Assalamualaikum,
Semalam kan Yana dah janji nak update
tapi tak berkesempatan.
Kerja kat ofis banyak, yelah baru naik cuti kan,
pastu rushing pulak nak balik rumah sebab
malam semalam sepupu rapat Yana bertunang.
Konon nya nak merisik aje,
tapi setelah perbincangan orang tua tua di
buat malam sebelum nya, mereka sepakat menunangkan
sepupu saya ni terus.
Nak di jadikan cerita,
ada sikit kekecohan berlaku,
bukan bergaduh pun..
Kira macam perdebatan mulut antara
keluarga pihak lelaki dan
perempuan (sebelah kami)..
Sebab keluarga pihak lelaki minta
PERCEPATKAN pernikahan, menurut bapa pihak lelaki,
anak nya yang juga lelaki sebelum ni juga
bernikah awal untuk mengelakkan fitnah.
Yelah, nanti nak keluar berdua beli barang lah,
beli cincin lah, isi borang kawin lah..
Korang faham2 lah kan.
Jadi untuk mengelakkan masalah2 ni,
pihak lelaki mencadangkan NIKAH AWAL.
Dengar nya macam nak menikah LA TU JUGAK !
hehee, tapi pihak kami yang di wakili datuk saudara kami,
menolak dengan cara baik. Menggunakan ayat2
berhemah, supaya tetamu tidak berkecil
hati atau terasa.
Dan alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.
Mereka selamat ditunangkan,
ikatan maksimum ialah 1 TAHUN,
andai mahu / boleh di percepatkan
mereka akan berbincang semula.
Dan semalam Yana kena jadi 'gadis kamera terjun'
sebab dah ada Black Maria kan.. hehee,
tu yang tak sempat2 nak update cerita raya
dan percutian tu, gambar semua dah transfer ke laptop.
takpelah, jom kita tengok sikit2 gambar.
Kot2 korang kenal ke .. ;)
(Keluarga kedua belah pihak)
Yang baju hitam tu lah "tunangan" dia :)
('Pengantin' bersama adik beradik)
(Cincin merisik dan bertunang)
(Yana dengan 'pengantin')
Cerita pasal 'pengantin lama' malam ni Yana buat ek,
sok2 kita Auto Publish je.. hehee, dasar malas kan :)
Salam sayang, Yana
3 comments:
keluarge aty dulu pon tak nak ikat lame2..kalau ikut ayah aty...bertunang bulan 1..bulan 6 sebelum raye nak buat majlis dah..tapi aty yang tak nak..sebab..nak arrange wedding ni bukan senang kan..ngan diri sendiri bekerja lagi...lepas tu ikat 9 bulan..tu pon sebab nak lepaskan bulan ramadhan..hari ni aty genap 2 tahun dah..10 syawal..;p
Macam Yana pulak, dengan En.Suami mula2 decide nak nikah je terus bulan 10 sebab dah target. Tak mo tunang2 nak jimat, tapi ayah dan keluarga berkeras nak kami tunang dulu takut orang mengata kot2 termengandung baru nikah. Jadi, kami di tunangkan pada bulan 3, dan nikah bulan 9. Sanding bulan 10. hehee.. selamat semua nya
tahniah utk sepupu yana.. okla, setahun, lgpun org kata xelok tunang lama2 kan..
Post a Comment