Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tanda Tanda Hamil. Show all posts
Showing posts with label Tanda Tanda Hamil. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Celoteh Yana : Part 167 - Dia Dah Muncul !

Assalamualaikum,




Alhamdulillah, sepanjang 7 bulan pertama 
mandong ni, makcik STRESSmak stretchmark tak 
menunjukkan diri dia di kawasan perut Yana yang 
dah semakin membesar ni, yang langsung tak di sapu
 losen atau apa2 krim cegah stretchmark yang berlambak 
di jual kat pasaran tu. 
(mintak2 dia takkan muncul langsung !!)


TAPI, kalau abdomen line yang biasa nya muncul 
dekat tengah2 perut, garisan melintang dari tengah 
perut sampai miss V tu memang ada. Dan Yana a
da tanya dekat mak, is it normal and she say yes.. 
Kebanyakan orang akan dapat line tu, yang mana akan 
hilang lepas kita melahirkan @ lepas pantang. 
Itu membuatkan Yana lega, sebab yelah taknak lah 
nanti nak wat tiger show depan En.Suami ada plak 
line tengah tu kan, walau takde stretchmark tu. hehee.. 

(ABDOMEN LINE ni lah, tapi ini bukan perut saya :))


BAGAIMANA PUN !! stretchmark huduh ni 
memuncul kan diri dia di kawasan payudara, pinggul & 
 yang mana sangat menyakitkan mata yang memandang ! 
Tak banyak tapi still boleh nampak...! Sigh, adakah 
dia akan menghilangkan diri juga selepas melahirkan 
@ kena jugak sapu losen2 yang di jual di pasaran ? 
I'm in dilemma.. Sebab memang malasssss sangat 
nak sapu2 losen segala. Dulu masa bujang bercinta 
rajin lah, nak kua dating je sapu losen penuh 1 badan. 
La ni, kalau berlosen pun tunggu mood mari. 
Haiz, dah la baru2 ni kena tegur dengan En.Suami 
yang buat muka terkejut sambil cakap ni 
"eh, apa kat 'pinggul' u tu ?" 
DAMN ! terus jawab dengan muka sedih 
"oh ini stretchmark, memang akan ada kalau mandong" 
sambil hati terasa down gila & maki makcik 
stretchmark dalam hati !


Errr, cuma dah google sana sini... 
Baaaaannnnnyyyyaaaakkkk produk anti stretchmark 
di jual di pasaran. macam2 brand. Dan ada yang 
kata sesuai pakai brand A, beli brand B takde kesan, 
brand C mahal tapi tak selesa bila sapu rasa melekit segala.. 
Urm jom tengok apa brand yang ada, dan share review korang.. Thanks ! :)



Bio Oil


Pureen Lotion




Cocoa Butter Formula


Saturday, June 8, 2013

Celoteh Yana : Part 156 - Kejang Kaki Semasa Tidur

Assalamualaikum, 




Tengok tajuk pun dah tau kenapa kan.. 
Biasa nya kebanyakan perempuan mengandung 
akan rasa kejang kaki ni. Selalu nya di alami dekat 
bahagian betis masa tidur. Sedap2 tidur, tiba2 
kejang tu tangkap kat betis. Memang rasa nak
 jerit kuat2 sebab sakit nya yang alami je tau ok.


Yana kena 2hari lepas. Dalam pukul 4 pagi nak 
bangun pergi tandas, tup2 kejang pulak betis 
sebelah kanan. Masa tu En.Suami sedap tidur tak 
dengar pun bini dia ni mengerang. Tanggung sorang2. 
hehe. Gegas bangun tegakkan kaki terhincut 
jugaklah pergi tandas. Nak cangkung pun sakit. 
Pastu dah rasa ok sikit, tidur semula. Terjaga nak ke
tandas lagi sekali jam 7 pagi, kena pulak belah kiri. 
ADoi ! masa ni En.Suami tengah mandi, tapi dah nak 
siap keluar tandas Yana bangun cepat2 berdiri tegak 
baru berhenti kejang tu. Keluar tandas cepat2 baring 
balik sambil buat muka marah kat En.Suami 
(haha taktau marah sebab apa) dia tanya sebab apa, 
Yana cakap lah kaki kejang! Pastu dia senyap je 
wat derk.. haha. Ingat kot dia nak keluar kan ayat2 
pujuk ke apa, hampeh.. takde ok! En.Suami siap2 
nak pergi kerja Yana buatkan air pastu kemas2 
apa yang patut dan bersiap nak kerja pergi kerja jugak.. 


Sini Yana share sikit info pasal kejang kaki ni, 
dan cara tangani nya :-


Kejang kaki biasa berlaku kepada ibu hamil pada trimester akhir kehamilan. Kadang=kadang ia berlaku di waktu malam dan ketika sedang tidur.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:

  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.


Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:

  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.



Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:

  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali  sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.



Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Friday, February 1, 2013

Celoteh Yana : Part 101 - Cerita TTC saya :)

Assalamualaikum,

Pertama Yana nak ucapkan TERIMA KASIH banyak2 atas doa kawan2. Yana terharu sebab Yana sebagai TTCians TAK PERNAH terfikir akan jadi TTCians. Yana selalu anggap yang kehamilan adalah MUDAH bagi Yana. Rupa nya tidak, Allah swt selalu menguji .. Allah swt turunkan rezeki 2x tapi di ambil semula, dan kini kali ke 3 yang mana Yana harap sangat akan berlaku keajaiban anak ini akan lahir sihat wal'afiat dan membesar jadi anak yang soleh / solehah. Yana juga meletakkan harapan, tapi masih terlalu awal untuk menentukan semua tu. Insyaallah dengan izin Allah swt juga. 

Dan Yana akan buat pemeriksaan selepas tahun baru cina, Yana & En.Suami akan terus pergi hospital sebab kalau ada apa2 masalah / ketidakpastian berlaku, sekurang nya Yana dah ada dengan pakar. Bukan nak mengharap perkara buruk, cuma kes Yana 2x sebelum ni membuatkan Yana nak ambil langkah berjaga-jaga. Jadi, harap nya tak adalah kes bleeding minggu ke6 lagi ye.. 
Serius, memang TRAUMA ! (tapi tak pernah menyesal)

Okay, tutup cerita sedih semua, buka buku baru lah ye :)

Yana just nak tuliskan serba ringkas pasal perjalanan TTC ..

Ini antara tanda2 yang Yana dapat detect

Seminggu selepas ovulasi  16.1.2013 :
sakit pinggang, suhu badan naik (buat BBT), payudara sakit, rasa berdenyut kawasan ari2

3hari sebelum period 21.1.2013 :
payudara dan puting jadi sangat sakiittt ! sampai suami terlanggar pun kena marah.
tanda2 di atas masih sama, tetiba teringin makan nasi (3hari berturut makan)

sehari sebelum due period 23.1.2013 :
suami teringin makan macam2, dia kata
"u pregnant ni, sebab sebelum2 ni pun selera makan orang naik bile u pregnant"
Yana ketawa2 jelah, cakap alhamdulillah kalau ada, tunggu je lah 2 minggu.

2hari selepas period delay 26.1.2013 :
Jam 10 malam lebih, rasa lapar, suruh suami belikan burger end up tak jadi, minta dia belikan
mihun ladna, masa makan rasa heaven sangat, sedap ! terngiang2 sampai sekarang.

6hari selepas period delay 30.1.203 :
Malam semalam masa tengok tv suami ada cakap "akak dulu kul 3pagi cari makan" elok plak 3.30pagi esok nya lepas bangun gi tandas, rasa lapar. terus pujuk cakap2 dengan baby, tunggu ye pagi subuh japgi kita makan.. dalam setengah jam juga baru boleh sambung tidur. bangun subuh dah siapkan air suami, kunyah lah biskut 2peket, sebagai menunaikan janji. cite kat suami, dia gelak2 je..

Tapi sekarang ni, Yana amalkan makan berat sebelum jam 8 malam je. Lepas 8 kalau lapar jugak lagi, Yana makan buah atau biskut je.. Dan sepanjang hari bermula nya OVULASI, Yana ikut sikit2 dari TIPS NAK HAMIL CEPAT yang Yana share ni, mungkin berkat usaha ni jugak. Yana cuma minum air epal, dan makan kismis.. En.Suami pulak Yana suruh dia kurangkan minum NESCAFE & makan asid folik setiap hari. Dan bersama pada minggu subur. Atas izin Allah swt juga semua ni terjadi. Yana ada juga bernazar sesuatu andai kata kandungan kali ni menjadi.

Sekarang Yana hanya perlu sabar dan doa banyak2 ...

Sunday, June 3, 2012

INFO : Tanda Tanda Hamil

TANDA - TANDA HAMIL 





















1. Puting/payudara lebih lembut
Jika Anda hamil, Anda akan dapat rasakan payudara dan putingnya menjadi lebih 
lembut sekitar tiga minggu setelah mula hamil (
ketika haid terlambat sekitar seminggu). 
Mungkin payudara terasa bengkak, serupa dengan ketika menjelang haid.



2. Muncul spotting atau cramp perut
Saat anda hamil, biasanya akan muncul cairan lendir (spot) berwarna pink di 
seluar dalam anda yang menandakan terjadi saat implantasi. 
Ini terjadi sekitar 8-10 hari menjelang ovulasi, 
sedikit lebih awal berbadnding datangnya haid. 
Kadangkala kita salah anggapnya sebagai haid, 
hanya waktunya lebih pendek daripada haid biasa. 
Cramp perut juga sering berlakui di awal kehamilan. 
Menjelang kehamilan bulan kedua, kram seperti ini akan muncul. 
Kontraksi di rahim terjadi secara teratur, meningkat dengan olahraga,
orgasme dan bahkan perubahan posisi.



3. Penggelapan areola
Pada kehamilan awal, Anda mungkin perasan kawasan areola
(kawasan gelap yang mengelilingi puting payudara) mulai menjadi lebih gelap dan
diameternya membesar. Anda mungkin juga akan mengecam bahawa vena di payudara
menjadi lebih kelihatan karena penegangan payudara.



4. Lelah berlebihan
Jika anda hamil gejala yang paling umum dalam lapan hingga sepuluh
minggu pertama adalah rasa lelah. Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan
metabolisme yang signifikan. Seluruh tubuh Anda perlu melakukan penyesuaia
 terhadap proses baru bertumbuhnya janin. bagi sebagian besar wanita,
keletihan akan hilang ketika usia kehamilan 12 minggu.



5. Rasa mual dan muntah
Jika Anda hamil, pada awal kehamilan, beberapa hari setelah pembuahan,
mungkin akan mengalami morning sickness. Sebenarnya morning sickness ini
nama yang salah, kerana pada kenyataannya mual dan muntah bisa terjadi
bila-bila masa saja: pagi, siang, malam.



6. Sering buang air kecil
Bila haid terlambat satu hingga dua minggu, mungkin keinginan 
buang air kecil menjadi lebih kerap daripada biasa. Ini kerana janin yang tumbuh
di rahim menekan saluran kencing. Dengan itu menyebabkan air kencing tertekan
kebawah menyebabkan anda terasa selalu ingin membuang air kecil.



7. Sukar Buang air besar
Kadangkala peroses membuang air besar menjadi sulit (sembelit).
Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon tambahan yang terbentuk pada masa
kehamilan menyebabkan usus halus lebih lentur dan menjadi kurang efisien.



8. Suhu badan meningkat
Juga boleh dipastikan anda hamil jika suhu badan meningkat dikala
kedatangan haid yang harusnya datang terlewat, dan tidak turun ke paras 
sebelum terjadi ovulasi. Semasa terjadinya pembenihan, ovum disenyawai di tiub falopian,
dan memerlukankan sekitar seminggu untuk ke rahim, dimana ovum
yang tersenyawa akan menempel di sana.



9. Haid tak datang
Ini pertanda awal kehamilan, apalagi jika haid anda biasanya teratur.
Dikombinasikan dengan tanda-tanda positif di atas, kemungkinan besar anda memang hamil.



10. Ujian kehamilan
Jika Anda ingin memastikan kebenarannya, lakukan dengan test pack yang
boleh dibeli bebas di di farmasi. Ujian urin (air kencing) biasanya menghasilkan
keputusan yang hampir tepat untuk kehamilan usia 10-14 hari. Ingat, bagaimana
pun ujian kehamilan yang boleh dilakukan di rumah itu belum tentu 100% tepat. 
Jika semua ujian yang anda lakukan hasilnya negatif, sementara anda merasa seperti hamil, lakukan ujian lagi.




Bagaimana pun dengan tanda-tanda awal yang dinyatakan,
anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor bagi memastikan dan mengesahkan status
anda samada hamil atau tidak. Jika anda sah hamil, doktor akan memberi panduan
selanjutnya bagi anda menjaga dan mengurus diri dan kandungan anda sepanjang
anda hamil dan persediaan untuk anda bersalin nanti.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm