Tuesday, May 29, 2012

Kehamilan Kedua : Episod 4 (Klinik Kesihatan & Molar Pregnancy)

(update 25.4.2012)




Asalamualaikum semua, 
Pada tarikh ni la Yana decide nak gi wat cek
up kandungan yang sepatutnya dah lebih
kurang 5minggu kot masa ni, pergilah Yana
terkedek2 sorang2 ke klinik tu.
Dengan harapan kalau scan boleh nampak baby dah? :)



So, pagi tu tak ramai orang sangat.. Yana dah siap2 register
isi buku nurse panggil cek tu cek ini, tunggu la nak masuk bilik doktor..Yelah sebab LMP tak dapat detect,
so dorang cakap biar doktor scan dan estimate je senang.. 



Ni gambar buku pink saya :)





Dapat masuk bilik doktor, doktor pun tanya lah
pasal kandungan yang sulung tu..
explain sikit2, dia kata baru je kahwin, rileks la dulu ..
Ni cepat sangat awak conceive..
(Dalam hati Yana, eh Allah yang nak bagi.. kita terima jelah)



Dia suruh baring lah macam biasa,
nak scan katanya nak tengok dah berapa minggu.



Scan punya scan tak nampak jugak,
tapi ada satu kemusykilan, 
kata doktor..



"SAYA RASA KANDUNGAN AWAK NI : MOLAR PREGNANCY"




Gulp !! Ya Allah dugaan apa kah ini...



MOLAR PREGNANCY :
Ialah kandungan anggur yang mana bila kita scan
akan nampak hanyalah bulatan2 kecil macam gugusan
anggur.. Jika tak dibuang, akan terjadinya kanser.
Terhasilnya kandungan anggur ni disebabkan janin yang tidak membentuk dengan normal.




Ni gambar hasil scan tu :(






Doktor tanya , ada rasa sakit tak dekat
bahagian rahim? Atau perut..
Saya jawab takde.. Sebab memang takde sakit pun..
(kecuali mild cramping yang Yana assume rahim
tengah nak mengembang tu..)



Doktor "Awak sepatutnya jarakkan
kehamilan pertama dan kedua ni, paling tidak 3bulan"
Awak baru je kahwin, tak sampai
setahun pun.. Tak payahla rushing2,
biar rahim awak sehat dulu..
Takpelah, saya bagi awak surat refer
hospital, dan biar doktor pakar je yang
konfirmkan dengan awak
sebab kami pun tak berapa pasti lagi,
tapi memang nampak macam MOLAR PREGNANCY ...



Yana "Urm, oklah doktor.. 
So saya kena pergi hospital harini??"



Doktor "Ya, nah ni surat awak bawa ke
klinik pakar hospital, nanti dekat sana awak boleh
dapat tahu lebih lanjut ok"



Yana "okay..."



Ya Allah, sambil drive ke hospital, macam2 
Yana fikirkan,. sampai tak concentrate nak 
tengok jalan raya pun tak de mood.. 



Apakah kandungan kali ni seperti yang doktor 
tu cakapkan? Apakah rahim aku akan dibedah
dan kandungan tu dikeluarkan??
Apakah aku akan kena kanser....



Taaaappppiii, hati Yana ni kuat sangat mengatakan
kandungan ni BUKAN molar pregnancy..



Semuanya bergantung pada cek up
dengan pakar nanti..



Nantikan episod seterusnya....

1 comment:

IntaNBerliaN said...

hrp2 bila jupe pakar nnati xda pe2 la..

Perjalanan Untuk Menjadi Seorang Ibu :)

1st pregnancy
MC : 22.2.2012 (5-6weeks)

2nd pregnancy
MC : 10.5.2012 (4-5weeks)

"Tarikh Bendera Merah Dinaikkan"
OCT : 30.9.2012 - 8.10.2012 (CD40)

NOV : 9.11.2012 - 17.11.2012 (CD38)

DEC : 16.12.2012

3rd pregnancy
UPT + : 27.1.2013 (CD43 DPO18)
BERSALIN PADA : 25.09.2013 @ 9.38pm