Monday, November 18, 2013

Celoteh Yana : Part 178 - Majlis Cukur Jambul Syahir

Assalamualaikum.. 


alhamdulillah.. selesai majlis cukur jambul anak saya
muhammad syahir naqiuddin semalam.

kami buat kecil kecilan je.. jemputan kurang 150 orang tapi 
alhamdulillah berlangsung meriah juga. 

Geng marhaban datang jam 9.30 pagi lepas tu bacaan 
doa dan tahlil jam 11.30 pagi. 

menu utama waktu pagi ialah bihun goreng di masak
mak yana, tengahari pulak menu nya ayam masak merah
kari daging dan nasi tomato di masak oleh ibu mertua.

syahir pakai baju melayu.. 
Gambar semasa majlis berlangsung



Dan juga selepas dibotakkan .. hehe



Syahir dah pandai senyum n bersembang..
dah seronok layan dia. Makin buat ibu berat 
hati nak kerja... huhu




















Thursday, November 14, 2013

Celoteh Yana : Part 177 - Seronok Jadi Suri Rumah

Assalamualaikum...





bila dah habis pantang.. bermakna lebihan cuti sebelum kerja semula adalah
masa untuk bersama anak. Dapat gomol lebih.. masa dalam pantang kan 
masa terhad dengan nak tungku lagi.. bengkung semua2 lah.
so masa2 berharga macam ni lah yang best.. buat kita rasa ala
kenapa la kena kembali bekerja. Kan best kalau boleh duduk 
rumah jaga anak sendiri tak payah bagi orang jaga sampai 
kat ofis pun duk risau fikir keselamatan anak. Lainlah kalau
yang jaga tu ahli keluarga kita. 


Semalam yana ada suarakan kat en suami taknak kerja 
nak duduk rumah je jaga syahir sementara belum pindah
ni. En suami cakap boleh je tapi rugi la sebab kalau kerja
dapat tolong topup nak masuk rumah nanti.. yelah kita sendiri
request nak macam2 kan. Kalau ada duit lebih lagi voges hasil
nya. Betul juga bila difikirkan balik.. pastu yana pun rasa
macam otak beku je duduk rumah balik2 tengok tv,
baring2 .. memang seronok cuma badan dah biasa 
bekerja ni lain macan rasa bila duduk rumah saja.
takpela kot anak dah 2,3 org nanti lagi berbaloi kot 
jadi suri rumah sebab kos sorang hantar taska atau pengasuh
pun dah 2-4 ratus tengok pada umur. 



Sentap lah hati ibu nak bekerja nanti 
kalau syahir buat muka macam ni
setiap kali ditinggalkan.. huhu

Monday, November 11, 2013

Celoteh Yana : Part 176 - Dah Habis Pantang

Assalamualaikum...





berlalu sudah pantang 44 hari. Tapi yana masih jaga makan... 
syahir dah tak menyusu badan pon. Dia minum susu 
enfalac a + .. setakat ni sehari minum 10-15 botol susu
60ml dalam masa 24 jam. 


Dan kami dah balik rumah mertua semalam..
yana kan pantang rumah mak.
kami duduk dengan mertua lepas kahwin
sampai la rumah kami boleh di duduki nanti.
alhamdulillah syahir boleh tido malam tadi 
cuma yana je tak boleh.. sebab bilik kami tu
 dan sarung bantal dah bau lain.. 
Sampai sakit kepala tampal koyok..
lepas yana cabut sarung bantal baru dapat
tido tapi faham2 lah ada anak kecik bukan
boleh tido lama macam bujang dulu.
baru nak lena dah dia menangis nak
menyusu.. kejap kang merengek hidung
tersumbat.. dugaan menjadi ibu kan.
bersyukur dapat peluang ni walaupon
penat dan x cukup tido..



Muka syahir yang kebosanan.. so ibu
bawak syahir balik rumah opah and atok
at least ada kawan kat sini.. adik2 yana
ada sekolah dah cuti

Monday, November 4, 2013

Celoteh Yana : Part 175 - Demam,Hilang Selera Makan & Susu Merudum

Assalamualaikum...
 
 
 
Ahad 27.10.2013, tengah malam.. badan Yana panas sangat. suhu 40.5C, kepala berdenyut, badan sakit2, menggigil. Malam tu mak jaga kan Syahir. Yana tak larat langsung....
Esok nya demam sedikit kebah, suhu turun 39.5C Yana dah hilang selera makan.. makan 2,3 suap pastu rasa nak termuntah. hanya banyak minum air. ..
Demam berlanjutan kebah siang hari tapi panas semula waktu malam selama 3-4hari. Yana pergi klinik doctor beri antiobiotik dan ubat demam. Punca demam? TAK DIKETAHUI.. Wallahualam
 
 
Khamis 31.10.2013, tengah malam kepala Syahir mula panas.. Yana letakkan cool fever. Yana ambil suhu nya 40C, Yana basah kan kepala nya dengan air sapukan pada muka badan dan kaki. Syahir tertidur.. Tapi asyik bangun merengek tak selesa dalam pada Yana tepuk2 kedua2 anak mata Syahir ke kiri je dan badan dia sedikit senget. Yana cepat2 angkat dukung dia dan dodoi2 kan masih sama ! Yana dah takut ! Dia macam kejang ! Yana bacakan surah Kursi tiupkan di ubun nya dan raupkan ke muka nya ulang sebanyak 2 kali baru Syahir kembali normal. Hanya Allah swt yang tahu perasaan Yana masa tu. Jantung berdegup laju macam nak terkeluar dari tempat nya. Bersyukur Allah swt masih beri peluang pada kami. Langsung dah tak boleh tidur lepas tu. Esoknya bawa Syahir ke klinik doctor beri ubat demam, etc kata nya suhu kalau terlalu tinggi ada kemungkinan boleh kena sawan tarik tu. Tak boleh bayangkan apa akan terjadi kalau terusan dia kena tarik tu.
 
 
Bab susu badan, sejak Yana demam hilang terus selera makan tu susu pun sedih2 je keluar.
Harini sekali pam sebelah kanan dapat 20ml je, sebelah kiri kering terus. So, Syahir dah minum susu formula kebanyakan masa dia. maafkan ibu sayang...

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm