Monday, March 4, 2013

Celoteh Yana : Part 113 - Makan Apa Hari Ini?

Assalamualaikum,


Hai sejak2 akhir ni asyik lah buh gambar makanan.. nak wat camne, idea nak tulis takdak. Makan pun tak selera mana pun. Semalam En.Suami belanja Tutti Frutti, Rm 12 jugak kena. Alih2, masuk ke lubang tandas jugak. Apa boleh buat, tak kena selera nya. 

Harini teringin makan benda alah ni, walau pun tau ada bahan2 dalam nya tak boleh makan. Tapi kita kuis2 lah mana boleh makan, mana tak boleh makan kan. Pandai2 nak adjust orang kata. 





Ni hah benda nya, ROJAK BUAH. Tapi tak letak kacang2 tu. Tak suka. Dah dapat sepinggan tadi. Rasa nya? Cukup lah membuatkan saya menghabiskan apa2 yang patut. Bahan2 dalam nya, nenas, jambu batu, timun, belimbing, betik muda, mangga dan sengkuang. Yang tak dimakan cuma nenas dan betik muda tu. Yang lain habis ! OOhhh puas hati sekarang. 

Malam ni ada appointment dekat klinik untuk cek keadaan tumbesaran 'dak kecik'. Entah apa lah khabar dia kan, ingat nak pergi semalam tup2 doktor takde. Memang jodoh kami bertemu harini je. Dalam hati ni risaaaauuu je. Nak tau keadaan dia. Dupdap dupdap jantung berdegup (jantung saya ler tuh).

Kawan2 doakan yang baik2 ye. Yelah, dengan ketidakselesaan perut dan ketiadaseleraan makan 1bulan lebih yang ditanggung, mesti lah nak feedback positif. 1st trimester ni memang MENCABAR ! Okeh, esok update lagi ye, tunggu keputusan malam ni. 

6 comments:

fifi said...

yana jaga diri baik2...jangan minum air kelapa awal2 ni ye..nanti dah 8 bulan,baru boleh minum..supaya baby kulit cantik mcm rissa.hehe..

iietamalek said...

Yanaaaa,

sedapnyer a nampak rojak buah yu..mmg dah telan air liur dah ni...hahaha

Nina Aman said...

yana..bestnye preggy..bleh dilayan mcm queen..time ni lah kita nk manje2 kan...hihi..bkn sng nak mengandung 9 bln ni...

aNis LeMoN aBu said...

hai ma yana!

kami 2 orang baru je makan rojak petis dengan sengkuang & timun. Husband repeat lagi hari ni. suka betul dia.

dak kecik jaga diri ya. (maknya pun~) nanti nextime tangkap gambar lagi jangan lupa senyum, ok :)

sweet tooth said...

Hohoho...ni org yg x preggy pun ngidam tgk gambo nih....adey.... Mana nk carik mlm2 ni.... Hehehehe :-)

Nastyna said...

betik muda orang pegnent tak leh makan ker? hehhee baru saya tau. All the best dear.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm