Monday, June 17, 2013

Celoteh Yana : Part 161 - Kenapa Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu?


ADA SEBAB MENGAPA SYURGA DI BAWAH 

TAPAK SI PEMILIK RAHIM.



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali WANITA.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali 

WANITA.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal 

atau ceaser, kecuali WANITA.

Malah dalam proses pecah dara sekalipun, tiada siapa yang

 tahu sakitnya pecah dara, kecuali WANITA.


Beritahu saya, adakah pengalaman yang mereka lalui ini 

terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?


Lalu berhakkah satu-satu pihak mengatakan wanita 

berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang

 BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak

 perlu berpantang?


"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas

 bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." 

Nah,Sungguh tinggi darjat wanita.


Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat 

yang disediakan untuknya?

Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya

 melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?


Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, 

boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian
 
menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat

 membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung

 jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka

 di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana

 perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris,

 satu persatu demi menzahirkan seorang anak.


Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear.

 Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan

 darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab

 menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda

 sekarang? Atau akan datang?


Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi

 rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.

 Berpantanglah.


Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara

 enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang

 tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita,

 iaitu rahim ibu-ibu kalian. Jika tiadapun perasaan malu,

 sekurang-kurangnya adalah sedikit perasaan kesian. Jika 

anda masih layak bergelar suami.

8 comments:

fifi said...

rahim besar macam pear jer?nape lepas bersalin perut buncit macam tembikai? =.='

hayati hashim said...

Nk like komen fie..hihi. ok lagi tembikai. Kalau macam labu haloween??

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Fifi : lepas bersalin yg tembikai tu perut nya eh, yang dah meregang. rahim kan akan kecut :)

Hayati : Nasib takde function "like"..labu halloween? Siap ada ukiran tu? Scary! haha

Nastyna said...

Ha buah pear, mengembang masa pregnant jadi belon. Pentingnya pantang supaya rahim kecut jadi buah pear balik. I myself takder la pantang yang strict tu sumer, tapi berpada dan beringat hari tua, badan nak pakai lama hehe.

Nurul Ilyani said...

i like :)

MyBabyLane said...

Hi,

Feel free to browse Gymboree original clothes for baby girl and baby boy here http://mybabylane.blogspot.com/ ;)

::EIDA:: said...

betul betul. ida pernah terbaca pasal sekecik pear tu....

Fifi Nadhrah said...

hebatkan rahim kite..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm