Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, June 28, 2013

Celoteh Yana : Part 166 - Nak Tanya Ni

Assalamualaikum,




Dear bloggers, 

Saya ada beberapa soalan nak tanya yang dah 
lama bermain dalam fikiran ni :-

1) Betul ke kalau masa mandong selalu minum 
minuman berais, baby akan lahir besarrrrrr ?

2) Betul ke minuman berais akan jejaskan kuantiti 
& kualiti susu badan lepas je melahirkan nanti ?

3) Betul ke kalau ibu mandong mandi lepas jam 
8 malam akan menyebabkan baby lemah @ 
ada masalah kesihatan lepas dilahirkan?

4) Biasa nya bila nurse @ doktor akan ajar 
cara2 melahirkan ? Kalau ceasarean tak payah ajar 
lah kan, sedia je perut tu kena belah. Ada kelas ke, 
atau ajar masa cek up kat KKIA ke, atau dalam 
dewan bersalin nanti masa tu dia ajar ?

5) Scan 4d kat mana yang best, berpatutan area 
Selangor, Kuala Lumpur ni ye ?



Buat masa ni, ni jelah soalan yang selalu 
bermain dalam fikiran .. Harap kawan2 yang ada 
pengalaman tu, kongsi2 lah ye. Nebes ni, tup2 dah 
nak masuk bulan ke 7. 

Monday, June 17, 2013

Celoteh Yana : Part 161 - Kenapa Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu?


ADA SEBAB MENGAPA SYURGA DI BAWAH 

TAPAK SI PEMILIK RAHIM.



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali WANITA.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali 

WANITA.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal 

atau ceaser, kecuali WANITA.

Malah dalam proses pecah dara sekalipun, tiada siapa yang

 tahu sakitnya pecah dara, kecuali WANITA.


Beritahu saya, adakah pengalaman yang mereka lalui ini 

terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?


Lalu berhakkah satu-satu pihak mengatakan wanita 

berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang

 BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak

 perlu berpantang?


"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas

 bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." 

Nah,Sungguh tinggi darjat wanita.


Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat 

yang disediakan untuknya?

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya

 melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?


Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, 

boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian
 
menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat

 membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung

 jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka

 di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana

 perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris,

 satu persatu demi menzahirkan seorang anak.


Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.

 Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan

 darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab

 menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda

 sekarang? Atau akan datang?


Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi

 rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.

 Berpantanglah.


Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara

 enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang

 tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita,

 iaitu rahim ibu-ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu,

 sekurang-kurangnya adalah sedikit perasaan kesian. Jika 

anda masih layak bergelar suami.

Tuesday, May 21, 2013

Celoteh Yana : Part 148 - Dilema Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum,




Tengok tajuk pun dah tahu rasa tentang apa topik kita hari ni.. Zaman sekarang ni RAMAI ibu2 dalam dunia ni bekerja. Demi menambah keselesaan diri sendiri dan membantu keluarga. Macam Yana sendiri pun, masih bekerja, dan pernah terfikir untuk berhenti kerja selepas melahirkan. Ewah, anak baru nak masuk sorang dah nak jadi suri rumah.. Apa salah nya kan, kalau suami mampu, dan mengizinkan ibu2 ni duduk di rumah mendidik anak boleh je. Janji persetujuan di buat kedua belah pihak. Jangan lah isteri beria nak berhenti padahal tau suami tak boleh support sorang2. Semua benda mahal sekarang, bila ada anak macam2 kena titik beratkan. Pampers, susu, keperluan lain2. 

Yana dalam dilema juga, pasal kami bercadang nak beli rumah di kawasan Damansara. Dan sekarang Yana bekerja di Batu Caves. En.Suami pulak bekerja di Tropicana. Kawasan tu memang dekat dengan tempat kerja dia. Kedua ibu bapa kami tinggal juga di kawasan Batu Caves. Alhamdulillah, loan kami tiada masalah, sekarang tunggu bank proses sikit lagi sebelum kami setuju dengan T&C semua. Insyaallah kalau jadi, awal tahun depan kami nak masuk. Tahun ni rasa nya tak kot sebab dengan Yana nak bersalin lagi, fikir faktor kerja lagi etc..

Yang jadi dilema ialah, pada tahun depan bila kami pindah masuk rumah tu. Yana dah tentu2 kena cari kerja di kawasan sekitar, atas faktor elak jem, senang nak balik kalau ada apa2 hal dengan anak (mungkin hantar ke pengasuh kalau Yana terus kerja). Lainlah kalau tak bekerja, kerja dari rumah ke..
Dan tau jelah, sekarang ni nak cari pengasuh / taska yang betul2 jaga anak kita seikhlas hati bukan senang. Setiap hari baca kes2 anak2 kecik yang cenggitu cenggini. Risau jugak sebenar nya.. 

Kalau bos sekarang, dia ada bagi pilihan samada Yana nak terus kerja @ berhenti. Sebab dia faham keadaan ibu2 ni. Dia ada jugak cadangkan Yana kerja dari rumah, freelance. tak terikat waktu kerja. 
Cuma macam leceh pulak kalau nak bawak dokumen semua balik rumah. Dah jadi 'rumahku, ofisku' pulak. hehe. Dia pun ada terfikir nak pindah ofis, tapi kat kawasan Ukay Height sana. Lagi lah jauh dari Damansara tuh. Jem lagi. 

Benda2 camni kena fikir dan bincang betul2, dengan En.Suami & juga dengan bos. Sementara ni, Yana masih survey bisnes apa yang buat dari rumah, insyaallah. Kan berniaga ni digalakkan.



Thursday, February 7, 2013

Celoteh Yana : Part 103 - Okeh, ini sangat OHSEM ! :)


Seronok nya semua berdandan, paling cute, mak dia tengah pregnant ..

Hidup ini indah kan, dalam banyak cara :)


p/s : Dalam 4hari akan menjadi 'single', En.Suami outstation.....

Monday, February 4, 2013

LESS WORD : YANG TERSURAT :)




Seminggu lagi kerja, pastu seminggu cuti.. YEAY ! :)

Thursday, January 17, 2013

Celoteh Yana : Part 96 - Hebatnya Seorang Wanita

Hebatnya Seorang Wanita
-----------------------------

” kalau beginilah sakitnya melahirkan anak, cukuplah kali ini. Sayang tak perlu mengandung lagi sebab abang tak sanggup nak tengok..”

Salah satu dialog dalam sebuah kisah, yang saya sendiri lupa dari mana saya baca. Yang pasti, kisah itu pernah dibaca sewaktu saya masih bujang. Saya berfikir sendiri, sakit sangatkah proses kelahiran itu? Dan saya pasti, bukan saya seorang berfikir seperti itu.

Hari ini, selepas sembilan bulan.
Sedar tak sedar, kandungan isteri sudah berada di trimester terakhir, bahkan sudah berada dalam fatrah boleh bersalin bila-bila masa sahaja. Tarikh secara rasmi pula hanya berbaki dua hari. Dan saya, menjadi peneman setia kepada segala apa yang dilalui oleh isteri sepanjang tempoh mengandung. Sekaligus, saya mendapat jawapan kepada semua soalan saya ketika bujang.

Lalu saya pernah menulis tentang keperitan yang dirasai oleh beliau. Daripadabraxton hicks contraction sehinggalah sakit-sakit seluruh badan, hakikatnya saya dan kaum saya sama sekali tidak akan mampu menyelami kesakitan tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lalu timbul satu lagi persoalan, mengapa Allah takdirkan mengandung itu hanya untuk perempuan?

Firman Allah ta’ala :

Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang bathil, dan mereka kufur pula akan nikmat Allah? [ An Nahl : 72 ]

Menjadi hikmah Allah, tidak ada lelaki yang boleh mengandung walau sehebat mana pun dia. Dan menjadi hikmah Allah juga, hanya wanita boleh mengandung walau selemah mana pun mereka. Tentunya, Allah lebih tahu, siapa yang lebih mampu untuk menanggung beban dan amanah tersebut.
Merenung kehebatan Allah ini, banyak iktibar yang boleh diambil.

KEKUATAN DAN KEINGINAN MENYUMBANG
------------------------------------------------
Di hadapan mata saya, seorang wanita membuktikan hakikat tersebut. Ketabahan dan kesabarannya selama sembilan bulan, menyedarkan saya bahawa ‘kekuatan’ itu ukurannya bukan pada tenaga fizikal semata-mata. Tetapi kekuatan hati dan tekad dalam diri mereka.

Kaum wanita, adalah kaum yang cukup istimewa. Cara mereka berfikir dan bertindak, adakala jauh lebih baik dari lelaki. Hasil kerja mereka seringkali lebih kreatif dan teliti. Paling hebat, komitmen mereka terhadap cinta dan kasih sayang dalam kehidupan.

Akhir-akhir ini, saya sendiri tidak sanggup melihat kesakitan yang dialami tatkalacontraction menyerang. Belum lagi tentang sakit pinggang, sakit kaki dan sakit belakang, akibat membawa beban berkilo-kilo selama berbulan-bulan. Namun dia bukan seorang yang cepat mengalah dan memilih untuk berada di pembaringan. Kudratnya tetap dikerah meskipun ditegah. Keinginannya untuk menyumbang adakala membuatkan saya pasrah.

Lantas teringat perbualan dengan seorang teman tidak lama dahulu. Waktu itu saya bertanya perasaannya setelah bergelar bapa.

” Memang penat. Namun penat menguruskan si kecil jauh lebih ringan berbanding penat ‘menguruskan’ isteri..”

Di awalnya, saya tidak dapat menangkap maksud tersirat. Rupanya, sesetengah wanita berperang dengan tekanan tersendiri selepas bersalin, iaitu tekanan kerana tidak dapat menyumbang dan meringankan bebanan. Daripada menguruskan diri, menguruskan rumah dan menguruskan bayi, kesemuanya terbeban di atas bahu suami. Isteri di waktu itu tidak mampu melakukan kerja, perlu banyak berehat apatah lagi jika masih terkesan dengan rasa sakit.

Jika kurang ketahanan dan motivasi, isteri boleh mengalami kemurungan dan kesedihan berpanjangan, biarpun suaminya mampu melakukan semua pekerjaan. Situasi ini akan merumitkan keadaan jika ianya berlarutan.

Mengingatkan ini, saya beristighfar berkali-kali. Wanita itu, sudah sembilan bulan menanggung beban. Sudah berpuluh kali menahan kesakitan. Dan nantinya, bertarung dengan mati pula untuk proses kelahiran. Sedangkan saya sebagai lelaki, hanya mampu melihat dan memberi sokongan. Langsung tidak mampu merasai apa-apa kesakitan. Apakah setelah itu, di waktu tangisan si kecil sudah kedengaran, tubuh yang lemah itu juga hendak diletakkan beban?

Dia wanita yang kuat dan cekal. Bulan-bulan yang dilalui, hari-hari yang ditempuhi, menjadikan saya seolah-olah mahu angkat tabik kepada isteri. Alangkah jika semua itu ditanggung dan dirasai oleh lelaki, pasti dan pasti tidak akan mampu diharungi sehingga ke saat ini.

Lama sebelum ini, dengan yakin beliau menyatakan untuk mengkhatamkan Al-Quran, sebagai ‘hadiah’ untuk si kecil yang bakal lahir nanti. Berjuang dengan sakit dan menghabiskan masanya dengan Al-Quran, beberapa hari lepas dengan wajah berseri-seri dia memberitahu Al-Quran telah khatam dan meminta saya membacakan doa khatam Al-Quran untuknya.

Tekad dan semangat yang menakjubkan saya. Sedang yang sihat, Al-Qurannya tidak pula kunjung khatam.

TEMAN
--------
” Siapa akan jaga nanti berpantang? “

Itu soalan lazim dari sanak saudara di Malaysia, bila diberitahu tarikh bersalin sudah dekat. Dan saya, jujurnya tidak pernah memikirkan tentang itu secara serius. Saya tidak mengharapkan untuk orang lain jaga kerana saya ada. Tentunya tidak sama dengan keadaan di tanahair, di mana ada keluarga yang akan menjaga.

Memilih untuk bersalin di tanah arab, bererti bersedia menerima bahawa semua itu memang tidak ada.
Namun Allah datangkan juga insan-insan yang baik hati memberikan perhatian dan pertolongan. Saya terkesan dengan seorang sahabat kepada isteri, berpangkat adik. Meskipun tidak kenal rapat sebelumnya, namun begitu akrab dengan kami. Dari kacamata saya, tingkahlaku seseorang itu sudah cukup mencerminkan keikhlasannya. Pertolongan yang dihulur dan perhatian yang diberi, benar-benar menjadikan kami senang hati.

Isteri meluahkan rasa terharu dan saya tersenyum. Bukan semua orang punya hati seperti itu. Menolong orang tak mengira siapa dan sanggup bersusah payah untuk orang lain biarpun diri sendiri banyak kerja. Yang ramai, waktu senang datang bertempek namun tika perlukan pertolongan, menjauh entah ke mana.

Saya doakan, insan-insan seperti ini diberikan pertolongan dan rahmat berpanjangan dari Allah ta’ala. Saya teringat satu hadith Nabi s.a.w bersabda :

” Dan sesungguhnya Allah sentiasa akan menolong hambaNya, selagi mana hambaNya itu sentiasa menolong saudaranya yang lain“

MOTIVASI
------------
Dalam tidak sabar menunggu tangisan si kecil kedengaran, saat-saat getir sebelum proses kelahiran juga perlu diberi perhatian. Mahu berada di situ, perlukan motivasi dan semangat yang kuat. Dan saya dan keluarga, tidak putus memberikan semangat kepada isteri. Kini contraction sudah semakin kerap, dan berkemungkinan akan bersalin sedikit masa lagi.

Melihat wajahnya saja, saya yakin akan kekuatan dari dalam diri wanita tersebut. Nantinya akan ku bisikkan kepada si anak, bahawa ibumu adalah seorang pejuang yang penuh kental dengan keazaman. Dan catatan ini kelak akan menjadi tatapan, apabila engkau sudah dewasa dan mula mengenal erti kehidupan.






sumber : Facebook

Friday, January 11, 2013

Celoteh Yana : Part 93 - Air Rebusan Taugeh

Assalamualaikum,


Pada TTCians mesti ramai dah tahu pasal 
petua air rebusan taugeh ni kan..

Bawah ni Yana sertakan "resipi" nya untuk yang belum tahu

  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.


Yana pernah buat sekali air ni. Gigih rendam kacang hijau dekat opis dalam botol (sebab nak tengok progress kacang menjadi tauge). Setiap hari tukarkan air rendaman ye, kalau tak masya allah bau dia memang nak muntah! Bila dah keluar ekor tauge tu iaitu akar nya barang secoet, boleh lah di asingkan kulit hijau tu ye. sebelum rebus. Tapi korang ingat senang ????!!! Yana buat sekali banyak semput nak mengopek kulit tu. Terus terbayang gigih nya TTCians yang buat banyak2 kali. Tabik dengan dia. 





Bila dah rebus, ikut sukatan .. Yana simpan lah dalam peti ais selepas disejukkan baru lah sedap nak minum kan. Bau okay la, macam bau sayur lah. Pagi pertama minum, weeekkk PAYAU ! macam minum air perigi. Siapa pernah minum air perigi tahu lah ye. Okay, tabah kan hati habiskan secawan. Esok minum lagi... Hari ketiga tak minum, lupa... masuk hari ke4 bukak je penutup botol bau air tu dah busuk! Entah kenapa terus mual tak jadi minum buang terus. Mungkin had usia dia 3hari je kot. walau pun simpan dalam peti sejuk. Cuba bayang kalau simpan dalam suhu bilik??? Eeeee... mesti terus suami ingat dah pregnant sebab bini muntah2 dengan dahsyat masa tu. huhuuuuu...

Okaylah, sekian bebelan ini. Semoga para TTCians terus kuat ye. 



Monday, January 7, 2013

Celoteh Yana : Part 90 - Tips Nak Hamil Cepat

Assalamualaikum,



Yana dapat tips dari seorang kawan RatuHati.com dah TTC 3tahun. Pernah mengandung masa awal perkahwinan tapi gugur masa 12 minggu. Kali ni, dia amalkan petua ni 1st cycle dah lekat.

Meh tengok tips dia :-


~semasa period saya minum air+madu byk2 dan tamat genap pada 7 july 2012

dari segi kedoktoran (scientific) saya makan

1. clomid (pada hari ke-5 haid - hari ke-9)
2. folic acid (pada hari ke-6 hingga sekarang)
3. saya mencuba ujian kesuburan (OPK TEST) pada 12july sehingga 18julai) dan kesan positive pada hari ke 17.. (untuk cycle 31 hari)

dari segi keagamaan:-
1. solat 5waktu jgn tinggal
2.solat hajat setiap malam
3. sedekah walaupun beri coklat pada anak2 kecil
4.memberi susu kepada binatang dan berbicara dengannya spt doakan saya mengandung ya..

cara tradisional:-
1.minum air kunyit pada hari ke-8 hingga hari ke-10 (3hari berturut2) pada waktu pagi sebelum sarapan dan jgn mkn apa2 sehingga setengah jam..mmg pahit tapi tahan la sikit..

semasa ovulation:-
1. saya sakit di bawah perut (ari2) selama 3 hari iaitu pada 15-17july dan 17 july terbukti ovulation test saya positive

untuk mendapatkan ovulation yg baik saya cuba pemakanan tersebut:-
1. minum jus epal setiap hari
2.makan badam setiap hari 
3. makan kismis 5 biji setiap pagi
4. minum air + madu

selepas ovulation saya kekalkan

1.minum air + madu 
2. minum air epal
3. makan badam
4. makan kismis




Kawan2 TTCians, jom cuba tips ni.. Kot ada rezeki kan, usaha tangga kejayaan :)


sumber : http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,6235.0.html

Friday, December 28, 2012

Celoteh Yana : Part 84 - 25 perkara yang berubah selepas memiliki anak


25 Perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak
25 Perkara yang berubah
Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak
1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak
5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. :(
6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ;)
7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p
10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak
11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan.
13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan.
15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya.
16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita – senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya.
17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami
situasi mereka.
18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ♥
21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu.
22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
23. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku
24. Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat taknak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki.. Kalau diberi lagi jangan ditolak.. :) Mungkin sebab terlalu sakit, maka terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan.. )
25. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


(sumber : Facebook)

Thursday, December 27, 2012

Celoteh Yana : Part 83 - Kasih Ibu Tidak Terbalas

Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara­ kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Senyum...



(sumber : Facebook)

Thursday, October 11, 2012

INFO : Kesan Waktu Subur @ BBT

Kesan Waktu subur - BBT

Peroses pematangan telor sehingga penetasan/ovulation.

Mulai dari hari pertama haid, sel benih mula dirangsang pertumbuhannya oleh hormon FSH yang dikeluarkan oleh kilang pituitary terletak dalam otak. Hasil ransangan ini , kantung telor/follicle mula dibentuk dan membesar hingga ke saiz 2 cm pada hari k13/14/15. Apabila sudah sampai saiz matang , kilang pituary mengeluar
 hormon LH yang bertindak memecahkan kantung telor dan mengeluarkan benih/ovum , itulah ovulation - perosesnya saperti biji getah terkeluar dari kantungnya pecah dua.





CARTA SUHU BBT

Carta suhu BBT adalah satu kaedah mengesan penetasan telor / ovulation yang paling mudah, tepat dan murah harganya.
Perlu beli alat suhu yang khas , sering digelar ovulation / fertility thermometer yang bolih dibeli difarmasi dan ia disertai dengan kertas carta kosong yang perlu diisi mengikut sukatan suhu yang diukur pagi hari, sejurus sedar dari tidur dan belum melakukan apa2 aktiviti.

Terdapat tiga perkara yang berlaku sewaktu anda akan haid:
1.Pengeluaran hormon haid
2.Penetasan telur
3.Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid

menstrualcycle-web
I. Pengeluaran hormon haid

Kitaran haid mengambil masa 28 hari. Sewaktu tempoh ini berlakunya pelbagai aktiviti serentak yang mengekalkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi kesihatan wanita di antara yang terpenting kesuburan.

Haid dikawal oleh otak dan juga sistem endokrin manusia. Sistem endokrin adalah seperti pengutus dari organ ke otak serta balik. Ia memberitahu organ dalam badan apa yang perlu ia lakukan.
Sistem informasi haid terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut:
1.Hypothalamus (bahagian belakang otak)
2.Kilang pituitari
3.Kilang ovari


Mula-mula, segala-galanya bertolak dari bahagian belakang otak khususnya di bahagian Hypothalamus. Hypothalamus seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi. Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak. Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH).

Atas pengaruh faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran seperti pemakanan, ataupun stimulasi hormon endokrin yang lain di dalam badan, hormon GnRH akan bertindakbalas. Pada awal pusingan haid ia akan mengutuskan signal bahawa sudah sampai masanya untuk bersedia untuk pusingan haid seterusnya. Ia menghantar mesej ke kilang Pituitari.

Di bahagian otak sistem Pitituitari mengeluarkan hormon Lutienizing Hormone (LH) dan Follicle stimulating hormone(FSH). Ia terletak di otak di bahagian tengah bersambungan dengan bahagian hypothalamus dan sebesar sebiji kacang pea. Sepanjang 28 hari kedua-dua hormon ini akan berinteraksi dengan kilang ovari pula yang akan mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesteron iaitu hormon yang mengekalkan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain .

Perkembangan fasa-fasa endokrin (hormon-hormon putaran haid)

1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)
2. Fasa penetasan (Ovulation)
3. Fasa Luteal (Luteal phase)
1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)

Pada hari pertama haid hormon GnRH dirembes oleh Hypothalamus serta merangsang hormon FSH untuk keluar. Apabila hormon FSH sampai ke tahap tertentu ia merangsang beberapa biji telur di kilang ovari. Pada satu tahap lain pula satu telur akan menjadi dominan dan membesar sebagai telur utama dan yang yang lain akan mengecut dan mati yakni mengalami atresia.

2. Fasa penetasan (Ovulation)

Pada hari subur yakni pada pertengahan bulan haid hormon luteinizing hormone atau LH akan memuncak dengan tinggi dan menyebabkan karung folikel yang memegang telur yang dominan itu yang masak menetaskan telur itu keluar dan ia akan ditangkap oleh fimbria iaitu tangan pada rahim.

3. Fasa Luteal (Luteal phase)

Karung telur yang tertinggal selepas telur menetas dipanggil corpus luteum. Ia mengeluarkan progestrone yang sangat kritikal untuk pembentukan dinding rahim sesuai untuk keadaan yang subur untuk kehamilan. Paras hormon progesteron dan estrogen yang tinggi menyebabkan hormon LH dan FSH akan ditekan daripada terus naik. Jika tiada kehamilan berlaku, bermakna paras hormon progestron dan estrogen dalam darah menurun dan corpus luteum itu mengecut dan hilang. Selepas 11-16 hari akibat paras hormon progesteron dan estrogen yang rendah hormon FSH dan LH akan naik semula untuk pusingan haid seterusnya.

II. Penetasan telur

Fasa Folikular

Sewaktu perkembangan hormon GnRH , LH serta FSH berlaku satu proses kritikal yang lain sedang berlaku iaitu telur sedang menyediakan diri untuk menetas. Telur adalah merupakan setengah dari kromosom anda dan tanpanya pembentukan janin tak akan berlaku jika ia gagal menetas. Sewaktu embryogenesis atau penetasan telur, pada permulaan haid Hormon FSH (hormon yang stimulasikan karung telur) akan keluar. Beberapa telur akan terpilih untuk membesar dan satu akan menjadi dominan. Telur ini akan mengeluarkan hormon estradiol iaitu sejenis hormon estrogen dan atas pengaruh hormon ini ia akan makin membesar.

Fasa Penetasan

Bila tiba hari subur yakni sewaktu hormon LH memuncak pada hari ke -14 karung telur itu akan pecah dan menetaskan telur.

Fasa Luteal

Sel-sel karung telur yang tertinggal akan membentuk menjadi corpus luteum. Karung corpus lutuem ini seterusnya akan merembeskan hormon progestron,corpus lutuem yang merangsang dinding rahim untuk menebal untuk kehamilan yang boleh berlaku. Jika tiada janin terjadi, ini mengecut melalui proses atresia kerana paras estradiol dan progesteron makin berkurangandan meresap serta hilang dalam darah.

III. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid

Darah haid terdiri daripada darah segar dan yang beku serta tisu-tisu dinding rahim. Haid berlaku untuk membuang sel-sel dan tisu dari dinding rahim supaya setiap bulan bahagian dalam rahim wanita subur untuk satu kehamilan. Jika ia tidak berlaku sel-sel dinding rahim pasti luruh kecuali ada penyakit atau gangguan hormon. Dinding rahim dikenali sebagai lapisan endometrium.

Fasa Proliferatif (Proliferative phase)

Sewaktu fasa pertama yang juga dikenali fasa folikel ia bermula selepas haid habis sehingga tarikh telur menetas lapisan endometrium mengalami stimulasi oleh rangsangan estradiol yang dirembes oleh telur yang sedang matang. Tisu-tisu dan kelenjar-kelenjar endometrium makin menebal.

Fasa Sekreteri (Secretory phase)

Fasa ini juga dikenali fasa luteal. Ia bermula selepas telur menetas sehinggalah haid seterusnya. Pada peringkat ini karung telur yang merembeskan progestrone mengekalkan tahap penebalan endometrium serta kelenjar akan merembeskan mucus dan glycogen. Jika tiada kehamilan berlaku corpus luteum akan mati dan hilang serta paras estradiol dan progesteron pun turun.

Fasa Haid

Akhirnya dinding rahim luruh kerana tiada progesteron untuk mengekalkan kesuburannya. Dinding rahim terdiri yang daripada darah dari arteri serta urat , tisu-tisu kelenjar dan tisu endometirum, sel pembuluh darah merah, leukocytes akan keluar melalui cervix (pintu rahim) sebagai darah haid.

Wednesday, July 18, 2012

Celoteh Yana : Part 33 - Duhai Para Isteri

DUHAI PARA ISTERI..

♥ CINTAI LAH SUAMIMU MU SEPERTI SEORANG KEKASIH,
LAYANINYA PENUH KASIH SEOLAH-OLAH HANYA DIA INSAN YANG PALING UTAMA DALAM HIDUPMU

♥HORMATI SUAMI MU SEPERTI SEORANG PEMIMPIN,
UTAMAKAN KEPENTINGANNYA SERTA DAHULUKAN KEHENDAKNYA

♥HARGAI SUAMI MU SEPERTI SEGUNUNG PERMATA,
WALAU TIKA DUNIA MENENTANGNYA, TETAPLAH BERSAMANYA

♥TERIMA LAH DIA SEADANYA,
WALAU PADANYA TIADA HARTA DAN PANGKAT ATAU KELEMAHANNYA MENGGUGAT KESABARAN

♥MESKIPUN DIALAH RACUN DIALAH PENAWAR,
TATANG LAH DIA SEPERTI MINYAK YANG PENUH,

♥ANGGAP LAH SUAMIMU YANG TERBAIK,
INSYAALLAH YANG TERBAIK JUA YANG AKAN KEMBALI PADAMU

~♥~Amatlah baik seorang isteri yang mampu melayani suaminya yang turut menunaikan hak2 isterinya, tetapi amatlah bijaksana seorang isteri yang masih mampu melayani suami yang tidak menunaikan hak2 isteriya...hanya kerana dia tahu segalanya tidak sia-sia dan pasti diganjari syurga yang abadi.~♥~

Sunday, July 8, 2012

Celoteh Yana : Part 23 - Untung nya Wanita Ada Rahim

Assalamualaikum




Untungnya wanita ada rahim…







1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi ‘kilang ‘manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib 
solat tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya. 



2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. 
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, 
cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.. 
Orang lelaki tak ada cuti dari solat.
Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 



3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,
sepanjang dia mengandung Allah sentiasa 
mengampunkan dosanya..
lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. 
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, 
jadi kenapa perlu takut nak beranak? 



Marilah kita pegang kepada tali Allah. 
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.. 
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk
Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. 



4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: 
seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala tetapi
dosa-dosa suami dia tak tanggung. 



5.) Diakhirat nanti seorang wanita
solehah akan terperanjat dengan Pahala extra 
yang banyak dia terima diatas segala 
kebaikan suaminya yang tak disedari.. 



Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. 



Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini. 



6.) Manakala suami pula mempunyai
tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang
tak dididik dia akan tanggung ditambah
lagi dengan dosa-dosa yang lain. 



Dinasihatkan kepada semua wanita 
supaya faham akan syariat Allah agar 
tidak derhaka denganNya. 
Dan semua lelaki fahami hati naluri 
seorang wanita & isteri agar 
tidak derhaka denganNYA…….






Renung-renungkan...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm