Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Penceritaan. Show all posts
Showing posts with label Penceritaan. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

Celoteh Yana : Part 177 - Seronok Jadi Suri Rumah

Assalamualaikum...





bila dah habis pantang.. bermakna lebihan cuti sebelum kerja semula adalah
masa untuk bersama anak. Dapat gomol lebih.. masa dalam pantang kan 
masa terhad dengan nak tungku lagi.. bengkung semua2 lah.
so masa2 berharga macam ni lah yang best.. buat kita rasa ala
kenapa la kena kembali bekerja. Kan best kalau boleh duduk 
rumah jaga anak sendiri tak payah bagi orang jaga sampai 
kat ofis pun duk risau fikir keselamatan anak. Lainlah kalau
yang jaga tu ahli keluarga kita. 


Semalam yana ada suarakan kat en suami taknak kerja 
nak duduk rumah je jaga syahir sementara belum pindah
ni. En suami cakap boleh je tapi rugi la sebab kalau kerja
dapat tolong topup nak masuk rumah nanti.. yelah kita sendiri
request nak macam2 kan. Kalau ada duit lebih lagi voges hasil
nya. Betul juga bila difikirkan balik.. pastu yana pun rasa
macam otak beku je duduk rumah balik2 tengok tv,
baring2 .. memang seronok cuma badan dah biasa 
bekerja ni lain macan rasa bila duduk rumah saja.
takpela kot anak dah 2,3 org nanti lagi berbaloi kot 
jadi suri rumah sebab kos sorang hantar taska atau pengasuh
pun dah 2-4 ratus tengok pada umur. 



Sentap lah hati ibu nak bekerja nanti 
kalau syahir buat muka macam ni
setiap kali ditinggalkan.. huhu

Wednesday, October 2, 2013

Celoteh Yana : Part 171 - Cerita Bersalin Saya

Assalamualaikum...
(Entri ditulis hari sabtu 29.9 .. akibat beberapa
masalah tak dapat di elak terpaksa tunda
dan sambung publish harini - rabu 2.10)



alhamdulillah yana & baby sihat je...
terima kasih atas ucapan tahniah kalian.


yana dah balik ke rumah semalam (jumaat) setelah 
5 hari berkampung kat hospital. Lega rasa nya dah tengok
rumah.. yana pantang kat rumah mak. Alhamdulillah beruntung 
masih ada mak kan.. pada yang dah takde mak mesti sedih kalau
kena berpantang sendiri. Kalau ada ibu mertua pun okay juga cuma
taklah sama macam mak sendiri..


okay.. mula cerita bersalin ye. 


Pagi 23.9 yana pergi klinik kesihatan dulu untuk cek dan dapat kam
surat rujuk doktor untuk bersalin. Selesai urusan dapat surat dalam
jam 2.30 sebab ramai orang dan terpaksa tunggu lepas lunch time baru
doktor free. Lepas dapat yana dan suami terus bergegas ke hospital.
masa tu eksaited sb dah bayang anak yang comel bakal 
dilahirkan tanpa memikirkan apa2 perkara buruk..


sampai hospital urusan daftar masuk semua yana dapat katil
dalam jam 6 ptg.. petang tu doc cek bukaan bawah. Dah 2cm kata nya.
tnggu la esok pagi kata nya masuk ubat induce. Esok pagi jam 7,
Doc datang seluk lagi. Bukaan 3cm makna nya ada progress so tak
payah masuk ubat ikut cara normal. Tunggu labour room kosong dorang
akan tolak yana masuk... dapat labour room jam 6 padi esok nya
25.9.2013. Nurse masukkan ubat berak kat bontot pastu suruh breakfast.
Lepas tu terus dorang tolak yana ke labour room.


dalam labour room, doc cek lagi bukaan. Masih 3cm
jadi mereka pecahkan air ketuban. Dan masukkan ubat induce
melalui air ke tangan. Yana masih boleh bergelak ketawa dengan suami
sampai jam 8pagi dah terasa sakit senggugut sikit.
jam 11.30 doc cek bukaan baru 4cm. Ubat induce di percepatkan..
sakit kian terasa pada jam 1 ptg.. perut memulas mulas..
jam 3.30 doc cek bukaan baru 6cm , ubat dicepatkan lagi
yana dah minta 1 suntikan pethadine untuk kurangkan sakit. Padahal
tak rasa kurang pun.. makin sakit ada la kesan induce..


jam 6ptg bukaan 6cm yana dah tak bertenaga langsung kesan ubat
dan kesakitan yang ada. Hanya allah yang tau.. jam 7 malam doc cek bukaan
8cm dia minta tunggu lagi padahal yana dah macam separuh sedar tahan sakit
jam 8mlm bukaan 9cm mereka suruh teran sebab jantung anak dah tak
menentu. Suami di sebelah meleleh air mata dah tengok isteri dia mengerang
macam dah hujung nyawa. Silih ganti mak yana dan suami temankan.


yana cuba teran sekuat hati tak berjaya.. kata mereka baby masih tingfi
belum turun laluan sepatut nya. Di paksa lagi teran teran dan teran..
sampai kena marah sebab kata mereka yana tak teran betul2 dan
tak dengr arahan.  bebel2 sorang nurse perempuan kat situ
macam kan kita ni taknak anak kita lahir..walhal menanggung
sakit separuh nyawa.


jam 8.30 mereka dapati baby langsung tak bergerak ke bawah
dan masih tinggi mereka suggest untuk bedah. Yana memang 10 minit
sebelum tu dah merengek minta suami bedah je sebab tak tahan
sangat sakit nya.. lepas tu doc setuju melihat keadaan genting
dorang siapkan yana untuk operation. Masa tu sakit menggila suami
kat sbelah dah pujuk supaya kuat takut kehilangan yana..


masuk OT doc cuba vakum pulak.. di sedut sedut nya dari lubang bawah
tu sampai yana rasa ya allah besar nya ujian untuk aku.. dalam hati
asyik berdoa supaya di permudahkan... istighfar banyak2 walaupon sakit menggila.
di sedut tak turun jugak yana di bedah. Lepas cucuk je ubat bius spinal nama nya
yana terus rasa lega. Sambil baring perut di bedah di godek godek ye terasa kiri
ke kanan perut di tolak. Terus terbayang video yang yana tengok..m
Senyum yana dengar suara baby nangis.. ya allah dah keluar anak aku.
lega rasa nya penderitaan tadi berakhir..
tak sampai 30mnt kot nurse datang tunjukkan baby.. yana ucap
assalamualaikum dan kiss baby.. pastu nurse tunjuk jantina nya.
dan dia di bawa pergi.. siap perut dijahit baby keluar dulu dan yana
dikuarantin untuk pemantauan kesan bius dalam sejam.


jam 12.30 yana dapat duduk di katil semula dan baby di serahkan.
masa tu belum terasa sakit operate sebab bius masih ada..
Tapi dapat tengok baby semua sakit hilang... esok pagi
baru tau. Ha azab juga nak jaga sakit operate
.. hehe... apapun syukur semua nya selamat walaupon yana
terpaksa lalui 2 pengalaman.. cuba bersalin normal setelah di induce
dan di bedah.. demi mu anak



Kami discharge pada 28.9 jumaat....




NAMA DIBERI : 
MUHAMMAD SYAHIR  NAQIUDDIN
BIN MOHD SYUAIB


Kesimpulan nya 13jam dalam labour room masih
belum bersalin dan 1 jam dalam OT selesai semua nya


Nantikan cerita Syahir masuk wad nicu hari lahir ke 6 
akibat demam kuning... 

Friday, July 5, 2013

Celoteh Yana : Part 169 - I Is Back !

Assalamualaikum,



Tup2 dah masuk bulan 7 kan, bape hari je lagi 
nak puasa... Hurm, boleh ke Yana puasa ni? Sedangkan hari2 biasa ni pun kalau tak makan rasa lemah je, ni kan plak bulan Ramadhan yang memang terkenal dengan dugaan berlapar nya.


Dan alhamdulillah, Yana dah discharge Selasa petang ritu. Seronok duduk wad..orang kata makan tanggung berak cangkung. haha, tapi ada masa bosan lah sebab tengok kiri kanan semua orang tunggu masa nak melahirkan, ada yang dah melahirkan dukung susukan baby diorang semua. Tapi still enjoy sebab ada peluang belajar dan memerhati semua tu sebelum alami nya secara benar !


Dijadikan cerita, pagi Ahad 30.6 tu Yana masih lagi golek2 atas katil jam 9.30 pagi bangun gi tandas buang air kecil. Masa tu takde pun darah ke apa... sambung golek2 lagi sambil main game henfon.

Dalam 10.30 pagi terdengar mertua dengan adik ipar nak keluar breakfast, so nak ikut.. Baru lah hegeh2 nak mandi, bukak panties tengok ada brownish stain. Sebijik macam masa gugur 2x sebelum ni.. So dah nervous sangat ! Risau kan 'dak kecik' ! Cepat2 kejut En.Suami and bagitau dia.. Dia bangun terkejut dan risau jugak. Yelah, 6 bulan lebih 'dak kecik' molek je duk dalam ni.. tup2 ada darah siapa tak takut kan. So, En.Suami mandi siap2 terus kitorang pergi hospital Selayang. Sampai sana, singgah bahagian Emergency, tapi diorang suruh pergi dewasn bersalin tingkat 5 terus sebab baby dah lebih 22 minggu.
Sampai dewan bersalin, macam biasa lah cek ambil darah, sambil tu kena baring untuk doktor tu buat pemeriksaan lanjut. Baring dekat sejam lah jugak sebab semua sibuk, sambil tu Yana doa jangan lah ada darah keluar lagi. Pastu datang sorang doktor perempuan India, scan tengok uri semua ok kat atas, takde kesan bleeding, baby gerak dan jantung semua ok. Dia pun pelik, tanya tu ini.. Pastu dia suruh salin kain, nak cek bawah katanya.. Ohmai, dah tau mesti kena guna spekulum a.k.a MULUT ITIK yang menyakitkan tu ! Masuk je benda tu, masya allah rasa nak tendang je doktor tu sebab walaupun dah relaks sehabis mungkin masih rasa sakit !! Asyik lah Yana duk bunyi adeh adeh, doktor tu cakap sorry tapi still cek cari punca bleeding. Dia kata tak nampak pun kesan bleeding, Yana cakap ntah lah saya pun taktahu nak kata apa.. Dia tanya ada bersama suami ke? Memang takde pun.

So, dia decide tahan dekat wad.. untuk lanjutan kata nya. Tunggu lah dekat luar bilik tu, dekat ruang menunggu. Sana semua nya ibu2 & bapak2 yang datang nak deliver. Lebih 3jam jugak lah tunggu bilik saja ! Kata nya semua kelas penuh, katil penuh. Nak tak nak kena tunggu. Ramai jugak ibu2 yang nak operation datang hari tu. Ada yang overdue lah, ada yang doktor bagi date datang. Ada je yang masuk sakit2 pastu terus masuk dewan bersalin sejam kemudian keluar dengan baby, muka lemah je.. 

Yana dapat katil pun dekat jam 5 petang.. Bermula lah episod 3 hari 2 malam di wad bersalin.
Macam2 kerenah dapat tengok, ada yang cool, ada yang menangis siap menjerit semua. Malam pertama susah nak tidur, sebab tak selesa kan.. Baru nak lena, dah nurse datang nak cek segala. Malam ke 2 baru rasa selesa siap taknak balik je rasa nya. Dan alhamdulillah, layanan servis makanan semua baik. Walaupun Yana selalu dengar cerita Hospital Selayang ni menakutkan dari segi segala macam. Tapi mungkin rezeki masing2 kan. Dapat mana2 yang tak best tu pasrah jelah. Alhamdulillah jugak takde bleeding sepanjang 3 hari tu. Dan 'dak kecik' elok je gerak macam biasa. Tapi dia pun macam slow je gerak, agak nya puluuuttt je duduk hospital dengan ibu dia makan tidur. hehe..

Apapun terima kasih banyak2 pada kawan2 yang tinggal komen.. Semoga Allah swt merahmati kalian.


(sebenar nya dah pasrah masa tu,kalau terpaksa lahirkan 'dak kecik' awal..sebab doktor bagi 2 injection matangkan paru2 baby. Kiri dan kanan punggung.. )

Monday, May 27, 2013

Celoteh Yana : Part 150 - Di Usia Mu 5 bulan @ 20 minggu & Tragis Hari Kenduri

Assalamualaikum,






Dah masuk bulan ke 5 baru ambil gambar, 
sebab apa? hehee.. sebab baru nampak ke'tonjolan'nya..
Alhamdulillah, harini dah minggu ke 21 pun. 
Ni gambar minggu lepas. Balik dari kerja sesaja snap untuk kenangan. 

Ada kisah tragis Sabtu baru ni, 
Yana nak pergi kenduri kahwin sepupu dengan 
mak & adik2. Semangat lah gosok sepasang baju 
kurung moden berwarna biru laut. Dalam hati 
duk cakap insyaallah muat lagi ni. Sesampai rumah mak, 
mandi2, sampai masa sarungkan baju. 
Masa sarung kain, ALAMAK tak boleh kancing kat 
pinggang, kancing lah atas perut betul2 bawah dada. 
Dah singkat pulak kain nya. Takpe lah, pakai stokin 
satgi takdelah ketara nampak kaki (cakap dalam hati).. 
Part sarung baju, sangkut ketat kat dada, paksa jugak masuk. NGAM2 !! Tang perut MENONJOL HABIS !
 turun bawah wat muka nak nangis kat mak, 
sambil cakap "MAK KETAAAAATTTT !!" 
habis semua orang tergamam, macam nak gelak pun ada. 

Yana terus naik atas balik berdiri depan cermin 
sambil pusing depan belakang rasa macam nangka 
disarung kain! Terus mak pun gopoh gapah cari baju 
maternity dia dulu, bagi Yana pakai. eeee, besar jugak. 
Yana pakai dah macam budak kecik pakai baju mak dia.. 
terus semua gelak2, sebab kejarkan masa nak pergi 
kenduri dengan huru hara cari baju apa nak pakai. 
Mak cari 2,3 pasang baju dia yang dia rasa sesuai. 
Semua tak sesuai last2 mintak jubah dia je, 
besar juga tapi memikirkan jubah memang kena 
pakai longgar2 redha jelah. takkan taknak pergi 
kenduri pulak kan.. Dalam kereta sepanjang 
perjalanan gelak ketawa teringat kisah tadi.. 

Esoknya, mak & adik pergi cari baju raya diorang,
balik2 mak hulur 1 beg plastik FIRSTLADY, 
ada sehelai baju maxi untuk anak nya ini. 
Terima kasih mak ! hehehe..



SIAPA ADA PENGALAMAN MACAM NI??
Angkat tangannn ! :)

Monday, December 24, 2012

Celoteh Yana : Part 82 - Jangan Pernah Kau Tangiskan

Assalamualaikum,


To all TTCians...

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Walau Sudah Perih Jerih Kau Lalui..
Walau Sudah Pedih Hati Menerima..
Walau Sudah Sakit Jiwa Menanti..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Sukarnya Melalui Hari Hari Mendatang..
Sukarnya Melalui Tembok Dugaan..
Sukarnya Menempuhi Segala Tohmahan..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Setiap Waktu Kau Usahakan..
Setiap Saat Kau Mendoakan..
Setiap Saat Kau Bertawakkal..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Takdir Dirimu Telah Ditentukan..
Perjalanan Hidupmu Berlainan..
Hingga Ragamu Kecelaruan..

Jangan Pernah Kau Tangiskan..
Ujian Tuhan Untuk Hamba nya..
Supaya Kita Lebih Tabah..
Supaya Kita Selalu Dekat..
Supaya Kita Selalu Beringat..

Ketidakhadiran Zuriat Untuk Mu.. Adalah Suatu Perjalanan Mendekatkan Diri Mu Dengan Tuhan.
Berdoalah Lebih Banyak Selepas Berusaha, Insyaallah Suatu Hari Masa nya Akan Tiba.

Wednesday, August 15, 2012

Celoteh Yana : Part 51 - Cinta Hati no2 :)

Assalamualaikum, 




heeeeeeeeeeeee, 
seronok tak hengat senyum lebar sampai telinga !!



Yana dah dapat cinta hati baru, 
En.Suami hadiahkan. 

Errr, belum anniversary tapi dah dapat hadiah ye ?



Iyeeeee, sebab bini dia ni asyiklah ber'zikir' 
nakkan benda tuh ! hahaha sampai termimpi lah !
Apa bendalah yang Yana dapat tu kan??


Ni ha !!! Cinta hati no 2 sudah berada di tangan !! :)
Buat sementara ni NI LAH CINTA HATI NO 2 
saya sebab belum ada baby kan, 
dah ada nanti dia jatuh tempat ke 3 :) :) :) 
Tempat pertama mestilah En.Suami kan..
Tapi tempat TERAGUNG ialah keluarga Yana ! 













Nama dia BLACK MARIA ! heheee


Pasni BLACK MARIA @ BM akan berkhidmat 
nak sampaikan gambar2 
cantik kat korang >.< 


suka tak? 
suka tak?? 
heheeee...



Punya lah seronok dapat tengok BM 
buat pertama kali malam tadi, 
rasa nak nangis sebab impian 
Yana selama dari awal tahun hari tu dah tercapai !!! 


huuuuuuuuu, best2 sebab akhirnya BM 
dah berada dalam tangan ! 
Raya ni, honeymoon kali ni sarat lah 
gambar letop2 kan !! Cewah .. 
letop2 kalau ada skill , kalau takde, 
hancussss... hehehe



Lepas ni, semua gambar kena lah letak WATERMARK. 
Yelah, penat2 kita klik sana sini, 
sedap2 orang label gambar dia tak seronok ah kan ! 



Belum habis belek lagi....  
Satgi lunch time nak terus pergi kedai 
aksesori tengok ada apa2 tak yang boleh 
di tambah nak 'vogue' kan Black Maria nihhh !! 
heheee... (duit lagi... phewwww)



Chop2, Yana beli 2nd hand je,, 
dari trusted seller. 

Dapat RM 1050 heeeeeeee :)
(orang simpan duit nak raya, aku sibuk nak beli kamera)

Lagi satu website ni, trusted jugak :
http://shashinki.com/shop/




Best kan rege dia, tapi takdak memory card 
dengan warranty.. Tak kisah la nanti beli 
lah memory card baru kan :)

Warranty pun takpelah, sebab nama pun 2nd hand, 
TAPI KUALITI DIA RATING 9/10 tau.. 
masih SOLID, macam anak dara ! 


dapat beg, cleaning kit, charger, 
UV filter ngan user manual. Basic punya lah.. 
Strap pun original Nikon. 
Tapi semalam dah usha2 strap berwarna warni
kat online shop tu.. 
Takpe2, nanti kita mekap kan dia. 



Okaylah, sekian je nak berceloteh. Babai :)



p/s : sebelum beli, walaupun dah konfiden dengan 
penjual tu, CEK CEK DAN CEK barangan anda!
Pastikan sebelum anda pass duit pada orang tu,
barang adalah BAIK ! 
Bawa lah orang yang pandai dalam selok belok
barangan tu, tak kira barang apa pun, ini 
memudahkan urusan anda :)

Friday, August 10, 2012

Celoteh Yana : Part 48 - Pengorbanan Cinta

Assalamualaikum,



Cinta perlukan pengorbanan?
Ye, pengorbanan.........


Pengorbanan demi cinta contoh nya, 
meletakkan sepenuh hati pada orang yang di cintai, 
memberikan segala janji manis untuk di meterai, 
menyentuh sesama hati dengan lafaz janji.. 


Berkorban demi cinta, selalu di lakukan oleh kita, 
makhluk Allah swt yang bernama manusia. 
Haiwan juga begitu, masing2 dengan cara tersendiri.


Jika setelah lahir, menginjak dewasa, 
ibu bapa kawan2 saudara mara adalah orang yang di cintai..
Setelah mengenali sang pencinta iaitu kekasih, 
mereka tadi di lupakan seketika kala dia hanyut 
di buai perasaan. 


Segala nya di gadaikan, di turutkan, 
di berikan. Memang indah, cinta memang indah,, 


Semua orang ingin bercinta, 
semua orang ingin di sayang, 
semua orang ingin dikasihi.. 
Walaupun kita tahu, 
cinta ini akan hilang juga.. 
Cinta pada Allah swt sahaja yang akan kekal.




Tapi apakah cinta selalu nya benar? 



Apakah cinta selalu nya betul? 


Apakah cinta selalu nya hebat?


Tanya lah diri mu, 
cinta yang mana yang kau mahukan... 



Sering saja, cinta di salah erti..
sering saja cinta di buang pergi, 
sering saja cinta di khianati..


Kerana kekasih mu menjanjikan seribu kebahagiaan, 
mahligai impian, cinta tiada berpenghujung... 
cinta yang konon nya benar, betul dan hebat itu.. MAKA


.




.




.





Lahirlah anak ini, 
anak yang tidak berdosa, 
yang ingin di cintai, 
yang ingin disayangi, 
tapi jeritan nya tidak dipedulikan, 
rintihan nya kau abaikan, 
lalu kau lemparkan dia di tepian..






INIKAH PENGORBANAN CINTA
YANG KAU MAKSUDKAN ???



.........................................................................

Tuesday, August 7, 2012

Celoteh Yana : Part 45 - Entah Kenapa

Assalamualaikum,



Entah kenapa, sekarang ni asyik lah rasa sedih.
emosi sangat,, tapi takdela sampai menitiskan air mata.. 
Cuma macam hati ni rasa sebak. 


Sebab apa? 
Sebab tengok kawan2 dan kenalan lain semua 
dah ada anak, ada yang tunggu hari melahirkan, 
ada yang dah melahirkan, dan ada yang baru 
dapat berita gembira mengandung beberapa minggu. 
Entah kenapa perasaan ni selalu mengganggu sejak 
akhir2 ni, rasa nya pedih betul. 

Bila terkenang 2 kali 
Yana tak berjaya, dengan takdir Allah swt Yana 
belum jadi ibu lagi sampai hari ni. 
Ye, betul kita 
kena redha, tapi ada kala nya datang hari dan masa 
dia nak sedih, sedih jugakla. 


Yana rasa Yana 
kena rehat kan fikiran, kosongkan biar betul2 takde 
lagi perasaan tu menghantui. 

Tapi macam mana? 
Yana di kelilingi oleh anak2 kecil,, di rumah ada 
anak saudara, di Fb ada cerita tentang kawan2 
dengan anak2 nya, bila online merata nampak 
budak kecil.. 


Rindu rasa nya saat UPT positif. 

Rindu nak rasa gembira dapat tahu diri ni mengandung. 

Rindu nak senyum2 sendiri sambil bayangkan 
muka anak yang bakal lahir. 

Rindu semua nya,.. 



Baru2 ni, seorang sepupu telah melahirkan anak lelaki. 
Sepupu tu suami nya anak tunggal. 
Terbayang keceriaan wajah ibu nya bila dapat cucu, 
yang menambah ramai kan ahli keluarga mereka. 


Tiba2 terbayang wajah emak, 
yang Yana tahu sangat menantikan kehadiran seorang cucu.. 
Dan bagaimana nak berhadapan dengan 
persoalan demi persoalan saudara mara 
bila berjumpa hari raya nanti? 

Bagaimana nak terima kalau ada yang menyakat..? 

Bagaimana nak simpan gundah dalam hati depan orang lain? 

Walau perit macam mana pun, 
terpaksa terima yang belum rezeki kami.. 
Dan insyaallah, Yana dan En.Suami dah rancang 
percutian pada hari raya nanti.. 
Raya ke 4 kami akan bercuti ke pulau.. 
Di sini Yana attach kan gambar2 pulau tu untuk bantu 
Yana ambik feel dulu.. 

Dan kot2 lah 'penggilan pulau' tu 
nanti membuahkan 'hasil nya'... hehee






Wednesday, June 27, 2012

Celoteh Yana : Part 18 - Penceritaan = Kabur

 Assalamualaikum ,




Yana adalah seorang yang mudah, walaupon kadang2kala merumitkan. Yana suka mendengar atau membaca cerita2 dari kawan, saudara, kenalan tentang kehidupan mereka.. Ada suka, duka.. Kadang2 sama dengan cerita2 Yana juga. Kejadian yang terjadi dalam kehidupan manusia seakan berulang. 



Bila Yana bosan atau sedih, atau berperasaan lain lain, Yana suka aplikasi dalam sebuah "penceritaan".. Untuk Yana kenang semula kisah2 itu melalui cara Yana sendiri..



Penceritaan yang di nama kan sajak, atau syair, atau puisi atau apa sahaja yang mereka yang membaca nya anggapkan. Pada Yana, tak ada nama2 tertentu yang Yana berikan untuk "penceritaan" ini, jadi biarlah Yana namakan ia sebagai "penceritaan" baik hari ni, esok, lusa dan selama nya.. Mudah di ingati dan tidak mengelirukan.. 



Di bawah ni, Yana selitkan satu "penceritaan" yang
Yana tulis, selamat membaca kawan2.



13.2.2012 12.45pm

* KABUR *
ianya kabur..
aku perlu menunggu walaupun tak sanggup..
walaupun hati ku meronta..
walaupun jiwa ku terseksa..




ianya kabur..
memberikan seribu harapan..
meletakkan sejuta impian..
mengiyakan semua mimpi indah..




ianya kabur..
bagaikan awan di langit..
seperti juga air yang keruh..
tidak jelas tapi berisi..




ianya kabur..
membuat tidur ku tak lena..
siang ku terasa panjang..
malam ku terasa kelam..




apakah dia ada, disitu,
ditempat sepatutnya dia berada...
tempat yang dijanjikan dan diciptakan untuknya..
belum pasti..
kerana, ia KABUR...........................................







Ini Yana tulis, pada petang
hari pertama Yana buat UPTtest.
Perasaan yang digambarkan dalam sebuah
"penceritaan"

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm