Friday, March 8, 2013

Celoteh Yana : Part 117 - Hari Ini

Assalamualaikum,



Harini makan lunch Owldtown Ipoh Chicken HorFun lagi..rasa tak kick lah sebab makan tengah hari. Seeloknya makan waktu malam di mana udara sepoi2 sejuk je lawan dengan sup panas dan cili kicap membuatkan telingan berdesing tu. Apakan daya, tekak dah tak boleh sabar. Layankan aje.


Order air ROSE FLOAT, alah yang ada aiskrim 1 scoop kat atas tu.. Ingatkan ROSE = SIRAP, sesampai je, berbuih bagaikan air gass... Apakah??? Rasa2 aaaahhh air soda rupa nya tetapi di dasar nya di letakkan warna merah. Entah sirap atau F&N strawberry. Tapi disebabkan kasih sayang melimpah ruah pada 'dak kecik' ni, takdelah di minum air nya.. Hanya dihabiskan ais krim je.


Kini, keadaan perut adalah sedikit selesa. Macam dah meminta makan semula. Sebab petang semalam bungkus nasi goreng kampung, boleh pulak habis sepinggan. Eh, macam2 peel 'dak kecik' ni. Kalau nasi berlauk, alangkan 2 suap pun seksa nak telan. Pastu perut meragam 2-3hari. Tapi semalam okay plak?


Tapi,ada rasa sedikit senak lah kat ari2. Fikir positif habis dah ni yang 'dak kecik' sedang membesar dan ruang untuknya juga sedang diperbesarkan oleh sang rahim ... Insyaallah.


Okeh2, penat menaip. Sekian disudahi entri tidak bergambar ini dengan ucapan 'terima kasih' 

4 comments:

iietamalek said...

horfun again...

Carmello said...

heheh.. saya pun wpun takda 'dak kecil' seboleh2 elak air gas.. take care!

Nastyna said...

hehehe sumer pun untuk dak kecik kan.

sweet tooth said...

Alhamdulillah...selera ibu makan :-) (eh...panggil apa nanti...ibu? mama?)

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm