Thursday, November 14, 2013

Celoteh Yana : Part 177 - Seronok Jadi Suri Rumah

Assalamualaikum...





bila dah habis pantang.. bermakna lebihan cuti sebelum kerja semula adalah
masa untuk bersama anak. Dapat gomol lebih.. masa dalam pantang kan 
masa terhad dengan nak tungku lagi.. bengkung semua2 lah.
so masa2 berharga macam ni lah yang best.. buat kita rasa ala
kenapa la kena kembali bekerja. Kan best kalau boleh duduk 
rumah jaga anak sendiri tak payah bagi orang jaga sampai 
kat ofis pun duk risau fikir keselamatan anak. Lainlah kalau
yang jaga tu ahli keluarga kita. 


Semalam yana ada suarakan kat en suami taknak kerja 
nak duduk rumah je jaga syahir sementara belum pindah
ni. En suami cakap boleh je tapi rugi la sebab kalau kerja
dapat tolong topup nak masuk rumah nanti.. yelah kita sendiri
request nak macam2 kan. Kalau ada duit lebih lagi voges hasil
nya. Betul juga bila difikirkan balik.. pastu yana pun rasa
macam otak beku je duduk rumah balik2 tengok tv,
baring2 .. memang seronok cuma badan dah biasa 
bekerja ni lain macan rasa bila duduk rumah saja.
takpela kot anak dah 2,3 org nanti lagi berbaloi kot 
jadi suri rumah sebab kos sorang hantar taska atau pengasuh
pun dah 2-4 ratus tengok pada umur. 



Sentap lah hati ibu nak bekerja nanti 
kalau syahir buat muka macam ni
setiap kali ditinggalkan.. huhu

25 comments:

Mimy Hamid said...

takpe la yana amik positifnya kita berkorban keluar bekerja nak beli keperluan anak..

Wawa said...

hehe...takpe memula je rase mcm sedih...pastu nanti okey je...;)

Queen Teratai said...

betul gak tu yana.. nak masuk rumah baru nnt lg byk duit nk pakai.. so better la keja dulu.. anak sorg blh lg byr taska atau pengasuh.. masuk 3 4 mmg lbh baik duk rumah jela.. hehehe

comeynya syahir buat muka gitu...

Suwaibah YS said...

comelnya..kecik2 dh pandai pose dpan cermin :)

MamaHarriz said...

alolo tomeinyeee

Nastyna said...

Takper...sayangkan anak tinggal-tinggalkan :D:D dah nak masuk kerja balik la kan ni, tka lama dah la. Now gomol ler dia puas2 hehe.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Yelah kak.. dhla brg budak mahal skrg ni

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Yeke.. harapnya gitu la kan

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Betul kak.. bl dh ramai mmg x bbaloi hntr bg org jaga. Kos nya kdgkala melebihi gaji kt plak. Lbh baik jaga sndri..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Tq aunty su.. Nk jd camho agaknya ;)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Tq mama harriz ;)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Itu la psl.. asyik belek dia jela skrg ni. Hari bpntang rasa lambat je masa bjalan.. dh hbs pntang aduh cpt nya. Xlama lg kena kerja

IntaNBerliaN said...

xpa yana.. itu berkorban namanya utk kesenangan anak soleh tu jugak nnati.. :-)

cam akak ni mmg dari sblm kawen hubby dah gtau nnai xyah keje...

CikNaa said...

mula2 mmg camtu yana..lama2 baby pun dah faham mama dia keluar cari duit bli pempes dia jugak :)

- AZIE - said...

mula memg mcm nie yana...mcm akak dulu siap nangis bgai bila nak antar qisya ke pengasuh.smp skrg bila antar ke pengasuh dia pndg je muka akak..sayu btl hati

Bella Amanda said...

sama la yana xsanggup nak hantar klau buat muka mcm 2..;-(

Fara Fadzil said...

kan?? mmg terasa nak duk rumah je jaga anak sendiri.. tapi, sebenarnya it's possible tau! sekarang ni ramai je ibu2 yang kerja dari rumah, jdk WAHM. Sambil kerja, anak2 ada depan mata.. duit masuk..anak pun terjaga. saya pun sekarang ni dalam perjalanan menuju career WAHM. Alhamdulillah sekarang dah boleh dapat 4 angka walaupun buat sambil2an. InsyaAllah nanti bila pendapatan sampingan dah lebih dari gaji, nak bagi surat cinta kat boss!hihihi..
Jomlah..join skali!

http://naturally-vitamin.blogspot.com/2013/11/dapat-bonus-setiap-tengah-bulansiapa.html

Chekgu Azrine said...

Xpe sis..memula mmg risau he tggl bb kt ngasuh..nti lelama akn get used..
Semoga urusan sis dipermudahkanNya

Nastyna said...

I busan menanti kepulangan suami tercinto untuk makan samo2, jadi merayap sini jap sambil klik2 ikea u ;) addik mannis... tea tarrik yillek . Hehehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Seronoknya
. Hehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Tula.. hrp2 dia faham n tak bnyk ragam nanti

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

La yeke.. duhai hati btabah la ye. Bkn apa.. kita ni risaukan dia je. Sb mana nak sama kan kita dgn pngasuh jaga

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Kan..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Harapnya gitu la kak

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Hehe.. tq tq. Cukup 50 boleh masuk tabung syahir ;)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm