Friday, September 28, 2012

Celoteh Yana : Part 69 - YEAY MENANG CONTEST :)

Assalamualaikum,,,



Korang ingat lagi tak Yana ada join 
Yang ni .. contest pasal 

dan Yana dah menang ! hahaa.. 
ni link dia, kalau korang nak klik lah :)
menang tanpa bertanding !! sebab Yana sorang 
je join contest tu, Kak Aton kata ada kawan 
dia nak join tapi tak boleh sebab diorang 
dah tau dia nak pergi bercuti kat mana.. hehe.. 
tak kisahlah, janji dapat hadiah. 
Harap2 hadiah dari KOREA !! YEAY !! 

Dan Kak Aton jugakla yang menang hadiah 
CONTEST YANA sebelum ni, 
ala, yang menang bio-milk protein dari 
Cosway dengan kids box tu .. 
Kira bertukar2 hadiah lah.. 
Win - win situation kata orang :)


Seronok betul, rezeki hari Jumaat :)
dan broadband telah kembali pada asal, 
sebab dah masuk bil baru kan :)

Aaaa, seronok nya ! :)

Wednesday, September 26, 2012

LESS WORD : SORRY GUYS =(

Assalamualaikum,


Nampak nya, keadaan dah tak mengizinkan 
kita bercumbuan.. Ewah !
Bil buka 28 haribulan, bermakna lebih kurang 
3hari blog akan SENGAP..(bergantung pada keadaan)
Nak BW pun memang takleh dah, 
apatah lagi nak upload gambar.. So sad.

Semoga kita bertemu lagi.. sob sob sob,










I HATE YOU MR KUOTA !!!

Tuesday, September 25, 2012

Celoteh Yana : Part 68 - Mimpi

Assalamualaikum, 



Semalam BW, Yana baca entri kat 
dia cerita pasal pengalaman dia menyusukan 
anak yang tak berapa happy pada mula nya, 
tapi end up jadi happy sebab susu dia dah 
mula keluar dan murah rezeki anak dia,
PUTERI IMANN SOPHEA BINTI 
MUHAMMAD FADHLAN.




Dijadikan cerita, malam tadi, 
Yana tidur awal, sebab tak sihat, 
tekak rasa perit, kepala sakit macam nak demam.. 
padahal siang tu dah minum air sebotol besar.. 
Start tidur jam 8, En.Suami balik jam 9.30 
dia kejut kan, tanya tu ini, pastu sambung 
tidur balik, kul 12 dia kejutkan lagi, kiss2 lah, 
kacau2 lah.. Pastu sampai lah jam 
6.30 pagi ni terjaga.. 


Punya lah lama Yana tidur, tapi suka ! 
Sebab dapat mimpi best :)
Yana mimpi Yana dah dapat baby, BOY :)


Yana baru keluar hospital, dan dalam van ayah, 
Yana pangku je baby, tak BF dia pun sebab 
terbaca kat blog Rara tu lah cakap dalam 
masa 3hari pengeluaran susu kurang / tak de lagi. 
Kira hari ke3 baru susu meluak luak lah 
kan sebab dah berurut dan hormon dah stabil. 
Kuasa Allah kan dia tahu anak tu nak menyusu. 
Yang dapat susu kan lepas2 je bersalin, 
alhamdulillah lah :)


So, hari pertama Yana susukan dia dengan 
fresh milk je.. Sebab taknak dia berlapar + 
taknak stress kalau dia menangis kan 
emosi kita terganggu. dalam pada dia dah tidur, 
Yana urut2 Miss B, supaya cepat 
sikit keluar susu nya ...



Esoknya, sambil urut2 punyalah melimpah 
ruah susu ! Terus Yana sua kan bagi baby, 
dia pun menyonyot dengan lahap nya... 
Masa tu, Yana rasa happy sebab baby 
dah dapat susu ibu yang diketahui ramai 
adalah susu terbaik untuk baby, dan paling penting 
Yana dapat info & tak stress dalam menyusukan baby.



hehe,,,walaupun mimpi je, Yana tetap happy 
sebab Yana tahu, satu hari nanti Yana 
akan dapat jugak rasa pengalaman tu.. 
Cuma masa je tak tahu bila lagi :)









p/s:harini takde gambar 

Monday, September 24, 2012

SUDAH SETAHUN :)

Assalamualaikum,



Alhamdulillah,

Harini 24.9.2012 genap setahun usia pernikahan kami..

MOHD SYUAIB & NURDIYANA.























Allah swt mengurniakan seorang suami yang baik, penyayang dan nakal. Harap nya akan bertambah baik.
Semoga kami akan terus bersama sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Insyaallah ada rezeki tahun depan sambut dengan baby :)



Harini, blog cuti.. :)

(kasi can lah orang nak dating, err, masing2 kerja, datinglah sangat. tapi Yana tetap BW ok)

Friday, September 21, 2012

INFO : LANGKAH PERTAMA ANAK ANDA...


TIPS YANG BOLEH MEMBANTU

Selalunya anak kecil akan melakukan langkah pertama pada usia antara 9 dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada usia 14 atau 15 bulan.

1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga semasa mengajar anak kecil anak berjalan.

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.
 

Thursday, September 20, 2012

Yana Shop : Pati Delima Gulsan

Bismillah hirroh ma nirrohim


PATI DELIMA GULSAN DARI TURKI
RM 25 sebotol termasuk pos !!
(harga boleh adjust jika beli lebih)





Kandungan: Pomegranate Juice Concentrate 
(Pati Buah Delima Asli)


Asal Produk: Turki



Jenama: Gulsan

Cadangan Cara Makan: 1 sudu BESAR sebelum makan
 / 1 sudu KECIL sebelum makan dan 1 sudu KECIL sebelum tidur









Antara khasiat Pati Delima :-

1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa.

2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing

3-Membantu penghadaman.

4-Membuang lemak-lemak berlebihan.

5-Menambah tenaga.

6-Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.

7-Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.

8-Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.

9-Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.

10-Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.

11-Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi

12-Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung

13-Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

14-Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit

15-Menghapuskan masalah cacing pada kanak2

16-Mengatasi masalah kemandulan

17-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

18-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

19-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

20-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

21-Membantu mengurangkan batuk dan lelah









PENTINGNYA
WANITA MENGAMALKAN PATI DELIMA

1. Menegangkan payudara

2. Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat

3. Mencerahkan kulit

4. Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda

5. Membuang lemak berlebihan terutama di perut

6. Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur

7. Merawat dan mencegah kanser rahim 

8. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)

9. Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan

10. Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - 
sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.

11. Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj
/rawat kegatalan faraj.

12. Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA

13. Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)













TESTIMONI PENGGUNA



KULIT CERAH
Saya baru minum 1/2botol pati delima, tiba-tiba malam tadi hubby tegur, dia kata nape muka saya nampak lebih cerah...hehe penangan pati delima kot.. - Ani, Pasir gudang

LAWAS BUANG AIR
akak, sejak minum pati delima ni, sy buang air besar mmg lawas, tak perlu lagi nk minum yogurt setiap hari untuk kasi lawas..seronok sgt.. - Suria, Seremban


BADAN BERTENAGA
Akak rasa sekarang ni badan bertenaga, kalau tak..bila petang aje mata asyik rasa ngantuk nk tidur..memang boleh jadikan amalan..buang air besar pun lawas - Haliza, Kota tinggi



PERUT KEMPIS
kak shaini, saya sejak bersalin, badan naik..ni saya amalkan pati delima, rasanya perut saya makin kempis..badan rasa ringan - nurul, singapore



RAWAT KEPUTIHAN

saya mkn pati delima ni untuk rawat keputihan, lps seminggu mkn, keputihan keluar banyak..naik risau juga tp lepas seminggu kemudian, keputihan yang keluar dah semakin kurang..mungkin ni cara ia merawat..sekarang dah tak perlu pakai pantiliner..alhamdulillah..- nilda, pasir gudang



RAWAT RESDUNG
saya ada masalah resdung yang agak serius, pagi2 mesti bersin-bersin..hidung selalu gatal..saya try minum pati delima+sapu minyak jerslin kat hidung 3-4x sehari..lps 2 hari muka saya rasa gatal-gatal..tapi saya teruskan aje minum pati delima n sapu jerslin..2hari kemudian dah takde rasa gatal..tiap pagi juga dah tak bersin..alhamdulillah syukur..- masni, muar.




BADAN BERTENAGA DAN ELAK SELSEMA
Ibu sya berumur 56tahun..katanya bila dia amal pati delima, badan rasa bertenaga, dulu kerap kena selsema ni dah lama xkena selsema..kiranya mmg sesuailah untuk dihadiahkan kat ibu tersayang, biar ibu sentiasa sihat..alhamdulillah - sha, kelantan.




RAWAT DENGKUR
suami mengalami masalah dengkur yang serius sampai anak-anak pun tegur..jadi kak shaini mencadangkan sy kasi suami PATI DELIMA ni..saya siap suapkan suami 1 sudu setiap pagi n malam sebelum tidur..kalau tak,mau dia nk minum sndiri..dan alhamdulillah baru kasi 4hari, dengkurnya tu dah semakin kurang..syukur sesangat..- Aini, Kuala Krai.




PERUT KEMPIS DAN STABILKAN HAID
Kak Ya baru minum 3hari pati delima ni dah nampak perut kempis..rasa kenyang..minum pati delima ni perut rasa selesa..period pun lawas tak macam dulu..- Nik Suria, Guchil Kelantan.




KULIT BERSERI
Mantap kak...tq.suami aza puji2,dia kata muka aza berseri.skrg aza bg dia cuba minum jg sb dia kuat berdengkur.kak aza ada suggest kt kwn aza dia tgl brunei gak - Aza, Brunei




KULIT LEMBUT DAN LICIN
Pati delima baru minum setengah botol..tapi kulit rasa lain..rasa lembut,licin.. - Rose, Kuala Krai.




TAMBAH ANTIBODI BADAN
Saya dah amal pati delima dah 1 botol dah..memang sejak awal lagi dah rasa khasiatnya..kulit cerah, haid lawas, keputihan pun dah takde dah..dan yang saya baru perasan, saya tak mudah dijangkit selesama/batuk. sebelum ni kalau anak-anak tak sihat, lepas diaorg baik, sure saya pulak yang kena..rasanya pasti PATI DELIMA ni dah tambah ANTIBODI dalam bdan saya..hehe..alhamdulillah..- kak sa, Pasir Gudang.










Cara paling mudah dan murah untuk menjaga kesihatan/kecantikan sekaligus
hanya tuang & minum...itu saje
rasanya pun SEDAP !
Cubalah sebotol dan rasai sendiri khasiat 
PATI DELIMA ini
UNTUK PERINGATAN BAGI 
UMAT ISLAM.... 
SESUNGGUHNYA YANG 
MENYEMBUHKAN PENYAKIT 
HANYA LAH ALLAH S.W.T 
-tiadalah memberi bekas(kesan) 
barang sesuatu tanpa keizinanNya, 
usaha,ihktiar dan doa Insyallah!!


Antara blogger yang guna Pati Delima ni 
dan dah mengandung :)







p/s: ini hanya lah satu jalan kita mencuba,
geng TTC. jangan terus terusan percaya
pati ni boleh bagi kita anak, kita merancang
tapi Allah swt yang menentukan :)







Wednesday, September 19, 2012

Celoteh Yana : Part 67 - Perempuan Jomblo :)

Assalamualaikum,


Yana suka baca blog2 korang, semua menarik dan tertarik. Dan Yana ada baca satu blog nama PEREMPUAN JOMBLO ! Rasa nya ramai yang kenal. Kakak ni nama nya Dek Noe. Nama panjang Yana tatau, suami nama Fandi dan anak nama Sabrina. Penulisan dia sangatla selamber, Yana suka sebab dia straight to the point.
Takde kias2, dan apa yang dia selalu bebel dalam blog dia berkisarkan kehidupan harian. Bukan kehidupan harian yang sangat details, tapi lebih kepada kehidupan yang berlaku di sekeliling dia. Dari kaca mata dia. Apa yang dia lalui, dia dengar dan nampak selalu nya jadi topik. Dan terbaru, dia tulis pasal

Checklist Rawak Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Berkahwin (Bahagian 2)


Satu entri yang sangat berinformasi pada Yana, dan tetap mengekalkan tema 'straight to the point'
Macma yang kita tahu, bukan semua orang gembira selepas berkahwin, dan ada juga yang tak gembira dengan kehidupan selepas berkahwin. Well, entri dia ni sedikit sebanyak buat Yana happy jugak sebab dia mengetengahkan topik yang tak ramai orang berani ketengahkan. Yelah, nanti salah cakap, ada orang sentap kan... Okay, kalau korang nak teruskan membaca, sila lah.. Yana nak keluar lunch dulu.. Babai :)

Tuesday, September 18, 2012

CONTEST : "Macammana Nak Hilangkan Kejakunan Bila Naik Flight"

Assalamualaikum,



Yana nak join contest Kak Aton ni : blog As Sweet As Me.. 


Tajuk dia "Macammana Nak Hilangkan Kejakunan Bila Naik Flight" 


Yana teka Kak Aton nak pergi KOREA !! :)


Masa baru2 kahwin, Yana honeymoon pergi Phuket.. So mesti lah kena naik kapal terbang kan. 
Takkan nak naik kapal laut, tak sanggup nok ! Takkan jugak nak naik bas yang seharian baru boleh sampai sana.. Perjalanan kitorang masa tu lebih kurang 1jam 45 minit. Itu ada lah 1st time Yana naik kapal terbang, boleh dikatakan "naik jakun" jugakla.. Tapi control still control , sebab En.Suami pun 1st time naik.. 

So, nak tolong Kak Aton hilangkan jakun dia.. Yana suggest beberapa perkara. Memandangkan Kak Aton pergi sekeluarga, termasuk si bam bam Helena, adalah sangat berguna sekali.

Pertama, sehari sebelum naik kapal terbang, singgah farmasi, mintak ubat penenang.. Supaya dalam kapal terbang nanti, akak boleh tidur / bertenang dengan jaya nya ! :)

Kedua, hari menaiki kapal terbang, kamera sila simpan dalam luggage yang akan di simpan dalam perut kapal terbang, jangan bawa bersama supaya tak jakun nak amik gambar sana sini dekat airport nanti.
Kalau ada Hp kamera, buat2 lupa :)

Ketiga, bawak majalah atau novel, bila dah masuk dalam perut kapal terbang, cepat2 belek novel / majalah tadi, sibukkan2 diri, atau cubit2 manja Helena supaya dia nangis dan akak ada tugas nak diselesaikan (pujuk anak)

Keempat, 
Kak Aton tidurkan Helena siap2 dari rumah / sebelum perjalanan, dan kejutkan dia sebaik saja sampai airport. Lepas siap cek in, sementara nak tunggu boarding, tidurkan dia lagi. Supaya dia tak mengantuk dalam kapal terbang. Masuk je perut kapal terbang, dah dapat seat, sila kejutkan Helena dan bergurau dengan dia selama 6jam. Sampai kat Korea, dia nak tidur biarkan dia tidur.

Kelima, remind awal2 kat En.Hanafee, kalau Kak Aton jadi jakun jugak, cium pipi dia banyak2 sampai dia rimas! hahaha




Okay, tu je cara konon2 macam berguna Yana boleh share kan dengan akak ..



SELAMAT BERCUTI ! (please, saya nak menang pulak.. hehehehe)


Kalau korang nak join, sila ke blog kak Aton

dan ikut step2 di bawah.. senang je :)


Syarat2 penyertaan : 

1) Follow blog Kak Aton

2) Teka Kak Aton Nak Pegi Mana?

3) Buat entry mengenai "Macammana Nak Hilangkan Kejakunan Bila Naik Flight" dan

 linkkan lah cikit ke blog Kak Aton

4) Dah tu je..tarikt tamat adalah sekembalinya dia dr pegi bercuti pada 27 Sept 2012 pd pukul 12.00pm

5) 28 Sept 2012 dia akan umumkan pemenang InsyaAllah kalau takde apa aral melintang k.

6) Pemenang akan dapat hadiah misteri dari dia

7) Sekian Wasalam eh jap dia bg hint2 sikit :

- Waktu perjalanan lebih kurang 6 jam lebih dr KLIA
- Musim pada waktu ini katanya angin sepoi2 bahasa
- Dia tak sabar nak ambik gamba macam drama2 yang popular suatu ketika dahulu...Harap2 jadilah macam loving couple..hehe


INFO : CADANGAN MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI

Makanan pejal pertama boleh disediakan dengan mudah di rumah tanpa sebarang garam, perisa atau gula. Makanan tersebut hendaklah dilenyek dengan sempurna, tetapi anda mungkin menukarnya selepas beberapa bulan. 


Antaranya:
1.Mulakan dengan memberi makanan sejenis sahaja

2.Berikan bayi anda makanan cereal yang banyak mengandungi zat besi

3.Kemudian, sayuran dan buah-buahan

4.Berikan daging dan ayam bagi bayi berusia 7-8 bulan.

5.Minuman susu bagi bayi berusia kurang 12 bulan adalah susuibu atau susu formula. Bagaimanapun, anda boleh juga memberi susu segar lembu, yogurt dan makanan cereal bagi bayi berusia 7-8 bulan

6.Elakkan sebarang bentuk makanan keras seperti kacang atau bahagian sayuran keras, yang mana boleh mengakibatkan bayi tercekik

7.Jus buah-buahan citrus tidak sesuai untuk bayi

Saturday, September 15, 2012

Celoteh Yana : Part 66 - Cerita Nak TTC

Assalamualaikum,



Macam korang semua tahu, 
Yana dah boleh start TTC. tapi masalah nya, 
period tak datang dah 2bulan ni !
Susah nak bajet ovulate sebab tak period kan. 

Takkan nak teruskan jugak. susah nak detect nanti, 
nak jaga makan lagi.. 
So, Yana decide nak cuba ni : 



PATI DELIMA GULSAN ..







Antara khasiat nya : 


  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Membersihkan sistem perkumuhan
  • Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan)
  • Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (mencegah penyakit gout)
  • Mengelak daripada rasa mual (ketika hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan terutama untuk ibu mengandung
  • Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
  • Menegangkan payu dara
  • Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk
  • Merapat dan menyuburkan rahim
  • Mampu menurunkan kadar/paras glukosa/gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis)
  • Mencegah serangan angin ahmar bagi warga tua
  • Mampu megurangkan risiko penyakit jantung
  • Melancarkan fungsi buah pinggang
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
  • Lain-lain khasiat berguna untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam panas, cirit-birit serta kegunaan kecantikan yang mampu memutihkan kulit.

Insyaallah dengar kata, ada kawan yang 
sudah hamil lepas cuba ni .. 



Apa salah nya mencuba kan :)

Friday, September 14, 2012

Celoteh Yana : Part 65 - SELAMAT HARI MALAYSIA (16 September)

SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA !!







Pada tahun 1955, Singapura telah 
diberikan kuasa pemerintahan 
dalaman di bawah Perlembagaan Rendel 
dan David Marshall telah dilantik menjadi 
Ketua Menterinya yang pertama. 
Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai 
oleh Parti Tindakan Rakyat 
(People's Action Party-PAP) di bawah 
pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat 
kuasa penuh untuk menubuhkan 
kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, 
pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959. 

Langkah pertama dalam penubuhan 
Malaysia bermula pada tahun 1961 
apabila satu cadangan untuk 
membentuk sebuah persekutuan 
yang lebih luas merangkumi 
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, 
Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan 
oleh Tunku Abdul Rahman. 
Cadangan ini secara amnya diterima 
oleh penduduk Tanah Melayu 
dan Singapura, tetapi menimbulkan 
rasa curiga di kalangan 
penduduk Sabah dan Sarawak.


Walau bagaimanapun, 
cadangan tersebut dibantah oleh 
Filipina yang telah membuat 
tuntutan hak ke atas Sabah. 
Cadangan ini juga menerima 
tentangan dari Indonesia yang 
melihatnya sebagai satu 
langkah untuk menjajah Borneo 
oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.



Cadangan ini bagaimanapun 
mempunyai kesan langsung dalam 
mempercepatkan penggubalan 
perlembagaan di Sarawak, 
Sabah dan Brunei. Pilihanraya 
diadakan buat pertama kalinya di Brunei 
dan di Sabah pada tahun 1962. 
Satu suruhanjaya kerjasama 
British-Persekutuan Tanah Melayu yang 
diketuai oleh bekas Gabenor 
Bank England, Lord Cobbold, telah 
melawat Sabah dan Sarawak pada 
tahun 1962 dan melaporkan bahawa 
kebanyakan negeri menyokong 
penubuhan Malaysia.


Walau bagaimanapun, tentangan 

yang berterusan daripada Filipina dan 
Indonesia telah menyebabkan 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 
menghantar satu misi ke Borneo pada 
tahun 1963, yang turut melaporkan 
bahawa pandangan awam 
rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.

Justeru, pada 16 September 1963, 
Malaysia telah secara rasminya dibentuk 
dan ia terdiri daripada 
Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, 
Sarawak dan Singapura. 
Brunei pula menolak usul untuk 
menyertai Malaysia. Namun, 
pada tahun 1965, Singapura menarik 
diri daripada Malaysia dan menjadi 
sebuah negera yang merdeka.




Rentetan Peristiwa
TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia





SELAMAT BERCUTI :) 

SABTU AHAD DAN ISNIN !


Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm