti lah kena cari yang unisex kan sebab taktahu lagi jantina apa. Tapi tetap hati ni kuat kata jantina sekian2 sebab asal tengok baju lagi satu tu selalu tak berkenan. Rasa nya cukup2 lah beli baju 'dak kecik' ni.. Ekspo Mid Valley ni nanti nak cari barang2 lain pulak. Harap2 tak tercapai 'unnecessary things' je nanti hehee. Dah buat list siap2. 


Monday, May 28, 2012

Kehamilan Kedua : Episod 2 (Berita Gembira)

(update 16.4.2012)



Salam semua,

Alang2 dah masuk cerita kehamilan kedua ni,
kita sambung lagi ye..Jangan ada yang jemu.
Biasalah blog ni kan dicipta untuk kita semua
berkongsi cerita pada teman seantero dunia..
(cewah, macam orang negara asing paham je
apa yang Yana bebelkan ..hehe)

Okay, 
pagi ni (16.4.2012) breast Yana masih 
lagi sakit, cuma ignore kan saja sebab assume nak period.
Yelah lepas gugur sulung haritu mana ada period lagi.
Tapi masih berharap ada berita gembira :)

Beritau En.Suami lagi sekali, saya nak wat test la.
Kot2 ada rezki kit lagi.. kalau takde okla nak period la tu.


Hari ini Isnin, saya banyak kerja pulak, tak 
jadi pergi farmasi.. So tangguh la hasrat nak beli
tester tu.. Takpelah, esok jela "hati saya cakap"


Esoknya Selasa, saya beli lah tester tu, masa
lunch.. Tapi takmau test dulu sebab nak bawak 
balik rumah sok pagi baru test.
Ramai orang kata, tester lebih accurate kalau
kita wat waktu pagi sebab masa tu hormon HCG 
kita tinggi. Dan line kedua tu akan lebih terang 
berbanding kita wat test waktu tengahari ke, 
petang ke, malam ke..




Pagi Rabu, 18.4.2012, bangun Subuh terus melilau 
cari test kit tu.. hehee, tak sabar rasa nya nak 
wat ujian tu. Capai towel
(senang lepas test terus mandi)


Titik 3,4kali dan tunggu ........




Zzzzzuuuupp !! Naik 2 line !!
YIPPPEEEEEE..happy sangat masa tu sebab

tak sangka boleh lekat secepat ni.
(walaupun mak Yana ada suruh rehat dulu 

2,3 bulan tapi mana boleh tahan tengok orang
lain ada anak kecik kan, lagipun kesian En.Suami)


mandi2, terus masuk bilik kejutkan En.Suami..




"U,, positif laaaaaa !!"


(En.Suami kemain menggeliatnya sambil wat muka
seposen dua, menjawab)


"Errrrrggghhh, yeke. Okay"
(sambung tido)


Cisss,, hampeh je.. Takpe, pastu terus solat 
sambil bersyukur pada Allah swt, mohon doa
supaya dikuatkan kandungan saya kali ni..
Diberikan dia kesihatan yang baik, dan 
membesar menjadi orang berguna...






Amin...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm