Thursday, October 11, 2012

INFO : Kesan Waktu Subur @ BBT

Kesan Waktu subur - BBT

Peroses pematangan telor sehingga penetasan/ovulation.

Mulai dari hari pertama haid, sel benih mula dirangsang pertumbuhannya oleh hormon FSH yang dikeluarkan oleh kilang pituitary terletak dalam otak. Hasil ransangan ini , kantung telor/follicle mula dibentuk dan membesar hingga ke saiz 2 cm pada hari k13/14/15. Apabila sudah sampai saiz matang , kilang pituary mengeluar
 hormon LH yang bertindak memecahkan kantung telor dan mengeluarkan benih/ovum , itulah ovulation - perosesnya saperti biji getah terkeluar dari kantungnya pecah dua.





CARTA SUHU BBT

Carta suhu BBT adalah satu kaedah mengesan penetasan telor / ovulation yang paling mudah, tepat dan murah harganya.
Perlu beli alat suhu yang khas , sering digelar ovulation / fertility thermometer yang bolih dibeli difarmasi dan ia disertai dengan kertas carta kosong yang perlu diisi mengikut sukatan suhu yang diukur pagi hari, sejurus sedar dari tidur dan belum melakukan apa2 aktiviti.

Terdapat tiga perkara yang berlaku sewaktu anda akan haid:
1.Pengeluaran hormon haid
2.Penetasan telur
3.Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid

menstrualcycle-web
I. Pengeluaran hormon haid

Kitaran haid mengambil masa 28 hari. Sewaktu tempoh ini berlakunya pelbagai aktiviti serentak yang mengekalkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi kesihatan wanita di antara yang terpenting kesuburan.

Haid dikawal oleh otak dan juga sistem endokrin manusia. Sistem endokrin adalah seperti pengutus dari organ ke otak serta balik. Ia memberitahu organ dalam badan apa yang perlu ia lakukan.
Sistem informasi haid terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut:
1.Hypothalamus (bahagian belakang otak)
2.Kilang pituitari
3.Kilang ovari


Mula-mula, segala-galanya bertolak dari bahagian belakang otak khususnya di bahagian Hypothalamus. Hypothalamus seperti komputer dan memproses segala data-data yang dihantar ke otak dan menguruskan keseluruhan sistem badan berdasarkan stimulus-stimulus yang diberi. Hypothalamus adalah bahagian bawah otak yang menyambung kepada sistem endokrin iaitu pituitari di dalam otak. Hormon yang penting dari Hypothalamus yang berguna untuk merangsang haid dipanggil Gonadotrophine releasing hormon (GnRH).

Atas pengaruh faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran seperti pemakanan, ataupun stimulasi hormon endokrin yang lain di dalam badan, hormon GnRH akan bertindakbalas. Pada awal pusingan haid ia akan mengutuskan signal bahawa sudah sampai masanya untuk bersedia untuk pusingan haid seterusnya. Ia menghantar mesej ke kilang Pituitari.

Di bahagian otak sistem Pitituitari mengeluarkan hormon Lutienizing Hormone (LH) dan Follicle stimulating hormone(FSH). Ia terletak di otak di bahagian tengah bersambungan dengan bahagian hypothalamus dan sebesar sebiji kacang pea. Sepanjang 28 hari kedua-dua hormon ini akan berinteraksi dengan kilang ovari pula yang akan mengeluarkan hormon-hormon estrogen dan progesteron iaitu hormon yang mengekalkan ciri-ciri serta sifat kewanitaan seperti rupa paras, kecantikan, kelembutan kulit dan lain-lain .

Perkembangan fasa-fasa endokrin (hormon-hormon putaran haid)

1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)
2. Fasa penetasan (Ovulation)
3. Fasa Luteal (Luteal phase)
1. Fasa pembentukan folikular (Follicullar phase)

Pada hari pertama haid hormon GnRH dirembes oleh Hypothalamus serta merangsang hormon FSH untuk keluar. Apabila hormon FSH sampai ke tahap tertentu ia merangsang beberapa biji telur di kilang ovari. Pada satu tahap lain pula satu telur akan menjadi dominan dan membesar sebagai telur utama dan yang yang lain akan mengecut dan mati yakni mengalami atresia.

2. Fasa penetasan (Ovulation)

Pada hari subur yakni pada pertengahan bulan haid hormon luteinizing hormone atau LH akan memuncak dengan tinggi dan menyebabkan karung folikel yang memegang telur yang dominan itu yang masak menetaskan telur itu keluar dan ia akan ditangkap oleh fimbria iaitu tangan pada rahim.

3. Fasa Luteal (Luteal phase)

Karung telur yang tertinggal selepas telur menetas dipanggil corpus luteum. Ia mengeluarkan progestrone yang sangat kritikal untuk pembentukan dinding rahim sesuai untuk keadaan yang subur untuk kehamilan. Paras hormon progesteron dan estrogen yang tinggi menyebabkan hormon LH dan FSH akan ditekan daripada terus naik. Jika tiada kehamilan berlaku, bermakna paras hormon progestron dan estrogen dalam darah menurun dan corpus luteum itu mengecut dan hilang. Selepas 11-16 hari akibat paras hormon progesteron dan estrogen yang rendah hormon FSH dan LH akan naik semula untuk pusingan haid seterusnya.

II. Penetasan telur

Fasa Folikular

Sewaktu perkembangan hormon GnRH , LH serta FSH berlaku satu proses kritikal yang lain sedang berlaku iaitu telur sedang menyediakan diri untuk menetas. Telur adalah merupakan setengah dari kromosom anda dan tanpanya pembentukan janin tak akan berlaku jika ia gagal menetas. Sewaktu embryogenesis atau penetasan telur, pada permulaan haid Hormon FSH (hormon yang stimulasikan karung telur) akan keluar. Beberapa telur akan terpilih untuk membesar dan satu akan menjadi dominan. Telur ini akan mengeluarkan hormon estradiol iaitu sejenis hormon estrogen dan atas pengaruh hormon ini ia akan makin membesar.

Fasa Penetasan

Bila tiba hari subur yakni sewaktu hormon LH memuncak pada hari ke -14 karung telur itu akan pecah dan menetaskan telur.

Fasa Luteal

Sel-sel karung telur yang tertinggal akan membentuk menjadi corpus luteum. Karung corpus lutuem ini seterusnya akan merembeskan hormon progestron,corpus lutuem yang merangsang dinding rahim untuk menebal untuk kehamilan yang boleh berlaku. Jika tiada janin terjadi, ini mengecut melalui proses atresia kerana paras estradiol dan progesteron makin berkurangandan meresap serta hilang dalam darah.

III. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid

Darah haid terdiri daripada darah segar dan yang beku serta tisu-tisu dinding rahim. Haid berlaku untuk membuang sel-sel dan tisu dari dinding rahim supaya setiap bulan bahagian dalam rahim wanita subur untuk satu kehamilan. Jika ia tidak berlaku sel-sel dinding rahim pasti luruh kecuali ada penyakit atau gangguan hormon. Dinding rahim dikenali sebagai lapisan endometrium.

Fasa Proliferatif (Proliferative phase)

Sewaktu fasa pertama yang juga dikenali fasa folikel ia bermula selepas haid habis sehingga tarikh telur menetas lapisan endometrium mengalami stimulasi oleh rangsangan estradiol yang dirembes oleh telur yang sedang matang. Tisu-tisu dan kelenjar-kelenjar endometrium makin menebal.

Fasa Sekreteri (Secretory phase)

Fasa ini juga dikenali fasa luteal. Ia bermula selepas telur menetas sehinggalah haid seterusnya. Pada peringkat ini karung telur yang merembeskan progestrone mengekalkan tahap penebalan endometrium serta kelenjar akan merembeskan mucus dan glycogen. Jika tiada kehamilan berlaku corpus luteum akan mati dan hilang serta paras estradiol dan progesteron pun turun.

Fasa Haid

Akhirnya dinding rahim luruh kerana tiada progesteron untuk mengekalkan kesuburannya. Dinding rahim terdiri yang daripada darah dari arteri serta urat , tisu-tisu kelenjar dan tisu endometirum, sel pembuluh darah merah, leukocytes akan keluar melalui cervix (pintu rahim) sebagai darah haid.

1 comment:

IntaNBerliaN said...

bagus yana... selalu bkongsi bab2 ni :-)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm