Saturday, June 8, 2013

Celoteh Yana : Part 156 - Kejang Kaki Semasa Tidur

Assalamualaikum, 




Tengok tajuk pun dah tau kenapa kan.. 
Biasa nya kebanyakan perempuan mengandung 
akan rasa kejang kaki ni. Selalu nya di alami dekat 
bahagian betis masa tidur. Sedap2 tidur, tiba2 
kejang tu tangkap kat betis. Memang rasa nak
 jerit kuat2 sebab sakit nya yang alami je tau ok.


Yana kena 2hari lepas. Dalam pukul 4 pagi nak 
bangun pergi tandas, tup2 kejang pulak betis 
sebelah kanan. Masa tu En.Suami sedap tidur tak 
dengar pun bini dia ni mengerang. Tanggung sorang2. 
hehe. Gegas bangun tegakkan kaki terhincut 
jugaklah pergi tandas. Nak cangkung pun sakit. 
Pastu dah rasa ok sikit, tidur semula. Terjaga nak ke
tandas lagi sekali jam 7 pagi, kena pulak belah kiri. 
ADoi ! masa ni En.Suami tengah mandi, tapi dah nak 
siap keluar tandas Yana bangun cepat2 berdiri tegak 
baru berhenti kejang tu. Keluar tandas cepat2 baring 
balik sambil buat muka marah kat En.Suami 
(haha taktau marah sebab apa) dia tanya sebab apa, 
Yana cakap lah kaki kejang! Pastu dia senyap je 
wat derk.. haha. Ingat kot dia nak keluar kan ayat2 
pujuk ke apa, hampeh.. takde ok! En.Suami siap2 
nak pergi kerja Yana buatkan air pastu kemas2 
apa yang patut dan bersiap nak kerja pergi kerja jugak.. 


Sini Yana share sikit info pasal kejang kaki ni, 
dan cara tangani nya :-


Kejang kaki biasa berlaku kepada ibu hamil pada trimester akhir kehamilan. Kadang=kadang ia berlaku di waktu malam dan ketika sedang tidur.

Dari segi perubatan, kekejangan ini boleh berlaku disebabkan penambahan berat pada kaki anda. Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Selain itu kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan:

  • Kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas)
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda,
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.


Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:

  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.



Selain itu anda juga boleh mencuba cara2 dibawah ini untuk mengelakkan kekejangan ini dari berlaku:

  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali  sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
  • Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.



Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yg berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknyalah anda mendapatkan naishat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

10 comments:

Nastyna said...

HAhahha I dulu setiap malam kot kena, harusla tendang papa JJ takder I nak tanggung sorang hehehe. Ada sekali tu tengah dia tidur, boleh dia melompat pakai baju cari kunci ingat I nak beranak sebab I jerit yg sangat sakit hahaha.

fifi said...

Dulu i siap jerit lagi sbb suami tak dengar i mngerang.haha..sakit kan..

!k@ said...

Mmg preggy mom akan slalu kena..ika dulu,,letak minyak panas siap sebelum tidur..urut2 sikit betis..pakai stokin...pastu kalo boleh tinggikan sikit kaki ms tido..letak atas bantal..hope tips ni dapat membantu..so far utk ika ok.. :-)

iietamalek said...

dulu kita pun slalu kena. sakittt

ieza said...

Same goes to me too hihi... Memang tiap2 malam kaki kejang kat betis bile tdo.... Huuuu sakit bile time die sentap tu mcm kne tarik mmg mnjerit hihi

CikNaa said...

ciknaa minum higoat sebelum tidur.. alhamdulillah tak kene dah..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Nastyna : takut nak tendang suami suruh bangun sbb nanti dia marah.. hehee. tanggung jelah sorang2 wlaupun sedap sama2 hahaha

Fifi : tu lah sakit sangat !

ika : pernah jugak baca tips ni tapi tak pandai nak tidur statik je kaki camtu. mesti nak pusing kiri kanan lagi2 sekarang perut dah besar nak cari yang selesa susah jugak..

CikNaa : sedap nya Higoat, :)

Fifi Nadhrah said...

fifi kan.. kalau kejang kaki mesti kejut DH.. suruh DH tolak kaki.. (tapak kaki) urut sikit2 nanti hilang la sakit tu..

suhailey mohd noor said...

aha memang husband yang jadi mangsa. sakit woo kaki kejang masa preggy.kalau tido sorang..lagi haru

AZENI AHMAD said...

Saya ms mengandung anak pertama,kerap sangat jadi kejang kaki walaupun pada siang hari.
Stress rasa.
Tapi bila anak kedua memang jarang sangat kena kejang kaki.
Tapi kalau kena pun memang tanggung sorang pun.
Suami pun sedap tidur je.

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm