Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

INFO : MERAWAT JAUNDIS @ MASALAH KUNING PADA BAYI BARU LAHIR

(sticky post 1minggu, scroll bawah untuk post baru ye :))




Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.


NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)


BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)

Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.



:: Alhamdulillah, Ramadhan Al Mubarak semakin menghampiri.. 
Kurma, madu, buah tin & susu kambing
sangat mudah didapati. Jom kita amalkan ::






Thursday, June 27, 2013

INFO : 14 IMUNISASI WAJIB UNTUK ANAK SEDARI LAHIR

Assalamualaikum,




Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan, imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI) melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan.  Semua imunisasi kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak. 
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.

BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB) tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan TB miliari.
 
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.
 
Polio Polio boleh mengakibatkan penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas.  Ada dua jenis vaksin polio iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan.  Jenis kedua ialah vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan. 

DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis lain.
 
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian. 

HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri. 

PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas, sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).
 
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah disebabkan oleh cirit-birit.  Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen (Rotarix) dan pentavalen (Rotareq). 

INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada: 
-     Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun. 
-     Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV. 
-    Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok. 
-    Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan. 

VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah kepada neomisin dan kekurangan sel imun. 

MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme. 

TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
 
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
 
HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos.  Dos kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula diberikan empat bulan kemudian.

Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan. 

Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin, sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan imunisasi. 


Sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/14-imunisasi-wajib-untuk-anak-053906597.html;_ylt=Aqvw4Q5UeTx7UspesWXHm_MfvOd_;_ylu=X3oDMTRxZmU5MmdtBG1pdANMaWZlc3R5bGUgUmVjaXJjdWxhdGlvbiBvbiBBcnRpY2xlBHBrZwM3MDJkMzJmNi0wYjJiLTM2YTUtODNlMS0xYjYwNDZhODg0YWUEcG9zAzUEc2VjA01lZGlhQkxpc3RNaXhlZExQQ0FUZW1wBHZlcgNjNzc3ZTRmMy1iZDIxLTExZTItYjlmZi1jYWVhNGNlYjUwOTk-;_ylg=X3oDMTMzM3FyODJ2BGludGwDbXkEbGFuZwNlbi1teQRwc3RhaWQDMTM0NmNmNjktNjE2Mi0zMTc1LWFmZmUtMjgzMWNjOTBkZTA0BHBzdGNhdANtYWxheXNpYXxoaWJ1cmFuBHB0A3N0b3J5cGFnZQ--;_ylv=3

Monday, January 21, 2013

Celoteh Yana : Part 97 - Rumahtangga : Kenali Musibah Terbesar


Rumahtangga : Kenali Musibah Terbesar

Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami  dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.
Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.
Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.
Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.
Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.
Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.
Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.
Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.

Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?
Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?
Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan.
Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.
Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.
* Peringatan buat hati yang tidak hangat dengan iman... Hati sayakah itu.... :-(

Friday, January 11, 2013

Celoteh Yana : Part 93 - Air Rebusan Taugeh

Assalamualaikum,


Pada TTCians mesti ramai dah tahu pasal 
petua air rebusan taugeh ni kan..

Bawah ni Yana sertakan "resipi" nya untuk yang belum tahu

  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.


Yana pernah buat sekali air ni. Gigih rendam kacang hijau dekat opis dalam botol (sebab nak tengok progress kacang menjadi tauge). Setiap hari tukarkan air rendaman ye, kalau tak masya allah bau dia memang nak muntah! Bila dah keluar ekor tauge tu iaitu akar nya barang secoet, boleh lah di asingkan kulit hijau tu ye. sebelum rebus. Tapi korang ingat senang ????!!! Yana buat sekali banyak semput nak mengopek kulit tu. Terus terbayang gigih nya TTCians yang buat banyak2 kali. Tabik dengan dia. 





Bila dah rebus, ikut sukatan .. Yana simpan lah dalam peti ais selepas disejukkan baru lah sedap nak minum kan. Bau okay la, macam bau sayur lah. Pagi pertama minum, weeekkk PAYAU ! macam minum air perigi. Siapa pernah minum air perigi tahu lah ye. Okay, tabah kan hati habiskan secawan. Esok minum lagi... Hari ketiga tak minum, lupa... masuk hari ke4 bukak je penutup botol bau air tu dah busuk! Entah kenapa terus mual tak jadi minum buang terus. Mungkin had usia dia 3hari je kot. walau pun simpan dalam peti sejuk. Cuba bayang kalau simpan dalam suhu bilik??? Eeeee... mesti terus suami ingat dah pregnant sebab bini muntah2 dengan dahsyat masa tu. huhuuuuu...

Okaylah, sekian bebelan ini. Semoga para TTCians terus kuat ye. 



Thursday, January 10, 2013

INFO : UNTUK PARA IBU & BAPA


PERHATIAN!!KAUM BAPA ADA BERITA BURUK UTK ANDA!!
 
BAYI HARUS BERKONGSI KATIL IBU SEHINGGA 3 TAHUN

===============================




Berita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar 

Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, 

dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu

 mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun

. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan

 di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan

 kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu 

atau atas dada ibu.



Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga

 menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekan

an sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas 

katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri 

menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin 

hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan 

perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk

 apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of 

Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk 

pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur 

di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama.

 Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga 

mereka berusia tiga atau empat tahun.

Jgn Lupa SHARE lepas baca..:)

Friday, December 28, 2012

Celoteh Yana : Part 84 - 25 perkara yang berubah selepas memiliki anak


25 Perkara yang berubah selepas anda mempunyai anak
25 Perkara yang berubah
Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak
1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak
5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. :(
6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ;)
7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ;p
10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak
11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan.
13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan.
15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya.
16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita – senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya.
17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami
situasi mereka.
18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ♥
21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu.
22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
23. Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita agak kaku
24. Kita akan berkira-kira untuk menambah cahaya mata setelah anak kita semakin meningkat usia walaupun di saat melahirkan pelbagai ayat terbit dari mulut. Contoh : Sakitttttt! Tobat taknak tambah lagi dah.. (Anak tu rezeki.. Kalau diberi lagi jangan ditolak.. :) Mungkin sebab terlalu sakit, maka terbit kata-kata sedimikian.. jadi dimaafkan.. )
25. Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


(sumber : Facebook)

Thursday, August 16, 2012

INFO : PERKARA YANG PERLU DI AMALKAN IBU BAPA

Assalamualaikum,,




Amalkan..ada kebaikan disebaliknya... UTK SUAMI khasnya

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun 
kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru 


kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. 


Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan 


kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur 


itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.



4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita 


akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, 


misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Friday, June 29, 2012

Celoteh Yana : Part 20 - Kehidupan

Assalamualaikum,





Nak kongsi bersama kawan2, baik lelaki mahupun perempuan :)



‎1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



Monday, June 25, 2012

Celoteh Yana : Part 17 - Wanita, Isteri & Islam

Assalamualaikum,






Yana nak share sikit info yang Yana dapat dari internet ni, harap2 kawan2 dapat terima dengan hati yang terbuka dan mengaplikasi nya dalam kehidupan harian ....




‎1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun 

jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang

supaya anak tidak lihat kita meninggal solat. 




2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan 

keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan 

sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar 

anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua 

ibubapa dunia/akhirat. 



3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau 

tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan 

mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya 

hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini." 




4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari 

kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian 

Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan 

sebagainya. 




5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. 

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga 

dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan 

air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon 

keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut. 




6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. 

Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat 

berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah 

suaminya termasuk solat dia sendiri. Kalau nampak suami tak 

sembahyang, ingatkan....bukan ikut sama tak sembahyang 

...terpulang samaada dia nak ikut ke tidak ...itu urusan dia 

dengan Allah... 







Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. 

Muzakarahlah bersama teman supaya hakikat amalan ini 

masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Dalam pada Yana berkongsi dengan kawan2,

serba sedikit Yana motivasikan diri untuk menjadi lebih

baik dari hari ke hari...




# sila kongsi kepada teman lain.


Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm