Friday, March 29, 2013

Celoteh Yana : Part 126 : MGTT Test

Assalamualaikum,



Pagi ni, dah selesai test nan satu ni. Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar, takde sesi muntah memuntah kan semasa proses berlangsung. Yana dah sampai klinik jam 7.30 letak buku pink siap2 dalam bakul, tunggu kul 8 baru start .. Nasib baik datang awal, dapat ambil darah & minum air gula pun awal. Phew, air gula tu takdelah manis melenting macam yang Yana selalu dengar and baca tu. Manis dia macam kan kita nak buat air teh'o tapi sebelum letak teh.. Kira boleh minum sekali teguklah. Dan lepas 2jam tunggu, darah di ambil kali ke dua, amboi sampai 2kali cucuk sebab cucukan pertama nurse tak jumpa uratnya. Padahal jarum dah masuk dah ni, darah tak keluar pulak. Terpaksa cabut dan cucuk tempat lain pulak. Lepas cucuk boleh balik, hehee.. Alangkah bertuah nya otw balik boleh pulak muntah. Nasib baik ada standby plastik. Kira kebanyakan air gula tadi keluar lah, dah kata perut kosong kan. Terbatuk sekali je, meluru isi perut ni nak keluar. Tapi result nya belum dapat lagi. Entah bila, nurse tak cakap pun. Dia akan call kot. So, tunggu jela ye. Harap2 okay2 saja :)

Thursday, March 28, 2013

Celoteh Yana : Part 125 - Semua nya Baik2 Saja :)

Assalamualaikum,




Hari ni 'dak kecik' protes ! Habis semua makanan ibu dia makan, dia 'tendang' keluar ... Muntah kan semula .. Sayang betul rasa nya, pagi makan nasi lemak, tak sampai 5 minit siap makan, tetiba terbatuk, dan berjaya lah keseluruhan nasi lemak tu keluar tanpa tinggal sikit pun. Pastu minum air milo suam, kejadian yang sama. Terbatuk dan terluah semua nya. Tekak ni jangan kata lah camne sakit nya. Sebab nasi lemak kan ada sambal pedas2, pastu terbelahak camtu .. Apa nak kata lagi? Redha jela. 

Dah tu tengahari ni dia dah mula lapar. Pergi McD beli 1set filet o fish lagi, kegemaran dia lah sampai sekarang masih ok. Ada rasa nak terbatuk tapi tahankan aje, cakap dalam hati 'sayang ibu, kesian lah ibu ni.. Makan asyik muntah je, ibu ni lapar, lagipun baby jugak yang nak makan kan.. kalau tak camne nak besar' ... 
Semoga doa tu berkesan dan didengari 'dak kecik', 
bertahan lah filet o fish tu sampai petang nanti pun dah syukur..




so, ni lah gambar terbaru 'dak kecik'... Berada dalam posisi memandang depan, tak bagi can kawan2 ibu dia nak tengok gambar dari sisi macam kebanyakan baby lain buat. Harap2 'dak kecik' sihal wal'afiat la ye sampai masa dilahirkan. Alhamdulillah setakat ni semua nya berjalan dengan sempurna, takde bleeding yang ditakuti tu. 

Wednesday, March 27, 2013

Celoteh Yana : Part 124 - TOLONG SEBARKAN !

Assalamualaikum,



TOLONG SEBARKAN PERKARA INI !

Jauhkan suami, isteri, mak, ayah, adik, abang, kakak, anak, saudara, jiran semua yang anda kenali dari aplikasi ini ::::: >>>>>>



AMARAN ! SEKALI ANDA DAH KENA, KETAGIHAN MUNGKIN AKAN BERLAKU DAN TIADA SIAPA DAPAT MEMBANTU ANDA LAGI KECUALI DIRI ANDA SENDIRI..

p/s : Saya sudah melekat dengan ini benda ! Damn ! Apa pun tak boleh, rasa di bodohkan bila habis 5 nyawa masih tak dapat lepas level 23 dan terpaksa meminta sedekah dan ihsan dari kawan2 seperjuangan :(



Saturday, March 23, 2013

INFO : ADAB MENGEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

Assalamualaikum,




Dah lama tak share info kan.. Ni ada satu info baru :)


ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR
----------------------------------------


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang


masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.


1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur


2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -


perlahan

.
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang 


kakinya.


4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang 

badannya.


5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau 

anak.


6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak


 umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin

.
7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap 


dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah

untuk menjadi anak yang bijak pandai.


8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar


 dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih 

sayang




.
Cara ini juga boleh dilakukan kepada suami isteri tersayang atau 


sesiapa saja.. :)

Friday, March 22, 2013

Celoteh Yana : Part 123 - Bisnes Dari Rumah

Assalamualaikum,


Sejak mengetahui diri ini mandong, 
memang perasaan malas nak gi kerja tu sangat 
membuak buak. Terkeluar rasa nya dari sanubari ni. 
Kan best kalau boleh duduk rumah baring golek2 
wat apa kita suka tunggu suami balik.. 
Tapi perbelanjaan zaman sekarang ni kan 
kemain mahal lagi.. So terpaksa jugak kerja 
walau hati tak rela. hehee..


Tapi mana orang yang nak duduk diam, 
kalau boleh nak jugak ada income sikit2 masuk kan. 
Harapkan gaji semata mata buta2 jelah. 
Kalau ada kelebihan pandai meniaga, 
ada jalan nya apa salah nya kita cuba. 
Sekurang nya nak shopping sendiri, 
takyah mintak kat suami. Suami pun seronok je 
bini ada extra income, selamat duit dia..hehe


Macam Yana memang ada side income. 
Yana jual pasir kayu & tandas moden untuk kucing. .



WOODY PET WOOD LITTER 
RM 5 per kg @ minimum 3 kg : RM 15
Original pek 13.6kg : RM 60



SMARTSIFT CAT SIFTING PAN
RM 150 per unit + RM 20 kalau nak poskan 
(dalam Semenanjung, Sabah & Sarawak)


Kalau ada yang berminat, meh contact Yana : 017 6118144
atau kalau malu sms je, atau pun email je : yanapinggiran@yahoo.com.my


p/s : Sambil buat entry, sambil iklan :)

Wednesday, March 20, 2013

Celoteh Yana : Part 122 - Buku Merah @ Buku Pink?

Assalamualaikum,



Semalam Yana cuti, gi klinik... Bukak buku merah, er buku pink.. Mana satu ek? Tak kisah lah, janji dah bukak. Nurse pun puji sebab gigi cantik takde masalah.. Eh, silap2. Nurse puji sebab bukak buku awal sebelum 12 minggu. Ceh, padahal gi bukak sebab teringat Mrs Lurve cakap elok bukak awal sebab dah ada 2x sejarah 'tot' kan.. Sekarang sebut 'tot' je sebab taknak cakap2 lagi, terus pandang depan dan jaga 'dak kecik' seada nya. 

Alhamdulillah, dah masuk 12 minggu lebih dah. Kira 3bulan lah kan. Kejap je kan. Dalam pada hari2 intai kat pantyliner kot ada bleeding ke tak, wek sana wek sini, dah 3bulan rupa nya. 6bulan lagi perjalanan 'dak kecik' ni pastu boleh jumpa sayang pelok cium dia. 

Semalam En.Suami eksaited sebab dia tak pergi klinik sekali, kerja.. Malam sebelum tidur, dia bukak Utube, tengok video scan 12minggu. Dan video mengandung 9bulan tu lah, dari telur, ke janin, ke manusia.. Alhamdulillah jugak sebab En.Suami pun sangat2 menantikan 'dak kecik'. Yelah, ada setengah orang tak kisah pun, sedih kan kalau camtu. 

Tapi semalam cek tu, HB tinggi. 14.1. memang la range OK nye antara 11-16 tapi tinggi lah kan. Sebelum Yana test ada sorang pompuan tu, HB dia 11.3 kot, nurse siap puji bagus HB awak. So, Yana pun expect akan dengar nurse cakap camtu.. Hampeh ! huhu.. stress kot sebab duk fikirkan kerja kat ofis ni kena submit deadline harini. Bos pulak tak faham2 bahasa, geram! Memula ingat nak hafday je, last2 cuti terus.. Padan muka dia, call Yana tak jawab. Dahla susah nak cuti, alang2 ada alasan ni kita gunakan lah kan. 

LAGI satu, Yana kena MINUM AIR GULA 29.3 ni! Doktor kata sebab ada sejarah 'tot' 2x kan... Sob2, harap2 masa tu boleh habiskan tanpa muntah .. Takut lah. Kawan2 ada idea tak cane nak jadi steady pada hari berkenaan??? 

Oh ye, semalam dapat Obimin stok sebulan. Sekarang memang dorang bagi Obimin je kot kalau HB ok, takyah makan ubat banyak2 tu kan. Tapi Obimin pun besau ! 


p/s : Saja je bebel kat sini sebab mama nya Ufairah (Fifi) asyikla komen. Rindu sangat lah tu... hahaha

Monday, March 18, 2013

Celoteh Yana : Part 121 - Up Sikit Sikit

Assalamualaikum,



Harini nak update sikit2 je sebab tak larat lah..

Pagi ini : makan nasi lemak lauk sambal sotong + telur goreng (nafsu kah??)


Tengahari : makan nasi goreng kampung 
(dah dekat sebulan makan menu ni, TANPA JEMU setiap hari, sampai kan hari ahad pun minta En.Suami pergi kedai mamak ni dan beli dari dia saja. Taknak kedai lain)


Semalam : Bangun pagi subuh, tidur semula, 
bangun jam 8.30 pagi pergi kedai beli nasi lemak (lagi) makan2, tidur semula sampai jam 4 petang. (Sampai En.Suami tanya "u tak rasa pening ke, sakit kepala ke tidur lama2?")


Sekarang : Tekak dan perut tak berapa nak selesa, macam ada ura2 nak muntahkan nasi goreng kampung tadi, kepala tingtong rasa macam nak fly, dan mood entah kemana. 


Konklusi nya ::: sekarang ni asal batuk je nak keluar isi perut. 
Rasa macam nak pinjam poket Doraemon dan pergi ke masa depan di mana dah rasa okay, no more muntah2 and paling penting boleh shopping barang baby ! Tak sabar :)


Doraemon : okeh2, sekejap ye..saya keluarkan mesin masa !

Friday, March 15, 2013

Celoteh Yana : Part 120 - Hati Senang

Assalamualaikum,



Lupa kan kisah income tax semalam, 
biar kan ia berlalu pergi dengan sendiri.. 

Harini hati manyak senang sebab tadi 
saja2 gi scan 'dak kecik', nampak dia aktif. 
Tergedik gedik sepak sana sini. 
Alhamdulillah, harap nya 'dak kecik' 
terus steady sihat walafiat dalam perut ibu dia ni. 
Walaupun ibu mu ini makan tak menentu, 
malam memang tak makan sebab jam 9 
dah mengantuk letak kepala terus lena. 
Siang hari memang 2x makan nasi, pagi nasi lemak, 
petang nasi goreng kampung. 
Entah, 2 benda ni je boleh masuk tekak. 

Kalau malam mak mertua Yana 
ada goreng2 ikan ke, 
ayam ke masya allah rasa nak nangis tahan 
pening dan mual tu. Tu yang masuk bilik letak 
kepala jumpa bantal terus pengsan. 
Kesian En.Suami tak dapat layanan dari isteri ni. 
Takpela sayang, nanti bila semua 
ketidakselesaan ini dah berakhir kita 
berasmaradana semula yeh. 


Eh, En.Suami tatau pun Yana gi scan tadi, hehehe.. 
Diam2 je pergi masa lunch. 
Eksaited nak tengok anak sendiri tengah watpe.. 
(Ala B, RM 35 je sekali scan jangan marah :)) 

Tapi doktor tu punya mesin scan tak clear lah, 
nampak kabur2 je.. Malas nak print, merosakkan 
imej 'dak kecik' je nanti..haha,takpe2. 
Awal bulan 4 nanti ada scan lagi, tapi masa tu 
En.Suami belanja. Pastu kalau semua nya okay, 
bolehla bukak buku pink dan beritahu orang2 
sekeliling. Wat masa ni yang ekslusif keluar 
kat blog je tau, dan orang2 terdekat je tau. 
Korang untunglah dapat tau seawal2 lambat period lagi. 


Nak pulak tahun ni ramai kawan2 nak naik pelamin, 
apa lagi membuyung lah bawak perut gi 
kenduri orang kan. Sekarang ni pun perut dah 
nampak sedikit voncet, En.Suami haritu tegur
 "Kenapa perut u macam besar je, ke lemak je???" 
hahaha..kejam kan statement camtu. 
Depan mak dia pulak tu. Tapi Yana diamkan aje, 
wat2 tak dengar sambil tengok tv. 
hehe, cara2 taknak berdendam dengan laki sendiri. 

Okaylah, nanti ada story kita cerita lagi tau. Sekian :)

Thursday, March 14, 2013

Celoteh Yana : Part 119 - Memeningkan

Assalamualaikum,




Setiap tahun Yana akan berdepan dengan 
masalah income tax company. 
Yang menyakitkan hati, bos letakkan semua beban 
kat bahu saya, hanya tau bagi arahan ..

Profit sekian2, tapi hanya nak bayar sekian2.. 


Eh, rasa macam menyusahkan pun ada 
setiap tahun alami benda yang sama. 

Sesiapa ada masalah yang sama? 
Atau pernah dengar kes camni.. Meh kongsi.
Pening lah layan benda ni sorang2. 


Memang dah target nak berhenti lepas melahirkan. 
Tak sanggup dah lah kerja kat sini, 
semakin menyesakkan otak.

Monday, March 11, 2013

Celoteh Yana : Part 118 - Selera Makan

Assalamualaikum,



Kembali ke hari Isnin.... Bekerja lah kita sekuat nya, berusaha lah kita sekuat nya. Bekerja, bekerja pergi pagi balik senjaaaa. (Sila nyanyi dalam loghat Nogori baru lah asal nya :))

Alhamdulillah. Nampak nya selera makan Yana dah BACK TO NORMAL ! Nafsu makan dah mula nak menguasai diri. Macamkan tak kenyang ke, tak puas makan ke hapa ntah. Sebab semalam pagi dah makan roti telur sekeping, tengahari sikit makan maggi semangkuk, petang sikit makan burger ikan mcD, malam makan apa ntah lupa. Tapi kan, memang nampak lah tak berapa kenyang pun menu2 yang dimakan tu. Yang menjadi cerita sekarang, in between makan pagi dan tengahari dan malam tu, rasa macam nak makan lagi. Tapi wat derk je lah kan sebab memikirkan mitos SEWAKTU HAMIL PERLU MAKAN UNTUK 2ORANG adalah MENAKUTKAN ! walaupun kedengaran nya benar, tapi ai tak rela u menghamba abdi kan diri pada makanan. 

Macam pagi ni, syukur sangat2 sebab dapat habiskan makanan pagi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia """NASI LEMAKKKKKK""" berlaukkan sotong bercili. Berseli kan air nescafe ais. Eh ni lagi satu masalah rasa nya, sejak2 ni, air kalau takde ais memang SUSAH NAK HABIS, nak muntah balik ada. Haiz,,,, ais tak bagus kan. Apakan daya, dah itu permintaan anakanda. Terpaksa ibunda turutkan, cewah !

Eh, okaylah bebel panjang pulak. Nak wat kerja cepat2 sebab harini nak kena submit dokumen untuk income tax company ni. Fenin lah ! Semoga berjumpa lagi.. Daaaa



p/s : macam gini lah lebih kurang nye nasi lemak sambal sotong tu, ini gambar orang lain ye, 
harapkan Yana, nampak makanan tak ingat dah nak ambik gambar .. jangan terliur :)

Friday, March 8, 2013

Celoteh Yana : Part 117 - Hari Ini

Assalamualaikum,



Harini makan lunch Owldtown Ipoh Chicken HorFun lagi..rasa tak kick lah sebab makan tengah hari. Seeloknya makan waktu malam di mana udara sepoi2 sejuk je lawan dengan sup panas dan cili kicap membuatkan telingan berdesing tu. Apakan daya, tekak dah tak boleh sabar. Layankan aje.


Order air ROSE FLOAT, alah yang ada aiskrim 1 scoop kat atas tu.. Ingatkan ROSE = SIRAP, sesampai je, berbuih bagaikan air gass... Apakah??? Rasa2 aaaahhh air soda rupa nya tetapi di dasar nya di letakkan warna merah. Entah sirap atau F&N strawberry. Tapi disebabkan kasih sayang melimpah ruah pada 'dak kecik' ni, takdelah di minum air nya.. Hanya dihabiskan ais krim je.


Kini, keadaan perut adalah sedikit selesa. Macam dah meminta makan semula. Sebab petang semalam bungkus nasi goreng kampung, boleh pulak habis sepinggan. Eh, macam2 peel 'dak kecik' ni. Kalau nasi berlauk, alangkan 2 suap pun seksa nak telan. Pastu perut meragam 2-3hari. Tapi semalam okay plak?


Tapi,ada rasa sedikit senak lah kat ari2. Fikir positif habis dah ni yang 'dak kecik' sedang membesar dan ruang untuknya juga sedang diperbesarkan oleh sang rahim ... Insyaallah.


Okeh2, penat menaip. Sekian disudahi entri tidak bergambar ini dengan ucapan 'terima kasih' 

Thursday, March 7, 2013

Celoteh Yana : Part 116 - 'Sickness'

Assalamualaikum,


Bila bercakap tentang mengandung dan sickness nya, ada yang dapat waktu pagi, petang or malam. Ada yang tak tentu. Anytime kena. Macam muntah2, pening, kembung perut..

Yana sebelum mandong ni, ada mintak pada Allah swt kalau diberi peluang mandong, NAAAAAKKK muntah2. Sekarang hamik ko ! Sepanjang masa muntah je, makan je muntah tak makan pun muntah.

Kadang2 rasa tak larat, bila perut kosong kepala mula lah pening. Pernah sekali tengah berdiri dalam bilik rasa macam terawang awang. Rasa terbuai2 ..eh berdiri ke tak aku ni. Terus duduk sebab taknak lah tetiba pitam terhantuk ke terhentak ke..lain plak jadi nya nanti kan.

Nasi jangan cakaplah, memang dia taknak langsung ! kalau makan nasi alamat nya 2-3 hari lah perut ni meragam. Makan apa pun tak kena, duduk ke baring ke semua jadi salah. Orang kata kalau ada tanda2 ni, baby sihat dan hormon kita tengah menyesuaikan diri.

Harap2 sickness and the geng ni hilangla bila habis trimestes 1 ni.. kerja rumah sussaaaaaaahhhh nak buat and siapkan. nasib la En.Suami memahami. Dan nasiblah Yana tak moody dengan dia, kan ada setengah orang dengan suami pun asyik tak kena, ada je salah dia nak marah2. Kalau kena kat kitorang camtu, alamat nya ada yang merajuk tido luar.. hehe. eh, taknak cakap besar nanti Allah swt dengar, terus dia bagi. Taknak.. tak suke tido sorang. Bantal polok free sapa taknak kan.

Okay lah, cukupla bebel. Nak balik dah ni... Tata

Wednesday, March 6, 2013

Celoteh Yana : Part 115 - Buku Pink

Assalamualaikum,



Nak tanya, bila elok start buka buku pink? Kena bawak gambar scan tu ke atau nanti dia akan scan semula kat sana? Dah lupa lah, mandong no2 aritu ada buka buku tapi dah tak ingat prosedur nya. Cer kawan2 tolong bagi idea. 



p/s: Ada tips tak nak kurangkan muntah dan tambah selera makan??

Tuesday, March 5, 2013

Celoteh Yana : Part 114 - Gambar Kedua Mu :)

Assalamualaikum,







Alhamdulillah, 'dak kecik' membesar dengan sihat nya.. 
Scan semalam doktor kata baru 8w 6d..
Lari seminggu dari ticker kat atas.
Estimation due date : 9.10.2013
Lepas ni sebulan lagi pulak baru scan lagi.


Insyaallah panjang umur, 
lahir sama bulan dengan Yana & En.Suami..
Kalau awal pun takpe, sebab kami nikah bulan September.
Genap 2tahun kawin.
Memang Yana rancang nak mengandung dan melahirkan ikut 
jangkaan tarikh ni. Dan alhamdulillah, Allah swt makbulkan.
Semua nya berjalan mengikut perancangan. 

:: 4minggu lagi untuk habiskan trimester pertama yang mencabar::


Monday, March 4, 2013

Celoteh Yana : Part 113 - Makan Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,


Hai sejak2 akhir ni asyik lah buh gambar makanan.. nak wat camne, idea nak tulis takdak. Makan pun tak selera mana pun. Semalam En.Suami belanja Tutti Frutti, Rm 12 jugak kena. Alih2, masuk ke lubang tandas jugak. Apa boleh buat, tak kena selera nya. 

Harini teringin makan benda alah ni, walau pun tau ada bahan2 dalam nya tak boleh makan. Tapi kita kuis2 lah mana boleh makan, mana tak boleh makan kan. Pandai2 nak adjust orang kata. 





Ni hah benda nya, ROJAK BUAH. Tapi tak letak kacang2 tu. Tak suka. Dah dapat sepinggan tadi. Rasa nya? Cukup lah membuatkan saya menghabiskan apa2 yang patut. Bahan2 dalam nya, nenas, jambu batu, timun, belimbing, betik muda, mangga dan sengkuang. Yang tak dimakan cuma nenas dan betik muda tu. Yang lain habis ! OOhhh puas hati sekarang. 

Malam ni ada appointment dekat klinik untuk cek keadaan tumbesaran 'dak kecik'. Entah apa lah khabar dia kan, ingat nak pergi semalam tup2 doktor takde. Memang jodoh kami bertemu harini je. Dalam hati ni risaaaauuu je. Nak tau keadaan dia. Dupdap dupdap jantung berdegup (jantung saya ler tuh).

Kawan2 doakan yang baik2 ye. Yelah, dengan ketidakselesaan perut dan ketiadaseleraan makan 1bulan lebih yang ditanggung, mesti lah nak feedback positif. 1st trimester ni memang MENCABAR ! Okeh, esok update lagi ye, tunggu keputusan malam ni. 

Friday, March 1, 2013

Celoteh Yana : Part 112 - Cer Teka ?

Assalamualaikum,








Cer teka pe benda ni?? 

Ni salah satu CRAVING masa kini..

Rasa macam seminggu sekali mesti nak makan dia..

Tapi sejak mandong ni, taknak sos putih tu. Nama dia TarTar sos.

Boleh request, SPECIAL MADE FOR YOU :)

Seronok sebab baru lepas layan benda ni... Letak sos cili banyak2

dan ngap !!

p/s : Teka tanpa hadiah ye.. suka2 je 

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm