Friday, July 5, 2013

Celoteh Yana : Part 169 - I Is Back !

Assalamualaikum,



Tup2 dah masuk bulan 7 kan, bape hari je lagi 
nak puasa... Hurm, boleh ke Yana puasa ni? Sedangkan hari2 biasa ni pun kalau tak makan rasa lemah je, ni kan plak bulan Ramadhan yang memang terkenal dengan dugaan berlapar nya.


Dan alhamdulillah, Yana dah discharge Selasa petang ritu. Seronok duduk wad..orang kata makan tanggung berak cangkung. haha, tapi ada masa bosan lah sebab tengok kiri kanan semua orang tunggu masa nak melahirkan, ada yang dah melahirkan dukung susukan baby diorang semua. Tapi still enjoy sebab ada peluang belajar dan memerhati semua tu sebelum alami nya secara benar !


Dijadikan cerita, pagi Ahad 30.6 tu Yana masih lagi golek2 atas katil jam 9.30 pagi bangun gi tandas buang air kecil. Masa tu takde pun darah ke apa... sambung golek2 lagi sambil main game henfon.

Dalam 10.30 pagi terdengar mertua dengan adik ipar nak keluar breakfast, so nak ikut.. Baru lah hegeh2 nak mandi, bukak panties tengok ada brownish stain. Sebijik macam masa gugur 2x sebelum ni.. So dah nervous sangat ! Risau kan 'dak kecik' ! Cepat2 kejut En.Suami and bagitau dia.. Dia bangun terkejut dan risau jugak. Yelah, 6 bulan lebih 'dak kecik' molek je duk dalam ni.. tup2 ada darah siapa tak takut kan. So, En.Suami mandi siap2 terus kitorang pergi hospital Selayang. Sampai sana, singgah bahagian Emergency, tapi diorang suruh pergi dewasn bersalin tingkat 5 terus sebab baby dah lebih 22 minggu.
Sampai dewan bersalin, macam biasa lah cek ambil darah, sambil tu kena baring untuk doktor tu buat pemeriksaan lanjut. Baring dekat sejam lah jugak sebab semua sibuk, sambil tu Yana doa jangan lah ada darah keluar lagi. Pastu datang sorang doktor perempuan India, scan tengok uri semua ok kat atas, takde kesan bleeding, baby gerak dan jantung semua ok. Dia pun pelik, tanya tu ini.. Pastu dia suruh salin kain, nak cek bawah katanya.. Ohmai, dah tau mesti kena guna spekulum a.k.a MULUT ITIK yang menyakitkan tu ! Masuk je benda tu, masya allah rasa nak tendang je doktor tu sebab walaupun dah relaks sehabis mungkin masih rasa sakit !! Asyik lah Yana duk bunyi adeh adeh, doktor tu cakap sorry tapi still cek cari punca bleeding. Dia kata tak nampak pun kesan bleeding, Yana cakap ntah lah saya pun taktahu nak kata apa.. Dia tanya ada bersama suami ke? Memang takde pun.

So, dia decide tahan dekat wad.. untuk lanjutan kata nya. Tunggu lah dekat luar bilik tu, dekat ruang menunggu. Sana semua nya ibu2 & bapak2 yang datang nak deliver. Lebih 3jam jugak lah tunggu bilik saja ! Kata nya semua kelas penuh, katil penuh. Nak tak nak kena tunggu. Ramai jugak ibu2 yang nak operation datang hari tu. Ada yang overdue lah, ada yang doktor bagi date datang. Ada je yang masuk sakit2 pastu terus masuk dewan bersalin sejam kemudian keluar dengan baby, muka lemah je.. 

Yana dapat katil pun dekat jam 5 petang.. Bermula lah episod 3 hari 2 malam di wad bersalin.
Macam2 kerenah dapat tengok, ada yang cool, ada yang menangis siap menjerit semua. Malam pertama susah nak tidur, sebab tak selesa kan.. Baru nak lena, dah nurse datang nak cek segala. Malam ke 2 baru rasa selesa siap taknak balik je rasa nya. Dan alhamdulillah, layanan servis makanan semua baik. Walaupun Yana selalu dengar cerita Hospital Selayang ni menakutkan dari segi segala macam. Tapi mungkin rezeki masing2 kan. Dapat mana2 yang tak best tu pasrah jelah. Alhamdulillah jugak takde bleeding sepanjang 3 hari tu. Dan 'dak kecik' elok je gerak macam biasa. Tapi dia pun macam slow je gerak, agak nya puluuuttt je duduk hospital dengan ibu dia makan tidur. hehe..

Apapun terima kasih banyak2 pada kawan2 yang tinggal komen.. Semoga Allah swt merahmati kalian.


(sebenar nya dah pasrah masa tu,kalau terpaksa lahirkan 'dak kecik' awal..sebab doktor bagi 2 injection matangkan paru2 baby. Kiri dan kanan punggung.. )

9 comments:

Nurul Husna said...

Kandungan husna yg dah 8 bulan lebih ni pun xtau leh pose ke tak? ni tgh risau ni...

- AZIE - said...

alhamdulillah...mujur xde apa2.

Aty_Fared said...

Walau pon bace dlm keadaan risau..tp hope semuaakan terus ok sampai waktu bersalin nanti..insyaa allah....amiinnnn.....

aNis LeMoN aBu said...

"agak nya puluuuttt je duduk hospital dengan ibu dia makan tidur. hehe.."

puluuuut je? ok, yang ni kelakar yana! ada-ada je u ni.

oh tapi i doakan dak kecik sihaaat dan keluar pada masanya sihat walafiat! take care yana. :)

Mama Vogue said...

Risau jugak membacanya..
Insya Allah moga baby & mama sihat2 selalu..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Ai pun ader bleeding gituew masa 5months but once call doc they say it's ok since benda tu brown not red then perut x sakit....hr tu mid wife explain case gituew maybe period x kuaq habis dulu or else terlalu letih so dia Mmg advice sure rest lebey la...x de check bagai mcm tu

Shizan Syafik said...

alhamdulillah.. lepas ni harap dak kecik sihat sampai la kuar dunia

Nurul Aziz said...

hospital selayang servis memang kureng sikit,, kalau nak banding hkl walaupun hkl tu macam olskol je.. huhuhu.. husband kerja kat hospital selayang bhgn itd, dia sendiri cakap camtu,, tapi semua tu ikut luck jugak..


tapi kita dengar cakap orang jela pasal hosp gov ni.. tak pernah merasa lagi, dulu bersalin jauh kat shah alam sana. mengada sikit nak privacy kononnya..sakit tetap sakittt,,sama je.

Fifi Nadhrah said...

alhamdulillah.. selamat takde pape.. risaunye..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm